Showing posts with label rebiu. Show all posts
Showing posts with label rebiu. Show all posts

06 December 2016

Jatuh Chinta Pada Terminus Bright Tote 3.0


Krdt pic to FB Page Terminus

6 Disember 2016.

Minggu lepas, melintas satu FB Ads tentang satu beg tangan Terminus Bright Tote 3.0 di FB Feed aku. Belek-belek gambar dan video, nampak macam menarik. Macam tahu-tahu je aku tengah nak beli beg tangan baru.


Krdt to FB Page Terminus

Aku ni kan, bukan jenis heran sangat brand atau harga, tapi lebih memandang kepada pratikaliti kegunaan sesuatu beg tu. Kalau boleh, biar boleh cater semua keperluan aku. Tak nak la beli mahal-mahal, design lawa tapi tak praktikal. Bila tengok video tentang beg ni, aku nampak apa yang aku boleh buat dengan beg ni. Di antara ciri-ciri beg ini adalah:-


Once again TERMINUS created an innovative tote bag - TERMINUS Bright Tote 3.0 which never seen before specially design to prevent you from not finding your small items in the dim places especially your keys. Have it and never be afraid in the dark environment can't find my keys!
It illuminate the interior when you unzipped the bag and off when zipped 
3 colours choice RED ,BLACK , NAVY BLUE.



TERMINUS Bright Tote 3.0 is designed especially for ladies with functions:-
- Auto lighted by LED when unzipped
- Operated by ordinary AAA batteries 
- Fits tablet or up to 13-Inch Laptop
- Outer pocket to facilitate for mobile phone, umbrella and water bottles, etc
- It comes with detach purse, for coins, credit card, business card or tissue paper


Bila aku PM Admin FB Ads tu tanya tentang harga, dia maklumkan harga promosi terhad sempena perayaan Krismas ini adalah sebanyak RM330 (diskaun 30% dari harga asal RM470) bermula 25 November sehingga 11 Disember 2016 ini. Mula-mula, aku rasa berminat dengan pilihan warna hitam sebab sesuai digayakan dengan apa-apa warna pakaian dan nampak elegan. Cuma bila tak dapat pegang dulu dan belek betul-betul, mesti rasa tak puas hati, kan?

Aku ada cuba mencari info tentang outlet terdekat brand Terminus ini, alhamdulillah rupanya ada sebuah outlet Terminus di dalam pasaraya Tangs di The Shore. Terus whatsapp suami dan ajak dia ke The Shore selepas waktu bekerja. Bila dapat tengok sendiri kualiti dan warna sebenar beg ni, kami suami isteri bersetuju pilihan warna merah lebih menyerlah berbanding warna hitam (warna hitam tu nampak macam lebih kurang beg laptop plak...huhuhu!).


Apa yang buat aku tertarik dengan beg tangan ini? Inilah ciri utama yang aku nampak dan menarik perhatian aku....ciri-ciri built in magnetic sensor LED yang memudahkan pencarian item di dalam beg bila berada di tempat gelap / malam. Selain itu, rekabentuk beg ini telah mendapat pengiktirafan Reddot Design Award : Honourable Mention 2013, yang mana pereka beg ini adalah Giselle Lee, pereka tempatan lulusan Kolej Universiti Lim Kok Wing.



Nasihat aku, kalau korunk jenis macam aku (nak tengok dan pegang dulu sebelum beli), lebih baik korunk pergi terus ke outlet Terminus dan rebiu sendiri untuk kepuasan diri sendiri. 

17 February 2016

Suami Belikan Buku "Anak, Jika Tiada : Bersangka Baiklah Dengan Allah"

17 Februari 2016.

Masih rasa macam dalam mimpi. Baru niat nak beli buku ni, alhamdulillah Allah SWT permudahkan melalui usaha "sweet" suami yang diam-diam ke kedai buku dan beli buku ini untuk kami berdua suami isteri. Alahai sang suami...cair hati isteri ni tau!

Baru baca Bab 1, takpe perlahan-lahan mulakan bacaan. Tiada keperluan untuk terburu-buru menghabiskan pembacaan walaupun kalau ikut ketebalan buku ini, sehari pun boleh habis baca dari kulit depan ke kulit belakang.



