31 January 2013

Wrap Up : Januari 2013


31 Januari 2013.
Edisi kesimpulan bulan Januari aku.
Ok, kita mulakan dengan berat badan aku. Masih dalam status bloated sebab tengah period. (Noted: CD5 hari ini). Pagi tadi aku gatal pergi timbang. Jadinya, terimalah padah. Kat rumah timbang dah nampak angka 60++kg, bila timbang dengan penimbang Herbalife, masih nampak angka 70kg lagi. Padan muka sendiri. Dipendekkan cerita, berat aku pada hari terakhir bulan Januari adalah 70.1kg. Turun 0.5kg dari berat minggu lepas. Takpe, minggu depan kita boleh timbang balik, time tu in shaa Allah harap-harap boleh ketemu angka 60++kg.

Bulan Januari ini juga bulan aku bertandang ke hospital hampir saban minggu, pasal kesihatan mak dan aku.  Sampaikan budak guard India hospital GH Melaka pun dah cam muka aku, siap tegur bila aku lalu depan dia. Oh, bulan April nanti pun banyak tarikh appointment aku dan mak di GH Melaka, dah dicatit pada planner. 

Langsung tak ada cuti-cuti Malaysia di bulan Januari ini, cuma encik suami dapatlah dua tiga kali cuti hari minggu. Alhamdulillah, dialah peneman aku semasa berjogging, penaik semangat aku dalam usaha menurunkan berat badan. Berdating dengan suami sendiri adalah sangat syurga, ok. 

Bulan yang seronok bagi aku dengan kedatangan cik 'P' secara semulajadi, tanpa paksaan. Harap-harap bulan depan dia datang lagi. Jangan segan-segan, aku suka dia datang. Hihi~   

29 January 2013

Bukan Petua, Tapi Tak Salah Mencuba

Memandangkan hari ni sudah masuk CD ke-3 aku, aku teringat kata-kata nenek yang pernah urutkan aku dulu. Lama dah aku tak pergi berurut dengan dia, dah hampir setahun. Mungkin rajuk hati aku masih berbekas dalam hati, entah bila aku akan terbuka hati lagi nak pergi berurut. Wallahualam.

Nenek tu masa tengah urut aku, suka berbual. Aku pun suka layan tanya macam-macam. Aku pernah tanya pada dia, maybe pada korunk soalan aku ni soalan bodoh tapi let it be la kan. Lebih baik aku tanya dari aku asyik berteka teki je dalam otak ni. Aku tanya, bila masa sesuai untuk bersama dengan suami. Tahu apa nenek tu jawap? Ko main je la bila-bila ko berdua nak (except waktu period je la), tak payah nak set masa sangat. Kalau dua-dua nak, buat je. Aku tergelak juga la, masa tu suami ada kat sebelah. Aku pandang dia, dia pandang aku...sama-sama merah muka.

Mungkin ada yang tak setuju (especially dari segi perubatan), nak kena pilih hari subur, nak kena buat BBT, guna OPK untuk cari hari subur, baru selesa nak berBD. Ye, itu aku tak nafikan. Tapi untuk orang macam aku yang susah nak period, kitaran period pun tunggang-langgang, turun period pun lepas makan ubat, hmm....sukar nak betul-betul pasti hari yang mana hari subur. Pernah dengar tak ada orang yang waktu subur dia waktu dia tengah period? Aku rasa macam aku pernah baca somewhere pasal isu ini.

Oh, anyway hari ketiga ni nampak macam makin banyak flow yang keluar, alhamdulillah. Suka betul rasa period cramp, perut rasa kejap-kejap berdenyut, selongkar balik almari cari pad warna warni Kotex aku tu. Haih..ni la dia, mood orang yang jarang period. 

Tengah terfikir, berapa lama agaknya period aku kali ni? Seminggu? Atau lebih? Jangan lama-lama, rindu suami...

27 January 2013

CD1: Kitaran Haid Tanpa Ubat...Alhamdulillah!

27 Januari 2013.
Hari ni bermulanya CD1 aku tanpa sebarang bantuan ubat hormon, pil perancang mahupun ubat turun darah. Sejak 18hb Jan lepas aku dah mula rasa breast pain, seperti biasa macam dua tiga kitaran lepas yang aku stop makan pil perancang Progyluton tu. Simptom nak datang haid ada, tapi tak keluar apa-apa lepas seminggu.

Hari ni, masa aku keluar dengan encik suami ke Mydin MITC, aku rasa mual, pening kepala dalam kereta. Aku fikirkan mungkin aku minum air suam banyak sangat dalam satu masa, sampai dah tahap nak minta encik suami berhenti di tepi jalan untuk muntah. Tapi aku tahan juga tekak sampai kami tiba di Mydin MITC. Sebelum ke food court, aku cakap dengan encik suami aku nak ke tandas sekejap sebab rasa macam nak buang air kecil. Masa tu baru aku perasan ada calitan browning merah di pantyliner. Aku macam tak percaya! 

Alhamdulillah...bila aku check semula kalender period aku, kitaran period sebelum CD1 ini adalah sebanyak CD41. Mungkin nampak panjang tapi sekurang-kurangnya kitaran kali ini aku tak masukkan apa-apa bahan kimia dalam badan aku untuk paksa period keluar. Mungkin ada kesan positif daripada penurunan berat badan aku dan ditambah pula dengan aktiviti beriadah aku sejak awal tahun 2013 ini....syukur alhamdulillah.

25 January 2013

Pelan Pemakanan Herbalife Versi Aku

Sumber Gambar : Facebook Grup Herbalife

Memandangkan ada rakan TTC yang sedang amalkan Herbalife (HL) bertanya cara pemakanan HL yang aku tengah amalkan selama ini, aku nak kongsikan di sini. Senang untuk sesiapa buat rujukan bila-bila masa nanti. Untuk ingatan, mungkin ada perbezaan pelan pemakanan antara aku dan orang lain, bergantung kepada nasihat coach masing-masing.

Mula-mula aku amalkan HL dahulu pada bulan Julai 2012, aku akui aku tak ada tunjuk ajar dari coach yang betul-betul aku ikut. (Note: Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni, ini SEMUA salah diri aku sendiri). Mungkin masa tu belum timbul kesedaran nak fokus dan ambil tindakan segera untuk menurunkan berat badan, ya mungkin juga sebab aku agak skeptikal pada masa itu, boleh ke aku kurus dengan minum HL?

Jadi, akibatnya beberapa bulan permulaan aku ambil HL, berat badan aku tak banyak turun, kadang kala naik, kadang kala statik kat julat bacaan yang sama. Bila fikir semula, aku faham mungkin masa tu aku tak nampak keperluan meminum air yang banyak, bayangkanlah sampai 8 liter sehari! Aku nak habiskan air teamix 2 liter dalam sehari pun kemain payah, sampai ke malam. Bila dah minum air teamix tu, memang perit la aku nak minum air masak banyak-banyak, walaupun kakak yang jual HL tu selalu tanya berapa liter air yang aku minum seharian selain teamix. Dari segi pemakanan pun, aku kadang-kadang kantoi juga. Kadang-kadang aku ambil kekacang sebagai snek antara hidangan utama, terutamanya sebelah petang jam 4 hingga 6 petang. Rupa-rupanya, kacang tak elok dijadikan snek jika tengah dalam proses menurunkan berat badan, kecuali kacang badam, itu pun tak boleh berlebihan.

