Alhamdulillah!!
Syukur sangat-sangat....tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saat ni.
Bacaan berat badan aku pagi ni, menunjukkan 70.9kg.
Kalau tengok perbezaan berat dalam sebulan (6 Dis 2012 - 3 Jan 2013), ada penurunan sebanyak 2.5kg.
Aku memang dah rancang, sehari sebelum ke klinik OnG untuk setiap appointment aku dengan doktor, aku akan timbang awal-awal dengan penimbang Herbalife kawan aku, sebagai persediaan emosi bila dapat bacaan berat badan di klinik OnG nanti.
Untuk rekod, bacaan timbang pada 24 Disember 2012 tempohari adalah 72.3kg. Bermaksud dalam tempoh sepuluh (10) hari, ada penurunan sebanyak 1.4kg.
Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 9.7 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, musle mass, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit.
Semoga misi aku nak tengok angka 60++kg dalam jangka masa terdekat akan tercapai, amin!
P/S : Temujanji di klinik OnG esok, berkemungkinan bacaan akan naik sedikit sebab perbezaan jenis penimbang, untuk rekod, pada 7 Disember 2012 bacaan berat badan aku adalah 73.7 kg.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)