Showing posts with label JJCM versi aku. Show all posts
Showing posts with label JJCM versi aku. Show all posts

23 March 2016

Warong Mak Senah


23 Mac 2016.

Dekat seminggu makan tengahari dengan suami kat kedai makan ni. Haram tak tahu nama kedai. Selalu masa taip mesej whatsapp kat suami, bila dia tanya makan mana....aku balas "tmpt sama, kedai makan area IPK Melaka" tu.

Start dari minggu cuti sekolah tu, kami berdua dah tak jejak kaki kat Mydin lagi dah, penuh je foodcourt dengan orang ramai. Hari Isnin tu je la, kami dok rasmikan makan tengahari kat Subway baru buka dalam Mydin Ayer Keroh tu sebab mengejarkan masa rehat yang singkat. Bermula hari Selasa dok ligat fikir nak makan mana, tu teringat nak cuba makan kat kedai makan ni pulak.

So far alhamdulillah lauk sedap dan banyak pilihan; paling penting murah!
Huhuhu, makan nasi campur untuk dua orang, air manis satu dan air suam satu, range harga RM10-13. Oklah tu kan? Kalau kat foodcourt Mydin, jangan harap dapat harga macam ni. Lauk aku makan seorang pun dah cecah RM9, tanpa nasi dan tak campur air botol mineral tau. Hoh! Campur dengan makanan suami, dekat RM20-22 juga la sehari.

Whatsapp gambar kedai makan ni kat suami tadi. Lepas ni kalau tanya nak lunch kat mana.....cakap je " Jom gi Mak Senah?!" Hehehe.....

10 March 2016

Tak Puas Bercuti : Edisi Malas Nak Masuk Pejabat Semula


10 Mac 2016.

Hahaha...tu la, dah bercuti 3 hari, perasaan malas nak masuk pejabat menjelma pula. Cuti rehat yang purposedly dimohon sebelum cuti sekolah bermula minggu depan. Biasalah kan, masa cuti sekolah orang-orang yang tak ada anak macam kami suami isteri ni manalah "entitle" untuk mohon cuti? Siap diremindkan dalam mesyuarat, kasilah peluang pada staf yang berkeluarga dan ada anak-anak untuk ambil cuti. Fineeee.....aku pun tak hadap nak bercuti masa musim cuti sekolah. Segala benda naik harga termasuklah hotel. 

Kebetulan pula lepas handle program rasmi kerajaan negeri minggu lepas, exhausted sangat badan ni, so aku dah rancang siap-siap nak bercuti rehatkan minda dan uruskan beberapa perkara dengan suami. So far, alhamdulillah semua yang dirancang semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh 3 hari bercuti ni.

8 Mac 2016 (Selasa)
1) Uruskan urusan kemaskini buku (semak bonus) dan pengeluaran duit dari Tabung Haji dengan suami.
2) Keluar lunch dengan suami di Billionaire's Concept Cuisine
3) Tengok wayang "London Has Fallen". Wow....memang hebat, sampaikan aku minta suami download cerita terdahulu "Olympus Has Fallen".
4) Impian sekian lama nak jejakkan kaki semula ke bangunan Fajar (sekarang dikenali sebagai The Store Plaza Soon Seng). Last pergi Fajar ni masa sebelum masuk sekolah rendah dulu...uish, lama sangat dah.
5) Temankan suami cari kedai permainan di celah-celah bangunan lama The Great Wall. Pun mengimbau kenangan bila jejak kaki di sini.

9 Mac 2016 (Rabu)
1) Alhamdulillah dapat peluang melakukan solat sunat gerhana matahari berdua dengan suami.
2) Ke Klinik Bersalin Dr. Sukhilmi di Senawang. =)
3) Singgah sekejap di rumah mertua, dok berbual kejap.
4) Unplanned trip ke Taman Tema Genting. Berbekalkan waze, alhamdulillah sampai juga akhirnya. Sampai di atas jam 3 petang, solat jamak takdim dulu lepas tu jalan-jalan dalam indoor theme park. Bolehlah kalau setakat nak datang sekali seumur hidup. Pada aku, tak repeat pun tak apa. Azab juga jalan naik dan turun ke Genting ni. Hehehe...pukul 5.00 lebih kami dah turun semula.

