Pagi tadi, sesi menimbang berat dengan kawan sepejabat. Sebelum tu, dah siap-siap timbang berat di rumah sebaik sahaja bangun tidur. Bacaan yang sebelah atas tu bacaan guna penimbang di rumah (tanpa pakaian). Yang sebelah bawah pula bacaan penimbang Herbalife (dengan pakaian). Perbezaan antara berat penimbang di rumah dan di pejabat (penimbang Herbalife kawan aku) adalah lebih kurang sebanyak 0.5-0.6kg.
Untuk rekod, bacaan timbang pada 6 Disember 2012 tempohari adalah 73.4kg. Bermaksud dalam tempoh dua minggu lebih, ada penurunan sebanyak 1.1kg. Untuk rekod juga, aku masih dalam keadaan datang bulan, which is why aku tak timbang berat minggu lepas. Kena ingat, situasi badan bloated dan hormon tak stabil semasa datang bulan tidak digalakkan mengambil bacaan berat badan kalau tak boleh terima hakikat tengok berat naik atau tak turun banyak)..hihihi.
Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 8.3kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). In shaa Allah, hari Jumaat ni kalau dah betul-betul suci dari haid, aku nak cuba timbang semula.
Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, musle mass, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit.
Semoga misi aku nak tengok angka 60++kg dalam jangka masa terdekat akan tercapai, amin!
P/S : Temujanji di klinik OnG tahun 2013 adalah pada 4 Januari 2013 ini, which is Jumaat minggu hadapan.
Yeay suka suka suka (^_^) hihihi...
ReplyDeleteHihi...eh, Lea pun jenguk blog akak ni? akak nak cuba turunkan berat badan banyak2 macam Lea tau! Doakan akak berjaya ye!
DeleteDah lama tak singgah sini kak. Lama tak blog. Huhu...
ReplyDelete