31 July 2013

Amalan Lailatul Qadar Bagi Perempuan Sedang Haid

Sumber Gambar : Google

31 Julai 2013.

DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ


CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR

1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.


CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Lailatul_Qadar


Sumber Gambar : Google

Kenapa aku hightlight bahagian amalan dan doa malam Lailatul Qadar untuk perempuan sedang berhadas besar tu? Sebab aku masih dalam keadaan datang bulan ketika ini, sedangkan aku nak sangat-sangat merasai sendiri sambutan malam Lailatulqadar tu....

30 July 2013

Herbalife : Resepi Kekecewaan


30 Julai 2013.
Huhuhu....Hehehe.....*sambil sorok balik penimbang bawah katil*

Hujung weekday ni sesi menimbang berat badan untuk minggu ketiga berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ni hari kelima datang bulan. Harap-harap dapat penurunan berat badan yang sesuai! Amin!

Pelan pemakanan Herbalife semasa datang bulan di bulan Ramadhan:

Sarapan : 400 ml Aloe + 400 ml Teamix + Shake Herbalife + 2 liter air masak
Tengahari :  Shake Herbalife + 1 liter teamix + 1 liter air masak
Makan Malam / Waktu Berbuka : Nasi + Lauk ( 1 senduk nasi, lebihkan sayur) + 1 liter teamix + 1 liter air masak

Kesakitan Melahirkan Anak Tidak Minta Dibalas

Sumber Gambar : FB Semanis Kurma TV9

30 Julai 2013.

Perkongsian daripada FB Semanis Kurma TV9 semalam.

Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"

Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?

Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?

Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?

Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?

Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.




Salah satu kesakitan di dunia yang sanggup ditanggung oleh para wanita bergelar isteri demi bertukar status kepada 'ibu', 'ummi' dan 'emak'.... Tak ada bayaran ganti rugi kesakitan yang diharapkan, cukuplah sekadar dihargai pengorbanan dan hati perasaan dijaga sebaik mungkin agar tidak terguris serta berada dalam redha Allah.

29 July 2013

Jerslin Oil : Bestfriend Kala Datang Bulan


29 Julai 2013.

Setiap kali sengugut, kembung perut dan rasa sebu melanda, ini adalah benda yang wajib ada within reach. Awal-awal period, untuk lancarkan period flow, memang aku suka sapu di perut, ari-ari dan kawasan pinggang. Orang lain aku tak tahu la, tapi kalau badan aku, lepas sapu je minyak ni mesti terasa period turun smooth je, kurang rasa kembung dan sebu. Yang bestnya, bau minyak ni wangi je.

Entah macam mana boleh terlupa nak refil semula botol minyak Jerslin ni period kali ni. Dapatlah guna dua tiga picit, nak tak nak kena pergi beli kat kedai rehat tengahari ni.

Untuk rekod, CD3 semalam period agak behave, period flow agak banyak lancar walaupun aku hanya bergantung dengan penggunaan pantyliner sahaja. Aku lebih selesa guna pantyliner sebab setiap kali buang air kecil, memang aku siap-siap terus tukar pantyliner baru, baru rasa selesa sedikit. Kalau pakai pad, kena tunggu penuh 1 pad baru tukar. Renyah juga terpaksa bertukar pantyliner sampai 5-6 kali sepanjang hari, tapi aku lebih selesa macam tu.

28 July 2013

Puasa 2013 : Berpuasa Kembali Lepas Period 1 Hari

28 Julai 2013.

Kembali berpuasa hari ini.

Period di sebelah pagi Jumaat kelmarin, beberapa tompok je pada pantyliner. Yang pasti memang fresh blood. Lepas tu kering sampai la ke malam tadi. Terpaksa spare 24 jam untuk tengok kalau-kalau ada keluar darah haid lagi. Lepas maghrib semalam, sms kakak dan adik, double confirmkan dah boleh proceed mandi wajib ke belum. Dapat green light, terus mandi wajib lepas maghrib, sempatlah solat isyak dan qada solat yang tertinggal.

Macam mana nak cakap ye? Period sehari (setengah hari pun tak sampai kalau ikutkan aku). Lepas tu terus senyap. Tapi, breast pain muncul balik, ari-ari kedua-dua belah kerap berdenyut bisa dan perut kembung dan sebu.

Aku risau, aku google pasal masalah period sehari, banyak yang menjurus kepada implantation bleeding dan juga tanda pregnant. Tapi, hati aku takut nak fikir apa-apa. Sms dengan adik bongsu, dia suruh cuba cek semula UPT. Nanti-nantilah......


