Showing posts with label 3rd trimester pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd trimester pregnancy. Show all posts

17 May 2018

17 Mei 2018 : Hari Pertama Untuk 3 Perkara


17 Mei 2018.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua!
Terpanggil untuk catit benda ni di sini untuk kenangan dan rujukan masa hadapan. Setelah sekian lama brown spotting berlarutan selepas darah nifas, akhirnya darah period pertama selepas bersalin hadir hari ini dengan lebih jelas. Ikutkan hari Ahad lepas masih ada brown spotting setiap kali buang air kecil. Hari Isnin (14 Mei 2018) ke Hospital Besar Melaka untuk temujanji susulan Klinik Pakar Mata; ditemani suami dan baby. Agaknya berjalan jauh dari klinik ke parkir kereta dan dah lama tak berjalan jauh sepanjang berpantang...sampai di rumah, tengok ada secalit spotting berwarna coklat kemerahan. Selasa, Rabu pun sama...bila rujuk adik bongsu dan kakak, mereka kata masih belum suci dan belum boleh mandi nifas. Sekali hari ni (Khamis) masa tengah nak mandikan baby, terasa ada something keluar di bawah; tengok-tengok ada setompok besar fresh blood. Aik...dah period ke? Tanya adik, dia kata memang macam dah period balik ni.

Tengahari tadi masa nak keluar ke kedai dengan suami, beria minta kunci kereta dari suami dan cakap nak drive kereta sendiri. Rasa cuak juga sebab dah lebih sebulan lebih tak pegang stereng dan lepas bersalin czer. Alhamdulillah 5 minit awal je macam takut-takut nak drive, lepas tu dah laju dah. Huhuhu....skill drift tak hilang lagi.

Hari ni hari pertama di bulan Ramadhan. Walaupun tak berpuasa, tapi dah rasa macam feel berpuasa sama pula. Alhamdulillah, sebelum pukul 4 petang dah selesai masak sup ayam, jerang nasi beras perang dan buat tauhu sumbat serta kuah cili cecah untuk menu berbuka suami hari ni.

16 May 2018

Dugaan & Pengalaman Baru Semasa Berpantang


16 Mei 2018.

Alhamdulillah, hari ni genap 41 hari berpantang, hari Sabtu ni (19 Mei 2018) selesai tempoh aku berpantang 44 hari yang jatuh pada hari ketiga Ramadhan. Darah nifas pun masih ada, jadi kemungkinan besar awal Ramadhan aku belum boleh melaksanakan ibadah puasa.

Banyak benda nak ditulis dan dikongsikan, tapi persekitaran dan aktiviti harian aku dah berubah 100 peratus, jadi masa agak terhad nak menulis di sini.

Admit wad pada 3 April 2018. Bersalin pada 6 April 2018. Anak dimasukkan ke nurseri untuk pemantauan. Lepas bersalin czer, perlu kekal di wad 2 hari lagi sehingga 8 April 2018 untuk doktor memantau luka czer dan kesihatan badan aku agar kembali pulih. Tengahari 8 April dah boleh discaj tapi yang sedihnya anak masih ditahan di nurseri. Anak tak ada masalah cuma discaj note belum disediakan sebab doktor incharge tiada (read:weekend). Jadi terpaksa la pulang tanpa anak. Alhamdulillah hari yang sama bersalin, susu kolustrum dah keluar dan dapat kumpulkan untuk diberikan pada anak di nurseri. Cuma semasa tiba di rumah lepas discaj, terjadi bengkak susu sebab jarak masa memerah susu agak lama kerana aku belum ada bekas simpanan susu (bekas plastik dadih). 

Pagi Isnin 9 April 2018 berulang ke nurseri untuk hantar susu badan yang dikeluarkan secara marmet. Masih belum ada discaj note. Hari yang sama, nurse KK tiba dibrumah untuk buat pemeriksaan dan pemantauan ibu selepas bersalin. Petang tu datang semula ke nurseri untuk hantar susu dengan berwheelchair sebab badan masih lemah nak bergerak, alhamdulillah nurse maklumkan dah boleh bawa anak keluar nurseri dan balik. Maghrib baru sampai ke rumah dengan anak.

Selasa 10 April 2018, suami ke JPN menguruskan pendaftaran kelahiran anak dan terus buat MyKid. Hari yang sama juga nurse KK tiba di rumah untuk pemeriksaan kami berdua anak beranak. Nurse perasan anak ada kuning sedikit di muka dan suruh ke KK Sungai Udang untuk check darah.