12 February 2016

Sport Bra : Shopping Kali Kedua Di Freeport Melaka


12 Februari 2016.

Cerita campak belakang. Tersangat la busy sampai tak terupdate dalam blog. Balik dari Seremban masa raya Cina Selasa lepas, ikut jalan dalam (Alor Gajah). Alang-alang dah lalu kawasan Freeport Melaka tu, suami ajak singgah nak cari baju tshirt baru.

Macam biasa la, dalam otak ni memang dah fikir nak tambah koleksi sport bra. Dan semestinya nak cari sport bra yang jenis off season punye...hehehe....sebab murah. Masuk kat outlet Nike, terus menonong ke area sport bra. Ada design baru tapi macam biasa la, harga di antara RM149 - RM159. Hanya ada dua design je yang harga RM109. Aku terus ambil sport bra macam gambar atas ni, harga RM109.

Nike Pro Classic Stripe Sports Bra - Purple/Hyper Punch
This product is part of the Crosstown Running range. The lifestyle of running. This women's Nike Pro Classic Stripe Sports Bra features a soft Dri-FIT fabric to help keep you dry and comfortable and a snug support making this bra ideal for medium-impact workouts. This sports bra also features a V-back design for wide range of motion and a dual-layer construction with an underbust band for a compression fit and lightweight support.. Material: Dri-FIT 88% recycled polyester/12% spandex.





Ada juga singgah outlet PUMA nak tengok sport bra di situ. Masa pergi hujung tahun lepas, stok sport bra PUMA dah habis masa opening day. Kali ni datang tengok ada 2 design sport bra tapi tak menarik. Harga pun lebih kurang harga sport bra di Nike.

21 January 2016

Jika Tiada Zuriat...


21 Januari 2016.

Semalam langganan majalah Anis dan Asuh bagi bulan Februari 2016 sampai di pejabat. Memang tak sabar menunggu edisi bulan Februari ni sebab ada isu berkaitan TTC. Tajuk di muka hadapan majalah sangat menarik perhatian..."Jika tiada zuriat - yakinlah pada kebijaksanaan-Nya" dan juga "Rawatan kesuburan - peluang cerah untuk hamil".

Pagi tadi sempat selak-selak dan baca sepintas lalu beberapa muka surat majalah ni. InshaAllah, akan mencari masa dan ruang untuk membaca dengan tenang.

Untuk TTCians semua, jangan lepaskan peluang membeli dan memiliki majalah Anis edisi Februari ini ye?

14 January 2016

Bukan Punca Bercerai, Tapi Alasan Semata-Mata

14 Januari 2016.

Heboh dua tiga hari ini dengan isu kes remeh hingga bercerai di Selangor tu. Bila artikel suratkhabar dan snapshot gambar ni tersebar di FB dan whatsapp, macam-macam komen saling balas-membalas yang keluar; baik dari pihak lelaki (suami) mahupun pihak perempuan (isteri).

Semalam masa tunjuk artikel di atas tu kat suami, dia tergelak je sambil menggelengkan kepala.

Punggung isteri menggerutu? 
Wah, suami yang bagi alasan tu body mantap sangat ke? Perut tak berselulit? Ada six-pack ke? Kemahin komen fizikal si isteri. Ni dasar kena hadiahkan dia cermin besar yang boleh nampak satu badan, jadi masa dia mula nak mengomen mengutuk, letak cermin tu tepi atau depan dia....sambil dia bercakap, sambil dia tengok sendiri fizikal dia.

Kalau isteri beri alasan nak bercerai dengan point no. 2 tu, pandai pula suami melenting kan? Tercabar keegoan diri kan?

Gaji suami lebih rendah?
Pandai pula menikus diamkan diri bila isu ni berbangkit, kenapa? Realiti kan?
Ada pula hamba Allah balas komen...isteri yang gaji besar dari suami selalunya kereknya pun lebih...seriously? Hahaha....masing-masing punye pendapat.


Ni pula artikel akhbar Kosmo bertarikh 14 Januari 2016 berkaitan punca penceraian di Perlis dan Kelantan.