Updated (28 Julai 2013 : 10.50pagi)

Diberi peluang untuk solat Isyak, qada Maghrib malam tadi dan solat Subuh pagi tadi. Juga bersahur dengan hubby. Lepas solat Subuh, baringkan diri dengan hubby sekejap. Terjaga jam 8.00 pagi, ke tandas untuk buang air kecil. Calit di Miss V, berlumur dengan darah haid. Makanya, terbatallah puasa hari ini.

Terima kasih Miss P sebab beri sedikit harapan dan kegembiraan pada kami suami isteri walaupun seketika malam tadi. Keluar temankan hubby menonton filem mid nite The Wolverine sampai jam 3.30 pagi. Dalam kereta, hubby usap-usap perut, baby talk. Ya Allah, alangkah bahagianya bila hubby tak lepas-lepas letakkan tangan di perut, senyuman penuh makna dan genggaman tangan terasa sangat erat. Tinggi harapan hubby.

Tapi bila pagi tadi tunjuk kesan darah pada hubby, dia peluk dan cium dahi, tenangkan hati aku. "Jangan merungut dengan takdir Allah, kita usaha lagi" ayat yang keluar dari mulut hubby.

27 July 2013

Puasa 2013 : Duit Raya, Sampul Raya dan Berbuka Di Rumah Mertua


27 Julai 2013.

Semalam hubby off day, dapatlah pujuk dia ke bank untuk menukar duit raya baru sementara tunggu aku balik kerja dan balik berbuka ke rumah mertua di Seremban. Tahun ni murah rezeki betul dengan sampul raya, rakan Herbalife beri percuma, beli majalah dapat sampul percuma, tukar duit di bank pun dapat sampul raya berlogo Maybank.


Semalam dari pejabat, hubby datang ambil dan terus masuk highway balik ke Seremban. Jam 6.30 petang baru sampai Taman Bukit Chedang, tak sempat tolong masak cuma bantu menghidang makanan. Famili adik beradik ayah mertua dari Shah Alam datang berbuka, jadi ramailah semalam di rumah mertua.


Lauk kampung tapi memang sedaplah. Masak lemak udang dan petai, sambal ikan cili hidup, masak lemak daging salai, paru rebus, sambal belacan tempoyak, ayam masak kicap dan pucuk ubi celur air panas.  

Sepanjang bulan Ramadhan ni, sudah dua kali balik berbuka di rumah mertua di Seremban. Kesempatan balik ke Seremban hanya pada hari Jumaat, hari offday hubby. Alang-alang dah balik berbuka, ajak hubby tidur semalam sampai waktu bersahur. Lepas solat Subuh atau paling lewat pukul 8.00 pagi gerak balik ke Melaka semula sebab hubby memang bekerja setiap hari Sabtu.

26 July 2013

CD41 : Kitaran Baru, Alhamdulillah!

Sumber Gambar : Google

26 Julai 2013.

Hari ni, CD41. Juga merupakan CD1 aku bagi kitaran bulan ini. Terungkai juga persoalan aku dua minggu ini. Period yang datang menandakan aku belum diizinkan rezeki zuriat, tapi aku tetap panjatkan kesyukuran, sekurang-kurangnya period aku turun juga untuk usaha TTC seterusnya. Terima kasih, ya Allah!

Dua simptom yang aku perasan dua tiga hari ini. Pertama, miss V aku terasa seakan lembab basah macam nak kencing. Kedua, suhu badan naik sedikit macam dedau nak demam. Ketiga, breast pain yang aku alami selama dua minggu lebih, makin berkurangan dan hilang. Aku teringat pagi tadi, aku cakap dengan hubby, aku rasa macam bengkak tetek aku dah surut dan seakan tak sakit lagi. Hati aku dah terdetik, macam nak period je ni.

Beberapa bulan lepas pun simptom breast pain aku lebih kurang macam ini juga, dua minggu bengkak dan sengal, bila dah reda sakit dan bengkak, period pun datang. Cuma bila kitaran ni, baru aku faham karenah badan aku ni.

Dan satu lagi, teori aku yang kitaran normal aku ada di antara 38 - 41 hari, mungkin ada asasnya. Kalau badan aku dimasukkan ubat, kitaran jadi pendek dan lawa, 28hari. Tapi, kalau period secara semulajadi, kitaran aku jadi panjang tapi tempoh jarak tu konsisten; 38 - 41 hari. Jadi, mungkin waktu subur aku bukan dalam CD10 - 16, berkemungkinan CD20 ke atas. Logiknya, hanya CD20 ke atas yang aku perasan miss V ada tanda-tanda creamy dan EWCW.