10 Mac 2016 (Khamis)
1) Ingat nak gi bawak jubah yang baru beli ke kedai menjahit untuk alter part bawah jubah. Hehe...biasalah ketinggian bukan ikut standard.
2) Tengahari ni suami request masakkan spagetti. Dah siap masak pun. Tunggu nak makan je ni.
3) Jalan-jalan di The Shore Skytower. Akhirnya, dapat juga naik skywalk di tingkat 42 tu.
4) Penamat cuti-cuti kami berdua, kami singgah makan di Bustel di Dataran 1 Malaysia Klebang.

14 February 2016

Sarapan Ala Piknik Di Tepi Laut


13 Februari 2016.

Kali pertama jejak kaki ke pasar membeli bahan basah untuk tahun 2016 ni. Hahahaha....sebelum fikir yang bukan-bukan, ni nak bagitahu...most of the time aku membeli belah kat pasaraya dekat pekan je. Jarang-jarang dah ke pasar sebab pasaraya tu 99% boleh jumpa apa yang aku nak.

Cumanya pagi tadi tetiba bersemangat nak pergi beli ikan jenak, ikan selar dan daging lembu untuk lengkapkan stok bahan basah dalam fridge. Angkut sekali overnight oats (menu utama sarapan kami suami isteri) dalam kereta ke pasar. Lepas habis beli barang, tetiba je datang idea nak bersarapan ala-ala piknik kat tepi laut di kawasan Pengkalan Balak, Masjid Tanah.


Beli la kuih muih dan sedikit makanan sebagai side menu, terus ajak suami ke sana. Alhamdulillah jumpa juga kawasan berpiknik yang selesa dan strategik nak melepak. Kebetulan dalam kereta suami memang lengkap dengan tikar dan pinggan. Bestnye dapat makan sambil dengar bunyi ombak. Dekat-dekat tengahari baru gerak balik ke rumah.

15 June 2015

Lepas Hajat Menjelang Ramadhan


15 Jun 2015.

Alhamdulillah, lepas hajat nak makan makanan-makanan di atas ni sebelum bulan Ramadhan. Makan tengahari di Tanjung Emas Muar, mencari asam pedas telur ikan dengan suami hari Sabtu kelmarin. Selasa minggu lepas makan malam di Pantai Puteri, makan yong tau foo yang jadi sebutan orang tu.

Dua minggu lepas balik dari kerja hari Jumaat, cari mangga pulut di kedai makan tomyam di kawasan maktab perguruan Melaka. Hujung bulan Mei aritu teringin nak makan puding roti, buat seloyang untuk jamu selera suami isteri.

23 March 2015

Mengidam Satay Kerang Kampung Jawa

23 Mac 2015.

Pengaruh rebiu di blog memang kuat, kan?
Haritu ada terjumpa blog PakLangPakLong yang banyak rebiu tempat-tempat makan menarik terutamanya di Melaka dan tempat-tempat lain di Malaysia. Walaupun aku ni orang Melaka pure, tapi bukan semua tempat pun habis explore. Bila terjumpa blog ni memang teruja sangat, macam wahh...banyaknye tempat makan kat Melaka selain fast food outlet kat shopping complex.

Nak-nak pula bila owner blog tu rebiu tempat makan yang masa kecik-kecik dulu arwah mak selalu bawa makan, tapi sekarang dah lama tak singgah. Contohnya kedai jual satay Kampung Jawa, kat tepi sungai Melaka tu. Ikutkan, kedai satay ni dah beberapa kali bertukar lokasi berniaga sebab tepi sungai Melaka tu buat pengubahsuaian. Kejap tepi sungai, kejap pindah belakang kedai kain ela pastu pindah balik tepi sungai. Nama pun dah berubah; sekarang namanya adalah Restoren Lineclear Kampung Jawa. Jangan ingat Pulai Pinang je ada restoren Lineclear...Melaka pun ada! Hiks!

