16 January 2013

Al-Ustaz : Hukum Hakam Kehamilan & Kelahiran


Masuk MPH hari Ahad lepas, lepas keluar makan temankan encik suami rehat tengahari. Mula-mula ingat nak ke kedai buku Popular, tapi alang-alang dah lalu depan MPH Mahkota Parade ni, singgahlah sekejap cuci-cuci mata. Jadi macam wabak pulak kan? Kalau dah mula beli buku atau majalah, hati dok meronta-ronta nak cari lagi buku atau majalah lain untuk bahan bacaan. Sedangkan buku atau majalah yang baru beli, masih belum habis baca. Nafsu betul...tapi bagus juga nafsu ni, beli bahan bacaan yang boleh dijadikan bahan rujukan di masa akan datang.

Aku ni kalau duduk depan rak majalah atau buku, memang dah jadi tabiat go thru setiap tajuk utama. Sekali terpandang majalah berciri Islamik ni, tajuk pun menarik....Al-Ustaz : Hukum Hakam Kehamilan & Kelahiran. Selak-selak, eh...boleh tahan menarik juga cara presentation isu dalam majalah ni. Ada hukum hakam untuk memahramkan anak angkat, hukum derma uri, macam-macam lagi la. Pendek kata, apa-apa je persoalan yang kita terfikir pasal isu-isu zuriat ni, boleh dapat penjelasan lengkap dan padat dalam majalah ni.


Tengok-tengok dah masuk isu ke-10 dah majalah ni, baru aku perasan di kedai buku. Kebetulan isu 9 dan 10 ada di depan mata, alhamdulillah, dua-dua aku ambil. Serius, tak puas baca majalah ni. Rasa rugi pula tak dapat baca isu 1 hingga 8. Tapi tak pe, in shaa Allah, aku nak cuba dapatkan koleksi terdahulu majalah ni dari syarikat penerbitan Telaga Biru ni sendiri.

4 comments:

  1. assalam... patutlah mcm kenal je. Hehehe.. x sangka ada blog ye. Anw nice blog! Nanti boleh dtg lg.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam....Hahahaha! Macam mana En leh sampai sini ni? Sesat ke? Hihihi~ Anw, terima kasih sudi jenguk blog ni....

      Delete
  2. Entah ek... ada sorang follow my blog.. 'lisette angela' something like that. pastu tgk di follow juga blog nie. bila buka laa... org kg rupanya.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. En...tu adik saya la! So secara x lgsg, saya pun tahu En ade blog juga..Kui kui kui

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)