Showing posts with label WLC_Mei_2017. Show all posts
Showing posts with label WLC_Mei_2017. Show all posts

02 June 2017

Kardio Dan Weight Lifting Workout Di Bulan Puasa

2 Jun 2017.

Malam tadi usai solat terawih, paksa diri untuk bersenam sekejap untuk tempoh hampir 50 minit. Kali ini aku pilih video powerwalk Leslie Sansone yang ada kombinasi kardio dan weight lifting workout. Bersenam dalam bilik beraircond pun berpeluh satu badan dibuatnya. Lama dah tak angkat dumbell, terbiar berhabuk bawah ampaian baju, kesian dia. Eh, kesian aku. Benda dah ada depan mata tapi kalau dah penyakit "M" datang, pandang dumbell pun macam tak ada perasaan. Owh ye, semalam dapat capai target 10,000 langkah sehari.

Hari ini dah genap seminggu kita berpuasa. Pagi Jumaat ni tiba-tiba jadi syahdu bila rindu pada arwah Mak menjelma. Rindu nak dengar suara Mak. Honestly, minggu lepas aku pernah luahkan pada adik beradik dalam group whatsapp, deep down sebenarnya aku rasa sunyi berbuka berdua sahaja di rumah dengan suami. Rumah besar tapi hanya duduk berdua sahaja. Rindu masakan air tangan arwah Mak. Kebetulan malam tadi, suami caj semula HP lama aku dan terjumpa ada gambar-gambar aku tengah tolong arwah Mak dan Bibik Siti buat kek carrot sebelum bergerak balik beraya turn rumah mertua tahun 2013 dulu....alahai. Rindu, rindu, rindu.......sangat. Sekarang hanya ada mak mertua sahaja tempat nak meraih kasih sayang seorang mak. 

01 June 2017

Bersenam Di Bulan Ramadhan

1 Jun 2017.

Alhamdulillah, hari ini dah memasuki hari ke-6 kita umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari ini juga dah masuk separuh dari tahun 2017. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Bulan puasa korunk bersenam atau beriadah tak? Bila tengok ramai kawan-kawan di FB yang mengekalkan memontum bersukan di sepanjang bulan Ramadhan ni, sedikit sebanyak mencetus rasa teruja untuk turut sama bergerak aktif bersenam untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori.

Tapi kemampuan setiap individu berbeza, jangan pula tengok kawan tu upload result berjogging 2-3KM sebelah petang sebelum berbuka, kita pun pulun berjogging sebab rasa tercabar. Mungkin kita boleh pelbagaikan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan bahagikan kepada beberapa segmen. Macam aku sendiri, nak berjogging lepas waktu kerja sebelum berbuka memang tak la kan. Habis kerja jam 4.00 petang (sepanjang bulan Ramadhan, waktu kerja aku WB4 7.30 pagi - 4.00 petang), memang pecut balik rumah untuk memasak menu berbuka. Jadi aku lebihkan aktiviti berjalan kaki di sebelah pagi dan petang, sengaja parkir kereta jauh sedikit dari pejabat. 

Bulan puasa ni agak susah sedikit nak kekalkan target 10,000 langkah sehari. Purata steps sehari adalah lingkungan 3,000 - 7,000 langkah sahaja. Masa hari kedua berpuasa (Ahad) tu je yang dapat capai target 10,000+ langkah sehari, itupun sebab meround dua shopping complex di KL dengan suami. Masa waktu bekerja tak banyak pergerakan sangat. Terasa badan tak bermaya je bila tak bersenam.

Jadi malam tadi, kuatkan juga semangat lepas selesai solat terawih dan witir, aku pasang video powerwalk workout dan buat untuk tempoh 45 minit. Alhamdulillah terasa segar badan dapat keluarkan peluh sebelum tidur. Dan target 10,000 langkah pun tercapai dengan pergerakan kardio tu. Nampak gaya kena berusaha buat powerwalk dan weight lifting la sebelah malam untuk sepanjang bulan Ramadhan ni. Chaiyokk!!



30 May 2017

Tips Timbang Berat Masa Bulan Ramadhan

30 Mei 2017.

Persoalan yang sama aku ajukan kepada dua tempat rujukan diet sihat aku, jawapan yang diterima hampir sama dari segi konsepnya. Jadi, pada sesiapa yang nak menimbang berat badan sepanjang bulan puasa Ramadhan ini, boleh lah cuba tips yang diberikan.


25 May 2017

WLC Mei 2017 : Timbangan Berat Sebelum Ramadhan

25 Mei 2017.

Hari terakhir timbang berat untuk submit pada coach sebelum bulan Ramadhan lusa.

Penurunan 8.5kg mungkin tak banyak bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, dah cukup besar rahmat dapat sampai ke tahap ini bila aku bandingkan dengan usaha yang aku buat selama ini. Tapi, bukan timbangan berat semata yang diambil kira.

