21 May 2013

McDonaldland Hello Kitty

21 Mei 2013.

Jadi keje encik suami membuat koleksi anak patung ni. Heh! Memula encik suami sorok-sorok beli dan letak dalam bilik kitaorunk sebab takut aku kena leterkan dia membazir duit. 


Perangai encik suami yang suka kumpul limited items ni susah nak kikis. Aku bukan apa, dah la bilik kitaorunk tu tak luas, macam-macam plak dia masukkan. Last-last aku cakap, benda-benda ni aku bagi je anak-anak buah main kalau masing-masing datang rumah nanti. Huhuhu....pasrah je la ye bang? Simpan banyak-banyak pun, anakyer belum ada lagi....kasi la can anak-anak buah lenjan puas-puas. Huhuhu....

4 maskot Hello Kitty tu; Ronald McDonald, Grimace, Hamburglar dan Birdie.

Aina rasmikan dulu Hello Kitty tu!



19 May 2013

19 Mei 2013, CD40 dan CD1

Akhirnya! Menjengah jugak Puan P setelah beberapa hari ditunggu-tunggu. Habis makan ubat Duphaston hari Khamis lepas, macam biasa kesan ubat kat badan ambil masa 3 hingga 4 hari, pagi ni (19 Mei 2013) Puan P datang dengan senyuman meleretnya.

Aku rasakan, kitaran period aku ni dah tak main dah 28 hari ni, ko bagilah makan apa ubat, dia nak jugak keluar on time CD39-CD40. Dua tiga kali kitaran sejak awal tahun 2013 yang aku berhenti ambil apa-apa ubat, memang senarionya telah dipatenkan macam tu. Breast pain lama, kalau tak dua tiga minggu berlanjutan memang tak sah. Jarang-jarang stomach cramp atau bawah ari-ari berdenyut, tau-tau je dah period. 

Yang aku perasan, seminggu lepas aku tak boleh bau durian. Aritu aku pergi lunch, makcik kedai yang aku selalu pergi tu ada buat durian crepe. Turun je dari kereta, bau durian menusuk dalam hidung, terus aku jadi kembang tekak. Selama ni ok je aku dengan bau durian, tapi lately macam tak leh terima. Kepala jadi bengal, cepat-cepat aku lunch dan terus balik opis.

Kali ni period dah takde kasi hint-hint macam sebelum ni, ade brown spotting ke hape.....toing! Terus keluar.....suke2! Tak susah nak estimate hari apa nak makan Clomid. Feeling nak datang period kali ni macam excited sungguh, macam menanti tetamu kehormat datang rumah; dah siap potong kuku, shave apa yang patut, masa gi beli pad hati kemain berbunga-bunga. 

Kalau period flow hari ni ok, in shaa Allah esok dah boleh makan Clomid CD2 hingga CD6. Harap-harap juga period kali ni tak terlalu pendek dan tak terlalu panjang.

18 May 2013

Speman & Kapikachhu : Stok Baru

18 Mei 2013.

Waktu rehat tengahari semalam, ke outlet Himalaya di AOEN Bandaraya Melaka. Beberapa hari lepas, salesgirl outlet Himalaya tu ada call beritahu stok supplemen Speman dan Kapikachhu dah sampai. Awalnya aku nak tolak tapi tak sampai hati, haritu aku juga yang beria-ria tinggalkan no telefon dan suruh simpan stok. Aku minta staf Himalaya tinggalkan sekotak bagi setiap satu produk sebab nak tengok berapa harga yang diberikan.

Disebabkan dua barang tu bernilai RM95.80, salesgirl tu pelawa aku daftar sebagai ahli Himalaya dengan pembelian RM100 dalam satu resit. Aku blur masa tu, tak tahu nak ambil produk Himalaya apa lagi untuk genapkan nilai RM100 tu, terus salesgirl tu promote bodywash dan lotion jenama Himalaya. Kalau beli per item dengan harga biasa, satu botol bodywash berharga RM13.90 dan lotion RM20.90; tapi untuk promosi kali ni, ambik bodywash dan lotion, hanya perlu bayar RM19.90, banyak jimat kan??

Masa open bill, salesgirl tanya ada kad JJ ke? Aku pun kata ade, dia kata boleh dapat diskaun lagi kalau tunjukkan kad JJ masa beli barang...eh! Ini sudah lebih dari bagus ni....Banyak juga diskaun yang diberi. Untuk empat produk Himalaya kali ni, aku cuma dikenakan bayaran sebanyak RM101.80. 