Bila aku dah join grup HL di Facebook, dan bila aku baca pengalaman dan cara pemakanan mereka-mereka yang berjaya turun berpuluh-puluh kilo dalam masa yang pendek, baru aku sedar, aku dah silap perhitungan dari awal aku ambil HL dulu. Masa tu nak menyesal pun tak guna, kan? Jadi, aku ikut bulat-bulat cara amalan pemakanan mereka-mereka yang berjaya tu, dan aku cuba untuk beberapa bulan. Alhamdulillah, masa tu baru nampak perubahan yang ketara. Dibantu pula dengan rakan HL yang selalu ambil berat perkembangan proses menurunkan berat badan aku setiap minggu. Sekarang ni, kalau aku ada masalah (contoh : naik berat badan bila ambil ACV), aku rujuk pada grup dan rakan HL aku, in shaa Allah masalah dapat diselesaikan segera. Kalau aku macam lalai sedikit, alhamdulillah mereka selalu ingatkan aku. Terima kasih banyak-banyak.

Realitinya, memanglah susah nak ubah cara pemakanan kita selama ini, bayangkanlah selama 29 tahun aku dah biasa bersarapan dengan pelbagai makanan, roti canai la, nasi lemak la, kuih muih la, lontong la....bila nak ubah kepada sebotol shake 400-500ml sebagai sarapan, begitu juga untuk menu makan malam, memang agak sukar. Tapi disitulah mulanya kita kenal kekuatan dalaman diri kita sendiri. Aku selalu bermonolog dengan diri sendiri, antara soalan yang aku selalu tanya pada diri aku;

"Sampai bila aku nak gemuk macam ni?"

"Aku kena sihat, sebab kat dalam rumah aku ramai yang sakit termasuklah aku. Kalau seseorang tak berubah menjadi sihat, macam mana nak jaga yang lain?"

"Aku dah bosan jadi orang gemuk, diperlekehkan dan selalu dijadikan bahan gurauan"

Nak berubah cara dan gaya hidup dalam masa 3 bulan, memang susah. Kalau tak silap aku, aku pernah terbaca di sebuah artikel kesihatan, penulis tu ada tulis, 3 bulan pertama berdiet adalah saat-saat kritikal yang menentukan sama ada diet itu akan berjaya kekal atau bersifat sementara. Kebiasaannya, kalau berjaya melepasi 3 bulan pertama itu tanpa mengkantoikan diri sendiri, in shaa Allah bulan-bulan seterusnya tidak akan wujud masalah nak sesuaikan diri dengan cara dan gaya hidup baru yang lebih sihat. Kena tabahkan diri dan cekalkan diri. Aku set mentaliti aku macam ni;

"Aku dah banyak keluar duit beli produk HL ni, biar setiap sen duit yang aku belanjakan tu berbaloi dengan setiap KG yang turun, perit memang perit, sekali keluar beratus-ratus ringgit, jadi aku kena hargai duit hasil titik peluh aku bekerja selama ini"

Alhamdulillah, setakat 6, 7 bulan aku mengamalkan HL ni, aku dah boleh sesuaikan diri dengan gaya hidup berHerbalife setiap hari. Tak bosan langsung sebab aku nampak kesan positifnya dalam kehidupan seharian aku. Pada satu titik, aku bersyukur sangat-sangat, walaupun aku bermula lambat dan baru nak kenal produk HL ni pada usia 29tahun, aku percaya ada hikmahnya. Jalan hidup, takdir yang Allah tulis untuk kita ni indah dan cantik, cuma kita perlu bersabar menanti dan melaluinya.

Nota : 
1) Aku ikut betul-betul pelan diet HL di atas, contoh kalau sarapan dengan shake HL, aku tak ambil langsung apa-apa makanan / kuih muih beserta shake HL tu.

2) Untuk makanan tengahari, yes, aku makan betul-betul nasi dan lauk pauk. Cuma nasi aku kurangkan suku atau separuh. Sayur aku ambil banyak-banyak. Daging/ ayam/ ikan aku ambil dalam kuantiti sedikit - separuh tapak tangan. Aku elakkan ambil lauk masak lemak (bersantan). Air minum semestinya air suam atau air kosong. Tak ambil langsung ais kosong, air manis mahupun air bergas.

3) Tiada langsung menu minum petang. Snacking tak ambil langsung.

4) Malam aku ambil shake HL sahaja. Kalau lapar sangat (sebab jarak masa yang lama selepas makan tengahari ke waktu shake jam 7.30-8.00 malam), aku akan ambil sekeping roti mil penuh untuk alas perut. Sekeping sahaja! Tanpa disapu dengan apa-apa jem, majerin whatsoever.

23 January 2013

Mak : Day 7 GH Melaka...Mak Dah Boleh Balik!

Alhamdulillah....
Hari ni masa aku gi melawat mak di wad, aku tengok katil mak kosong tapi barang masih ada. Aku terus ke bahagian tandas. Jumpa mak dan bibik disitu, mak tengah bersihkan diri dan ambil wuduk. Nampak je muka aku, mak terus senyum dan cakap, "Doktor kata dah boleh balik hari ni"

Syukur, alhamdulillah!
Seronok aku dengar, mak pun sangat-sangat teruja. Barulah nampak muka mak bermaya sedikit.
Herm, oklah ni je la yang nak ditulis, aku nak berkejar semula ke hospital, ikutkan aku cuti hari ni tapi sebab bos nak sangat something dari aku, aku kenalah juga datang ke pejabat sekejap. Lagipun proses discharge hospital awam kan lambat, jadi aku nak selesaikan beberapa kerja sebelum cuti ni.

Brisk-Walking Dengan Encik Suami


Sudah masuk minggu kedua kami suami isteri beriadah bersama-sama. Alhamdulillah, encik suami masih bersemangat ikut kehendak isteri dia ni nak beriadah di awal pagi setiap hujung minggu. Disebabkan masa suntuk, kami cuma menghabiskan masa 30 minit ke 1 jam untuk berjogging dan brisk-walking. 

Seronok tau bila dapat bersama-sama dengan suami berdua sahaja. Macam-macam boleh kita bualkan, berbincang dan bersenda gurau.


Kebetulan masa kami beriadah tu, kami ternampak seekor kucing putih yang comel tengah duduk di tepi longkang rumah tinggal. Tahu saje la kami suami isteri memang gila kucing, asal nampak kucing je, masing-masing jadi kebudak-budakan. Mula-mula kucing ni macam takut-takut dengan kami, lepas beberapa minit..ni la gelagat manja yang dia tunjuk....huhu! Tergedik-gedik melesau atas simen longkang tu.

22 January 2013

Berat Pasca Berhenti Minum ACV : Alhamdulillah !


Syukur dan Alhamdulillah.
Aku berharap keputusan aku berhenti mengambil ACV adalah keputusan yang tepat, walaupun sukar.
Hampir dua minggu aku agak stress sebab berat badan aku naik mendadak. Sebab itu aku tak review pasal aktiviti timbang berat badan aku sepanjang dua minggu lepas.


Inilah bacaan timbangan berat aku selama tiga minggu di bulan Januari ini. Sekarang baru aku ada kekuatan nak tunjukkan pada orang lain. Nampak tak? Bacaan berat badan aku pada tarikh dua minggu lepas (10 Januari 2013 dan 16 Januari 2013), owh....aku sangat trauma! Total body water makin turun walaupun aku minum air dengan jumlah yang sama, muscle mass naik dan BMR aku pun naik semula.