 

Bila nampak gambar satay kerang dalam blog tu, memang tak keruan dibuatnya. Dok la asyik sebut kat telinga suami, nak makan satay kerang..nak makan satay kerang. Hehehe....susah nak jumpa kedai yang jual satay kerang, asyik satay ayam dan daging je, bosan! So....hari Sabtu kami berdua pergi mencari kedai satay Kampung Jawa ni untuk makan tengahari. Kedai ni buka setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

 Rojak special (ada tambahan udang goreng tepung yang sangat best dan besar)

Satay ayam dan daging. Kami order 10-10-10 cucuk untuk satay ayam, daging dan kerang...sekali bila sampai! Mak aii.....debab-debab satay dia. Memang puas makan, makan beberapa cucuk je dah kenyang.

 Oleh kerana suami tak makan satay kerang, aku orderkan juga satay ayam dan daging untuk dia.

Satay kerang untuk aku seorang makan....huhuhu! Tamak kan? Tapi seriously, aku larat makan 5-6 cucuk je...perut dah penuh! Kire lepaslah rasa mengidam aku selama ini.....nyum!

Suami pun ada order nasi goreng kampung tak nak sayur untuk dia. Erm..rasa biasa-biasa je, tapi a bit off sebab rasa bawang putih terlebih sangat.
 
Cendol semangkuk kongsi berdua. Panas-panas tengahari memang layan la hirup cendol ni....

 
  Untuk menu-menu yang kami order tu, total harganya adalah RM43.90. Memang berbaloi...

Tujuan lain selain nak makan-makan di Kampung Jawa ni adalah........

.........................................................
    ..................................................
  .......................................
   ............................
    .....................
     ................
       ...........
        .......
         ...
         .

Tadaaaa.......nak cari bekas buat kuih bakar daging dan kuih cara manis ni hah! Dulu kat rumah arwah mak ni memang dah ada bekas ni, tapi since arwah mak dah pernah pinjamkan dan bagi terus kat kakak, aku malas nak pinjam. Aku beli 2 bekas untuk kegunaan sendiri kat rumah.

Kat Kampung Jawa ni apa je yang tak jual? Semua benda boleh jumpa, asalkan rajin bertanya dan suka berjalan-jalan redah kedai-kedai kat bangunan lama tu. Harga yang kedai Cina ni tulis RM12 sebekas tapi dia bagi kurang RM10 sebekas. Ada macam-macam corak bekas mold ni; untuk kuih baulu original pun ada, untuk baulu bentuk ikan pun ada...eh! Ikut hati nak beli je semua...huhu!

14 March 2015

Borong Kek Lapis Sarawak Habibi Shop


14 Mac 2015.

Dekat seminggu lepas kami adik beradik deal tempah kek lapis Sarawak secara online, ini gara-gara ajakan Kak Lang aku. 16 biji kek lapis Sarawak jenis swiss roll yang dibeli dari Habibi Shop di Miri, Sarawak dengan pelbagai perisa dan nama unik. Antaranya ialah; Swiss Roll Chocolate Almond, Swiss Roll Dam, Swiss Roll Blueberry Oreo, Swiss Roll Alunan Tikar, Swiss Roll Chocolate Mini Roll, Swiss Roll Ketupat, Swiss Roll Kipas, Swiss Roll Masam Manis, Swiss Roll Mint, Swiss Roll Utap Rampai Kenyalang dan Swiss Roll Yam.


Aku order 4 biji kek lapis khusus untuk makan di rumah dan untuk hadiahkan ke rumah keluarga mertua di Seremban.


Order dari Kak Long dan Abangah aku simpan di rumah. Kebetulan hujung bulan ni semua adik beradik balik berkumpul untuk buat tahlil adik beradik, sekali buat makan-makan. Nanti boleh hidang dan kongsi makan bersama kek lapis ni semua.