Start dari situlah dugaan berpantang macam serupa tak berpantang aku lalui. Setiap hari ke KK untuk check kuning anak; trend bacaan TSBnya sekejap turun, naik, turun dan naik semula sehingga hari ke-16. Hari bekerja Isnin hingga Jumaat ke KK Sungai Udang, hari Sabtu ke Poliklinik Masjid Tanah dan hari Ahad ke Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah untuk check kuning. Stressnya aku dengan kuning anak dan tekanan dari saudara mara & kawan-kawan yang memberi macam-macam petua untuk turunkan kuning anak; sampai tahap setiap hari aku asyik menangis je. Suami jadi sangat risau dengan keadaan aku masa tu. Apa yang paling aku risaukan akhirnya terjadi juga; anak kena prolonged jaundice.

Dah la berpantang sendirian hanya bertemankan suami sahaja, nasib baiklah adik bongsu ambil cuti seminggu lepas aku discaj untuk bantu masak lauk berpantang, menyuntik baki injection heparin di lengan untuk cairkan darah serta ajar suami cara mandikan anak. Nurse KK pula hampir setiap hari datang (9 -14, 17, 20 & 25 April 2018) untuk check perkembangan aku dan anak di rumah.

26 April 2018 - Ke KK Sungai Udang untuk membuat ujian lanjutan prolonged jaundice iaitu sampel urin dan sampel darah anak diambil untuk dihantar ke GH Melaka. Alhamdulillah keputusan urin normal. Bacaan TSB kuning anak turun jadi 9. Lain-lain bacaan OK cuma bacaan larut air sedikit tinggi tapi tidak sampai tahap red alert.

8 Mei 2018 - Ke KK Sungai Udang untuk suntikan sebulan anak (dos kedua Hepatitis) dan juga perbincangan dengan doktor tentang kaedah perancang untuk diri sendiri. Selepas berbincang dengan adik bongsu, akhirnya aku ambil keputusan untuk mengambil suntikan perancang Depa Provera setiap 3 bulan sekali memandangkan aku perlu menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2-3 tahun akan datang. Hari yang sama juga aku menerima suntikan depo di bahagian punggung. Anak pula disuntik di bahagian peha...kesiannya, aku tak masuk sama semasa anak disuntik sebab masih trauma anak asyik kena ambil darah di tangan dan tapak kaki, jadi suamilah yang membawa anak dan memegangnya ketika nurse menyuntik dos hepatitis di peha anak.

Pengalaman sepanjang berpantang? Hurm....sangat banyak.

Pengalaman menyusukan anak ketika kuning memang sangat menduga kami suami isteri. Yang aku perasan, setiap kali bacaan kuning anak naik, tahap lena anak sangat tinggi hingga susah untuk dikejutkan untuk menyusu. Macam-macam cara kami guna; tak bedung masa tidur, lap muka dengan kain yang dibasahkan, panggil nama sehingga tahap picit tapak kaki /peha untuk bangunkan anak. Ya Allah! Meleleh-leleh airmata kami suami isteri sebab rasa sebak sangat anak sekecil ini dipicit tapi apakan daya, itu sahaja cara nak kejutkannya agar dapat menyusu bagi menurunkan kuning. Atas nasihat doktor pula, perlu menyusukan anak sekerap mungkin dalam tempoh sejam ke satu jam setengah, memang kepala aku jadi weng sebab kitaran tidur dah berubah sama sekali. Selain tu kena pantau kencing berak anak semasa kuning; kami suami isteri memang monitor warna najis anak sebab melalui buang air besar sahaja kuning anak dapat dikeluarkan dari sistem tubuh badannya. Percaya tak? HP kami suami isteri banyak gambar poo-poo anak sebab nak tunjukkan pada adik bongsu yang doktor tu jenis dan warna poo-poo anak kami. Huhuhuhu...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh adapt dengan corak penyusuan anak dan tempoh masa tidur anak sepanjang hari. Anak bertuah ni sangat suka mengempeng dengan maknya; pantang diletak sekejap, dia buka mata lepas tu melalak sekuat hati. Aduhai pipi merah comel Mama ni....

Cara berpantang melalui corak pemakanan aku memang tak ikut sangat cara berpantang orang lama. Salah satu sebabnya tak ada orang menjaga aku semasa pantang. Mak mertua pun tak berapa sihat jadi dia hanya dapat menjaga aku 2 hari sahaja, selebihnya aku berpantang sendiri dan makan menu berpantang secara ala kadar sahaja; cuma aku ambil pendekatan berkonsepkan makan dengan sukatan suku-suku-separuh, minum air suam/ masak sekurang-kurangnya 3-4 liter setiap hari dan banyakkan bergerak. Masalah sembelit pun tiada sepanjang berpantang, alhamdulillah.

