27 Januari 2013.
Hari ni bermulanya CD1 aku tanpa sebarang bantuan ubat hormon, pil perancang mahupun ubat turun darah. Sejak 18hb Jan lepas aku dah mula rasa breast pain, seperti biasa macam dua tiga kitaran lepas yang aku stop makan pil perancang Progyluton tu. Simptom nak datang haid ada, tapi tak keluar apa-apa lepas seminggu.
Hari ni bermulanya CD1 aku tanpa sebarang bantuan ubat hormon, pil perancang mahupun ubat turun darah. Sejak 18hb Jan lepas aku dah mula rasa breast pain, seperti biasa macam dua tiga kitaran lepas yang aku stop makan pil perancang Progyluton tu. Simptom nak datang haid ada, tapi tak keluar apa-apa lepas seminggu.
Hari ni, masa aku keluar dengan encik suami ke Mydin MITC, aku rasa mual, pening kepala dalam kereta. Aku fikirkan mungkin aku minum air suam banyak sangat dalam satu masa, sampai dah tahap nak minta encik suami berhenti di tepi jalan untuk muntah. Tapi aku tahan juga tekak sampai kami tiba di Mydin MITC. Sebelum ke food court, aku cakap dengan encik suami aku nak ke tandas sekejap sebab rasa macam nak buang air kecil. Masa tu baru aku perasan ada calitan browning merah di pantyliner. Aku macam tak percaya!
Alhamdulillah...bila aku check semula kalender period aku, kitaran period sebelum CD1 ini adalah sebanyak CD41. Mungkin nampak panjang tapi sekurang-kurangnya kitaran kali ini aku tak masukkan apa-apa bahan kimia dalam badan aku untuk paksa period keluar. Mungkin ada kesan positif daripada penurunan berat badan aku dan ditambah pula dengan aktiviti beriadah aku sejak awal tahun 2013 ini....syukur alhamdulillah.
Alhamdulillah ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah juga....syukur sangat2 period juga akhirnya untuk tahun 2013 ni.
Deleteberat bdn mmg mempengaruhi hormon kita kannn?
ReplyDeleteIn shaa Allah mungkin kot salah satu faktor penyumbang kepada kestabilan hormon kita. Sebab masa Yani jumpa doktor pun, memang itulah yang doktor cakap...dia suruh turunkan berat badan dulu sebelum proceed plan nak concieve.
Deletetanda2 positive dah..harap pas ni ada berita gembira =)
ReplyDeletePn.Mieza Fadzly;
DeleteIn shaa Allah dear. Fokus utama yani sekarang nak jaga kesihatan diri dan suami dulu, kalau dah ok, kami proceed pada kehamilan pula.
samalah kita..
ReplyDeletekalo period je mesti memual,muntah,badan berangin. rasa macam mengandung pulak.
entah-entah mengandung tak...hehehehe...
period dah okey ni,petanda baik tu.aida doakan yang terbaik untuk akak eh...
Aida;
DeleteHuhu...dah lama tak dengar khabar dik Aida ni...rindu plak! Nak kata dah baik betul period akak ni, tak berani nak cakap juga...kena tunggu dua tiga bulan kalau cycle dah nampak elok, baru boleh bernafas lega. Haritu doktor ada kata, kalau period tak turun 3-4 bulan lepas stop pil perancang Progyluton, dia suruh datang GH Melaka, ambil Provera untuk turun darah...nasib baik kali ni period datang sendiri.
ala..rindu ke..malunya.hehehe..
Deleteaida rajin gak pi klinik ambik sendiri je provera tu.malas nk jumpa doktor. sebab yang sama,iaitu xturun period.hehehe..
akak try lah turunkan berat bdan lepas tu usaha keras lagi.kadang tu rezeki datang tak kita duga..
Aida;
DeleteAkak tengah usahakan turun berat badan la ni. huhu....makan masa juga, bukan sekelip mata. akak rasa tahun 2012-2013 ni tahun akak suami isteri nak fokus pada diri kami dulu, lepas tu baru fikir pasal baby.
mual nk muntah..sy pon alami keadaan cam tu.mcm org ngandung kot...tp period.
ReplyDeleteUmaira Umar;
DeleteSaya tak rasa saya mual rasa nak muntah tu pasal pregnancy things. Lebih kepada terlebih minum air dalam satu masa kot. ;) Sebab before ni pun pernah terjadi benda mcm ni bila push diri sendiri minum air banyak-banyak sebab nak kejar masa. Same feeling, same 'mual-nak-muntah' taste.
alhamdulillah kak..moga ade sinar... ros dulu pun byk exercise period lancar jer... :)
ReplyDelete♥ ROS ♥:
DeleteSyukur akak dah mula bersemangat nak bersukan/beriadah sejak awal tahun 2013 ni, dulu selalu beralasan..sekarang ni mmg semangat nak cari masa untuk beriadah walaupun sekejap. Seronok bila tengok badan berpeluh!
Salam.Saya baru seminggu mencuba HL yang dipromosi oleh anak lelaki saya.Sebelum ni memang dah tahu jenama ni dari kawan-kawan di tempat kerja,tapi buat tak kisah je sebab harganya boleh tahan juga.Entah macamana kali ni berminat pulak nk mencuba.itu pun setelah anak lelaki joint membernya promosi produk ni . Baru 7 hari minum HL,belum tahu result lagi.Syok bila baca dalam FB individu yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan HL.Pertama kali mencuba memang seksa rasanya.Maklumlah makan cuma waktu tengahari je.Walaubagaimanapun kena kuatkan semangat dan berdisiplin. Semuga hasrat untuk menurunkan berat badan saya akan tercapai.
ReplyDeletePuan Norzalina,
DeleteSalam perkenalan puan! Baru consume HL ye? Tahniah puan...tentang pengalaman puan baru mencuba HL seminggu ni, in shaa Allah, saya juga pernah alami. Permulaan memang sukar, tapi macam puan cakap tu...kena kuat semangat dan berdisplin. Yani doakan puan sukses ye dalam usaha puan. ;)