15 January 2013

Mini Quiche Sosej Versi Derhaka Lagi !


Macam biasa, hari Jumaat adalah hari menyalin resepi dari blog-blog yang aku biasa lawati, untuk dicuba pada hujung minggu. Bila BW ke blog Sue, nampak Sue post resepi Mini Quiche Sosej, nampak sedap dan menarik. Apa lagi....zaasss! Salin bulat-bulat takut  resepi tak menjadi.


Hari Sabtu pun operasi berkuntau di dapur bermula. Oleh kerana aku ni serba serbi kelengkapan tak cukup, oven ada tapi rasa macam dah nak rosak (temperature tak terkawal, kena asyik jaga takut hangus), bekas muffin pun takde (statement jelas aku ni bukan jenis bakery person), inilah yang sebaik mungkin aku boleh buat. 

Aku gunakan bekas kertas muffin dan masak dalam pemanggang ajaib. Jadi tu jadi la juga tapi tolong jangan tengok bawah bekas kertas muffin tu, serius! Rentung dibuatnya.....hahahha! Encik suami makan dan kata sedap, mak aku makan kata takde rasa (uwaaaa.....ke mak aku ni kuat masin?), aku makan rasa? Berlemak mak oi....tak boleh amalkan selalu, sebab berkeju susu bagai.....jarum bacaan kalori naik tinggi ini macam! Huhuhu.....

Note: Ingatan untuk diri sendiri, kalau isi bahan campuran dalam bekas roti tu, lagi bagus letak separuh atau tiga per empat dari bekas roti tu, sebab bila masak, dia akan naik membuak!

6 comments:

  1. Wah, terelnya awak..guna pemangang ajaib je..
    mmg ajaib.. boleh gantikan oven :)

    then idea letak dlm bekas tu pun dah ok... mmg dah jadi dah tu.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue : Takde ajaib mana pun, a bit disaster jugak ni sebab base kertas muffin tu hangus sebab panas sangat dalam pemanggang tu. Huhu.....

      Delete
  2. eka baru tau benda2 gini namanya quiche.. selama ni dok makan tak penah amik tau pun... unik la nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka:

      Yani pun baru tahu dan belajar dari blog kawan-kawan ni. Nak harap tahu sendiri, mmg tak la kan. Banyak belajar benda baru setiap hari...boleh la tambah ilmu! Huhu~

      Delete
  3. ahaha kelaka la... siap ader versi derhaka lagi ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ad|nda :

      Yup, mmg wujud versi derhaka bila mana lain yang diajar, lain yang dibuat...huhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)