Berurut semasa berpantang pun aku hanya buat ala kadar sahaja, dapatlah berurut dengan Kak Ayu selama 3 hari tapi tak berturut sebab aku terpaksa berulang alik ke KK untuk check kuning anak), berselang seminggu juga la...alhamdulillah lega sikit badan bila berurut satu badan, bertungku (tak usik bahagian czer), dan sengkak rahim.

Untuk rekod:
Berat terakhir semasa mengandung: 77.2KG (Naik 6.4KG)
Berat Baby A : 3.1KG
6.4KG - 3.1KG: 3.3KG (Berat badan sebenar semasa mengandung)
Berat 3 hari selepas Czer: 75.2KG
Berat 5 hari selepas Czer: 72.2KG
Berat 1 bulan selepas bersalin: 67.2KG (Turun 10.0KG)
Berat sebelum mengandung: 70.8KG

Bersambung....

17 April 2018

6 April 2018 : Kelahiran Zuriat Yang Dinantikan

Kronologi Admission (3 April 2018)

2.30 petang : Daftar di Unit Hasil.

2.48 petang : Sampai di EPAU/CDS, cek jantung baby, tukar baju pink.

4.45 petang : Buat CTG, cek bukaan (4.45 - 5.20 petang) dan pasang branula kat tangan kiri.

7.20 malam : Scan baby dan cek bukaan kali ke-2 oleh Dr Sumayyah. Berat anggaran terkini baby A adalah 2.83KG. Dr tanya kenapa tak pilih untuk c-zer?

4 April 2018

12.50 pagi : Di tempatkan di bilik transit Wad 3-3. Alhamdulillah...

5.10 pagi : Misi ambil tekanan darah dan cek jantung baby.

5.50 pagi : Misi minta berpindah ke katil 20A yang baru sahaja dikosongkan. Alhamdulillah!

8.50 - 9.45 pagi : Buat bacaan CTG di wad.

10.20 pagi : Dr Idayu bincang tentang kaedah induce. Doktor pakar setuju dan decide teruskan dengan induce selepas dapat consent waris dan akan di bawa ke CDS/LR/EPAU selepas dapat green light ada katil di sana. Kemungkian sebelah petang.

1.20 petang : Suami sampai di wad dan terus doktor datang berbincang kesan dan risiko induce serta emergency c-zer. Selesai tandatangan borang untuk pihak pesakit dan waris (suami).

1.55 petang : Alhamdulillah, nurse dapat tukarkan aku ke bilik Kelas 1 (1 orang 1 bilik) atas faktor ada kekosongan dan kelayakan gred.

3.15 petang : Doktor pakar wad 3-3 Dr Idayu datang review fail aku dengan MO dan houseman. So far nama aku sudah dimasukkan dalam giliran untuk dipanggil ke LR untuk proses induce cuma tak pasti bila dan kena tunggu ada kekosongan katil tu LR.

6.00 - 6.50 petang : Buat bacaan CTG kali kedua di wad.

7.45 malam : Ditolak ke Labour Room untuk diinduce.

8.15 malam : Ubat induce dimasukkan dari bawah.

10.25 - 10.55 malam : Check jantung baby dan buat CTG kali ke-3.

5 April 2018

1.50 pagi : Check bukaan, masih 1-2 cm sahaja, contraction pun tak banyak. Doktor masukkan ubat induce ke-2. Kena baring lagi 2 jam.

4.00 - 4.40 pagi : Check jantung baby dan buat CTG lagi.

9.40 pagi : Jalan masih 1-2 cm. Doktor cuba cara induce pakai belon.

11.30 pagi : Check jantung baby dan buat CTG lagi.

3.30 petang : Doktor check jalan.

4.30 petang : Belon jatuh,indikasi bukaan laluan dah 4cm. Lepas tu, doktor masuk bilik, check bawah dan terus pecahkan air ketuban atas katil. Terus tolak ke bilik Kamar Bersalin 5, aku minta nurse panggilkan suami untuk meneman sama.

6.30 petang : Doktor Idyani check ve, baru buka 5cm. Induce guna ubat drip untuk cepatkan bukaan, Dr Idyani minta tunggu sampai pukul 10.30 malam untuk bukaan 10cm. Start lepas kena induce dengan ubat drip, sakit contraction makin terasa selang masa 5 minit kepada 2-3 minit. Ya Allah! Dah tak tentu arah mengerang kesakitan setiap kali contraction berlaku. Suami hanya mampu bagi semangat dan pegang tangan aku setiap kali aku mengerang kesakitan.