10 Januari 2013 : 71.1kg (peningkatan sebanyak 0.2kg dari berat 70.9kg)
16 Januari 2013 : 71.9kg (peningkatan sebanyak 1.0kg dari berat 70.9kg)
22 Januari 2013 : 70.6kg (penurunan sebanyak 1.3kg dari berat 71.9kg)

Bermaksud dalam tempoh tujuh (7) hari (16 Jan - 22 Jan 2013), ada penurunan sebanyak 1.3kg. 

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 10.0 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit. 

Rujukan entri bacaan berat terdahulu :





Nota : Aku tak nak jatuh hukum pada Cuka Epal (ACV) dengan mengatakan ia punca berat badan aku mendadak naik semula. Mungkin ACV tidak sesuai dengan badan aku dan matlamat aku untuk menurunkan berat badan. Jadi jangan buat spekulasi yang Cuka Epal (ACV) menyebabkan peningkatan berat badan. Mungkin kalau orang lain cuba, mungkin akan dapat tindakbalas sebaliknya, iaitu dapat menurunkan berat badan selain untuk membetulkan kitaran haid.

iSihat : Februari 2013

Majalah iSihat bulan Februari 2013, tajuk yang diketengahkan kali ini boleh tahan menarik juga. Antaranya:

1) Cara selamat nikmati ayam (Jangan gelak tau!...lepas baca artikel tu nanti, mesti seronok dapat ilmu baru)
2) Tip elak pedih ulu hati
3) Makanan yang mencegah diabetis
4) Diet pesakit kemoterapi
5) Menu terbaik selepas bersenam
dan banyak lagi.

Oh, tak lupa juga, kebaikan produk teamix Herbalife pun ada dipaparkan dalam edisi iSihat bulan Februari 2013 ini diruangan emporium sihat. Yesza....

21 January 2013

Mak : Day 5 GH Melaka

Entry tak bergambar hari ni. Disebabkan hari ni aku ade site visit di luar, dan kebetulan juga berdekatan dengan hospital mak, aku dapat datang awal sedikit melawat mak.

Tahu tak, satu perasaan yang seronok bila dapat tengok ekspresi mak yang terkejut dan seronok bila ternampak aku sampai di pintu wad, satu perasaan rindu.

Masa aku sampai, mak baru habis makan. Aku minta izin ke kantin sekejap, membeli makanan tengahari untuk bibik aku dan diri aku sekali. Aku makan disebelah mak, menghadap mak. Mak minta sedikit lauk aku, aku suap mak sambil berbual bertiga.

Masa nak bersalaman balik, mak nampak sayu, perlahan mak menangis sedu sedan. Mak cakap mak kesian kat aku sebab hari-hari terkejar-kejar nak datang, bawakan bekal dan mengangkut barang datang dan balik ke rumah. Mak kata mak risau aku balik seorang diri sampai malam. Selama ini aku tahan airmata depan mak, tapi aku tewas juga kali ini. Aku cakap, aku tak penat dan tak letih langsung. Aku lebih suka datang tengok mak setiap hari, sebab aku nak peluk cium mak, nak tengok mak makan.

Aku terasa sunyi sangat sekarang di rumah. Sunyi yang teramat sangat. Jiwa aku terasa kosong tak nampak wajah mak kat rumah, yang selalu tunggu aku balik dari kerja, yang selalu tak tidur lena bila aku balik lewat malam atas urusan kerja.

Satu je yang aku minta dari mak, doakan setiap perjalanan datang dan balik aku selamat. Itu sahaja. Bibik pun berderai airmata sama-sama dengan kami. Aku pesan mak, jangan fikir apa-apa, jaga kesihatan mak yang lebih penting saat ni. Aku nak tengok mak sihat semula. Sepanjang perjalanan aku ke tempat parkir, aku menangis.

Baju Baru : I Loike !

Oh, sila abaikan warna tudung yang tak sedondon dengan baju ni..hihihi, dah nama pun tengah testing.

Pagi ni vendor yang jahitkan baju rasmi jabatan datang ke pejabat, hantar baju-baju kami yang dah siap jahit. Alhamdulillah, terletak je kat badan. Kawan pejabat cakap, badan tak boleh naik, kalau tak dah tak muat pula nanti. Huhu....baik!

Masih belum timbang berat untuk minggu ini, tapi aku berharap bacaan timbang akan turun sedikit berbanding dua minggu lepas. Oh, baju ini akan dirasmikan pada esok hari memandangkan ada perhimpunan penjawat awam bersama TPM di MITC, maka wajiblah baju ini digunapakai sebaiknya.

Mak : Day 3&4 GH Melaka

Hari ketiga dan keempat mak masih di wad. Doktor belum proceed untuk plan buat dialisis pada mak.
Hari minggu, aku berpeluang masak bekal untuk mak dan bibik. Syukur, seronok bila lihat mak berselera makan lauk yang aku masak.

Hari ke-3

Hari Ke-4

Hari ke-4, mak nampak keletihan sebab tak selesa dengan bahang badan akibat kemasukan ubat air dalam badan. Lebih banyak pejamkan mata dan terbaring.

19 January 2013

Dah Muat Baju Lama !

Sumber Gambar : Posting Maria Kang di FB

Macam tahu-tahu je Maria Kang ni aku tengah gusar pasal berat badan aku yang bertambah kebelakangan ni. Ikutkan aku memang agak tertekan sebab sasaran aku untuk mendapat anggaran berat badan sekitar 60kg++ belum tercapai walaupun sudah masuk minggu ketiga bulan Januari 2013 ini.

Tapi bila dapat maklumbalas daripada rakan-rakan Herbalife, hati rasa tenang sedikit sebab ikut pengalaman mereka, memang akan sampai satu tahap, berat badan kita akan statik pada satu skala untuk jangka masa yang lama. Waktu itu, kena kuat semangat, teruskan juga amalan pemakanan yang sihat dan ditambah dengan senaman. In shaa Allah, selepas itu berat badan akan mula turun lagi.

Walaupun berat badan aku belum melepasi angka 70kg lagi, ada perubahan positif dari segi penampilan dan pemakaian. Alhamdulillah, baju-baju lama dah boleh pakai semula, malah baju kurung yang aku pernah buat pada tahun 2005-2006, dah boleh pakai, siap longgar lagi. Seingat aku, dah lama aku tak pakai baju-baju tu, sebab sangat ketat di bahagian lengan, dada dan peha. Tersimpan je dalam rak baju dekat enam tahun. Bila aku selongkar balik baju-baju kurung lama, aku cuba pakai semula...rasa nak melompat kegembiraan bila muat pakai di badan sendiri!


Ini baju kurung yang aku dah tak pakai selama lebih kurang enam tahun, sekarang dah boleh pakai semula, semua bahagian badan yang dulu sendat dan terbonjol dah tak wujud lagi!! Alhamdulillah....

18 January 2013

Mak : Day 2 GH Melaka



Hari kedua mak di hospital Melaka. Awal pagi aku dan encik suami ke wad mak, menghantar beg baju untuk bibik. Bila sampai mak kata doktor ada minta surat rujukan pembedahan buat tapak yang akan dibuat di Hospital Jasin April nanti, tapi mak lupa nak bawa nak bawa. Aku pesan pada bibik, nanti bungkus baju yang dah pakai, tengahari nanti aku datang ambil untuk dibasuh.