Rasa sengal di bahagian ari-ari seminggu dua ini juga petanda period. Kebanyakkan denyutan dan sengal di bahagian kiri rahim, sekali sekala sahaja terasa di rahim kanan. Dua tiga hari ni kepala agak dizzy dan tekak rasa nak muntah di awal pagi.

Harapan hamil? Tipulah kalau aku kata aku tak berharap ada nyawa kecil dalam rahim aku sekarang ini. Walaupun hubby beberapa kali sebut kebelakangan ini, dia rasa aku macam dah mengandung, aku tak tahu sama ada nak mempercayai atau menidakkan. Takut nak letak harapan tinggi, takut kecewa. Cuma aku berdoa, sekalipun belum diizinkanNya rezeki zuriat, berilah peluang pada aku mendapat kembali kitaran haid aku yang normal. Aku nak lebih berusaha memperbaiki diri aku, sihatkan badan dulu.

25 July 2013

Herbalife : Berat Badan 16 Hari Di Bulan Ramadhan


25 Julai 2013.

Minggu ke-dua di bulan Ramadhan. Masih dengan regim sama, berbuka dengan aloe-teamix-shake. Selepas jam 10.00 malam atau solat sunat tarawih, aku jamah sesenduk kecil nasi, sayuran dan ikan/daging/ayam. Khamis lepas (Ramadhan ke-9), berat badan adalah 65.0kg. Khamis ini (Ramadhan ke-16), berat turun sebanyak 0.4kg kepada 64.6kg. Alhamdulillah walaupun sedikit penurunan. 

Aku rasa badan aku bloated minggu ini, kuat firasat aku mengatakan aku sedang diambang datang bulan. Hormon badan sedang meningkat dan badan aku sudah masuk fasa water retention. InshaAllah, kalau ditakdirkan aku datang bulan minggu ini, aku akan cuba kekalkan intake air sebanyak 6-8 liter air, walaupun ini bermakna aku terpaksa curi-curi minum air di pantri, dalam kereta atau bilik mesyuarat. Huhuhu....

Aku dah rancang pelan pemakanan aku sekiranya aku datang bulan di minggu bekerja. Sarapan pagi dan makan tengahari aku akan consume shake Herbalife, dan jamah nasi dan lauk sedikit semasa famili berbuka puasa di rumah. Aku tak nak jadikan alasan tak jumpa kedai makan orang Islam waktu tengahari dan hanya McD dan KFC jer yang ada drive-thru untuk spoilkan diet aku. Mungkin in between meals, aku boleh makan buah-buahan untuk alas perut. 

Tak sabar nak say 'Hie' pada angka 63 pada minggu hadapan, Insha Allah. Harap azam berdiet secara sihat sepanjang bulan Ramadhan ini mengizinkan aku untuk bertemu angka 62 sebelum Syawal menjelma. Bak kata hubby..."Gambatey sayang!" Hik hik hik..... 

Puasa 2013 : Khabar Kesyukuran 16 Ramadhan


25 Julai 2013.

Syukur, alhamdulillah.

Status FB adik aku pagi tadi selepas rawatan susulan mak di GH Melaka awal pagi tadi. Perkhabaran berita gembira buat kami adik beradik.

Kebetulan hari ni juga mak kena ke GH Melaka untuk proses mengambil sampel darah untuk ujian kesihatan buah pinggang mak di blok lama, blok D. 

Jika nak dibandingkan kegembiraan mendapat bantuan khas kewangan (BKK) RM500 untuk setiap penjawat awam dan berita mak, aku lebih bersyukur dengan berita kesihatan mak. Setiap hari, adik aku akan datang untuk bersihkan luka mak, tapi hasil rawatan susulan dengan doktor wad 3-1, luka mak masih perlu dijaga lebih rapi sebab masih ada daging yang belum betul-betul kering. 

Sebenarnya, sebelum dan selepas operation mak, aku tak pernah tengok tempat kanser mak, aku tak berani, aku takut. Yang pernah tengok pun, adik dan bibik aku sebab banyak terlibat dengan proses membersihkan luka. Cuma beberapa hari lepas, aku baru dapat peluang dan kesempatan membantu adik aku mencuci luka mak, baru aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri. Tak terkata, derita yang mak tanggung belum tentu aku dapat tanggung setabah mak.  