04 January 2016

Bila Gambar Dari Blog Diviralkan Di Siakap Keli

4 Januari 2016.

Ini kes malam Sabtu lepas (2 Januari 2016).
Aku sebenarnya selalu juga jenguk FB Page Siakap Keli, tengok gambar-gambar topik yang aku rasakan menarik. Dah takdir agaknya, malam Sabtu lepas aku browse page Siakap Keli dan ternampak post entri kat atas ni pasal design-design dapur rumah idaman. Bila baca tajuk post entri tu, terus la skip gambar-gambar yang ada dan terus ke gambar yang terakhir. Eh? Sekali tengok gambar terakhir tu rasa macam kenal plak? Dapur rumah arwah Mak aku kan??? Gambar yang dicilok tanpa membuang terlebih dahulu watermark blog aku ni.

Ni gambar yang dipaparkan kat Page Siakap Keli. Gambar yang paling banyak like antara kesemua gambar-gambar tu. Hampir 4,000 likes kot? Gambar-gambar yang lain dapat like sekitar 800-900 likes sahaja. Memang terperanjat gile betul dibuatnya. Aku tak marah pun cuma bila baca komen-komen di bawah gambar tu, aku rasa aku kena ambil tindakan maklumkan pada Admin Siakap Keli untuk betulkan keadaan. Niat aku satu je...aku tak nak tukang komen kat gambar tu dapat dosa kering. Nak kutuk, kutuk la...aku apa ada hal? Tapi bila ada yang komen yang negatif melibatkan arwah Mak....rasanya perlu dihentikan segera. Celah mana nak cari arwah Mak aku minta maaf balik?

Aku pun komenlah kat bawah gambar tu.....rasa-rasa korunk, ayat aku tu ada macam mengamuk marah ke? Ada macam aku memaki ke? Selembut boleh aku karang ayat supaya Admin Siakap Keli boleh faham maksud ayat aku tu. Tak sangka pula kakak aku pun nampak gambar yang sama dan komen di bawah komen aku tu.

Antara komen-komen FB user yang lain....personally aku approach setiap FB user yang komen negatif pada gambar tu, maklumkan benda yang betul. Alhamdulillah, hampir semua yang terima PM aku tu, balas balik dan minta maaf. Aku pun tak kecil hati sebenarnya. Dan-dan time tu kemain ramai add friend request, jenuh aku nak men'decline' request tu....tak perlu kot nak add aku. Huhuhu....tak pernah hidup aku FB notification sampai beratus-ratus dalam tempoh singkat.

Bila aku nampak Admin Siakap Keli macam tak perasan komen aku kat bawah gambar tu, aku post komen kat wall admin pula. Ada juga hamba Allah yang menjawap di bawah komen aku tu. Terima kasih.

Hanya lepas itu, barulah Admin Siakap Keli respons dan meminta maaf secara terbuka di wall Siakap Keli. Tindakan yang di ambil oleh Admin? Admin Siakap Keli telah PM personal pada akaun FB aku dan telah menurunkan gambar tu dari post entri itu. 

Aku perasan Admin Siakap Keli telah mengubah komen sebanyak dua kali. Tambah ayat la kot? Tapi maksudnya sama je.



Ayat dalam post entri ini pun telah diubah semula. 

Sebagai langkah maklumbalas atas tindakan pembetulan yang Siakap Keli dah buat, aku telah delete semua komen aku dari page berkenaan bagi mengelakkan komen-komen yang meleret-leret.

31 December 2015

Azam Kurus 2016 : Azam Yang Dibawa Kehadapan

31 Disember 2015.

Misi yang dibawa ke tahun depan, which is esok...huhuhu!
Ok, setakat petang ini;
1) Dah habiskan 3.2 liter air kosong sepanjang hari ini.
2) Berjaya naik ke tingkat 6 UTC Melaka menggunakan tangga. Pancit di tingkat 4, mencungap. Tapi still berjaya sampai ke tingkat 6 ni. Tepuk bahu sendiri. Yeay....
3) Mulai esok kami berdua suami isteri akan kembali kepada rutin diet berirama.....hehehe! Kombinasi diet sihat + senaman.

2016 Islamic Planner By Shakina Farhan


31 Disember 2015.

Akhirnya sampai juga islamic planner yang aku pre-order dari Shakina Farhan semalam petang. Masa baca blog Shakina tempohari, memang minat nak beli tapi aku whatsapp member opis dan adik bongsu tanya incase nak join beli sama sebab order lebih dari 3 buah planner dapat waive postage. Yang menyahut offer aku; adik bongsu aku. Bila dia whatsapp kawan-kawan doktor dia, ramai pula yang setuju nak order sama. Lepas kumpul order, akhirnya dapat juga buat pre-order sebanyak 17 buah planner tu. Proses pun senang, whatsapp detail pada Shakina dan transfer duit ke akaun banknya. Tak sabar nak guna islamic planner ni sebab customised dan sesuai dengan kehendak diri.