10.30 malam : Dr Idyani check laluan, dah 8cm dan minta aku berbaring mengiring dan cuba meneran perlahan-lahan. Demi Allah aku dah tak berdaya nak meneran. Hampir meracau kesakitan sampai satu tahap aku suruh suami panggilkan doktor dan minta c-zer je sebab dah terlalu lama kesakitan. Dr beri masa 2 jam lagi sebelum ambil tindakan seterusnya.

6 April 2018

12.15 pagi : Untuk kali terakhir, Dr Idyani check laluan. Dia bagitahu mungkin masa dia check ve 8cm tu aku tengah contraction yang terlalu kuat. Bila check semula bukaan ve baru 6cm dan aku dah terlalu lama dalam labour pain. Jadi doktor memilih untuk buat emergency c-zer. Persiapan memakan masa hampir 45 minit bagai terlalu lama pada aku. Kesan contraction masih berbaki dan aku dah terlalu lemah keletihan dan mamai.

1.10 pagi : Ditolak ke bilik pembedahan (OT A), kemudian dari situ pakar bius uruskan urusan c-zer. Semasa dicucuk bius separuh badan di tulang belakang, suhu sejuk dalam bilik OT membuatkan aku mengigil kuat kesejukan. Proses c-zer berjalan hampir setengah jam dan tepat 1.47 pagi zuriat pertama kami suami isteri dilahirkan. Aku tak perasan bila baby dikeluarkan, tak sedar pun baby menangis...tahu-tahu je terasa badan bergoyang-goyang masa proses dic-zer dan semasa dijahit. Tak lama kemudian, staf bilik pembedahan tunjukkan anak pada aku untuk pengenalpastian jantina, masa tengok tu aku tergelak tengok bebirdnya...aku sebut Boy. Bila staf nurse suakan muka baby dekat ke muka aku, wajah comel tu aku tatap puas-puas. Rasa macam tak percaya inilah anak yang selama ini berada dalam rahim aku dan sekarang dah berada depan mata.

2.30 - 4.30 pagi : Aku diletakkan di luar kawasan OT sementara menunggu kesan bius hilang. Puas staf nurse suruh aku gerakkan kaki dan naikkan lutut untuk pengesahan kesan bius dah berkurangan, tapi memang makan masa nak recover balik dari kesan bius tu. Bila dah berjaya gerakkan kaki dan suhu badan dah kembali normal, barulah aku ditolak keluar ke wad semula ditemani suami yang setia menunggu di luar bilik pembedahan. Baby terus dihantar ke nursery untuk pemantauan.

29 March 2018

Kisah Sepanjang Trimester Ketiga Part 2 & Terakhir


1 Mac 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 33w 2d. Bacaan HB alhamdulillah makin naik dari 13.8 kepada 14.5, manakala berat badan turun 200gm dari 75.8KG kepada 75.6KG. Kedudukan rahim pun naik sedikit dari 31cm kepada 33cm, dan kepala baby A masih lagi dalam posisi ke bawah...syukur. Kali ini juga aku mendapat suntikan kedua dan terakhir untuk kancing gigi, alhamdulillah tak sakit sama seperti kali pertama terima suntikan ini sebulan yang lepas. TCA temujanji seterusnya adalah pada 15 Mac 2018.

Perjumpaan kali ini dengan doktor KKIA, doktor minta aku berbincang dengan doktor pakar Klinik O&G semasa temujanji Rabu depan; sama ada minggu ke-36 kehamilan atau minggu ke-38 kehamilan perlu serah diri untuk diinduce. Bila dengar 36 minggu, which is dalam tempoh kurang 3 minggu sahaja lagi aku dah berdebar hati dah. Seram sejuk rasa satu badan.

P/s: Rasanya bacaan HB cantik dan makin naik sejak amalkan pil minyak kelapa dara start dari usia kandungan 7 bulan tempohari. Masa trimester kedua bacaan HB menurun tapi masih di atas bacaan 11.

5 Mac 2018 - Temujanji di Klinik Oftalmologi Hospital Besar Melaka jam 9.30 pagi pada usia kandungan 33w 6d...Ya Allah! Ramainya umat manusia. Selesai berjumpa doktor menghampiri tengahari. Dapat MC sebab pandangan mata jadi sangat kabur selepas dititik 3 ubat mata. Alhamdulillah, kali ini ada perkembangan baik; tompokan darah dalam mata sebelah kanan dah hilang, cuma doktor masih nak pantau sehingga lepas bersalin nanti. Next TCA adalah pada 14 Mei 2018 (tengah berpantang lagi tu rasanya, hurm).

