12 December 2012

Herbalife : Berat Kekal Turun Walaupun Diet Terbabas

Sumber Gambar : Google

Sejak Jumaat lepas sampai malam tadi, aku mengaku sendiri, diet aku agak terbabas.
Mana taknyer, encik suami bercuti dari hari Khamis sampai hari Isnin, dah tu kami balik kampung, pergi bercuti, balik semula ke Melaka, dihidang pula dengan bermacam-macam makanan manis dan berkalori tinggi. 

Walaupun ambik dalam bentuk small portion, kita sendiri faham dan boleh tahu sistem badan kita luar dan dalam. Mungkin sebab dah lama kawal makan, jadi bila once awhile terbabas diet, automatik rasa tak sedap badan. Tapi, alhamdulillah lah, aturan makan Herbalife seperti minum Aloe, Teamix dan bersarapan dengan Shake Herbalife aku tak tinggalkan sepanjang bercuti ni. Lepas makan, bilas balik dengan air Aloe dan Teamix. 

Khamis, sehari sebelum pergi temujanji dengan doktor OnG, aku ada timbang berat di rumah, dan masa tu timbangan aku adalah sebanyak 72.9 kg. Jadi, aku fikir lepas balik bercuti ni mungkin akan naik beberapa gram / kilogram sebab lebih makan di pameran SDSI, Seremban dan di rumah hujung minggu lepas. 

Pagi tadi, lepas solat Subuh, aku timbang semula berat badan, nak tengok berapa la agaknya berat terkini aku. Gembira sungguh hati bila bacaan timbang aku tunjuk 72.5kg. Macam tak percaya! Bukan naik, malah turun dari berat sebelum bercuti. Empat kali naik penimbang, empat kali bacaan yang sama keluar di skrin penimbang tu. Alhamdulillah...yeay!!

4 comments:

  1. excited la bace entry ni.. hihi.. sy baru je tambah stok teamix.. aloe pulak baru nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sizuka: aloe sgt2 bagus sbb bantu kita lawas buang air besar tanpa perut memulas, sgt smooth! Percayalah, saya pun terkejut, sbb ingatkan berat akan naik, tapi tetap turun wlpun x banyak minggu ni. Paling best,visceral fat saya dh turun...

      Delete
    2. Ni yg best nih.. lawas tanpa sakit perut.. aloe ni boleh mix sekali ngan teamix kan?

      Delete
    3. sizuka : boleh sangat, kadang-kadang kalau tak sempat nak sediakan pagi-pagi, dibolehkan ambik campuran aloe dan teamix dengan 400ml air.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)