07 January 2013

Azam Tahun Baru : Kenapa Gagal?

 Sumber Gambar : FB Maria Kang

Di FB aku, sekarang ni ada dua tiga orang kawan-kawan yang posting azam tahun baru 2013 mereka berkaitan penurunan berat badan. Salah seorangnya, ada post entry pasal motivator Maria Kang yang merupakan seorang ibu muda kepada 3 orang anak yang banyak memberikan tip-tip untuk menjaga kesihatan dan penurunan berat badan. Terima kasih banyak-banyak pada kawan aku tu, banyak pahala dia dapat (in shaa Allah) sebab kongsi info pada kawan-kawan lain macam aku ni).


Sumber Gambar : Posting Maria Kang

Ni posting terbaru Maria Kang tentang kegagalan azam tahun baru bagi mereka-mereka yang meletakkan sasaran agak tinggi untuk turun berat badan dalam masa yang singkat. Bagus penerangan yang Maria Kang berikan...sangat logik!

Nota untuk senangkan korunk, tak payah nak buka google : 
2 - 3 lbs bersamaan 0.9 - 1.4 kg
25 - 35 lbs bersamaan 11.3 - 15.9 kg
60 lbs bersamaan 27.2 kg

Untuk kes macam aku, kalau korunk tengok balik dalam entry sebelum ni aku ada beritahu, untuk capai berat ideal, aku kena turunkan sekitar 25 - 27 kg lagi kan? 27 kg yang kalau diconvert kepada lbs/pound adalah 60lbs...banyak tu kan?? Macam mustahil je boleh turun sebanyak tu....kalau aku bercadang nak turun dalam jangka masa singkat ! Tapi, kalau aku setkan penurunan sebanyak 60 lbs / 27 kg dalam masa enam bulan dengan kadar penurunan 0.9 - 1.4 kg seminggu, in shaa Allah boleh! Yang penting, kena konsisten dan tekad dalam usaha ni.

Dengan kata lain, kalau nak tengok aku ni kurus (plus sihat walafiat dan bukannya cengkung sakit), janganlah berharap sangat aku boleh turun sebanyak tu dalam masa sebulan dua. Kena bagi masa daaaaann juga semangat pada aku ni...betul tak?

4 comments:

  1. All the best dear...lepas baca this entry dapat sedikit semangat untuk kembali aktif ke gym...tunggu habis period ni in shaa Allah akan teruskan setelah sebulan lebih MALAS ke gym

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie Nash (tak tahu nak address as apa..kakak/adik/puan?):
      It's ok kalau kadangkala kita down dalam usaha nak menurunkan berat badan, same goes to me. Kadang2 terfikir, betul ke kalau dah dpt berat badan ideal, semua penyakit dan masalah kehamilan akan lenyap? What if masalah masih ada, dan tak juga berjaya concieve?
      Lately, yani guna naluri hati sendiri dalam buat sesuatu keputusan....bila rasa nak jogging, yes..yani terus berjogging, bila nak bersenam...automatik yani akan angkat dumbel.

      Delete
  2. nice sharing my dear.. zana tahun ni pun teringin nak turunkan berat.. zana target sebulan 1kg turun.. so cukup 12 bulan, turun dah 12kg yg zana x nak tu.. simple? nampak simple tp kena usaha!!! hihihi..

    dear, nape x tegur zana jumaat hari tu?? kalau tegur, leh laga2 pipi.. zana ni x pakai cermin mata mmg x cam org.. hehehe.. konon keluar x nak pakai cermin mata sebab nmpk x comel.. *macam lah x pakai cermin mata comel kan?? hahahha...

    meh sini no.phone or fb or emel.. xpun, sms zana trs, 013-6065246.. cari FB Zana Adieyza or emel adieyza_1110@yahoo.com.. leh kita kenal2.. nnti ada masa leh jumpa kat Them Mines ke.. paling cepat nak mesra, meh sms zana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi~ tu la yani ni, dalam blog cepat mesra dgn org, tapi kalau kat luar, segan2 nak mulakan perbualan dengan org....my bad! Yani mula-mula nampak zana dan suami, cam encik suami zana dulu. Kecil je dunia kan? Tak sangka boleh terserempak kat situ. In shaa Allah...kalau yani nak gi jalan-jalan ke The Mines next time (nak cari Subway, kat Melaka dan Seremban takde..over tak, cari sampai ke The Mines??Huhu...), yani roger2 zana, leh kuar makan sama2...ye?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)