Tengahari, aku bergegas ke hospital semula dengan encik suami, membawa surat rujukan tu. Sekali lagi mak pesan bawakan barang keperluan mandi mak dan bibik, aku terlupa langsung masa bawa baju bibik pagi tadi. Sempat la makan tengahari dengan encik suami dan adik bongsu aku di kantin hospital selepas waktu melawat mak tamat. Lepas tu aku balik ke pejabat, selesaikan kerja aku.

Selepas waktu kerja, aku terus pecut balik ke rumah untuk singgah ambil kipas angin dan barang mandi mak. Punya la pecut ke bandar Melaka semula, dengan hujan lebatnya, dengan jem teruknya.....astagfirullah! Sampai di wad mak dah jam 7.30 malam. Kalau ikutkan, memang dah lewat dari waktu melawat pesakit, tapi aku minta izin pada uncle guard tu nak hantar barang sekejap je, nasib baik dia sporting.

Masa sampai di katil mak, mak tengah solat maghrib. Aku dengan encik suami terus pasangkan kipas angin untuk mak, barulah terasa sejuk sikit, kalau tak panas berbahang kat tempat mak tu. Kebanyakan katil, ada ahli keluarga pesakit yang bawakan kipas angin sendiri sebab aircond di wad tu macam tak berfungsi sangat, ntah la.... Aku tunggu sampai mak habis solat, lepas tu berbual sekejap.

Mak pesan esok kalau datang tengahari, minta bawakan sedikit lauk, sebab mak dah muak dengan lauk hospital, memang tak tertelan mak.....sedih plak aku dengar. In shaa Allah, aku nak masak dua tiga lauk untuk makan sama-sama dengan mak dan bibik tengahari esok. Kurang sikit belanja setiap hari beli makanan di luar.

Tengok Boleh, Percaya Jangan!

Sumber Gambar : FB

Saja suka-suka, tengok boleh, percaya jangan.
Aku lahir bulan Jun, dia tulis 'Born the serious'....hahaha!
Serius la sangat....

Encik suami lahir bulan Oktober....which means 'Born the cutest'....alamak!
Jangan kasi dia baca ayat ni, mesti nanti dia perasan dia sangat cute....hehehehe....

17 January 2013

Mak : Day 1 GH Melaka


Entry sepantas kilat untuk perkembangan mak hari ni (17 Januari 2013).
Kesihatan mak masih sama, kandungan keratin dalam air kencing mak masih tinggi. Cuma doktor belum putuskan untuk buat proses dialisis pada buah pinggang mak lagi. Kebetulan hari ni waktu rehat tengahari, adik aku datang melawat mak. Aku bergegas dari pejabat ke wad mak, alhamdulillah tak ada masalah sepanjang perjalanan.

Dari rekod kesihatan mak, adik aku cakap memang belum ok lagi untuk mak discharge hari ni. Mak masih dipantau dari segi ubat-ubatan yang di ambil. Sementara tunggu mak di bilik air, aku keluar sekejap ke kantin untuk belikan makanan tengahari untuk bibik. Masuk balik ke wad, mak yang tak perasan aku dah lama sampai nampak terkejut tengok aku, tapi terkejut yang happy. Mesti mak rindu. *sebak hati tengok mak kat hospital, kena cucuk tangan*

Disebabkan masa suntuk, aku makan lauk bungkus kat tepi katil mak. Mak pandang je. Macam mana tak sedih, kita makan lauk sedap, mak makan lauk hospital yang tentu-tentu ikut standard hospital; tawar dan sup je. Haish....aku nak makan pun rasa tersekat kat tekak ni. Last-last aku curi-curi suapkan juga mak lauk nasi campur aku tu, tu pun mak jamah dua sudu lepas tu bagi isyarat tak nak lagi. Mak takut kalau bacaan gula dalam darah mak naik lagi. 

In shaa Allah, sekejap lagi lepas kerja, aku nak pecut balik ke GH Melaka, nak jenguk mak. Semalam balik rumah pun, aku rasa sunyi walaupun ada orang kat rumah. Sunyi sebab tak dengar suara mak. Haish....ni dah berkaca-kaca mata masa menaip ni. Ok lah, aku nak solat Asar jap, kang takut tak sempat pula.

Cermin Kereta Retak : Edisi Dugaan Berganda


Entah bila retak pun aku tak perasan.
Semalam masa drive nak hantar mak masuk wad GH Melaka, aku terpandang kat cermin kereta dan nampak kesan retak tu.

Dugaan betul time-time ni.
Seingat aku dua tiga hari lepas tak de kesan retak ni. Aku tak boleh nak fikir bila pula cermin depan kereta aku ni retak. Kalau kena time drive, takkan la aku tak perasan. Tapi kalau kena kat tempat parkir, mana lah aku nak nampak siapa atau apa yang menyebabkan dia retak.
Arghh......lain kali je la fikir. Sekarang takde masa. Lagipun cermin tu bertinted, so selagi air hujan tak menitis masuk, masih belum dianggap masalah besar bagi aku.
Ni pun kalau nak tukar baru dan tinted sekali, mahu separuh bonus aku kena guna ni.

Mak Masuk Hospital Lagi Buat Sekian Kalinya


Semalam (16 Januari 2013) sebenarnya hari mak buat rawatan susulan di Klinik Nefrologi GH Melaka. Disebabkan aku kesempitan cuti rehat bulan ni, aku minta encik suami tolong bawakan mak ke GH sebelah pagi, dan akan ambil tugasan bawa mak balik sebaik sahaja selesai rawatan susulan tu. Tapi bila encik suami telefon lebih kurang jam 10 pagi dan maklumkan mak kena tahan wad sebab keputusan darah dan air kencing mak yang di ambil seminggu sebelum rawatan tu menunjukkan air kencing mak kotor, doktor buat surat rujukan ke wad untuk memantau kesihatan mak. So, the plan has changed drastically.

Aku selesaikan kerja-kerja di pejabat dahulu, kemudian briefing pada staf unit aku apa yang boleh mereka bantu sepanjang aku takde. Lepas tu aku maklumkan bos unit aku, aku minta half day nak uruskan mak. Encik suami telefon semula, wad penuh dan nurse minta admit selepas jam 2 petang. Jadi, aku ke GH Melaka untuk ambil mak bawa balik dan berkemas. Apa dalam hati aku, jujurnya...aku marah dan celaru.

Selama mak ada bibik yang boleh jaga mak waktu kami adik beradik keluar bekerja, alhamdulillah mak terurus. Dan selera makan mak makin bertambah. Itu aku suka, cuma yang aku kurang senang, mak makan banyak dan tak kawal. Main makan je apa yang terasa nak makan, siap masak macam-macam dengan bibik. Yang aku perasan, seminggu dua ni asyik suruh aku beli barang mentah nak buat kek la, masak itu ini la. Balik-balik kerja je, macam-macam lauk, kek dan kuih yang dibuat. Satu lagi, seminggu sampai 2-3 kali mak suruh bibik buat nasi lemak sebagai sarapan. Aku ada juga bising-bising dengan mak, tegur bibik jangan selalu sangat buat nasi lemak banyak-banyak. Aku dan encik suami dah pastilah pagi-pagi dah tak makan nasi dan sarapan sebab dah ambil shake Herbalife sebagai sarapan kami. Dah buat nasi lemak, ada pula bibik gorengkan kacang tanah. Siap letak garam nak kasi sedap. Aku dah nasihatkan mak, kacang tak boleh amalkan selalu especially buah pinggang mak tak boleh terima protein banyak-banyak. Makanan bergaram pun kena elakkan, sebab doktor dah naikkan dos ubat darah tinggi mak sebab setiap kali buat rawatan sususlan, bacaan tekanan darah mak tak pernah turun. Tapi itu la dia...nasihat aku ni mak tak nak dengar. Ikutkan juga tekak mak....