Non-scale victories sepanjang perjalanan weight loss ini:
- baju-baju kurung lama dah boleh pakai selesa dan longgar
- seluar track yang sendat di paha dah jadi sangat longgar 
- badan rasa ringan masa solat
- pakai cincin di jari - longgar 
- penurunan lemak dari 42.0% kepada 39.2%
- rasa lebih bersemangat, gembira dan positif 

Alasan kenapa timbangan berat dibuat pada akhir minggu ketiga cabaran WLC ini, tidak seperti selalu iaitu pada hujung minggu keempat setiap bulan. Alhamdulillah ada penurunan berbanding WLC bulan lepas.

24 May 2017

Semua Tentang Beras Perang

24 Mei 2017.

Haritu ada ternampak status ini di FB Page ecoBrown's tentang kaitan kebaikan beras perang dengan usaha penurunan berat badan. Kebetulan aku memang ada sesuatu nak tanya pasal cara penyediaan nasi beras perang, jadi aku pun ajukanlah soalan pada bahagian komen bawah status tu.

Alhamdulillah, dapat juga maklumbalas daripada admin FB Page ecoBrown's tak beberapa selepas itu dan mereka PM untuk penjelasan lanjut. Jadi betullah cara aku masak beras perang selama ini. Owh ye, bulan Ramadhan ini inshaallah kami suami isteri akan berbuka sepenuhnya dengan nasi beras perang (jika di rumah).



23 May 2017

The Struggle Is Real

23 Mei 2017.

24.06.13 - 66.7 KG
14.10.13 - 64.8 KG
03.02.14 - 63.0 KG
26.05.14 - 63.9 KG
15.09.14 - 66.1 KG
02.02.15 - 68.5 KG
22.06.15 - 70.9 KG
09.11.15 - 73.5 KG
21.12.15 - 75.0 KG
09.05.16 - 77.0 KG
29.08.16 - 80.0 KG
16.01.17 - 81.4 KG
.
..
...
....
.....
......
20.05.17 - 74.5 KG

YEAH. THE STRUGGLE IS REAL. BUT WORTH IT.

Lama dah simpan rekod turun naik berat badan ni sejak tahun 2013 sampai sekarang. Selama ini in denial mood, jadi tak berani la nak paparkan kat mana-mana. Simpan buat pekasam. Bila tengok balik bacaan penimbang tu, boleh nampak pertambahan berat badan naik sedikit-sedikit, bukan bertambah overnight. Entah la, mungkin belum timbul kesedaran lagi masa tu. 

Bilanya timbul kesedaran tu?
Bila semua baju dah ketat, sendat dan jadi moody dengan bentuk badan sendiri. Bila fikir-fikir balik, Ya Allah....masa tu berjogging setiap minggu tapi malam-malam makan nasi lemak ayam berempah, boleh kata setiap minggu makan mee goreng Indomee dua bungkus sekali makan, minum air manis dan macam-macam lagi la. Ikutkan sangat nafsu makan dan rasa kekosongan dalam hati.

Agak drastik juga tindakan yang aku ambil pada hujung bulan Disember 2016 masa tu, terus cekalkan hati untuk kembali berdiet dan turunkan berat badan. Masa tu hati tengah berbolak balik sama ada nak join JK1M Kevin Zahri cawangan Melaka atau nak join online coaching weight loss. Masa tu juga adalah berwhatsapp dengan beberapa orang coach JK1M cawangan Melaka, ada yang balas whatsapp tapi macam hendak tak hendak je jawap, ada yang ok jawap. Kebetulan masa tu aku ternampak status pendaftaran online coaching WLC oleh Coach di FB, jadi aku cuba nasib tanya kekosongan. Alhamdulillah, dilorongkan hati untuk join online coaching yang mana saat ini aku bersyukur dengan tindakan yang aku telah ambil.

22 May 2017

Persediaan Bulan Ramadhan 2017

22 Mei 2017.

Sampai juga akhirnya parcel Herbalife untuk kegunaan bulan Ramadhan kami suami isteri tengahari ini. Serentak sampai dengan parcel makeup remover GreenAard yang aku order Jumaat lepas. Apa tambahan baru parcel Herbalife kali ni? Hurm, cuma teamix herbalife untuk speed up calorie burning process. Yang lain masih sama, F1 dan F3. F1 untuk suami macam biasa, dia tak nak perisa yang lain selain Dutch Choc. Untuk aku, aku pilih F1 perisa tropical fruits. Sekali jer la kot cuba perisa Cookies & Cream. Hehehe...boleh tu memang boleh minum, cuma kalau untuk long term perisa yang boleh terima tekak aku; hanya perisa Strawberry dan Tropical Fruits ni je. Perisa Cookies & Cream ni sesuai kalau ko jenis buat shake protein dengan kaedah shake/goncang je so boleh gigit-gigit cookies. Kalau macam aku, aku suka blend halus semua bahan. Jadinya biji-biji cookies tu hancur la tak dapat nak gigit-gigit. 

Haritu ada nampak Herbalife launch green teamix, produk terbaru Herbalife. Bila tanya dengan PA Coach, berbaloi tak beli green teamix tu? Dia cakap dari segi harga memang agak pricey, botol 50mg je dan fungsi lebih kurang je macam teamix sedia ada jadi terpulanglah nak beli atau tak. Jadi, aku pilih beli teamix biasa ni je.