24 July 2013

CD39 : Kenapa Jadi Begini?

24 Julai 2013.

CD39.
Dari CD26 dah kena breast pain dan juga sakit pinggang, sehingga saat ini masih berbaki.
Tarikh-tarikh jangkaan semua dah lepas.

Dari malam tadi perut asyik kembung je, berangin.
Mood pun jadi tak baik, bergaduh emosi dengan hubby.
Lepas sahur, meleleh airmata dalam selimut. 
Aku rasa dia tak sayangkan aku. 
Mungkin perasaan aku sahaja, tapi kali ni emosi aku betul-betul sensitif.
Pagi ni, sampai je pejabat, kepala jadi pening, mabuk.
Aku bad mood.
Perut memulas, angin menekan-nekan. Dua kali buang air pagi ini sahaja.
Tekak aku kembang loya rasa nak muntah. Tapi ku tahan jebat.

Dua kali buat ujian UPT, sehari selepas CD28 dan kelmarin.
Hati berbolak balik nak telan ubat Duphaston.

Kenapalah mainkan perasaan aku macam ni?

23 July 2013

House Of Mini : Biasa-Biasa Je


23 Julai 2013.

Semalam hubby berkursus di Kuala lumpur sampai ke petang. Dah habis kursus, dia sms kata akan singgah ke tempat kerja lama di The Mines untuk berbuka sementara menunggu kesesakan highway PLUS ke Melaka reda. Aku pun tak ada la nak gesa dia balik sangat, kesian pula kalau dia terpaksa berbuka dalam kereta.


Alang-alang hubby singgah sana, aku teringat nak suruh dia belikan cupcake comel yang aku pernah tengok somewhere di blog ke, tv ke..ntah la dah lupa, yang penting ia ada dijual kat The Mines. Tempat lain aku tak pasti la. Hubby ingat aku nak pesan belikan roti Subway, tapi aku macam dah boring dengan Subway. 

Dekat-dekat waktu berbuka, hubby mms gambar display cupcake tu, memang teruja habis la tengok lawa-lawa design atas cupcake. Aku pesan beli yang saiz kecil je, nak buat rasa jangan tidak. 


Hubby sampai rumah dalam jam 9.40 malam, beberapa minit je lepas aku selesai solat tarawih di rumah. Masa hubby suakan beg plastik cupcake tu aku dah pandang semacam...kecilnyer?? Serius, cupcake tu tersangat kecik lebih kurang saiz duit 20/50sen baru tu. Aising atas cupcake je yang boleh harap besar gedabak. Ni punye saiz, aku susun 3 sederet dalam mulut, sekali ngap je selesaiiii.....

Pendek kata, nothing special la pasal cupcake ni. Setakat nak cuba sekali boleh la, tapi kalau nak jadi betul-betul tarikan, hurmm.....pada aku, tak kot. 

22 July 2013

Herbalife : Stok Ramadhan dan Syawal

22 Julai 2013.

Stok baru sampai ke tangan hari ini.

Bulan Ramadhan ni beberapa stok Herbalife kami suami isteri laju je habis. Antaranya, F1, F3, Aloe dan Teamix. Tak sampai dua (2) minggu sudah kena order semula pada kawan Herbalife. Apa tak nyer, berbuka dan sahur minum Aloe dan Teamix. Kalau bukan bulan puasa, Aloe tu minum sekali sahaja lepas bangun tidur. Jadinya, stok yang sepatutnya boleh bertahan sebulan, dua minggu lebih dah habis. 

Sekarang ni pun, aku tumpang berkongsi stok Aloe hubby. Stok F1 Tropical Fruit aku cukup-cukup tinggal 1 scoop je untuk berbuka petang semalam. Nak tak nak, aku tumpang F1 Dutch Choc hubby, tapi disebabkan tekak dah muak dengan perisa coklat, aku minum shake aku tu laju-laju, takut termuntah balik. Huhuhu....Stok F3 aku dah habis sepenuhnya kelmarin, pun berkongsi stok dengan hubby. Bila letak 1/3 sudu F3 dalam shake, shake rasa cair sedikit dan kurang kenyang, nasib baik diselamatkan dengan 2 sudu oat untuk menu bersahur.