Mak aku ni ada satu perangai, kalau dah sakit, dia suka ambil ubat ntah apa-apa, lagi lah kalau ada orang datang rumah jual macam-macam produk. Aku haritu sampai dah nak makikan dah orang yang datang jual produk kesihatan Zhulian. Satu hal, datang lama-lama kat rumah orang, aku dah bagi hint yang mak tak solat-solat asar lagi sebab dok layankan dia promote makanan kesihatan Zhulian dia tu sampai dah nak dekat maghrib. Lepas tu, mak siap terpengarauh beli 2 jenis barang yang dia jual tu, konon untuk orang yang ada masalah kencing manis dan buah pinggang. End up, bila mak makan, makin teruk kesihatan mak, dan mungkin salah satu penyebab air kencing mak kotor. Aku dah berleter panjang dah dengan mak, sampai mak dah tak boleh cakap apa. Aku geram sangat!

Berbalik pada cerita mak, sampai kawasan Sungai Udang, aku singgah kedai makan, beli lauk 3-4 jenis sebab tak nak bazirkan masa kat dapur lama-lama. Aku suruh bibik tolong kemaskan baju mak dan baju dia, sebab bibik kena temankan mak sepanjang di hospital. Dalam hati aku, aku nak jaga mak sendiri, macam dulu masa mak kena buat pembedahan potong kaki (20 Mac 2011).

So, bergerak semula ke GH Melaka lepas pukul 2 petang, dan sampai di GH lebih kurang jam 3.00 petang. Macam biasa la, makan masa lama di bahagian pendaftaran, lepas tu bila dah dapat tahu blok mana kena hantar mak, aku kena drive semula bawa mak dan bibik ke bahagian belakang GH, mak dapat wad di blok lama GH (Blok A level bawah - AG). Sampai di wad AG, masih tak boleh daftar lagi sebab katil masih penuh. Terpaksa la tunggu kat tepi kaunter nurse dalam setengah jam, sementara tunggu pesakit lain discharge dan nurse tukarkan cadar baru.


Masa ni baru dapat katil untuk mak, dah dekat jam 5.15 petang. Masa nurse bagi baju hijau tu, mak tanya kena pakai ke? Aku kata dah check in hotel ni, kenalah tukar uniform....tu yang mak buat funny face tu....mak, oh mak! Lepas tu, kami (aku dan bibik) uruskan mak solat asar.

Aku keluar sekejap, pergi ke kantin belikan bibik makanan dan minuman. Takut lapar pula belah malam nanti. Mak macam biasalah, tak lalunye tekak dia dengan lauk hospital. Cuit-cuit sedikit, lepas tu buat muka nak muntah....haaaa~ kan! Dah sedap-sedap duduk rumah, boleh makan sedap-sedap, tapi tak nak kawal...kan dah kena makan lauk hospital. Haish....


Tengok tu, siap boleh buat lawak lagi dengan kita? Doktor lelaki ni pun macam pelik je, mak tak nampak macam orang sakit masuk wad je, tapi sakit dalam badan mak, manalah kita tahu kan?

Owh ye, masa doktor ambil detail sejarah kesihatan mak untuk rekod, mak ada buat muka sedih pada doktor, dengan harapan doktor kasi mak balik dan tak payah warded, tapi doktor boh layan, doktor nak mak duduk hospital juga sebab nak monitor buah pinggang mak. Tak jadi plak trik mak kali ni, hihihi. Aku siap cakap kat mak, tak dapat la mak nak tengok cerita Indon, Alesya kat tv3 la lagi lepas ni .....

P/S: Hari ni masuk kerja, tapi hati dah terbang melayang teringatkan mak. Tengahari ni nak pecut gi melawat mak masa waktu melawat pesakit, nak tengok kalau mak boleh discharge petang ni.

Cuka Epal : Pilihan Sukar Tapi...

Hari ini aku buat keputusan untuk berhenti dahulu dari ambil cuka epal dan madu.
Lebih spesifik, aku berhenti sebaik sahaja lepas ambilnya sebelum sarapan pagi semalam (16 Januari 2013). Mungkin aku perlu monitor dahulu, dalam tempoh seminggu ini sama ada betul ke cuka epal yang menjadi penyebab kenaikan berat badan aku atau tidak. Tak boleh juga jatuh hukum sewenang-wenangnya, kan?

Yang aku nampak, untuk tengahari semalam, lepas makan tengahari, selama tempoh beberapa jam, aku masih belum rasa efek lapar semula (mungkin juga sebab aku tengah sibuk menguruskan hal mak admit wad semalam sebab doktor suspek kencing kotor kesan buah pinggang makin merosot). Jadi, aku tak fokus sangat pada hal diri sendiri.

In shaa Allah, kalau dalam seminggu ni ada penurunan berat badan, barulah aku fikirkan langkah seterusnya untuk usaha nak meregularkan period aku ni jika tidak dengan bantuan cuka epal ini.

Sumber Gambar : Artikel yang ditemui dari hasil Google

Sumber Gambar : Ini pula maklumbalas yang diberikan oleh hamba Allah yang mengamalkan cuka epal. Di petik dari entry di wordpress Sitik. 

Rujukan : http://sitik.wordpress.com/2009/12/26/khasiat-cuka-epal/

Jom Bersenam!

Sumber Gambar : Artikel Akhbar Kosmo (Ahad - 13 Januari 2013) 

Sebenarnya, artikel ni keluar serentak dengan hari aku dan encik suami berjogging bersama-sama Ahad lepas. Aku tak perasan pun artikel ni, sebab dah malam baru nak selak-selak surat khabar Kosmo.
Kebetulan mungkin?


Status FB aku dan encik suami pagi Ahad lepas. Semangat berkobar-kobar nak berjogging, pagi petang aku bantai berjogging. Sebelah pagi, sempat berjogging dengan encik suami, sebelah petang pula aku berjogging sendiri sebab encik suami bekerja. Masa tu rasa peluh mencurah-curah keluar, letih amat tapi puas hati. Betul la orang kata, kalau bersenam, tidur lena sebelah malamnya. Memang malam tu, aku tidur lena sungguh. Huhuhu....

Harap semangat aku nak beriadah ni kekal untuk tempoh yang lama hendaknya...amin!




Status FB yang buat aku tersenyum....rupa-rupanya ada anak-anak buah yang mendoakan kami berdua dari jauh....sebak hati!

16 January 2013

Cuka Epal : Naik Berat Badan?


Entry sepantas kilat ok.
Nak tanya pengalaman sesiapa yang pernah amalkan pemakanan cuka epal untuk tujuan kesihatan, instead of seperti yang dibaca dalam mana-mana blog, kebaikan cuka epal selain daripada untuk membetulkan kitaran period, ia boleh membantu proses menurunkan berat badan, ada tak yang dapat kesan sebaliknya? Maksud kau, berat badan dia bertambah pula?