30 December 2015

Freeport A'Famosa Outlet Village


30 Disember 2015.

Hari Kejadian : 27 Disember 2015.

Ni gara-gara adik ipar meracun dalam group whatsapp kami pasal harga sport shoes di Freeport A'Famosa Outlet Village (FAOV) yang baru buka sebulan lepas. Masing-masing tak senang duduk, rasa macam menarik je harga lepas diskaun. Niat aku satu je; nak beli kasut sukan baru untuk kami suami isteri dan sport bra baru.

Sampai kat FAOV dekat pukul 11 lebih pagi, start dari traffic light selepas exit tol Alor Gajah ke arah FAOV kereta dah berderet merangkak. Musim cuti sekolah...purffftt sangat. Nasib baik baca doa banyak-banyak, alhamdulillah dapat parking dalam kawasan FAOV dengan mudah. Banyak juga branded outlet yang di buka di sini, ada juga beberapa outlet yang belum dibuka lagi.

Ada certain outlet macam Nike dan PUMA siap ada giliran beratur kat luar sebab dia tak bagi ramai-ramai serbu masuk. Yang lain free flow je masuk. Merasa la juga aku beratur depan NIKE dan PUMA, menunggu giliran untuk masuk. Hasil tangkapan hari tu; kami dapat beli 2 pasang kasut sukan, sport bra, stokin dan t-shirt untuk suami. Puas round satu outlet PUMA cari sport bra, rupa-rupanya dah habis stok masa opening day tempohari. Nasib baik di Nike Outlet tu aku jumpa sport bra yang aku berkenan dengan harga yang sesuai.


Puma Faas 300 V4 W, Women's Running Shoes, Grey - RM139 lepas diskaun
 Puma Mobium Ride Running Shoes, Black - RM189 lepas diskaun
Puma Stokin  - RM29 (3 pieces)


Nike Pro Fierce Digital Interval Sports Bra - Hot Pink/Volt - RM79
 Nike Pro Classic Victory Compression Sports Bra Combat Dri-Fit Racerback - RM69

Tip : Aku tanya pada SA Nike tu, kenapa ada beza harga antara satu design dengan design yang lain (Contoh : RM159 dengan RM79) sedangkan kualiti sama je. SA tu cakap beza harga sebab yang murah tu dah out of season (means fashion dan design musim lepas). Hahahah.....nasib baik aku tak heran nak beli sport bra design terlatest ke hape, janji selesa pakai...bukan orang nampak pun! Pakai dalam baju...paling kuat, laki aku je yang nampak....kui kui kui...


Tak sempat nak snap gambar t-shirt Canterbury sebab suami dah tak sabar-sabar nak pakai pergi kerja....huhuhu!

Overall, bolehlah kalau nak bershopping kat sini. Sedangkan yang kat JPO tu pun aku tak pernah jejak sebab jauh, nasib baik la kat Melaka ada buka satu branded outlet, tak yah susah-susah ke Johor nun.

28 September 2015

Cosway Aloe Vera Berry Flavour

28 September 2015.

Lepas consume Lifestream Biogenic Aloe Vera Juice, sekarang mencuba Aloe Vera Berry Flavour keluaran Cosway pula. Tujuan yang sama, untuk melancarkan proses pencernaan secara semulajadi. Setakat ini sudah masuk botol ke-2 kami suami isteri consume.





 

06 July 2015

Borong Kerepek Raya Produk IKS

6 Julai 2015.

Sambungan Entri : Kerepek & Keropok Raya 2015 

Minggu ni balik berbuka di Seremban lagi. Alang-alang balik ikut jalan lama (Alor Gajah - Rembau - Seremban), singgah sekali harung ke kedai kerepek di Sungai Petai, Alor Gajah. Haritu masa tengah sahur, browse FB dan ternampak ada promosi kerepek raya di FB Page Saya Anak Melaka (SAM). Aku sebenarnya ada planning nak turun Ayer Itam semata-mata nak pergi cari kerepek raya terutamanya kerepek bawang. Nasib baik jumpa FB Page SAM ni yang promosi kedai kerepek produk IKS Melaka dan Johor ni, jadi singgah beli kat sini je la.

