Dating dengan encik suami Jumaat malam Sabtu lepas. Oleh kerana hari Jumaat biasanya encik suami offday, wajib berdating lepas waktu aku balik kerja, kesian dia terperap di rumah sepanjang hari. Mula-mula ingat nak pergi tengok wayang, tapi bila mms dia showtime GSC Aeon Bandaraya, dia kata hampir semua filem tu dia dah download, so tak berbaloi la bazirkan masa pergi tengok midnite kalau boleh tengok wayang sambil peluk-peluk atas katil kat rumah.
Lepas tu baru teringat, hari tu ada terniat nak gi makan di Sarpino's Pizzeria, tarikan tempat makan baru di Melaka. So, set masa dengan encik suami, lepas solat maghrib terus ke sana. Member aku yang dah pernah pergi makan di sana, kata ok juga menu di situ. Disebabkan tak jangka Melaka boleh jammed malam tu, punya la encik suami cilok ikut jalan shortcut, kitaorunk sampai di Sarpino's Pizzeria ni jam 9.00 malam.
Krew Sarpino's ada maklumkan, kedai dah nak tutup jam 10 malam. Aku gelak je, aku kata tak pe dik, kitaorunk boleh makan laju2 sebab memang dah lapar gile ni. Oh, menu dia lebih kurang macam di Pizza Hut cuma berbeza dari segi presentation.
Di Sarpino's Pizzeria ni disediakan kemudahan wireless percuma, siap letak password wifi di setiap meja, jadi tak de la bosan sangat masa menunggu makanan sampai. Kalau yang jenis suka post gambar di Insta, FB dan-dan tu juga, dipersilakan...huhuhu.
Kali pertama makan di sini, kami memesan menu secara ala carte, jangan risau, menu jenis combo pun ada, cuma kami tak nak membazir pada benda yang tak perlu, contohnya air minuman bergas/manis. Herm, dah lupa dah bila kali terakhir aku minum air manis/ bergas/ ais. Mungkin lebih tujuh bulan kot? Encik suami pun aku dah ajar kurangkan minum minuman berais dan manis.
Ok, kami memesan Pepperoni Classic Pizza (12"), Garlic Breadsticks, Onion Rings, Soup Of The Day (Chicken Soup) dan Baked Spaghetti. Kelainan garlic breadstick di sini ialah ia lebih besar dan disertakan dengan sos pencicah marinara. Puas juga nak menghabiskannya.
Yang paling best, chicken soup Sarpino's Pizzeria ni sangat sedap dan penuh dengan isi. Kalau makan di Pizza Hut, memang kosong tak de isi sangat, setakat cebisan daging ayam dan cendawan. Sangat puas hati dan rasa dia sangat lemak berempah.
Baked spaghetti pun berbaloi untuk dicuba. Mengah nak habiskan walaupun berkongsi dengan encik suami. Untuk kesemua yang kami makan ni, bayarannya adalah sebanyak RM59.30. Berbaloi? In shaa Allah, sangat berbaloi. Dengan harga yang sama di Pizza Hut, kami mungkin dapat menu yang sama tapi kepuasan yang berbeza.
Bagi orang Melaka yang nak mencuba makanan di Sarpino's Pizzeria, bolehlah ke Bangunan Jaya 99, Jalan Tun Sri Lanang berdekatan Taman Rempah Ratus dan River Cruise Melaka.
hurmmm... petang2 ni lapar plak bila tgk makanan2 ni..huuuu
ReplyDeleteHehehe....ye ke? Yani masa order benda2 ni, mcm tamak je..order banyak, tapi bila start makan...macam nak termuntah nak habiskan. Lagipun perut dah lama tak ajar ambil portion makanan banyak sejak berHerbalife.
DeleteHi, thanks for the great review for Sarpino’s Pizza, may you enjoy our pizza. :)
Delete