Aku konfius ni, sejak dua minggu aku ambil cuka epal dan madu ni, berat badan aku bertambah pulak!
Pemakanan aku macam biasa, siap aku tambah dengan aktiviti bersenam dua-tiga kali seminggu. Tapi hari ni aku timbang dengan kawan aku, bacaan berat bertambah walaupun kandungan muscle mass ada peningkatan. Kandungan air pulak turun dari bacaan terdahulu. Aduhai~ ni yang dalam dilema ni.

Aku call encik suami, dia kata kalau nak cuba, kena berhenti ambil salah satu; Herbalife atau cuka epal. Mungkin kesan cuka epal tu pada badan aku jadi kontra dari kebaikan dia. Tapi kan, aku perasan, sejak aku ambil cuka epal ni, selera makan aku macam bernafsu semacam je, aku ingatkan pasal nak datang bulan ke apa, tak juga datang-datangnya. Cuma aku akan jadi kerap lapar, jadi untuk distract rasa lapar atau craving tu, aku minum air banyak-banyak. Ke dah ada isi ni?? 

Al-Ustaz : Hukum Hakam Kehamilan & Kelahiran


Masuk MPH hari Ahad lepas, lepas keluar makan temankan encik suami rehat tengahari. Mula-mula ingat nak ke kedai buku Popular, tapi alang-alang dah lalu depan MPH Mahkota Parade ni, singgahlah sekejap cuci-cuci mata. Jadi macam wabak pulak kan? Kalau dah mula beli buku atau majalah, hati dok meronta-ronta nak cari lagi buku atau majalah lain untuk bahan bacaan. Sedangkan buku atau majalah yang baru beli, masih belum habis baca. Nafsu betul...tapi bagus juga nafsu ni, beli bahan bacaan yang boleh dijadikan bahan rujukan di masa akan datang.

Aku ni kalau duduk depan rak majalah atau buku, memang dah jadi tabiat go thru setiap tajuk utama. Sekali terpandang majalah berciri Islamik ni, tajuk pun menarik....Al-Ustaz : Hukum Hakam Kehamilan & Kelahiran. Selak-selak, eh...boleh tahan menarik juga cara presentation isu dalam majalah ni. Ada hukum hakam untuk memahramkan anak angkat, hukum derma uri, macam-macam lagi la. Pendek kata, apa-apa je persoalan yang kita terfikir pasal isu-isu zuriat ni, boleh dapat penjelasan lengkap dan padat dalam majalah ni.


Tengok-tengok dah masuk isu ke-10 dah majalah ni, baru aku perasan di kedai buku. Kebetulan isu 9 dan 10 ada di depan mata, alhamdulillah, dua-dua aku ambil. Serius, tak puas baca majalah ni. Rasa rugi pula tak dapat baca isu 1 hingga 8. Tapi tak pe, in shaa Allah, aku nak cuba dapatkan koleksi terdahulu majalah ni dari syarikat penerbitan Telaga Biru ni sendiri.

15 January 2013

Mini Quiche Sosej Versi Derhaka Lagi !


Macam biasa, hari Jumaat adalah hari menyalin resepi dari blog-blog yang aku biasa lawati, untuk dicuba pada hujung minggu. Bila BW ke blog Sue, nampak Sue post resepi Mini Quiche Sosej, nampak sedap dan menarik. Apa lagi....zaasss! Salin bulat-bulat takut  resepi tak menjadi.


Hari Sabtu pun operasi berkuntau di dapur bermula. Oleh kerana aku ni serba serbi kelengkapan tak cukup, oven ada tapi rasa macam dah nak rosak (temperature tak terkawal, kena asyik jaga takut hangus), bekas muffin pun takde (statement jelas aku ni bukan jenis bakery person), inilah yang sebaik mungkin aku boleh buat. 

Aku gunakan bekas kertas muffin dan masak dalam pemanggang ajaib. Jadi tu jadi la juga tapi tolong jangan tengok bawah bekas kertas muffin tu, serius! Rentung dibuatnya.....hahahha! Encik suami makan dan kata sedap, mak aku makan kata takde rasa (uwaaaa.....ke mak aku ni kuat masin?), aku makan rasa? Berlemak mak oi....tak boleh amalkan selalu, sebab berkeju susu bagai.....jarum bacaan kalori naik tinggi ini macam! Huhuhu.....

Note: Ingatan untuk diri sendiri, kalau isi bahan campuran dalam bekas roti tu, lagi bagus letak separuh atau tiga per empat dari bekas roti tu, sebab bila masak, dia akan naik membuak!

14 January 2013

Makan Malam di Sarpino's Pizzeria


Dating dengan encik suami Jumaat malam Sabtu lepas. Oleh kerana hari Jumaat biasanya encik suami offday, wajib berdating lepas waktu aku balik kerja, kesian dia terperap di rumah sepanjang hari. Mula-mula ingat nak pergi tengok wayang, tapi bila mms dia showtime GSC Aeon Bandaraya, dia kata hampir semua filem tu dia dah download, so tak berbaloi la bazirkan masa pergi tengok midnite kalau boleh tengok wayang sambil peluk-peluk atas katil kat rumah.

Lepas tu baru teringat, hari tu ada terniat nak gi makan di Sarpino's Pizzeria, tarikan tempat makan baru di Melaka. So, set masa dengan encik suami, lepas solat maghrib terus ke sana. Member aku yang dah pernah pergi makan di sana, kata ok juga menu di situ. Disebabkan tak jangka Melaka boleh jammed malam tu, punya la encik suami cilok ikut jalan shortcut, kitaorunk sampai di Sarpino's Pizzeria ni jam 9.00 malam. 


Krew Sarpino's ada maklumkan, kedai dah nak tutup jam 10 malam. Aku gelak je, aku kata tak pe dik, kitaorunk boleh makan laju2 sebab memang dah lapar gile ni. Oh, menu dia lebih kurang macam di Pizza Hut cuma berbeza dari segi presentation. 

Di Sarpino's Pizzeria ni disediakan kemudahan wireless percuma, siap letak password wifi di setiap meja, jadi tak de la bosan sangat masa menunggu makanan sampai. Kalau yang jenis suka post gambar di Insta, FB dan-dan tu juga, dipersilakan...huhuhu.

Kali pertama makan di sini, kami memesan menu secara ala carte, jangan risau, menu jenis combo pun ada, cuma kami tak nak membazir pada benda yang tak perlu, contohnya air minuman bergas/manis. Herm, dah lupa dah bila kali terakhir aku minum air manis/ bergas/ ais. Mungkin lebih tujuh bulan kot? Encik suami pun aku dah ajar kurangkan minum minuman berais dan manis.


Ok, kami memesan Pepperoni Classic Pizza (12"), Garlic Breadsticks, Onion Rings, Soup Of The Day (Chicken Soup) dan Baked Spaghetti. Kelainan garlic breadstick di sini ialah ia lebih besar dan disertakan dengan sos pencicah marinara. Puas juga nak menghabiskannya.


Yang paling best, chicken soup Sarpino's Pizzeria ni sangat sedap dan penuh dengan isi. Kalau makan di Pizza Hut, memang kosong tak de isi sangat, setakat cebisan daging ayam dan cendawan. Sangat puas hati dan rasa dia sangat lemak berempah.