Borong enam jenis kerepek/keropok untuk cukupkan syarat je. Belikan juga kerepek untuk kakak yang tumpang order. Kakak owner kedai siap tanya, macam mana tahu pasal kedai dia ni? Aku cakap jumpa promosi kat dalam FB SAM tu, dia gelak seronok, siap cakap berkesan juga dia promote kedai dia dalam FB page SAM tu.

Alhamdulillah, oklah servis kat sini, kakak tu siap beri suggestion kerepek mana satu yang sedap, dan biasa orang borong banyak. Pilihan kerepek/keropok pun banyak.



P/s : Ok la, dah boleh pejam mata bab kerepek raya, fokus pada benda lain pula.
 

29 June 2015

Kerepek & Keropok Raya 2015

29 Jun 2015.

Azam tahun ni beraya dengan kerepek raya. 
Dari sebelum bulan Ramadhan promosi kuih raya dan sesi sampling kuih-kuih raya dah bermula di pejabat. Alhamdulillah setakat ini belum ada keinginan nak beli kuih raya (kuih raya jenis bertepung). Belajar dari pengalaman tahun lepas, namanya. Tahun ni memang selektif sungguh-sungguh, tak nak dah beli ikut nafsu. Kikis terus sifat tengok orang lain beli, aku pun nak beli sama...no more, no more!

Lagipun tahun ni giliran beraya di rumah mertua, jadi persiapan kuih raya tak ade la beria-ria sangat. Setakat menambah satu dua jenis je. Tahun lepas dalam berjimat cermat pun, dekat dua tiga ratus ringgit juga la habis semata untuk persiapan kuih raya.

Kebetulan semalam, Bangah aku nak ke rumah mak sedara belah arwah mak, nak cari kalau ada jual kerepek dan kuih raya tradisional. Aku baru teringat, arwah mak selalu juga membeli kuih raya dri mak sedara aku ni setiap kali raya. Bangah kata tahun ni Busu Mariam ada buat kuih tiram/ lidah buaya, kuih ros dan kerepek pisang (pisang nangka dan pisang tanduk). Aku menyelit tempahan pada Bangah, suruh tolong belikan semua kerepek/kuih raya tu dua balang/pek setiap satu jenis.


P/s: Raya ni juga nak pastikan tiada kes macam tahun-tahun sebelum ni....kuih raya berbaki sampai 2-3 bulan lepas raya! Hoh.....to play safe, beli sebalang dua (atau pek) je untuk setiap jenis kerepek/kuih raya. Kalau habis, habis la...takde nak restok lagi. 

28 April 2015

Diet Diabetik : Take Control Of Your Diabetes


28 April 2015.

Buku peneman dalam kereta sekarang. Buku yang dibeli masa di BBW The Mines pada bulan Disember 2014 lepas. Baru seminggu ni betul-betul belek dan baca, setakat hari ni dah cover 30 mukasurat dari 272 mukasurat.

Tajuk buku ni "Reader's Digest : Take Control Of Your Diabetes - The Essential Take-Charge Guide For Better Health and Better Living".


So far aku rasa (personal view aku ler!), diet ala pesakit diabetes sangat bagus untuk PCOS macam aku. PCOS kan selalunya dikaitkan dengan insulin resistance. Diet diabetik banyak ajar pemakanan seimbang dan aktiviti senaman yang konsisten setiap hari.

25 November 2014

Majalah Al-Ustaz : Hidup Sihat Cara Nabi

25 November 2014.

Panas lagi ni.
Baru je beli majalah Al-Ustaz ni di kedai yang sama aku borong buah kurma, aprikot kering, kismis jumbo dan buah tin. Masa mula-mula cover Al-Ustaz ni ditunjukkan dalam FB Page Al-Ustaz, memang dah pasang niat nak cari sampai dapat. Alhamdulillah, jumpa juga hari ni.

Tunjuk sedikit salah satu artikel menarik dalam Al-Ustaz kali ini; berkaitan kesihatan dengan berjalan dan berlari. Kalau nak baca lebih lanjut, rajin-rajinkan diri mencari di kedai-kedai buku. Berbaloi beli....