13 January 2015

Cuti-Cuti 2015 : Cameron Highlands

13 Januari 2015.

Percutian 3 hari 2 malam yang merupakan percutian santai dengan officemate suami. Penginapan bos suami yang uruskan, kami cuma bawa badan je. Kali ini naik dari exit Simpang Pulai, seingat aku ini kali ketiga naik CH dari exit Simpang Pulai, most of the time memang naik dari exit Tapah walaupun ramai yang cakap jalan  dalam Tapah - CH agak menyeramkan sebab banyak landslides (memang pun! Time kami balik lalu Tapah, lebih dari 20 landslides yang kami jumpa, syukur tak ada apa-apa terjadi).

Menginap di Rose Apartment, betul-betul di belakang Kea Farms. Apartment 4 bilik (3 bilik air) milik seorang doktor. Sampai ke apartment, lepak sekejap lepas tu encik bos suami ajak keluar melepak di Time Tunnel Cafe. Lalu depan Kea Farm takkan pandang je kan? Sure borong macam-macam makanan; kimcam goreng, jagung rebus dan strawberri lepas tu makan kat Time Tunnel Cafe.

Malam pertama sampai, pukul 8 malam aku dah pengsan keletihan bercampur kesejukan tahap beku. Heheh...lagipun takde mende nak buat, masing-masing keletihan duduk lama sangat dalam kereta dan aku tengah period lagi. No activity allowed....hehe.


Bangun pagi Sabtu, bersarapan dengan strawberry dan shake buah-buahan. Lepak dulu sementara tunggu anak officemate belum bangun tidur. Rajin pulak Chinese guy officemate suami turun sampai Brinchang semata-mata pergi beli roti canai pepagi. Yang bestnyer, semua Chinese guy tu termasuk encik bos suami semua jenis kaki makan, tak pernah kenyang...hahaha...kejap-kejap lapar lepas tu beli banyak-banyak suruh kami join makan sama.


Aktiviti bercuti kali ni cukup santai, takde nak kejar-kejar pergi banyak tempat. Konsepnya, pergi setakat cukupkan syarat je. Singgah BOH Tea Centre Sungei Palas, sambung breaklunch...see? Makan lagi. Sempat lalu sekejap dalam kilang teh, dah banyak kali masuk tapi masih ketagih bau daun teh yang sedang diproses.

Berdua denganmu.....indah!


Lepas tu, terus ke Cameron Lavender Garden. Walaupun kali kedua jejak kaki kat sini, terasa geram tengok bunga-bunga yang cantik berkembang. Kat entrance bawah minum aiskrim lavender mixed strawberri, naik bahagian atas....makan yogurt strawberri pula. 

Masing-masing lapar nasi, sanggup turun balik sampai Tanah Rata cari nasi, boleh? Tapi being dah pukul 3-4 petang, mana la ada lagi kedai nasi campur dengan pilihan lauk yang masih banyak. Jadinya kami makan di restoren Marrybrown Tanah Rata sementara tunggu hujan lebat reda. Hujan lebat betul! Putus harapan nak berjogging dengan suami. Agak kuyup kena air hujan, sampai je kat apartment terus pengsan tertidur sampai malam. Nasib baik tak demam walaupun kepala rasa agak berat.

*Nota: Dari awal pagi Sabtu, period dah berhenti. Tetiba je, tak de brownish spotting macam selalu.


Nak balik hari Ahad, kami lalu jalan Tapah pula. Singgah breaklunch sekejap di Cameron Valley, elok je duduk makan, hujan turun selebat-lebatnya. Lepak sampai hujan reda baru kami bergerak turun sampai ke Lata Iskandar.


Kat Lata Iskandar pun kami turun sekejap bergambar di air terjun.Dapat 3 kali snap je, hujan lebat turun lagi. Berlari-lari anak ke gerai makan dengan pakaian hampir kuyup...makan tengahari lepas tu tunggu hujan berhenti sebelum kami berpecah balik ikut destinasi masing-masing. Ada yang balik Felda Palong dulu, macam kami singgah Seremban hantar buah tangan ke rumah mertua sebelum balik ke Melaka.

