Showing posts with label Shake n Take. Show all posts
Showing posts with label Shake n Take. Show all posts

12 April 2016

Avocado + Kurma + Susu Blended

12 April 2016.

Susu + air zam zam + avocado + kurma = blended fertility booster. Sedapnyer...hari-hari ratah avocado pun takpe...tapi memikirkan avocado mahal, hanya mampu beli sekali dua je setiap cycle. Stok kurma dah lama terperam kat dalam fridge, sebab dah lama tak buat shake Herbalife.

Semalam pergi beli susu kambing jenis paket, air zam-zam 10 liter untuk buat stok dua minggu ni. Selagi tekak boleh terima, kita minumlah susu blended ni. Kot nanti dah kembang tekak, kita cari alternatif lain pula ye?


08 September 2013

Projek DIY Hujung Minggu

 

8 September 2013.

Sebenarnya dah beberapa bulan mesin Shake N Take aku ni berbunyi pelik setiap kali aku  goncang dan guna. Aku suspect ni mesti ada komponen dalam mesin ni yang dah tercabut dan bergolek-golek dalam tu. Tapi aku saje biarkan walaupun menyampah juga dengar bunyi bising bergolek-golek kat dalam tu. 

Hari ni, tetiba rajin pula nak godek-godek mesin Shake N Take tu lepas vacum dalam bilik. Rupa-rupanya memang ada komponen dalam mesin tu yang pecah. Goncang punya goncang, keluarlah semua serpihan yang pecah.

 

Belum cuba uji lagi lepas pasang balik, harap-harap masih boleh digunakan. Masa ada bunyi pelik tu pun, mesin blender Shake N Take ni aku masih boleh guna, cuma sakit hati dan kepala la dengar bunyi bising dalam mesin tu....huhuhu!

20 December 2012

Shake N' Take


Sampai juga Shake N' Take yang aku tempah secara online ni hari Isnin lepas. Alhamdulillah!
Nasib baik hari tu ada terbaca review dalam blog seorang hamba Allah tentang mesin ni. Buka link yang dia letak dalam blog, masuk dalam FB, dan terus tempah dari Kak Ju (Your DIY Project Supplies).


Balik je rumah, terus cuba buat shake F1 guna Shake N' Take ni. Wow! Almost perfect hasil shake F1 aku, cuma buah-buahan dan kurma tak fully 100 % minced, takpe la.....boleh kunyah what? Hehehe...


So, selesai satu masalah aku untuk buat shake F1 semasa pergi bercuti ke mana-mana nanti. Jimat ruang dan tak berat mana pun luggage kan? Yippie!!