Sudah masuk minggu kedua kami suami isteri beriadah bersama-sama. Alhamdulillah, encik suami masih bersemangat ikut kehendak isteri dia ni nak beriadah di awal pagi setiap hujung minggu. Disebabkan masa suntuk, kami cuma menghabiskan masa 30 minit ke 1 jam untuk berjogging dan brisk-walking.
Seronok tau bila dapat bersama-sama dengan suami berdua sahaja. Macam-macam boleh kita bualkan, berbincang dan bersenda gurau.
Kebetulan masa kami beriadah tu, kami ternampak seekor kucing putih yang comel tengah duduk di tepi longkang rumah tinggal. Tahu saje la kami suami isteri memang gila kucing, asal nampak kucing je, masing-masing jadi kebudak-budakan. Mula-mula kucing ni macam takut-takut dengan kami, lepas beberapa minit..ni la gelagat manja yang dia tunjuk....huhu! Tergedik-gedik melesau atas simen longkang tu.
Time ni ke yang aku horn ko? hehehehe
ReplyDeleteHaaa~ ko ke yg horn aku masa tu? Aku ingatkan jiran setaman aku yg horn..aku pandang sekali imbas je....huhuhu!
Delete