7 Mac 2018 - Temujanji terakhir di Klinik O&G Hospital Besar Melaka pada usia kandungan 34w 1d pada jam 8.30 pagi. Berat badan pada temujanji terdahulu (7 Februari 2018 - 30w 1d) adalah 75.8KG, manakala berat badan terkini pada 34w 1d adalah sebanyak 76.0KG; iaitu kenaikan sebanyak 200gm dalam tempoh 1 bulan. Tekanan darah dan ujian air kencing OK.

Temujanji kali ini doktor bertanyakan kaedah bersalin apa yang aku pilih; aku jawap kalau ada rezeki sebolehnya nak bersalin normal, tapi jika ada komplikasi di labour room, aku serahkan pada keputusan doktor jika dah takdir aku bersalin secara pembedahan. Biarlah aku serahkan pada yang lebih pakar, janji anak dalam kandungan selamat dilahirkan. Selepas discan di bilik 10, doktor maklumkan semuanya OK, berat anggaran Baby A ketika ini adalah seberat 2.02KG, kedudukan baby pun masih kepala di bawah.

Doktor terangkan bahawa sekiranya sehingga 37w aku masih belum ada tanda nak bersalin, aku perlu menyerahkan diri dimasukkan ke wad bersalin pada 37w 6d (3 April 2018) untuk diinduce pada selewat-lewatnya 4 April 2018. Surat kemasukan ke wad juga turut diserahkan. Memandangkan ini adalah temujanji terakhir di Klinik O&G Hospital Besar Melaka, plan doktor adalah untuk teruskan followup dengan KKIA Sungai Udang setiap minggu sehingga bersalin nanti.

15 Mac 2018 - Temujanji secara mingguan (seminggu sekali) bermula usia kehamilan 35w 2d sehingga sebelum serah diri ke wad O&G Hospital Besar Melaka pada 37w 6d nanti. Berat badan naik dengan jayanya dalam tempoh 2 minggu; dari 75.6KG kepada 77.0KG (ada lebihan 400gm dari 1KG yang dibenarkan dalam tempoh 2 minggu). Huhuhu...bertabahlah. Ukuran ketinggian rahim naik ke 35cm. Jantung dan kedudukan baby ok. TCA temujanji seterusnya adalah pada 22 Mac 2018, masa tu doktor akan scan baby sekali lagi pada usia kandungan 36w dan berhentikan pengambilan ubat Aspirin.

16 Mac 2018 - Menghadiri Kursus Peneman dengan suami di Hospital Besar Melaka jam 8.00 pagi, tapi hanya bermula jam 9.10 pagi setelah semua pasangan peserta telah sampai berkumpul di depan bilik seminar depan Klinik O&G. Taklimat berkenaan fungsi suami sebagai peneman di kamar bersalin, do's and don'ts, teknik penyusuan bayi, cara penyimpanan susu, kaedah skin to skin selepas bersalin berlangsung sehingga jam 11.15 pagi.

Kemudian kami berpeluang dibawa ke beberapa lokasi untuk membiasakan suami dan isteri dengan persekitaran hospital seperti kaunter pendaftaran di Unit Hasil, ruang legar Kamar Bersalin di Pre-Antenatal Care (PAC) dan wad bersalin di Aras 2 Bangunan Baru GH Melaka. Yang bestnya masa lawatan ke wad bersalin, dapat tengok baby yang diletakkan dalam troli tepi kaunter wad, comelnya terkebil-kebil memandang, senyap je tak nangis. Alahai....

Ni antara nota-nota yang dapat disalin sepanjang taklimat yang staf nurse berikan. Hurm, satu lagi nurse tak galakkan amalan air selusuh / air rendaman akar fatimah untuk mempercepatkan proses kelahiran. Owh ye, trimester terakhir ni nurse juga tak galakkan selalu sangat usap perut especially di bahagian pusat dan memicit payudara (bersihkan areola takpe) sebab dua perbuatan ini akan merangsang kontraksi awal.

Sempat juga tanya staf nurse tadi, kalau kena induce, biasanya apa step yang doktor akan guna sama ada masuk ubat dari bawah atau masukkan belon? Nurse cakap bergantung pada doktor juga, tapi kaedah belon tu hanya untuk yang dah pernah bersalin sebelum ni.