Stok Omega aku pun dah dekat seminggu habis. Aku makan supplemen Omega tak sebanyak orang lain, sekali makan sampai 5-7 biji. Aku berjimat sebab tak kaya, huhuhu. Dos cadangan 7 biji omega aku pecah-pecahkan kepada empat (4) hari: Isnin -2 biji, Rabu - 2 biji, Jumaat - 2 biji dan Ahad -1 biji.

Dapat gaji dan KGT baru hari Khamis ni, dah siap sedia nak asingkan sebahagian duit untuk tambah stok Teamix, Aloe untuk hubby sebab stok dia makin sedikit sebab aku tumpang dua tiga hari ni. Rasa-rasanya untuk persediaan stok bulan Syawal pun kena order awal-awal sebab takut putus bekalan pula.

20 July 2013

Herbalife : Resepi Shake 11 Ramadhan dan Pengalaman Berpuasa dengan Herbalife

Shake Herbalife yang ditambahkan dengan cincau, minum sejuk-sejuk memang layan! Yummie....

20 Julai 2013.

Minum shake Herbalife sebagai menu berbuka dan bersahur pada aku sangat memudahkan hidup dan berkhasiat. Pengalaman berpuasa dengan dan tanpa Herbalife memang jauh berbeza. Dulu sebelum kenal Herbalife, berbuka dan bersahur makan nasi, memang kenyang dan makan sepuas-puasnya, disulami dengan air manis serta kuih-muih manis bergula. Bila sampai masa nak bertarawih, perut mengah penuh dengan segala macam makanan dan minuman. Aku akui, solat tarawih aku kurang berkualiti disebabkan perkara ini. By the time 9.00 malam, tengah-tengah solat tarawih tu boleh tersenggut-senggut mengantuk, bukan letih badan tapi sebab terlampau kekenyangan.

Bila bersahur pula, macam biasa akan panaskan lauk dan nasi, sumbatlah banyak-banyak dengan harapan boleh bertahan sepanjang hari berpuasa. Tapi being me, tak sampai pukul 10.00 pagi perut dah berbunyi lapar. Tengahari pula, port aku adalah di surau, apa lagi....tidur sebelum atau selepas solat Zuhur. Mengantuk sesangat sampai tahap kalau tak tidur sekejap, aku akan jadi bad mood nak teruskan kerja aku kat opis. Siap ada jemaah tidur pula tu. Huhuhu....Pukul 5.00 - 6.00 petang bila sampai rumah, badan terlepek je kat atas katil. 

Tapi sejak kenal Herbalife dan berpengalaman berpuasa serta bersahur dengannya selama 2 tahun, alhamdulillah tak ada lagi dah pengalaman tak best macam kat atas tu. Berbuka dengan aloe, teamix dan shake Herbalife sudah memadai. Tak tergugat langsung walaupun berbuka dengan famili yang mengadap lauk pauk, nasi, kuih muih dan air manis. 400ml aloe, 400ml teamix dan 500ml shake Herbalife (F1+F3+buah-buahan+kurma) dan alhamdulillah kenyang sampai pukul 10 malam lepas solat tarawih. Sementara menunggu pukul 10.00 malam, aku berusaha menghabiskan 2 liter air masak. Lepas pukul 10.00 malam, aku jamah sedikit nasi dan lauk, sebab rasa kenyang berbuka dengan shake masih berbaki. Lepas tu, sambung minum air teamix 2 liter sebelum tidur.

Waktu bersahur pula, lagi senang kerja aku. Shake Herbalife aku suami isteri dah siap blend sebelum tidur. Bangun tidur, kemaskan diri lepas tu terus minum 400ml air aloe, 400ml air teamix dan 500ml shake Herbalife yang aku bancuh dengan susu kambing dan oat. Sementara menunggu habis waktu sahur, aku akan cuba habiskan 1 liter air masak. Alhamdulillah, sepanjang hari bertenaga dan yang seronoknya dah hampir 11 hari dalam bulan Ramadhan, aku belum pernah tidur tengahari atau rasa keletihan melampau. Rasa lapar perut berbunyi masih ada tapi akan muncul dekat-dekat jam 6.00-7.00 malam je. Alhamdulillah tak terasa kering tekak pun sepanjang hari macam sebelum-sebelum ni.

Bonusnya, 9 hari berpuasa tahun ni, berat badan dah turun sebanyak 1.0kg. :) Masih dalam usaha mendapatkan penurunan berat badan yang maksima sepanjang bulan Ramadhan ini, inshaAllah!


