Sumber Gambar : Kredit kepada Majalah Pa&Ma Januari 2013
Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,
1) Baca Bismillah
2) Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
3) Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4) Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT akan apa yang dihajati. (Contohnya: " Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
5) Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
6) Selain itu amalkanlah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin
7) Manakala isteri pula hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari
8) Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.
Jom, kawan-kawan...kita cuba cari ini pula, in shaa Allah mungkin ada rezeki selain daripada usaha kita dengan kaedah perubatan.
Jom, kawan-kawan...kita cuba cari ini pula, in shaa Allah mungkin ada rezeki selain daripada usaha kita dengan kaedah perubatan.
semoga dipermudahkan..in shaa Allah
ReplyDeletePn. Mieza Fadzly,
DeleteIn shaa Allah, setiap saat berdoa padaNya, dipermudahkan segala urusan terutamanya urusan melahirkan zuriat sendiri. Cuma kalau dah tertulis takdir Allah, yani tak keberatan untuk mengambil anak angkat, cuma biarlah setelah yani dan encik suami berusaha 100% dari semua segi perubatan moden, tradisional mahupun alternatif.