Sebelah petang hari yang sama, staf nurse yang menyelia kes aku di KKIA Sungai Udang datang ke rumah untuk lawatan kali kedua dan terakhir sebelum bersalin. Macam biasa, prosedur mengambil tekanan darah dan check jantung bayi menggunakan alat khas dijalankan secara santai. Nasib baik dah bersedia awal, dapat la juga hidangkan kuih muih dan air minuman semasa sesi lawatan rumah (LR) kali ni. Kali ni sampai 3 orang staf nurse datang (mereka sama-sama buat round ke semua rumah pesakit kawasan perumahan ni), ok juga la berbual santai-santai. Nurse siap tanya berpantang nanti siapa jaga, aku bagitau berpantang sendiri dengan bantuan suami je.

22 Mac 2018 - Temujanji kedua terakhir di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 36w 2d. Berat badan naik 300gm dari temujanji minggu lepas menjadi 77.3KG (35w 2d berat badan 77.0KG). Kedudukan rahim naik kepada 36cm. Bacaan HB kali ini naik kepada 14.6. Temujanji kali ini juga sesi scan terakhir pada 36w; alhamdulillah doktor kata semua OK. Bacaan air ketuban adalah 12. Anggaran berat baby A kali ini adalah 2.681KG.

Nurse dan doktor dah ingatkan supaya bersedia kemungkinan boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja sebaik sahaja memasuki usia kandungan 37w minggu depan. Alhamdulillah, kesemua beg baby A dan beg untuk aku dah siap sedia dalam kereta. Doktor suruh lebih alert tanda-tanda nak bersalin; air ketuban pecah, keluar lendiran darah, kontraksi yang kerap dan kekerapan baby mengeras dalam selang masa yang pendek...kalau dah ada tanda, kena terus ke Unit Kecemasan Hospital Besar Melaka.


29 Mac 2018 - Temujanji terakhir di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 37w 2d. Berat badan terkini sebelum bersalin dicatatkan adalah sebanyak 77.2KG (turun 100gm dari berat badan semasa 36w 2d minggu lepas). Kedudukan rahim naik kepada 37cm. Masa checkup, ada beritahu dengan nurse perut kerap mengeras dan baby kurang bergerak, lepas tu nurse check perut mengeras 15 saat on off.

Bila nurse dan doktor tengok buku dan perasan ini temujanji yang terakhir sebelum serah diri pada Hospital Besar Melaka minggu depan siap wish Good Luck, terasa sebak pulak dalam hati. Apa-apa pun selepas bersalin nanti dan dah balik rumah, kena maklumkan pada klinik untuk nurse datang pantau kesihatan kami berdua anak beranak, inshaAllah. Tadi pun doktor dah bincang kaedah perancang yang dah boleh difikirkan dan buat keputusan selepas sebulan bersalin nanti. Apa-apa kena bincang dengan suami pro dan kontra setiap pilihan kaedah perancang yang akan digunapakai.  

Berat badan di awal kehamilan : 70.8KG
Berat badan sebelum bersalin : 77.2KG
Jumlah kenaikan berat badan : 6.4KG
Anggaran berat baby (36w 2d) : 2.6++KG

TAMAT

07 February 2018

Kisah Sepanjang Trimester Ketiga Part 1

18 Januari 2018 - Temujanji pertama KKIA untuk trimester ketiga kehamilan ini. Ada kenaikan 100gm dari timbangan berat badan pada 4 Januari yang lepas, menjadikan berat badan terkini 74.7KG. Masa staf nurse buat pemeriksaan perut, dia tekan dan beritahu kedudukan rahim dah naik 27cm dari ari-ari dan jantung baby pun berdegup normal. Bacaan HB juga naik sedikit dari 12.7 ke 12.9. 
Staf nurse juga maklumkan :
- bermula 28minggu (24 Januari 2018) dah boleh mula mengira dan mencatat graf pergerakan janin dan mengajar bagaimana nak kenalpasti dan kira pergerakan tersebut (9.00 pagi - 9.00 malam) sehingga 38 minggu
- temujanji seterusnya pada 29 minggu akan diberikan suntikan kancing gigi (anti tetanus) 
- dah boleh buat persiapan bersalin, standby barang-barang baby dalam kereta dan sentiasa kena bawa buku pink ke mana-mana
- nurse tanya sama ada kami suami isteri ada perancangan merancang keluarga selepas kelahiran nanti dan apa kaedah yang akan digunakan (pil / suntikan/ implanon)
- kedudukan kepala baby dah ke bawah tapi selagi belum 36 minggu, baby memang akan sentiasa bergerak / berpusing


21 Januari 2018 - Sesi mencuci baju, tuala dan lain-lain material kelengkapan baby pada 27w 5d. Keluarkan dari plastik dan cuci 2 round. Selesai cuci, baru lega dan boleh mula mengasingkan beberapa helai untuk dimasukkan dalam beg untuk persediaan ke hospital nanti.


