Permainan baru kucing-kucing dalam rumah. Sebenarnya ada tangkai pemegang tapi tak sampai 2 jam beli, dah tertanggal sebab masing-masing rakus menarik bulu pink tu....sabar jer la korunk ni! Suami sangkutkan kat pintu kayu, dah tak pasal-pasal bergayut kat pintu kayu tu secara berjemaah....
6 Mac 2015.
Nak luahkan rasa sedikit pasal kucing pagi-pagi Jumaat ni.
Ye..korunk tak silap baca, memang pasal kucing.
Malam tadi lepas solat Isyak tiba-tiba terflash back pasal raya tahun lepas, tahun lepas kan giliran beraya kat rumah Melaka. Seingat aku masa tu aku dah mula bela kucing kat rumah ni. Jadi tak ada masalah la bab kena tinggal lama-lama ni. Lepas tu teringat pula raya tahun ni (2015) giliran balik raya ke Seremban. Dah sah-sah la kena balik awal dan spend masa lebih sikit kat Seremban. Takkan la kot raya ke-2 dah kemas beg balik Melaka. Apa plak kata orang sana.
Lepas salam tangan suami, aku cakap kat dia macam mana la nak tinggalkan semua-semua kucing tu masa kita berdua takde nanti kat sini? Boleh pulak aku terbagi pendapat nak let go kucing-kucing kat rumah ni pada orang lain atau buang je kat pasar. Masa tu air muka suami dah berubah. Macam sedih sebab aku boleh beri idea macam tu. Bukan aku tak sayang kucing-kucing tu, tapi entah la....tak boleh nak explain. Suami kata, kalau nak buang atau beri pada orang lain boleh tapi jangan beri dia nampak. Dia punye option macam dalam kata lain dia tak nak bagi kucing-kucing tu keluar dari rumah ni.
Masing-masing senyap je lepas tu. Mungkin masing-masing tengah fikir macam-macam dalam kepala. Aku terus pergi ruang tamu lepak tengok tv dengan suami. Kebiasaannya, lepas dah settle down semua benda suami akan lepaskan kucing-kucing tu berkeliaran dalam rumah untuk beberapa jam. Tapi semalam macam dia terleka jap. Aku cakaplah kat dia...tak nak lepaskan cats dalam rumah ke? Dia macam terkejut, lepas tu baru bangun nak ke dapur buka pintu untuk beri kucing-kucing tu masuk ke dalam rumah.
Antara banyak-banyak kucing tu, ada dua ekor yang tahap sayang tu lebih sedikit dari yang lain (Katie dan Tiger). Pandai ambil hati dan jenis melekat dengan kami suami isteri. Yang lain pun sayang juga tapi jenis pepandai dia je nak main, kalau kata nak datang duduk sebelah terus baring lepak-lepak dengan kita tu jarang-jarang. Tiger dengan Katie ni, kalau masuk dalam rumah...diaorunk suka datang berlari kat kita lepas tu gesel-gesel, suka bila kepala diusap, mengiauw manja dan suka bersandar kat badan kita.
Agaknya diorunk tahu apa isi hati aku kot (isu nak buang dan beri kat orang lain)....semalam masuk je rumah, terus berlari ke ruang tamu dan duduk di sekeliling badan aku. Yang Katie dok panjat-panjat badan, cium-cium muka aku banyak kali. Tiger pula datang duduk sebelah aku atas sofa pastu pandang tepat kat mata dengan pandangan sayu dan mendalam. Tak lepas-lepas pandang pulak tu.
TAK BOLEH JADI NI......MEMANG TAK SANGGUP NAK BUANG ATAU LET GO DIORUNK SEMUA NI!
So, muktamad...aku memang tak akan buang atau beri kucing-kucing aku bela ni pada orang lain. Dah sayang tahap macam anak sendiri. Biarlah sihat sakit mati depan mata aku.....