08 January 2013

Mungkin Ini Yang Terbaik Buat Kami Berdua

Sebenarnya takde hati nak tulis entry pasal hasil appointment dengan doktor OnG tempohari. Hati bercampur baur dengan macam-macam perasaan. Apa-apa pun aku bersyukur pada Allah S.W.T, sekurang-kurangnya appointment kali ni sedikit sebanyak membantu merungkai isu kesihatan aku.

Ok la, aku mulakan dengan berita yang positif. Bacaan berat badan aku di klinik OnG menunjukkan angka 71.1kg. Penurunan sebanyak 2.6kg berbanding bacaan terdahulu pada bulan Disember tahun lepas (73.7kg).


Appointment kali ni juga doktor buat ujian TVS lagi. Ok, part ni aku mood bercelaru skit. Tak pernah -pernah aku dapat doktor lelaki, hari tu aku kena plak dengan doktor lelaki cina kat bilik scan. Aku rasa muka aku merah padam masa tu. Malu wei......apalah nasib aku kali ni kena seluk dengan doktor lelaki pulak. Masa scan tu, doktor tu tanya aku mengandung ke sambil tengok monitor mesin scan tu. Aku kata aku tak tahu, tak mungkin la kot sebab baru beberapa hari je habis period.


Result scan tu nurse pass pada doktor satu lagi, lepas tu doktor tu suruh aku buat ujian UPT sebab macam nampak something macam kantung (pseudosac). Aku cakap la pada doktor, aku sebelum buat TVS tu dah habis buang air kecil, tapi doktor suruh juga cuba, dapat sikit pun takpe. End up result UPT tu negatif, dan doktor suspect pseudosac (kantung) tu mungkin darah beku, atau sisa period yang tak habis keluar. Herm....seriusly, aku tak tahu apa perasaan aku masa tu. Aku tak mengharap apa-apa.

Lepas tu, doktor tanya aku, sama ada nak sambung makan pil hormon (pil perancang) untuk beberapa cycle lagi, atau nak cuba tunggu period turun secara natural. Kalau tak turun juga lepas tiga bulan, doktor suruh datang ambil pil provera untuk turun darah. Lama aku dok fikir, terdiam. Confirm lah kalau aku makan pil hormon tu aku tak akan mengandung buat masa ni.

Doktor sarankan aku tak mengandung dahulu untuk tiga empat bulan ni sebab nak monitor kesihatan aku dan rujuk aku ke klinik satu lagi. In shaa Allah, kalau semuanya seperti yang dirancang dan kesihatan aku mengizinkan, barulah doktor OnG akan proceed kepada proses seterusnya dan bincangkan rawatan yang sesuai untuk meningkatkan potensi aku hamil.


Satu lagi, doktor buat surat rujukan ke Jabatan Patologi untuk buat ujian sperma bagi encik suami. Alhamdulillah, langkah demi langkah untuk usaha kami berdua.

Sekarang ni aku memang dah tekad nak consume ACV (Apple Cider Vinegar) – satu-satunya cara aku nak kembalikan semula kitaran period aku tanpa ubat-ubat dan bahan kimia. Doakan ye yang terbaik rezeki anak buat kami suami isteri tahun ini.

8 comments:

  1. Is shaa Allah. Saya doakan awak berjaya. About apv tu awak dpt sumber dr mna ye yg menyatakan die boleh regularkaj period? Sebab die boleh turunkan berat bdn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie Nash :
      In Shaa Allah, terima kasih doakan untuk saya. Tentang ACV ni, saya dapat tahu masa bloghopping ke blog TTCian yang lain. Boleh rujuk entry saya yang ini:

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2012/12/wescobee-apple-cider-vinegar.html

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2012/12/apple-cider-vinegar-murah.html

      atau boleh terus ke blog owner artikel kebaikan ACV :

      http://hepilifestyles.blogspot.com/2012/04/vlog2-regulating-my-period-with-apple.html

      Delete
  2. Usaha tangga kejayaan...InshaAllah, dikurniakan kesihatan & rezeki baby tahun ni... Amin... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth:
      Terima kasih, in shaa Allah...yani cuba berfikiran positif dengan semua dugaan ni.

      Delete
  3. Tape yani, awak usaha. ALLAH nampak tu. Teruskan berusaha, lagi lama lebih dapat merungkai semuaaa masalah awak...... Dan potensi awak nak hamil, cerahhhhh... Positif ye! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda:
      Terima kasih dear! Mood turun naik sepanjang hujung minggu lepas selepas temujanji di GH Melaka. Banyak berendam airmata. Masa solat pun menangis. Lepas solat, masa tadah tangan berdoa pada Allah, merintih meluah perasaan yang terpendam...masa tu rasa tenang berkomunikasi denganNya.

      Delete
  4. dear, yakin bahawa Allah dah merancang sesuatu yg lebih baik utk kita.. insyaAllah ada rezeki tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah dear. Bila baca balik kisah Nabi Zakaria A.S, berapalah sangat berat dugaan yang yani hadapi berbanding dugaan yang Nabi Zakaria A.S terima dahulu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)