29 January 2013

Bukan Petua, Tapi Tak Salah Mencuba

Memandangkan hari ni sudah masuk CD ke-3 aku, aku teringat kata-kata nenek yang pernah urutkan aku dulu. Lama dah aku tak pergi berurut dengan dia, dah hampir setahun. Mungkin rajuk hati aku masih berbekas dalam hati, entah bila aku akan terbuka hati lagi nak pergi berurut. Wallahualam.

Nenek tu masa tengah urut aku, suka berbual. Aku pun suka layan tanya macam-macam. Aku pernah tanya pada dia, maybe pada korunk soalan aku ni soalan bodoh tapi let it be la kan. Lebih baik aku tanya dari aku asyik berteka teki je dalam otak ni. Aku tanya, bila masa sesuai untuk bersama dengan suami. Tahu apa nenek tu jawap? Ko main je la bila-bila ko berdua nak (except waktu period je la), tak payah nak set masa sangat. Kalau dua-dua nak, buat je. Aku tergelak juga la, masa tu suami ada kat sebelah. Aku pandang dia, dia pandang aku...sama-sama merah muka.

Mungkin ada yang tak setuju (especially dari segi perubatan), nak kena pilih hari subur, nak kena buat BBT, guna OPK untuk cari hari subur, baru selesa nak berBD. Ye, itu aku tak nafikan. Tapi untuk orang macam aku yang susah nak period, kitaran period pun tunggang-langgang, turun period pun lepas makan ubat, hmm....sukar nak betul-betul pasti hari yang mana hari subur. Pernah dengar tak ada orang yang waktu subur dia waktu dia tengah period? Aku rasa macam aku pernah baca somewhere pasal isu ini.

Oh, anyway hari ketiga ni nampak macam makin banyak flow yang keluar, alhamdulillah. Suka betul rasa period cramp, perut rasa kejap-kejap berdenyut, selongkar balik almari cari pad warna warni Kotex aku tu. Haih..ni la dia, mood orang yang jarang period. 

Tengah terfikir, berapa lama agaknya period aku kali ni? Seminggu? Atau lebih? Jangan lama-lama, rindu suami...

13 comments:

  1. Yesss...anytime bile nak terus jer berBD. sbb nya sometimes sy tak jumpa Pon egg white yg menandakan kita tgh subur. daripada tertunggu n tertnya2 berBD tak kira waktu...konsep random je lar...memandangkan period mmg lari dari landasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umaira Umar;

      Kann?? BerBD je la sekerap yang boleh, mana tahu ada rezeki melekat dan kekal jadi baby. Kena ada kerjasama dan persefahaman antara kita dengan suami.

      Delete
  2. Replies
    1. Ibu_Faiz;

      Kalau nak kira usaha, tak terkira banyaknya usaha ke arah tu, kadang-kadang rasa macam tak ikhlas bersama dengan suami sebab nak sangat ada baby. Herm, sekarang dah masuk 2 tahun lebih kawin, in shaa Allah....setiap kali bersama suami, doakan yang terbaik hasil hubungan halal ini. Yang penting sama-sama gembira.

      Delete
    2. yup.. mudah2an sis dan suami dapat bby thun ni.. rakan2 luar yg bergelar ibu sentiasa mendoakan sis berjaya tahun ni...sabar ye sis...

      Delete
    3. Ibu_Faiz,

      Terima kasih atas doa kalian semua yang sentiasa mendoakan kami suami isteri....in shaa Allah!

      Delete
  3. ahahhah.. suka statement yg sampai kene selongkar almari ye...mesti kes lupa letak pad kat mana ni.. harap berhasil la yer pas ekne urut tu.gud luck ma dear.igt pesan nenek 'Ko main je la bila-bila ko berdua nak'

    ReplyDelete
    Replies
    1. eKa;

      Huhu...selongkar bukan pasal lupa/tak jumpa, tapi sebab excited nak pakai balik lepas sebulan lebih tak pakai. Yani dah lama tak berurut, tgh tunggu semangat kembali semula....tapi ayat nenek tu tak pernah lupa.

      Delete
    2. sy pernah selongkar...tp tak jumpa2...baru teringat yg sy dah lama tak beli period

      Delete
  4. try amalkan yassin 40hari tu..ataupun suami bca ayat qursi kt perut... :) insyaallah jika diizinnya :) apa2 detail leh email ros rizaros90@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  5. Ros : terima kasih ye beri petua tu...in shaa Allah akan diamalkan. ;)

    ReplyDelete
  6. Jarang sgt2 pilih time2 tertentu.. rase seperti terkongkong.. yang penting kita enjoy! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka:

      Itulah dia kan? Dapat pula suami sporting, aktiviti bersama tu jadi lebih enjoy....hilang rasa tertekan bagai ni. Huhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)