27 Januari 2018 - Appointment di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent pada usia kandungan 28w 4d, tujuan asal untuk buat 3D scan. Tapi nampak gaya Baby A tak bersedia lagi, puas Dr Vincent goyang-goyangkan perut Mama dia tetap halang muka dengan tangan. Jadi Dr Vincent hanya buat detailed scan sahaja. Alhamdulillah;
- kepala baby masih berada di atas, masih berpusing-pusing lagi
- kaki berlipat sampai muka
- air ketuban cukup
- uri berada di atas
- jantung ok 150bps
- perut dan pundi kencing normal
- tulang belakang dan tulang kaki ok
- dah confirm jantina, doktor tunjuk elok je celah kelengkang Baby A..bahaha
- anggaran berat baby A adalah sekitar 1.2kg
- as long cukup 10 kick dlm 12 jam takde masalah, cuma jenis berjaga malam la baby ni, tengahmalam sampai pagi dia aktif dalam perut.
Doktor Vincent suruh datang scan semula dalam tempoh sebulan la (kandungan 32w+) untuk 3D scan. Harap-harap Baby A beri kerjasama nanti ye? Bayaran kali ini RM120, alhamdulillah pihak klinik beri free gift sampel susu bayi, sampel susu ibu mengandung dan juga baby bag pack brand Similac.

27 Januari 2018 - Hari yang sama temujanji di klinik swasta, terus ke Sunway Geo Tower di Subang Jaya untuk menghadiri Bengkel Kelahiran dan Penyusuan kelolaan Projek Susu dengan suami. Alhamdulillah banyak ilmu semasa mengandung, selepas bersalin dan semasa berpantang yang dapat dipelajari hasil bengkel separuh hari ini. Dapat jumpa sekejap je KekDa dan Kapten Rizq di luar bengkel sebab nak serahkan buku-buku yang KekDa pesan belikan di MITC tempohari. Lepas bengkel, ajak suami ke Mid Valley untuk cari barang baby A di Today's Baby Expo. Kami tiba di Melaka jam 10.00 malam, letih sangat kaki berjalan tawaf The Gardens dan Mid Valley, tapi dapat rasalah baby A lasak dan aktif dalam perut. Terkejut agaknya mama banyak berjalan satu hari ni. Huhuhu....

31 Januari 2018 - Temujanji susulan di Klinik Mata, Hospital Besar Melaka jam 7.30 pagi, selesai semua urusan jam 10.00 pagi. Sepatutnya dapat timeslip, tapi masa berbual denagn doktor, beritahu dia yang last appointment drive balik dalam keadaan mata kabur dan silau dan hampir accident, terus Dr berikan MC, suruh rehat betul-betul sebab bahaya memandu dalam keadaan yang sama kali ini. Progress temujanji kali ini tetap sama, dan doktor minta datang semula dalam tempoh sebulan. Dapat tarikh next TCA untuk Klinik Mata iaitu pada 5 Mac 2018 (Isnin) jam 9.30 pagi.

Kebetulan berada di Hospital Besar Melaka, sempat singgah ke Klinik O&G bersebelahan Klinik Mata untuk dapatkan tarikh Kursus Peneman. Alhamdulillah, staf nurse beri slot kursus tersebut pada 16 Mac 2018 (Jumaat) tarikh sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Perlu datang awal jam 8.00 pagi, di mana kursus tersebut perlu dihadiri berdua bersama suami isteri bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Perlu bawa bersama buku Pink/Merah, salinan sijil nikah (dah ada dalam buku Pink tu pun), dan kena ambil cuti rehat sendiri (pihak klinik tidak akan membekalkan MC) dan makan minum perlu dibawa sendiri.