Baked spaghetti pun berbaloi untuk dicuba. Mengah nak habiskan walaupun berkongsi dengan encik suami. Untuk kesemua yang kami makan ni, bayarannya adalah sebanyak RM59.30. Berbaloi? In shaa Allah, sangat berbaloi. Dengan harga yang sama di Pizza Hut, kami mungkin dapat menu yang sama tapi kepuasan yang berbeza.


Bagi orang Melaka yang nak mencuba makanan di Sarpino's Pizzeria, bolehlah ke Bangunan Jaya 99, Jalan Tun Sri Lanang berdekatan Taman Rempah Ratus dan River Cruise Melaka.

11 January 2013

Makanan Minda #6

 Sumber Gambar : Facebook

Kalau sesiapa terutamanya kaum Adam baca petikan kenyataan UAI kat gambar paling atas tu, dan tak terkesan kat hati, alahai...tak tahu nak kata apa dah. Mungkin tak sampai cahaya keinsafan dalam hati kot. 

Untuk kaum Hawa pun, satu peringatan tu (aku pun sama). Waktu bercinta, mungkinlah kita tak boleh pantau solat 5 waktu pakwe kita, tapi kalau berdating dari pagi sampai malam, in shaa Allah nampak apa aktiviti yang dia buat sepanjang bersama dengan kita. Kalau liat je tengok gaya dia, paham-paham je la. Ingat balik ayat UAI ni. Kalau lepas kawin masih tak berubah, peratusan nak berubah tu wallahualam.


 Sumber Gambar : Facebook

Ada kawan aku cakap, hutang dengan PTPTN tak wajib dibayar, dengan alasan masa dapat pinjaman tu, diaorunk tak minta pun, PTPTN yang seakan paksa mereka terima. So, mereka ambil je la tapi bila dah habis belajar, kalau rasa-rasa tak nak bayar balik, boleh abaikan je. Aku dengar, aku geleng kepala. Susah nak berhujah dengan orang rosak mentaliti macam ni.

Satu je aku cakap, "Kalau PTPTN tak hulur dulu pinjaman kat ko, ade orang lain nak bagi ko pinjam duit untuk teruskan pengajian ke? Kalau keputusan ko hebat, boleh la ramai nak beri biasiswa kat ko...tapi kalau CGPA pun cukup-cukup makan, nak aku sambung ayat aku ke? Kang ko jugak yang sakit hati....paham-paham sendiri la. Adat meminjam tu senang je, dah pinjam bayarlah balik. Masa ko dapat duit, tak de pula mulut ko bising-bising, tapi bila sampai masa nak bayar hutang, ko mengomel macam-macam. Mengungkit itu-ini.

Ai'na Suffiyah : Sudah 6 Bulan


Dah lama tak letak gambar Aina Suffiyah kat sini kan? Selalu juga adik bongsu aku mms gambar Aina ni kat kami adik beradik. Gembira betul hati aku bila dapat gambar budak manja sorang ni. Lepas tu aku forward pada encik suami, dia pun suka.


Adik aku kata Aina dah masuk 6 bulan (8 Januari 2013), dah boleh beri makanan pejal. Yeay! Nanti Makcik dia nak sumbat Aina makan banyak-banyak bagi mok-mok.

10 January 2013

Pa&Ma : Amalan Memudahkan Hamil Menurut Islam

Sumber Gambar : Kredit kepada Majalah Pa&Ma Januari 2013

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,

1) Baca Bismillah
2) Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
3) Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4) Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT akan apa yang dihajati. (Contohnya: " Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
5) Selepas lafaz doa,  tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
6) Selain itu amalkanlah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin
7) Manakala isteri pula hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari
8) Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

Jom, kawan-kawan...kita cuba cari ini pula, in shaa Allah mungkin ada rezeki selain daripada usaha kita dengan kaedah perubatan.

09 January 2013

Tips Permulaan Menimbang Berat Badan Mingguan

Sumber Gambar : Posting Maria Kang di FB


Boleh rujuk artikel yang ditulis sendiri oleh Maria Kang secara panjang lebar di laman webnya : http://www.mariakang.com

Aku cuma nak buat rumusan daripada apa yang aku faham :

Tips untuk permulaan rutin menimbang berat badan setiap minggu:

1) Perlu timbang berat badan pada masa yang sama setiap minggu
  • Kalau boleh ambil bacaan berat badan seawal pagi, sebaiknya sebaik sahaja bangun tidur.
  •  Untuk aku, dua kali bacaan lah; satu di rumah dan satu lagi di pejabat tapi waktu pagi juga.

2) Jangan ambil apa-apa makanan sebelum menimbang bagi mengelakkan ralat
  • Sebab tu untuk dapatkan bacaan berat yang ideal, sebaiknya kita kena timbang sebelah awal pagi.
  • Kalau jenis hati cekal, boleh je nak timbang bila-bila, lepas makan ke, waktu malam ke....hehehe, tapi jangan terkejut pula tengok bacaan tinggi melambung (macam kes aku dulu, timbang berat belah malam kat Econsave, merempan sampai moody sebab bacaan tinggi. Bila cerita pada kawan Herbalife, dia tegur dan terangkan bacaan naik sebab badan bloated dengan air).

3) Gunakan alat penimbang yang sama 
  • Boleh je nak pakai alat penimbang lain-lain, tapi kena rekod dan buat catatan sendiri. Macam aku, akan ada tiga rekod bacaan berat badan ; penimbang di rumah, penimbang Herbalife dan penimbang di klinik OnG...dan in shaa Allah, bacaan tak lari jauh, lebih kurang je.

4) Perlu ambil kira faktor penyebab bacaan berat naik - seperti pemakanan berat dan situasi datang bulan
  • Kalau dah tahu kurang seminggu lagi nak datang bulan, kalau boleh elakkanlah menimbang berat badan. 
  • Tempoh sebelum dan semasa datang bulan, berat badan mungkin bertambah dipengaruhi oleh faktor pemakanan, pengekalan air (water retention) dan simptom bloating.
  • Macam kes aku, waktu datang bulan, memang bacaan akan naik/statik, aku akan tetap teruskan aktiviti minum air aku (Herbalife), dan lepas datang bulan bila timbang semula, in shaa Allah bacaan akan turun banyak. Masa tu senyuman meleret sampai ke lantai....kih kih kih

Pa&Ma : Januari 2013


Mood masih merudum lepas jumpa doktor Jumaat lepas.
Tapi at least Allah bagi aku semangat untuk hadapi masalah dalaman aku dengan cara lain; temukan aku dengan buku ni. Seriously, aku tak pernah terdetik nak beli buku ni, sebab macam tak de point aku nak baca sedangkan aku tak boleh amalkan dalam realiti hidup aku sekarang.
Tapi waktu aku ternampak tajuk utama majalah ni masa di kedai, aku terussss tertarik nak baca isi kandungannya. 

Topik Utama :
Merancang Kesuburan dan Kehamilan

Topik Yang Dibincangkan :
Punca Tak Subur, 
Rawatan Kesuburan, 
Panduan Berjaya Hamil dan 
Persedian Hamil : 17 Tip Pemakanan Buat Suami & Isteri.

Sekarang ni, selain buku novel A Street Cat Named Bob, majalah Pa&Ma ni jadi buku bedtime story aku waktu malam.

08 January 2013

Mungkin Ini Yang Terbaik Buat Kami Berdua

Sebenarnya takde hati nak tulis entry pasal hasil appointment dengan doktor OnG tempohari. Hati bercampur baur dengan macam-macam perasaan. Apa-apa pun aku bersyukur pada Allah S.W.T, sekurang-kurangnya appointment kali ni sedikit sebanyak membantu merungkai isu kesihatan aku.