Usaha TTC : Semangat Nak Berurut, OPK dan UPT Dah Sampai

20 Julai 2013.

Berurut
Tiba-tiba semangat nak berurut muncul out of nowhere. Sangat-sangat bersemangat. Beberapa hari lepas, berbual dengan hubby, aku cakap nak pergi berurut semula. Tak kisah la dengan siapa pun. Cadangan aku pada hubby, dia pun perlu berurut. Untuk kebaikan bersama. Nampak gayanya hubby tak menolak. Mungkin selepas minggu pertama raya aku sudah boleh calling-calling nenek yang pernah mengurut aku dulu. Harap-harap nenek tu masih sihat lagi tubuh badannya.


Strip OPK dan UPT
Bloggwalking ke blog Anis, kebetulan nampak Anis ada buat offer strip OPK dan UPT, terus tempah dan bayar online. Alhamdulillah, transaksi berjalan lancar. Harap-harap OPK dan UPT ni boleh digunakan kitaran kali ini.

Kalau ada kawan-kawan nak beli strip OPK dan UPT dengan harga berpatutan dan secara pukal, bolehlah berhubung dengan Anis ye? :)

Terjumpa artikel di bawah ini masa google pasal penggunaan OPK. Main concern pada isu PCOS, dan digalakkan penggunaan OPK seiring dengan BBT untuk kesan keputusan lebih tepat hari subur seseorang.

What are the Disadvantages of using Ovulation Predictor Kits?

Using an ovulation predictor kit month after month can get expensive, especially if your cycles are irregular and you need to use more than five test strips. 

Some people have trouble reading a positive OPK result. If you don’t get a very strong LH surge, you can drive yourself crazy wondering whether or not the test line is as dark as the control line or not. If this is your situation, a digital test may be better, but that means even more expense. 

OPKs may not work well for those with PCOS. Women with PCOS may have several LH surges or high levels LH throughout their cycles. Since the OPKs test for LH, they may get positive results all the time or on several days, which won’t help predict ovulation. 

Ovulation predictor kits help you detect the LH surge, which signals that your body attempted to ovulate, but they cannot confirm that ovulation happened. It is possible for LH to surge and an egg to never release. 

While ovulation predictor kits cannot confirm that ovulation actually took place, body basal temperature charting can. Ovulation predictor kits can be used alongside other methods of ovulation detecting, like BBT charting. This can give you more assurance and help you get to know your body better. 

You may want to use an ovulation predictor kit when you just start fertility charting for added confidence. Once you get the hang of charting your BBT and cervical mucus, you can drop the expensive OPKs. 

For women who find fertility charting stressful, though, ovulation predictor kits can be a great way to predict ovulation and time sex for pregnancy.

Sumber Rujukan : http://infertility.about.com/od/ovulation/a/All-About-Ovulation-Predictor-Kits.htm

18 July 2013

Herbalife : Berat Badan 9 Hari Di Bulan Ramadhan

18 Julai 2013.

Petang tadi berjemaah menimbang berat badan dengan budak-budak unit aku. Huhuhu...aku memang dah psiko kan budak-budak unit aku untuk timbang berat badan sepanjang bulan Ramadhan ni. Bila masing-masing nampak ada penurunan berat badan masing-masing, tu yang sorang sorang naik seronok menimbang tu.

Alhamdulillah, ada penurunan sebanyak 1.0kg sepanjang 9 hari berpuasa ni.

Puasa 2013 : Hari Ke-9 Dan Kemalangan

18 Julai 2013.

Rezeki aku pada hari kesembilan di bulan Ramadhan. Apa-apa pun aku bersyukur tak melibatkan nyawa aku dan nyawa orang yang keretanya aku sodok dari belakang tu. Sudah takdir ketentuan-Nya, punya bawa berhati-hati pun boleh kemalangan. Nasib baik masa tu tak bawa laju, kalau tidak lebih parah aku sodok belakang kereta MYVi tu.

Benda berlaku sekelip mata, syukur juga kereta aku tak jadi macam sandwich disodok dan menyodok kereta belakang dan depan. Kereta Viva belakang aku sempat paut stereng ke kiri jalan. Syukur, syukur dan syukur. Puncanya, kereta yang paling depan tetiba tersentak stop, jadi kereta kedua sodok. Kereta depan aku sempat stop, tapi aku pula yang tak sempat. Slow motion je accident tu, tapi masih mampu mendatangkan kerosakan. Amazingly, kereta aku tak rosak apa pun, calar tak de, kemek takde. Kuat betul Dak Abang aku ni!