Pembelian di outlet Himalaya, setiap ringgit yang kita belanjakan, boleh dapat diskaun tau. Contohnya, untuk pembelian diantara RM30-59(ni anggaran sahaja), dapat kupon diskaun RM10 untuk pembelian seterusnya. Kalau belanja diantara RM60-100, dapat kupon diskaun RM20. Jadi, untuk pembelian aku lain kali, dah boleh dapat diskaun RM20, ikut seperti yang salesgirl tu explain semalam.

P/s: Semalam juga restok 10 botol susu kambing Nubian di AEON Bandaraya Melaka. Hurm...nampaknya tak de pilihan lain, setakat ni hanya jumpa susu kambing Nubian di AOEN Bandaraya Melaka dan Ayer Keroh je.

17 May 2013

Menghitung Hari

17 Mei 2013.


Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari


Dari CD25 (4 Mei 2013) breast pain, CD33 (12 Mei 2013) mula makan ubat Duphaston sampai semalam CD37 (16 Mei 2013), semalam juga dah hampir hilang nyeri breast pain. Sekarang menghitung hari Puan P sampai. Lalala.....

Mood swing sepanjang makan ubat Duphaston, nauzubillahi min zalik! Dua kali sentap dengan encik suami; silap cakap sedikit, aku jadi bad mood. Nada suara encik suami 'naik' sedikit masa berbual dalam telefon, pun boleh jadi gaduh. Semua serba tak kena, kelmarin bergaduh, malam tu baik semula. Petang semalam gaduh balik, malam tadi baik semula. Ya Allah, aku banyak cakap benda-benda yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang isteri. Baru nak tidur, tiba-tiba meleleh airmata kat dada suami. Fikir yang bukan-bukan.

Start makan ubat Duphaston tu badan demam. Semalam memang dah tak boleh tahan lagi, terus MC. Lepas Subuh, sms bos, unit pentadbiran dan staf yang berkaitan dengan skop kerja, lepas tu terus off hp. Malas nak jenguk hp. Kepala sakit, badan sakit, rasa seram sejuk dan pinggang rasa lenguh sangat. Lepas encik suami pergi kerja, terus selimut satu badan dan tertidur balik. Pukul 11 pagi, tersedar balik tapi kepala rasa berat. Satu benda pun tak boleh buat.

Bibik pelik aku tak pergi kerja semalam, sampai ketuk bilik tanya badan tak sihat ke? Aku kata aku demam panas, tak sihat. Bibik kata period tak? Aku kata belum lagi. Bibik siap boleh kata, entah-entah demam panas nak ade isi kot? Aku tak balas apa-apa, sebab aku tahu belum ada apa-apa, dua kali test UPT (sebelum makan duphaston dan semasa makan duphaston) dan keputusan tetap sama. Jadi, aku sekarang fikir nak period je dan berharap sangat mood swing ni cepat habis.

16 May 2013

al-Ustaz Isu No 14 : Sunnah Mengurus Kematian


16 Mei 2013.

Kelmarin singgah kedai pakistan depan Mydin MITC nak survey kalau ada jual susu kambing Nubian. Saje cuba nasib, sebab di Mydin memang takde jual. Port selalu beli susu kambing Nubian; AOEN Bandaraya Melaka dan AOEN Ayer Keroh. Memandangkan dah lewat Maghrib, hati berat nak melencong sampai ke AOEN Ayer Keroh untuk stok semula susu kambing Nubian.

Bila tanya, budak perempuan yang berada di kaunter kata tak ada jual, yang ada cuma susu kambing jenis serbuk Hi-Goat. Hurm....

Masa nak beredar, dan-dan masa tu ternampak majalah al-Ustaz isu baru atas kaunter, terus beli. Tajuk isu 14 ni sangat menarik; Sunah Mengurus Kematian: Mudah & Profesional. Antara tajuk-tajuk utama dalam isu kali ini adalah;-

Upah Mengurus Jenazah
Bela Saka Susah Mati?
Awas Khurafat Dalam Pengurusan Jenazah
Mengurus Jenazah Di Luar Negera
Tanda Husnul Khatimah
Cukup al-Quran Sebagai Mahar?