17 January 2013

Mak Masuk Hospital Lagi Buat Sekian Kalinya


Semalam (16 Januari 2013) sebenarnya hari mak buat rawatan susulan di Klinik Nefrologi GH Melaka. Disebabkan aku kesempitan cuti rehat bulan ni, aku minta encik suami tolong bawakan mak ke GH sebelah pagi, dan akan ambil tugasan bawa mak balik sebaik sahaja selesai rawatan susulan tu. Tapi bila encik suami telefon lebih kurang jam 10 pagi dan maklumkan mak kena tahan wad sebab keputusan darah dan air kencing mak yang di ambil seminggu sebelum rawatan tu menunjukkan air kencing mak kotor, doktor buat surat rujukan ke wad untuk memantau kesihatan mak. So, the plan has changed drastically.

Aku selesaikan kerja-kerja di pejabat dahulu, kemudian briefing pada staf unit aku apa yang boleh mereka bantu sepanjang aku takde. Lepas tu aku maklumkan bos unit aku, aku minta half day nak uruskan mak. Encik suami telefon semula, wad penuh dan nurse minta admit selepas jam 2 petang. Jadi, aku ke GH Melaka untuk ambil mak bawa balik dan berkemas. Apa dalam hati aku, jujurnya...aku marah dan celaru.

Selama mak ada bibik yang boleh jaga mak waktu kami adik beradik keluar bekerja, alhamdulillah mak terurus. Dan selera makan mak makin bertambah. Itu aku suka, cuma yang aku kurang senang, mak makan banyak dan tak kawal. Main makan je apa yang terasa nak makan, siap masak macam-macam dengan bibik. Yang aku perasan, seminggu dua ni asyik suruh aku beli barang mentah nak buat kek la, masak itu ini la. Balik-balik kerja je, macam-macam lauk, kek dan kuih yang dibuat. Satu lagi, seminggu sampai 2-3 kali mak suruh bibik buat nasi lemak sebagai sarapan. Aku ada juga bising-bising dengan mak, tegur bibik jangan selalu sangat buat nasi lemak banyak-banyak. Aku dan encik suami dah pastilah pagi-pagi dah tak makan nasi dan sarapan sebab dah ambil shake Herbalife sebagai sarapan kami. Dah buat nasi lemak, ada pula bibik gorengkan kacang tanah. Siap letak garam nak kasi sedap. Aku dah nasihatkan mak, kacang tak boleh amalkan selalu especially buah pinggang mak tak boleh terima protein banyak-banyak. Makanan bergaram pun kena elakkan, sebab doktor dah naikkan dos ubat darah tinggi mak sebab setiap kali buat rawatan sususlan, bacaan tekanan darah mak tak pernah turun. Tapi itu la dia...nasihat aku ni mak tak nak dengar. Ikutkan juga tekak mak....

Mak aku ni ada satu perangai, kalau dah sakit, dia suka ambil ubat ntah apa-apa, lagi lah kalau ada orang datang rumah jual macam-macam produk. Aku haritu sampai dah nak makikan dah orang yang datang jual produk kesihatan Zhulian. Satu hal, datang lama-lama kat rumah orang, aku dah bagi hint yang mak tak solat-solat asar lagi sebab dok layankan dia promote makanan kesihatan Zhulian dia tu sampai dah nak dekat maghrib. Lepas tu, mak siap terpengarauh beli 2 jenis barang yang dia jual tu, konon untuk orang yang ada masalah kencing manis dan buah pinggang. End up, bila mak makan, makin teruk kesihatan mak, dan mungkin salah satu penyebab air kencing mak kotor. Aku dah berleter panjang dah dengan mak, sampai mak dah tak boleh cakap apa. Aku geram sangat!

Berbalik pada cerita mak, sampai kawasan Sungai Udang, aku singgah kedai makan, beli lauk 3-4 jenis sebab tak nak bazirkan masa kat dapur lama-lama. Aku suruh bibik tolong kemaskan baju mak dan baju dia, sebab bibik kena temankan mak sepanjang di hospital. Dalam hati aku, aku nak jaga mak sendiri, macam dulu masa mak kena buat pembedahan potong kaki (20 Mac 2011).

So, bergerak semula ke GH Melaka lepas pukul 2 petang, dan sampai di GH lebih kurang jam 3.00 petang. Macam biasa la, makan masa lama di bahagian pendaftaran, lepas tu bila dah dapat tahu blok mana kena hantar mak, aku kena drive semula bawa mak dan bibik ke bahagian belakang GH, mak dapat wad di blok lama GH (Blok A level bawah - AG). Sampai di wad AG, masih tak boleh daftar lagi sebab katil masih penuh. Terpaksa la tunggu kat tepi kaunter nurse dalam setengah jam, sementara tunggu pesakit lain discharge dan nurse tukarkan cadar baru.


Masa ni baru dapat katil untuk mak, dah dekat jam 5.15 petang. Masa nurse bagi baju hijau tu, mak tanya kena pakai ke? Aku kata dah check in hotel ni, kenalah tukar uniform....tu yang mak buat funny face tu....mak, oh mak! Lepas tu, kami (aku dan bibik) uruskan mak solat asar.

Aku keluar sekejap, pergi ke kantin belikan bibik makanan dan minuman. Takut lapar pula belah malam nanti. Mak macam biasalah, tak lalunye tekak dia dengan lauk hospital. Cuit-cuit sedikit, lepas tu buat muka nak muntah....haaaa~ kan! Dah sedap-sedap duduk rumah, boleh makan sedap-sedap, tapi tak nak kawal...kan dah kena makan lauk hospital. Haish....


Tengok tu, siap boleh buat lawak lagi dengan kita? Doktor lelaki ni pun macam pelik je, mak tak nampak macam orang sakit masuk wad je, tapi sakit dalam badan mak, manalah kita tahu kan?

Owh ye, masa doktor ambil detail sejarah kesihatan mak untuk rekod, mak ada buat muka sedih pada doktor, dengan harapan doktor kasi mak balik dan tak payah warded, tapi doktor boh layan, doktor nak mak duduk hospital juga sebab nak monitor buah pinggang mak. Tak jadi plak trik mak kali ni, hihihi. Aku siap cakap kat mak, tak dapat la mak nak tengok cerita Indon, Alesya kat tv3 la lagi lepas ni .....

P/S: Hari ni masuk kerja, tapi hati dah terbang melayang teringatkan mak. Tengahari ni nak pecut gi melawat mak masa waktu melawat pesakit, nak tengok kalau mak boleh discharge petang ni.

2 comments:

  1. Teringat masa abah ida kene admit dulu.. sedihkan yani.. ;( Tadi baru jumpa dr. nak kene buat tapak kat tangan tu.. mak ida takmo. kalau boleh taknak buat tapak.. nak abah cepat sembuh je... mak ida kemaiiin kawal makan abah... abah ida skrg tgh makan supplement untuk support buah pinggang diaaa.. kalau keadaan abah ida dah semakin ok, yani boleh la try bagi mak makan supplement tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda;

      Sekarang ni yani dok berulang alik ke hospital, setiap pagi, tengahari dan sebelah petang. Letih badan jangan cakap la, tapi hati tak rasa tenang selagi tak dapat tengok wajah mak.

      Mak yani ada la menangis, tanya bila boleh balik tapi nak buat macam mana? Keputusan masih belum membolehkan mak keluar wad. Sabtu Ahad ni pun mungkin masih di hospital. Ni petang ni nak berangkut kipas angin dan toileteries bibik ke wad mak.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)