21 May 2017

Larian Hujung Minggu Sebelum Ramadhan


21 Mei 2017.

6.3KM berlari awal pagi ini dengan sang suami. Entah kenapa di awal 2KM jauh aku tinggalkan dia di belakang, sedang aku berlari seperti mengejar/dikejar sesuatu. Lepas tu baru aku perlahankan larian dan sang suami dapat menyamakan pace larian denganku sampai ke akhir larian.

Minggu terakhir berjogging hujung minggu sebelum kita semua berpuasa tahun ini. Kejap je masa kan? Sure rindu nak berlari lagi macam ni. Takpelah pujuk hati, masa puasa nanti kalau ada kesempatan berpowerwalk lepas solat terawih di rumah. Paling utama, jaga pemakanan. Suka dengan kata-kata yang dikongsikan oleh seorang coach fitness di FB "Walau kerap macam mana pun anda berpuasa, tapi selagi sahur tak jaga dan berbuka makan melantak, badan kurus sementara sahaja dan senang rebound naik berat boleh naik hampir 2x ganda. Perkara ini selalu terjadi waktu lepas raya."

Haritu ada bincang dengan suami, setiap hujung minggu kami akan balik berbuka di rumah mak mertua menemankannya. Nampak gaya, hari pertama dan kedua bulan puasa kami akan berbuka dan bersahur di Seremban. Mungkin aku akan standby menu berbuka cara aku dan untuk bersahur kami seperti biasa akan minum shake herbalife dan jamah kurma.


18 May 2017

Period Kedua Dalam Tempoh BerWLC

18 Mei 2017.

Alhamdulillah!
Walaupun hati sedikit mengharap ada keajaiban bila period lewat dari tarikh jangkaan (lewat 5 hari daripada 14 hari breast sore muncul), tapi apa-apa pun kena bersyukur sebab kitaran period sudah semakin singkat dan menjadi 56 hari dari 85 hari pada kitaran terdahulu. Period pertama tempohari datang semasa berat badan 77.8KG, manakala kali ini period datang semasa berat badan terkini 74.5KG.

Nampak gayanya, bulan puasa ini aku akan berpuasa penuh jika tengok corak kitaran period aku terkini. Semoga kitaran period aku makin pendek dan lebih teratur seiring dengan penurunan berat badan aku tahun ini. Tak apalah, kalau terus tak period 9 bulan pun aku suka sangat. :) 

15 May 2017

Memori Sel Lemak : Ia Tak Akan Hilang!

Kredit to Page FB Susu Sejat

15 Mei 2017.

Came across status FB Page Susu Sejat pagi tadi tentang memori sel lemak dan soalan permasalahan yang serupa aku alami sekarang ini. Eh sebijik dengan kes aku, hehehe. Isu memori sel lemak ni pun Coach ada sentuh dan terangkan dalam WLC kali ini jadi sedikit sebanyak aku lebih faham la bila baca status Susu Sejat ni.

Sel lemak boleh bertambah, TAK AKAN hilang ...just mengecil (bila kita turun berat) dan mengembang balik bila kita makan macam naga tengah period setahun. Nampak kejam kan? Boleh bertambah beribu-ribu lemon tapi mustahil untuk hilang selama-lamanya macam happy ending...so kesimpulannya, kekalkan lemak sedia ada dan kecilkan tapi jangan cuba-cuba untuk tambah lagi sel lemak tu...learns by heart!





Ini jawapan dan penjelasan oleh Susu Sejat. 
Kredit to Page FB Susu Sejat

08 May 2017

WLC Mei & Bulan Ramadhan 2017


8 Mei 2017.

Semalam 7 Mei 2017, Coach masukkan senior group ke dalam group baru online coaching WLC Mei 2017 untuk berkumpul dengan junior group. Alhamdulillah, perjuangan masih diteruskan. Reset semula usaha berdiet sihat dengan semangat baru.

Apa keunikan WLC kali ini?
- Ada adjustment pada corak diet dan workout kali ini. Bagi mengekalkan momentum penurunan berat badan, nak usaha buat diet zig zag (selang seli diet eat clean dengan normal meal).


- Untuk water intake, inshaAllah kekalkan je kuantiti yang sama. Cuma cabaran sedikit untuk bulan Ramadhan nanti, nak kena adjust masa pengambilan air.

- WLC kali ini akan termasuk dalam 2 minggu pertama bulan Ramadhan. Hurm...cabaran untuk penyediaan menu sihat dan berkhasiat. Dah minta izin dan bagi hint kat suami nak selang selikan menu berbuka antara menu bakar/panggang dengan menu biasa (santan/berkuah/sambal). Nanti kalau ikut tekak sendiri je, suami pula tak selera makan menu eat clean.

- Rasa dah boleh survey dan simpan resepi menu berbuka puasa yang sihat dari FB dan buku-buku resepi. Dok tertunggu-tunggu juga kot coach nak sharekan resepi berbuka yang boleh dicuba nanti.