Entry tak bergambar hari ni. Disebabkan hari ni aku ade site visit di luar, dan kebetulan juga berdekatan dengan hospital mak, aku dapat datang awal sedikit melawat mak.
Tahu tak, satu perasaan yang seronok bila dapat tengok ekspresi mak yang terkejut dan seronok bila ternampak aku sampai di pintu wad, satu perasaan rindu.
Masa aku sampai, mak baru habis makan. Aku minta izin ke kantin sekejap, membeli makanan tengahari untuk bibik aku dan diri aku sekali. Aku makan disebelah mak, menghadap mak. Mak minta sedikit lauk aku, aku suap mak sambil berbual bertiga.
Masa nak bersalaman balik, mak nampak sayu, perlahan mak menangis sedu sedan. Mak cakap mak kesian kat aku sebab hari-hari terkejar-kejar nak datang, bawakan bekal dan mengangkut barang datang dan balik ke rumah. Mak kata mak risau aku balik seorang diri sampai malam. Selama ini aku tahan airmata depan mak, tapi aku tewas juga kali ini. Aku cakap, aku tak penat dan tak letih langsung. Aku lebih suka datang tengok mak setiap hari, sebab aku nak peluk cium mak, nak tengok mak makan.
Aku terasa sunyi sangat sekarang di rumah. Sunyi yang teramat sangat. Jiwa aku terasa kosong tak nampak wajah mak kat rumah, yang selalu tunggu aku balik dari kerja, yang selalu tak tidur lena bila aku balik lewat malam atas urusan kerja.
Satu je yang aku minta dari mak, doakan setiap perjalanan datang dan balik aku selamat. Itu sahaja. Bibik pun berderai airmata sama-sama dengan kami. Aku pesan mak, jangan fikir apa-apa, jaga kesihatan mak yang lebih penting saat ni. Aku nak tengok mak sihat semula. Sepanjang perjalanan aku ke tempat parkir, aku menangis.
Alangkah bahagianya kalau masih ada mak..Bila baca entry ni tetiba je rasa sedih n nak nangis.. Teringat kat arwah mak...
ReplyDeleteUmie : Yani dah tinggal mak seorg je kt dunia ni, yani x nak sia2kan sisa hidup mak. Dulu masa arwah abah ada, yani terkilan x dpt jaga abah saat2 akhir hayat dia. Yani x nak ulang kesilapan yg sama kali ni.
Deleteumie sempat jaga arwah mak kejap je dl...Arwah mak pergi terlalu awal buat umie..Rasa belum puas bermanja-manja dgn arwah mak..Arwah ayah meninggal dl..Setahun kemudian arwah mak pula menyusul..Terlalu cepat masa berlalu...5 tahun dah arwah mak n ayah pergi..
Delete