Alhamdulillah, pemandu MYVi tu pun tak banyak kerenah, minta selesai di situ je. Estimation kerugian dia bawah RM100, aku terus hulur. Sampai pejabat, tanya kawan berapa anggaran kalau betulkan kerosakan, diorunk pun kata memang bawah RM100. Takpelah, baki tu kire rezeki dia la. Aku memang tak de tawar menawar, dah memang betul aku yang sodok dia dari belakang, rasa tak patut nak tawar menawar harga baiki kerosakan kereta dia tu.

Sampul Raya Herbalife Dari Keningau Sabah

18 Julai 2013.

Bermula daripada ayat menyapa "Nak satu!!", akhirnya sampul raya Herbalife dah berada dalam tangan. Seronoknya!

Bak kata kenalan alam maya, Lea, kami tak pernah bersua muka walaupun sudah hampir tujuh (7) tahun berkenalan dalam sebuah portal milik owner Oh!Media dulu. Tapi hubungan yang disambung melalui Facebook banyak membantu kami tahu perkembangan diri masing-masing. Tujuan Lea consume produk Herbalife tiada beza dengan aku; untuk mendapatkan kesihatan diri yang lebih baik selain daripada menurunkan berat badan kami.

Seronok dengar bila dapat tahu walaupun Lea baru menginjak usia 24 tahun beberapa hari lepas, Lea dah berjaya menjadi Qualified Supervisor Herbalife. Semoga Lea lebih sukses dalam bidang Herbalife ni ye?

Parcel yang Lea hantar petang kelmarin, sampai di rumah sebelah petang semalam waktu aku masih di tempat kerja.

Teruja sangat-sangat nak guna sampul raya Herbalife ni, mungkin boleh buka hati kawan-kawan, saudara mara yang ingin mengamalkan produk Herbalife ni semasa atau selepas Syawal nanti, mana tahu kan?

16 July 2013

Hadiah Giveaway Ieda Gedik Dah Sampai!



16 Julai 2013.

Ingat lagi tak entri ni?
http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/03/menang-giveaway-3rd-anniversary-iedayeay.html

Tadi sebelah petang, staf pejabat beritahu ada barang sampai untuk aku. Bila tengok nama pengirim, seronok dah hati.

Terima kasih banyak-banyak la ye pada Ieda Blog Gedik yang beri hadiah untuk giveaway ulangtahun ke-3nya. Hehe...menambah koleksi keychain yang sedia ada tergantung di tepi dinding pejabat aku yang dipenuhi dengan keychain kawan-kawan hadiahkan hampir 4 tahun lebih ini. Masa audit 5S, sanggup aku sangkut kain pasmina tutup keychain-keychain ni, sayang nak cabut dari gantungan tu.

15 July 2013

Usaha TTC : Kekal Atau Rawatan Kesuburan Swasta?

15 Julai 2013.

Kad rawatan di klinik OnG aku, bermula dari tarikh pertama kali jejak kaki ke sana.
5 bulan lepas kawin, aku terus pergi check kat doktor OnG.
Tahun 2011, 4 kali rawatan.
Tahun 2012, 3 kali rawatan.
Tahun 2013, sehingga bulan Ogos, baru 3 kali rawatan. 
Berkemungkinan bulan Ogos rawatan terakhir rawatan di klinik OnG bagi aku atau ada sekurang-kurangnya satu lagi tarikh rawatan yang aku akan dapat, itu semua bergantung kepada keputusan temujanji dengan doktor pakar OnG Ogos tu nanti.

Untuk tahun 2014, aku sedang berkira-kira untuk dapatkan rawatan di klinik swasta pula.
Di Ayer Keroh, ada satu dua klinik berkaitan kesuburan, aku sedang cari maklumat apa jenis rawatan dan kos yang akan terlibat. Tahun 2014 kena agresif skit usaha TT kami suami isteri. Doakan kami tak mudah putus semangat untuk mendapatkan zuriat kami sendiri, hendaknya.

Puasa 2013 : Tarawih Di Rumah

15 Julai 2013.

Berbuka semalam meriah dengan kehadiran adik beradik, ipar dan anak-anak buah. Lepas je solat maghrib, kakak kata nak buat solat tarawih berjemaah di rumah. Jadinya, malam tadi tak ke surau seperti biasa, cuma solat berjemaah di rumah sahaja.