29 December 2014

Sambal Hitam Pahang : Nasib Baik Sampai!

29 Disember 2014.

Alhamdulillah! Selamat sampai jugak parcel sambal hitam aku ni di pejabat kejap tadi. Nasib baik tak hanyut dek banjir di Pahang nun.

Haritu ada keluar dalam akhbar Kosmo pasal produk-produk tempatan, aku ternampak pasal sambal hitam Pahang keluaran Shikin Delicious. Dah tekak pun memang dah lama teringin nak makan sambal hitam Pahang ni, aritu dok cari di booth Pahang SDSI tak jumpa pula. Isnin minggu lepas pakat-pakat ajak member opis join order sambal hitam Pahang ni. Campur dengan order member-member, aku order 14 bekas sambal hitam, aku punye order je dah 8 bekas (kes nak agih-agih pada adik beradik yang duduk kat Melaka ni).

Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu belah pantai timur dah start banjir, aku boleh terlepas pandang isu tu. Bila dah order, staf Shikin Delicious mesej di FB maklumkan mungkin akan delay delivery sebab laluan nak ke pejabat pos banyak ditutup, berkemungkinan dia akan pos dari Pekan, Pahang. Aku ok je sebab faham kesukaran diorunk nak uruskan banyak benda kat sana, dah la banjir.
 


 Tak sabar nak makan sambal hitam Pahang ni dengan nasi putih panas-panas.....nyum nyum!

16 December 2014

Borong Roti Sarang Lebah Dengan Sos Butterscotch

16 Disember 2014.

Jangan salah sangka, memang beli 8 bekas roti sarang lebah dengan sos butterscotch ni, tapi bukan untuk makan seorang diri. Kalau dah beli apa-apa makanan, rasanya better belikan sekali untuk adik beradik dan anak-anak buah yang ada duduk dekat sekitar Melaka. Kang kalau tunjuk gambar je dalam WA, ada pulak yang menyahut "Asyik tunjuk gambar je, rasanya tak dapat jugak" Hehehe....sila la paham apa maksud tersirat bila adik beradik dah sound macam tu.

Alang-alang Kak Teh yang tengah berpantang tu sms tanya ada stok roti ni tak, aku belikan sekali untuk adik beradik yang lain. Biar sama-sama rasa.

Bak kata pepatah....."Kalau tak boleh kuruskan badan sendiri, apa kata kita gemukkan orang disekeliling kita?" Huhuhuhuhuh.........


15 December 2014

Pekena Asam Pedas Telur Ikan Tanjung Emas Lagi!

15 Disember 2014.

Kelmarin masa awal pagi Sabtu, tengah-tengah mengemas semak kat halaman rumah, tanya suami, nak gi makan asam pedas telur ikan kat Muar tak? Dia kata ok je. Dah penat-penat letih badan mengemas memang aku malas nak memasak. Bila suami kata ok, aku cakap dalam pukul 10 lebih dah boleh bersiap untuk gerak ke Muar.

Masuk rumah dok main anak kucing, last-last dekat pukul 12 tengahari pun masih belum bergerak. Ke Muar ni, suami ajak rasmikan baju t-shirt Big Bad Wolf yang beli minggu lepas masa pergi BBW kat The Mines tu. Sampai-sampai kat Tanjung Emas, dah pukul 1.30 petang, boleh tahan jugak perut dah berkeroncong. Suami buat lawak pun aku tak boleh nak layan gelak sebab badan dah masuk angin, emosi dah tak stabil.

Sampai-sampai je, terus menuju ke kedai no.8 macam biasa. Alhamdulillah yang dicari ada. Memang tak berlengah la kata orang, ambil nasi, lauk asam pedas telur ikan dua set dan sayur. Dapat je tempat duduk terus bismillah. Tak sampai beberapa minit, berderu orang datang ke gerai yang sama. Nasib baik!!

