22 January 2013

Berat Pasca Berhenti Minum ACV : Alhamdulillah !


Syukur dan Alhamdulillah.
Aku berharap keputusan aku berhenti mengambil ACV adalah keputusan yang tepat, walaupun sukar.
Hampir dua minggu aku agak stress sebab berat badan aku naik mendadak. Sebab itu aku tak review pasal aktiviti timbang berat badan aku sepanjang dua minggu lepas.


Inilah bacaan timbangan berat aku selama tiga minggu di bulan Januari ini. Sekarang baru aku ada kekuatan nak tunjukkan pada orang lain. Nampak tak? Bacaan berat badan aku pada tarikh dua minggu lepas (10 Januari 2013 dan 16 Januari 2013), owh....aku sangat trauma! Total body water makin turun walaupun aku minum air dengan jumlah yang sama, muscle mass naik dan BMR aku pun naik semula.

10 Januari 2013 : 71.1kg (peningkatan sebanyak 0.2kg dari berat 70.9kg)
16 Januari 2013 : 71.9kg (peningkatan sebanyak 1.0kg dari berat 70.9kg)
22 Januari 2013 : 70.6kg (penurunan sebanyak 1.3kg dari berat 71.9kg)

Bermaksud dalam tempoh tujuh (7) hari (16 Jan - 22 Jan 2013), ada penurunan sebanyak 1.3kg. 

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 10.0 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit. 

Rujukan entri bacaan berat terdahulu :





Nota : Aku tak nak jatuh hukum pada Cuka Epal (ACV) dengan mengatakan ia punca berat badan aku mendadak naik semula. Mungkin ACV tidak sesuai dengan badan aku dan matlamat aku untuk menurunkan berat badan. Jadi jangan buat spekulasi yang Cuka Epal (ACV) menyebabkan peningkatan berat badan. Mungkin kalau orang lain cuba, mungkin akan dapat tindakbalas sebaliknya, iaitu dapat menurunkan berat badan selain untuk membetulkan kitaran haid.

10 comments:

  1. wah bagus jugak herbalife ni. akak amik tiga-tiga sekali ke atau teh dan aloe vera sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie Nash : Akak ambil pakej utk turunkan berat badan, semua yg Atie sebut tu, tambah F1, F3, dan omega.

      Delete
  2. kwn2 sy pun ramai guna herbalife...sumenya +ve

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka : Kalau displin guna, in shaa Allah tiada masalah untuk dpt hasil positif. Displin tu sangat penting, produk apa pun yg kita makan itu perkara kedua.

      Delete
  3. Mana nk carik weight scale yg ada semua data tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SweetTooth : Boleh je cari di kedai2 peralatan sukan, ada macam2 brand dan harga. Kalau tak silap, Herbalife guna scale jenama Tanita mcm dlm gmbr yani tu, banyak juga features dia. Yang yani beli letak rumah, tak ingat plak brand apa, tapi beli online kat Streetdeal tu, ada feature muscle mass, total body water, bone mass dan satu lagi tak ingat.huhu....better beli yg mahal skit, investment untuk long term use.

      Delete
  4. salam nak tya skit tentang diet HL.amacam pl ye.betul lah semenjak sy try cuka epal ni berat naik dan ada slalu rasa pening mcm nk pitam n rasa nk muntah.cek ngan dr bukan darah tinggi pn.heran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durrothun-nasihah:

      Oh ye ke? Maksudnya simptom yang Yani alami masa ambil Cuka Epal ni bukan sesuatu yang abnormal la kan? Awak selalu rasa lapar tak? Yani masa ambil cuka ni, selalu rasa lapar between meals dan craving. Cuma Yani cuba lupakan craving tu dengan minum air suam banyak-banyak la.

      Tentang diet Herbalife ni, bergantung pada tujuan kita ambil HL tu untuk apa, macam Yani, Yani nak turunkan berat badan. Jadi, pelan diet Yani 2 kali shake )sarapan dan makan malam) dan makan seperti biasa waktu tengahari. Tambahan, kalau bersenam dan kawal makan, penurunan berat badan boleh meningkat.

      Delete
  5. Ye,rasa lapar smpai terpksa mkn dinner pkl9-10 malam coz xtahan lapar.nak ambl HL ni nak turunkan berat badan.cmna formula yg yani guna untuk produk HL.nak bandingkan ngan pengambilan HL sy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durrothun-nasihah;

      Untuk memudahkan awak, Yani dah buat satu entry berkaitan soalan yang awak tanya pada Yani tu, tentang cara pengambilan HL, boleh rujuk link di bawah atau baca entry terkini saya, ye?

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/01/pelan-pemakanan-herbalife-versi-aku.html

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)