06 December 2012

Herbalife : Timbang Berat Sebelum Jumpa Doktor Esok


Timbang berat guna penimbang khas Herbalife pagi tadi dengan bantuan kawan pejabat. Sebelum tu, dah siap-siap timbang berat di rumah sebaik sahaja bangun tidur. Bacaan yang sebelah kiri tu bacaan guna penimbang di rumah (tanpa pakaian). Yang sebelah kanan pula bacaan penimbang Herbalife (dengan pakaian).

Kalau ikutkan, bacaan timbang aku Khamis lepas (jarak 1 minggu) adalah 74.8kg. Bermaksud ada penurunan sebanyak 1.4kg. Banyak bacaan yang dah turun, alhamdulillah. Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 7.2kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

Untuk rekod, berat badan masa jumpa doktor bulan Oktober lepas (5 Oktober 2012), menggunakan penimbang di klinik OnG adalah sebanyak 75.7kg. Untuk berat terkini, kena tunggu hasil bacaan penimbang di klinik yang sama esok. Harap-harap jumlah penurunan sekitar bacaan penimbang Herbalife ni juga la (bear in mind, bacaan penimbang berlainan dan berbeza, kalau lagi turun...syukur sangat-sangat!)


Bacaan 9 merujuk kepada Visceral Fat. Bacaan awal Julai dulu adalah 11, kemudian turun 10 untuk jangka masa agak lama (hampir 3-4 bulan), alhamdulillah...dah turun. Sasaran adalah kepada angka 5 (bacaan ideal).

Bacaan 2.4kg merujuk kepada Bone Mass. Bacaan awal Julai dulu adalah 2.5kg, alhamdulillah...dah turun. 

Bacaan 43.9% merujuk kepada peratusan Body Fat. Bacaan awal Julai dulu adalah 47.6, alhamdulillah...dah turun juga sebanyak 3.7%.

Bacaan 3 merujuk kepada Physique. Bacaan awal Julai dulu sampai sekarang tidak berubah, masih pada bacaan 3.


Bacaan 41.1 merujuk kepada peratusan Total Body Water. Bacaan awal Julai dulu adalah 38.3% (which is sangat kurang tahap pengambilan air harian aku), alhamdulillah...dah makin naik sekarang walaupun masih belum capai tahap ideal yang sepatutnya iaitu 45-50%. Setiap hari, aku akan ambik sekurang-kurangnya 8 liter air, ye kawan-kawan.....8 LITER, bukan 8 cawan air macam yang iklan kat tv dok sarankan tu. Bak kata, alah bisa tegal biasa....

Bacaan 38.8kg merujuk kepada Muscle Mass. Bacaan awal Julai dulu adalah 39.6kg, alhamdulillah...dah turun. 

Bacaan 1321kcal merujuk kepada Basal Metabolic Rate (BMR). Bacaan awal Julai dulu adalah 1379kcal. Setiap hari aku akan pastikan pengambilan kalori aku adalah sekitar 1200kcal sahaja termasuk sekali nilai kalori sarapan dan makan malam dari sumber shake Herbalife.

Bacaan 54 merujuk kepada Metabolic Age. Bacaan awal Julai dulu adalah 54, dan masih tidak berubah. Bacaan tu bermaksud usia tubuh badan aku tak selari dengan usia sebenar aku. Bermakna juga, kadar metabolisma badan aku macam orang yang berusia 54 tahun....ada faham? Huhuhu....kena ubah ni supaya menurun kepada umur sebenar aku iaitu 29 tahun!

13 comments:

  1. Ida pernah buat test ukur badan yang ada menda menda yg yani explain ni... hari tu kat MARA, ade buat.. ida pun gedik gedik isi dengan kawan... hihi... tapi ntah mana kertas result tu ida dah lupee!! rugi tak simpan baik baik... yang ida ingat, die cakap umur sebenar ida 30tahun!!! Padahal ida baru 26thn... hahahaha.. kureng asammmm..... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda: sebab tu kita kena buat body analysis ni berkala ieda, supaya kita tahu tahap metabolisma tubuh badan kita, sama ada di tahap normal atau tidak. lepas tu, terpulang pada kita sama ada nak kekalkan atau perbaiki.