Lepas makan, perut ketat. Huhuhu...
Memang takde plan lain nak round Muar ke apa ke, terus balik ke Melaka. Melampaukan? Semata-mata nak makan tengahari asam pedas, sampai ke Muar carinye. Nak balik tu, siap bungkus asam pedas telur ikan untuk ulang makan hari Ahadnye. Nikmat sungguh dapat makan telur ikan sampai puas hati kenyang.

08 December 2014

Makan Malam Yong Tau Foo Di Pantai Puteri

8 Disember 2014.

Balik dari SDSI, masing-masing memang dah terlepek keletihan. Owh, mertua tidur semalam di rumah arwah mak. Memang masa ajak pergi SDSI tu, memang suruh tidur sini sebab faham masing-masing letih, suami pun keletihan takkan nak suruh ulang alik ke Seremban - Melaka - Seremban - Melaka hantar mak ayahnya balik.

Dekat pukul 6.00 tanya mertua, nak makan malam apa? Ikan bakar di Duyong ke atau makan Yong Tau Foo Pantai Puteri? Mertua kata nak makan yong tau foo. So, aku dan suami on je pergi makan yong tau foo di Pantai Puteri. Lepas Maghrib, teus bergerak ke sana. Alhamdulillah, masa sampai memang tak banyak orang lagi. Selang beberapa minit, berderu orang sampai sehingga ada yang terpaksa berdiri tunggu meja kosong. Phew...nasib baik tau!


Sengaja order yong tau foo sahaja, sebab dah ada pengalaman order macam-macam makanan sampai tak habis makan. Saja hold dari order mee goreng mamak atau nasi goreng, nak tengok kenyang ke tak makan yong tau foo semata. Otak-otak pun makan sebatang dua je. Memang kenyang giler menghadap yong tau foo ramai-ramai.

P/s: Mertua nak datang tidur semalam kat rumah, dari dua minggu lepas dok mengemas rumah. Huhuhu....

22 September 2014

Kemaruk Asam Pedas Telur Ikan Tanjung Emas Muar


22 September 2014.

Dua kali ulang makan kat Muar kurang dalam sebulan. Tak kemaruk ke namanyer tu?
Kali pertama masa 31 Ogos 2014 aritu, masa cuti kemerdekaan. 

Sebenarnya dah lama cari telur ikan, sebelum arwah mak meninggal lagi. Arwah mak dulu pun cari telur ikan kat pasar selalu tak jumpa. Lepas tu blogwalking kat blog sapantah, ternampak entri pasal makan asam pedas telur ikan kat Muar. Macam biasa la, aku google sana sini, kumpul info baru inform kat suami nak pergi makan kat Tanjung Emas, Muar.

Pekena sekali mee bandung Muar. Sedap tapi agak manis. Suami pula tak minat makan mee bandung, aku habiskan seorang. Masa ni belum start balik diet, hehe~


Memang puas hati la makan kat sini, alhamdulillah jumpa kedai yang betul. Kedai no. 8 di Medan Selera Tanjung Emas Muar. Walaupun pada aku, aku lebih suka asam pedas yang pedas dan masam, disebabkan asam pedas Muar ni ada telur ikan, kira ok la jugak.

Sebelum balik, jalan-jalan kejap kat sekitar Jeti Tanjung Emas, bergambar lepas tu singgah solat kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Masjid Biru).


Semalam (21 September 2014) turun Muar lagi sekali, nak makan asam pedas telur ikan. Yang bagusnya, datang awal sedikit dari pukul 1.00 tengahari. Macam kitaorunk, bergerak dari rumah dalam pukul 11 lebih, sampai kat pekan Muar ngam-ngam pukul 12.40 tengahari. Order makanan dan minuman dan cari tempat duduk.

Tak sampai beberapa minit, dah ramai yang datang serbu makan kat kedai ni. Nasib baik datang awal sedikit, kalau tak memang kena beratur dan kena tunggu orang lain habis makan baru dapat duduk. Yang bestnyer, semalam siap bungkus asam pedas telur ikan untuk bawa balik. 