Ok la, aku mulakan dengan berita yang positif. Bacaan berat badan aku di klinik OnG menunjukkan angka 71.1kg. Penurunan sebanyak 2.6kg berbanding bacaan terdahulu pada bulan Disember tahun lepas (73.7kg).


Appointment kali ni juga doktor buat ujian TVS lagi. Ok, part ni aku mood bercelaru skit. Tak pernah -pernah aku dapat doktor lelaki, hari tu aku kena plak dengan doktor lelaki cina kat bilik scan. Aku rasa muka aku merah padam masa tu. Malu wei......apalah nasib aku kali ni kena seluk dengan doktor lelaki pulak. Masa scan tu, doktor tu tanya aku mengandung ke sambil tengok monitor mesin scan tu. Aku kata aku tak tahu, tak mungkin la kot sebab baru beberapa hari je habis period.


Result scan tu nurse pass pada doktor satu lagi, lepas tu doktor tu suruh aku buat ujian UPT sebab macam nampak something macam kantung (pseudosac). Aku cakap la pada doktor, aku sebelum buat TVS tu dah habis buang air kecil, tapi doktor suruh juga cuba, dapat sikit pun takpe. End up result UPT tu negatif, dan doktor suspect pseudosac (kantung) tu mungkin darah beku, atau sisa period yang tak habis keluar. Herm....seriusly, aku tak tahu apa perasaan aku masa tu. Aku tak mengharap apa-apa.

Lepas tu, doktor tanya aku, sama ada nak sambung makan pil hormon (pil perancang) untuk beberapa cycle lagi, atau nak cuba tunggu period turun secara natural. Kalau tak turun juga lepas tiga bulan, doktor suruh datang ambil pil provera untuk turun darah. Lama aku dok fikir, terdiam. Confirm lah kalau aku makan pil hormon tu aku tak akan mengandung buat masa ni.

Doktor sarankan aku tak mengandung dahulu untuk tiga empat bulan ni sebab nak monitor kesihatan aku dan rujuk aku ke klinik satu lagi. In shaa Allah, kalau semuanya seperti yang dirancang dan kesihatan aku mengizinkan, barulah doktor OnG akan proceed kepada proses seterusnya dan bincangkan rawatan yang sesuai untuk meningkatkan potensi aku hamil.


Satu lagi, doktor buat surat rujukan ke Jabatan Patologi untuk buat ujian sperma bagi encik suami. Alhamdulillah, langkah demi langkah untuk usaha kami berdua.

Sekarang ni aku memang dah tekad nak consume ACV (Apple Cider Vinegar) – satu-satunya cara aku nak kembalikan semula kitaran period aku tanpa ubat-ubat dan bahan kimia. Doakan ye yang terbaik rezeki anak buat kami suami isteri tahun ini.

07 January 2013

Azam Tahun Baru : Kenapa Gagal?

 Sumber Gambar : FB Maria Kang

Di FB aku, sekarang ni ada dua tiga orang kawan-kawan yang posting azam tahun baru 2013 mereka berkaitan penurunan berat badan. Salah seorangnya, ada post entry pasal motivator Maria Kang yang merupakan seorang ibu muda kepada 3 orang anak yang banyak memberikan tip-tip untuk menjaga kesihatan dan penurunan berat badan. Terima kasih banyak-banyak pada kawan aku tu, banyak pahala dia dapat (in shaa Allah) sebab kongsi info pada kawan-kawan lain macam aku ni).


Sumber Gambar : Posting Maria Kang

Ni posting terbaru Maria Kang tentang kegagalan azam tahun baru bagi mereka-mereka yang meletakkan sasaran agak tinggi untuk turun berat badan dalam masa yang singkat. Bagus penerangan yang Maria Kang berikan...sangat logik!

Nota untuk senangkan korunk, tak payah nak buka google : 
2 - 3 lbs bersamaan 0.9 - 1.4 kg
25 - 35 lbs bersamaan 11.3 - 15.9 kg
60 lbs bersamaan 27.2 kg

Untuk kes macam aku, kalau korunk tengok balik dalam entry sebelum ni aku ada beritahu, untuk capai berat ideal, aku kena turunkan sekitar 25 - 27 kg lagi kan? 27 kg yang kalau diconvert kepada lbs/pound adalah 60lbs...banyak tu kan?? Macam mustahil je boleh turun sebanyak tu....kalau aku bercadang nak turun dalam jangka masa singkat ! Tapi, kalau aku setkan penurunan sebanyak 60 lbs / 27 kg dalam masa enam bulan dengan kadar penurunan 0.9 - 1.4 kg seminggu, in shaa Allah boleh! Yang penting, kena konsisten dan tekad dalam usaha ni.

Dengan kata lain, kalau nak tengok aku ni kurus (plus sihat walafiat dan bukannya cengkung sakit), janganlah berharap sangat aku boleh turun sebanyak tu dalam masa sebulan dua. Kena bagi masa daaaaann juga semangat pada aku ni...betul tak?

04 January 2013

Herbalife : Formula Mengira Anggaran Berat Badan Ideal

Sumber Gambar : Pinjam dari Group Herbalife di FB

Sementelaah hari ni aku ke klinik OnG untuk appointment pertama bagi tahun 2013, aku kongsikan ilmu untuk sesiapa yang rasa nak tahu formula pengiraan anggaran berat badan ideal diri masing-masing yang aku dapat dari group Herbalife dalam FB aku.

Rasanya tak perlulah aku perjelaskan secara panjang lebar, sebab kalau rujuk gambar kat atas tu, semua orang reti cara nak kira, kan?

Contoh untuk diri aku ni, lingkungan berat ideal untuk aku adalah 42 - 46 kg.
Dengan berat badan setakat timbangan semalam (70.9kg), huk huk huk....jjaaaaauuuhhh lagi nak capai.
Hampir 25 kg lagi nak kena turunkan tapi, in shaa Allah.....usaha tetap usaha.

03 January 2013

Herbalife : Berat 3 Hari Pasca 2013


Alhamdulillah!!
Syukur sangat-sangat....tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saat ni.
Bacaan berat badan aku pagi ni, menunjukkan 70.9kg.
Kalau tengok perbezaan berat dalam sebulan (6 Dis 2012 - 3 Jan 2013), ada penurunan sebanyak 2.5kg.
Aku memang dah rancang, sehari sebelum ke klinik OnG untuk setiap appointment aku dengan doktor, aku akan timbang awal-awal dengan penimbang Herbalife kawan aku, sebagai persediaan emosi bila dapat bacaan berat badan di klinik OnG nanti. 


Untuk rekod, bacaan timbang pada 24 Disember 2012 tempohari adalah 72.3kg. Bermaksud dalam tempoh sepuluh (10) hari, ada penurunan sebanyak 1.4kg.  

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 9.7 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, musle mass, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit. 

Rujukan entri bacaan berat terdahulu : sinisini dan sini.

Semoga misi aku nak tengok angka 60++kg dalam jangka masa terdekat akan tercapai, amin!

P/S : Temujanji di klinik OnG esok, berkemungkinan bacaan akan naik sedikit sebab perbezaan jenis penimbang, untuk rekod, pada 7 Disember 2012 bacaan berat badan aku adalah 73.7 kg.