      Delete
  2. byknya dah turun. Sy baru jer 1.9kg..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe CPT, baru-baru consume Herbalife kan? Yani turun sebanyak tu pun makan berbulan-bulan juga. Bukan sekelip mata. Ikutkan, badan kita ni ada masa akan turun banyak, sampai satu masa dia akan statik, tapi badan nampak reshape. masa tu kena usaha lebih sikit, sama ada dari segi senaman atau jaga pemakanan. InsyaAllah, kesihatan diri lebih baik tu memang pasti, berat badan turun tu satu bonus!

      Delete
  3. sy baru amal herbalife 14 hari.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka: mcm mana penurunan berat setakat 2 minggu ni? Any good news? :)

      Delete
    2. alhamdulillah baju yg sebelum ni pakai mcm sarung nangka, kini dah muat dah masuk.. tang perut ni ha yg pening sikit.. kikiki

      Delete
  4. Alhamdulillah,bagus2...sama la mcm yani. Seronok rasanya baju kurung yg selama ni terpaksa simpan sbb ketat tang perut dan lengan dah boleh muat balik. Malah longgar sampai kawan tegur macam pakai baju pinjam! Seluar yani dah mengeloboh bila pakai. InsyaAllah kalau dpt turunkan lagi 3kg, hujung bulan ni nak cari seluar baru...

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN ADA AMBIL HERBALIFE, NIE,TAPI CADANG NAK STOP. SAYA TIADA MASLAH BERAT BADAN,CUMA MASALAH BMR, 1088, TAK PANDAI NAIK2..HERBALIFE CKP SAYA ADA GASTRIK..TAPI TAK JUGA SAYA ADA GASTRIK..MCM MANA TU YA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM, saya tak berani nak beri pendapat peribadi saya, sebab saya pun pengguna Herbalife. Cuma apa yang saya boleh bantu, di senarai bloglist sebelah kanan blog saya ni..kalau perasan, ada satu blog "Sweet Vanilla" milik seorang bakal doktor yang juga distributor Herbalife, mungkin boleh bertanya pada dia melalui blog atau akaun FBnya....In Shaa Allah, mungkin dapat jawapan yang lebih tepat?!

      Delete
  6. Assalamualaikum, just drop by here and ternampak soalan cik pembekal mutiara, saya boleh tolong sikit la berdasarkan ape yang saya faham. BMR ni sebenarnya based on kita punya aktiviti harian. Iaitu body metabolic rate yg mana sebanyak mana kalori yang kita guna dalam keadaan kita rehat, untuk meningkatkan BMR kita kena lakukan aktiviti fizikal yang lain, antaranya exercise. 3 kali seminggu exercise sedikit sebanyak dapat meningkatkan kadar BMR. Saya tak pasti macam mana Herbalifer sekian boleh noted awak ada gastrik, mungkin based on reaction badan awak dengan produk. Awak tak minta dia jelaskan? Sebab kadangkala orang yang ada gastrik dia tak tunjukkan reaction dengan teamix. Jadi kita x galakkan dia ambil teamix lagi, dan suruh dia tukar kpd aloe. Tapi ape2 pun, boleh rujuk coach anda kembali. :) Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada juga yang sudi beri pendapat tentang persoalan Cik Pembekal Mutiara tu, harap-harap Cik Pembekal Mutiara ada followup kat entry ni untuk tengok maklumbalas ni. Takpun saya boleh tolong alertkan di blog/web Cik Pembekal Mutiara nanti.

      Tq alots ye Syafiqahallias!

      Delete
  7. Hi sis, kenapa bone mass dan muscle mass awak turun tapi dikira bagus? metabolic rate juga turun, tp bagus? mcm mana tu?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)