1 Februari 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang, usia kandungan 29w 2d. Kali ni berat badan naik 1KG dengan jayanya, huhuhu nasib baik dalam lingkungan berat badan yang masih boleh diterima (1KG/2 minggu), jadi berat terkini adalah 75.7KG. Ukuran ketinggian rahim pun naik sedikit kepada 29cm, jantung baby 142bps dan kebetulan masa nurse nak check perut, baby A tengah bergerak-gerak terus nurse kata haa dah nampak pun pergerakan dia. Sebelum jumpa doktor, aku tanya staf nurse pasal Kelas Antenatal dan tunjukkan dalam HP ada beberapa KKIA di Melaka yang sedang buat promosi kelas tu. Alhamdulillah, staf nurse kata kebetulan hari ni ada Kelas Antenatal dibuat di KKIA Sungai Udang dan dia terus telefon pegawai berkenaan dan masukkan nama aku on the spot. Kelas pun belum start lagi masa tu, jadi memang aku sempat belajar dari asas. Tak lama pun tempoh masa kelas antenatal tu; antara ilmu-ilmu yang diajar adalah tentang senaman sebelum dan selepas bersalin, penjagaan otot lantai pelvik, cara pernafasan semasa bersalin dan banyak lagi. Dalam kelas tu, baru dapat tahu ibu mengandung 7 bulan dan ke atas tak digalakkan buat senaman kegel sebab akan menyebabkan laluan baby sempit. Lepas bersalin lepas jahitan dah kering dan OK, bolehlah dimulakan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik semula. Tapi bila aku bertanya dalam post Prof Imelda Balchin tentang senaman kegel ni, Prof maklumkan tiada masalah untuk diamalkan even sepanjang kehamilan dan boleh terus buat selepas bersalin. So, kita ikut jalan tengah je la..buat sedaya yang mampu dan tak terlalu ekstrem.

Selesai Kelas Antenatal, naik semula ke blok KKIA dan berjumpa nurse sebab nak ambil suntikan kancing gigi, alhamdulillah sekejap je dan tak rasa apa pun. Berjumpa doktor di bilik 5 dan kemudian sebelum balik ke farmasi untuk restok ubat Obimin.

7 Februari 2018 - Temujanji pertama Klinik O&G Hospital Besar Melaka untuk trimester ketiga kehamilan ini (usia kandungan 30w 1d). Berat badan masa temujanji 20w 6d (kandungan hampir 5 bulan) dulu 74.7KG, sekarang berat badan terkini pada kandungan 30w 1d (masuk 7 bulan kandungan) adalah 75.8KG; ada kenaikan sebanyak 1.1KG dalam jarak tempoh 2 bulan. Selesai proses timbang, tekanan darah dan ujian urin, terus nombor giliran dipanggil ke Bilik 7 untuk sesi kaunseling beramai-ramai dengan pesakit lain tentang pendidikan penyusuan susu ibu, diet diabetik semasa mengandung oleh dietitian dan juga kaunseling pendedahan berkaitan GDM dan cara rawatan oleh ahli farmasi.

Jumpa doktor di Bilik 3 dan kemudian scan kandungan di Bilik 10. Alhamdulillah semuanya OK, kedudukan kepala baby ke bawah, air ketuban pun cukup dan berat anggaran baby adalah 1.4KG. Yang kelakarnya, masa doktor tengah scan, baby A boleh kick mesin scan handheld yang doktor tengah letak kat perut...terkejut doktor dibuatnya. Huhuhu....Temujanji seterusnya adalah dalam tempoh sebulan iaitu pada 7 Mac 2018.


15 Februari 2018 - Temujanji di KKIA Sungai Udang pada usia kandungan 31w 2d. Alhamdulillah bacaan HB naik semula dari 12.9 (18 Jan 2018) kepada 13.8. Berat badan naik 100gm dalam dua minggu; 75.7KG (1 Feb 2018) kepada 75.8KG. Syukur alhamdulillah tapi nurse tanya sikit je naik? Ukuran ketinggian rahim naik dari 29cm kepada 31cm. Jumpa doktor pun sekejap je sebab semua OK. TCA temujanji seterusnya adalah pada 1 Mac 2018 dan masa tu juga akan disuntik dengan suntikan kedua kancing gigi.

16 Februari 2018 - Percubaan kali kedua untuk scan 3D/4D di klinik swasta, kebetulan Klinik Mesra Pertam Jaya Semabok mengadakan promosi sempena CNY scan 5D RM80. Gigih bertolak awal dari rumah disebabkan tiada booking dibenarkan, cuma walk-in sahaja. Nampak gaya Baby A betul-betul nak buat surprise dengan mama dan papa dia, masih belum ada rezeki tunjuk muka. Tapi Alhamdulillah terubat hati bila doktor perempuan Melayu yang scan banyak terangkan dengan lengkap keadaan baby A. Berat anggaran pada usia kandungan 31w 3d adalah 1.745KG. Keadaan kesihatan Baby A pun semua normal dan OK. Total caj adalah RM70 yang dikenakan.

17 Februari 2018 - Alhamdulillah, selesai mencuci dan mengemas keperluan pakaian dan barang-barang baby untuk beg yang akan di bawa ke hospital nanti. Begitu juga dengan beg untuk diri sendiri. Lega sikit hati bila semua dah hampir lengkap disediakan dan diletakkan dalam kereta.