 Belanja gambar tuan blog dan suami

Asam pedas telur ikan yang awesome! Masuk siap-siap dalam bekas tupperware, tengahari panaskan balik dalam microwave di pantry pejabat. Hari ni ulang makan asam pedas telur ikan lagi...nyum nyum!

24 July 2014

Iftar Di Hotel Bayview Melaka Dengan Rakan Pejabat Kali Ke-2

24 Julai 2014.

Perancangan spontan.
Lagipun tak puas iftar haritu dengan kawan-kawan sepejabat, protokol sangat dan rasa terkongkong.
Jadi ada yang ajak iftar sekali lagi semalam (23 Julai 2014), kali ni lebih santai. Konsep kami-kami je.


Pilih iftar bersama di Hotel Bayview Melaka - ada promosi buffet Ramadhan ala Selera Kampung. Harga pun ok dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan. Aku dan suami sampai awal di Hotel Bayview Melaka sebab bersiap dari pejabat je, tak balik rumah dulu. Jauh kot nak patah balik dari rumah ke bandar Melaka lagi....6.30 petang dah sampai lobi hotel menunggu yang lain. Naik ke Aras 4, tengok The Palette Cafe Bayview masih lenggang tak ramai orang, kami berdua ambil peluang cuci mata tengok apa hidangan yang ada, lepas tu kami ambil makanan.

Nasib baik sampai awal sedikit, dapat ambil gambar juadah dengan selesa sebab selang beberapa minit orang dah mula ramai sampai dan terpaksa beratur nak ambil makanan.

Bahagian kuih muih, buah-buahan, manisan dan ABC

Di bahagian luar cafe, tepi kolam ada diletakkan bahagian satay ayam dan daging serta daging kambing golek, cuma daging kambing golek dah siap-siap dipotong-potong kecil. Kuah kambing golek sedap juga. Tepi pintu nak ke kolam renang, ada bahagian kerabu 1 Malaysia, kuih muih, rojak buah dan rojak kuih.

Ada ruang untuk salad segar, manisan puding dan pelbagai sambal. Kuah rojak buah dia sedap, kacang tumbuk pun kasar-kasar, puas hati makan.

Banyak pilihan lauk pauk selera kampung - aku ambil lauk ketam, rendang kambing, sayur campur, keropok papadom, telur asin dan ayam lemon. Iftar kali ni berpeluang juga makan ketam, dari sebelum puasa cari ketam kat pasar, asyik tak dapat je. Kat sini makan ketam puas-puas. 

Bahagian menu utama - lauk pauk selera kampung. Antara hidangannya; lauk ketam, rendang ayam kapitan, rendang daging kambing, ayam goreng, kuah dalca, ayam lemon, sayur campur, nasi putih dan nasi beriani serta banyak lagi. Ada juga bahagian bahan mentah steambot, setiap meja ada diletakkan set steambot (dalam pakej), jadi sesiapa yang nak bersteambot, dipersilakan.

Ikutkan, sebelum buat perancangan nak iftar bersama, ada yang plan makan steambot kat Restoren Api-Api, ada juga yang plan makan ikan bakar. Tapi aku macam biasa la, nak cari tempat yang ada nasi. Alhamdulillah kat sini semua ada, nak steambot ada, nak ikan bakar dan seafood pun ada.

Antara yang hadir sama. Sementara mak ayah pergi beratur ambil makanan, aku tolong jaga si Dagu Runcing kat atas tu, umpan dia dengan HP aku sebab tak nak dia menangis. Huhuhu....mula-mula macam tak nak orang, lepas tu dah boleh main flying kiss dengan dia. Geram kat dagu runcing dia!

Aksi-aksi selepas makan, nasib ada yang ingatkan nak ambil gambar. Kalau tak, takde gambar kenangan langsung.


Iftar bersama sebelum Syawal....