Abang ipar menjadi imam, solat kami pun tak dipanjang-panjangkan bacaan surahnya sebab kesian mak duduk lama atas kerusi roda. Tepat jam 9.30 malam kami selesai solat berjemaah tarawih. Ambil peluang yang ada untuk habiskan baki 2 liter air masak dan 2 liter air teamix diperahkan dengan lemon.

Disebabkan pagi ni mak akan ke GH Melaka semula untuk buka jahitan operation, turn kakak aku yang bawa mak. Bibik dah siap-siap kemas barang mak, dan ikut kakak balik ke rumahnya di Sungai Putat. Tinggal aku mengemas periuk belanga di sinki sambil tunggu hubby balik dari kerja.

14 July 2013

iSihat Ogos 2013 : Edisi Selamat Hari Raya


14 Julai 2013.

Majalah iSihat edisi Selamat Hari Raya bulan Ogos 2013 dah ada di pasaran. Banyak tajuk-tajuk menarik dalam keluaran kali ini seperti:-
  • Mitos Mengenai Kolestrol
  • Impak Wanita Cantik Pada Kesihatan
  • Salah Faham Mengenai Santan
  • Makanan Baru 'Menentang' Lemak
  • Perut 'Stres' Di Bulan Raya
  • Tip Makan Yang Betul
  • Senaman Bakar Lemak Di Hari Raya

Bolehlah buat bacaan sebelum menjelang bulan Syawal, ye tak? Harap berdisplinlah rutin diet pada bulan Syawal nanti. Baru lima (5) hari berpuasa, ada rakan-rakan Herbalife yang dah turun 1kg - 1.5kg. Teruja dengar!

Malam ni dah masuk malam ke-enam bersolat tarawih, dah makin seronok pula dapat bergaul dengan jiran setaman.

Mak : Jadual Ambil Sampel Darah Dan Rawatan Susulan


13 Julai 2013.

Banyak slip dan kertas yang dibekalkan masa discharge mak kelmarin. Pening juga kepala bila disogok dengan banyak arahan dari nurse dan doktor MO wad mak dalam satu masa sekaligus.

Sementara ingat ni, aku tulis siap-siap untuk rujukan kami adik beradik. Lepas tu snap dan hantar melalui sms dan whatsapp pada tiga lagi adik beradik yang duduk di Melaka. Tanya siapa yang available ikut tarikh tu. Alhamdulillah, adik aku yang doktor tu volunteer untuk tugas ambil sampel darah dan serahkan ke makmal GH Melaka. Jadi baki tarikh bulan Julai, Ogos dan September untuk bawa mak ke wad 3-1 untuk buka jahitan, jumpa pakar Gynae dan ke klinik Nephro yang perlu diambil kira.

Sekejap je bincang, keputusan dah dapat dicapai. Kakak no.4 aku ambil tarikh bulan Julai, adik aku yang doktor tu ambil tarikh Ogos dan kakak no.3 ambil tarikh bulan September. Aku standby kalau-kalau masing-masing tak dapat commit giliran tu.

Satu lagi, doktor pesan bersihkan luka operation mak sekerap mungkin, sekurang-kurangnya selang sehari. Aku dah minta tolong adik aku yang doktor tu, sebab dia ada cukup peralatan. Kesian mak, asyik kena ambil sampel darah je, dah la badan kecil, selalu kurang darah, dah tu darah pula diambil bertabung-tabung. Tapi sampel darah tu memang diperlukan untuk pantau perkembangan buah pinggang mak dan keputusan selepas operation kanser mak.

13 July 2013

Puasa 2013 : Beg Jinjit Tarawih

 13 Julai 2013.

Malam tadi dah masuk malam ke-4 solat tarawih berjemaah di surau taman perumahan. Yang seronoknya, hubby bercuti dan dapat pergi solat sama-sama.

Pergi surau, macam-macam kelengkapan kena bawa, aku sumbat dalam beg jinjit je. Benda wajib ada dalam beg tu: 2 pasang stokin - 1 utk pakai dengan selipar dari rumah ke surau (stokin corak strawberi), 1 - pakai masa solat (stokin putih budak sekolah), kain telekung, botol air dan solusi kontak lens.

4 malam aku bertarawih, 4 malam juga aku tersenggut masa solat. Naik segan plak dengan makcik-makcik yang steady je solat tarawih kat situ. Huhu....balik dari solat, aku cerita pada hubby, geleng kepala dia dengan gelagat isteri dia ni....haha!

Sekejap je dah masuk hari keempat kita semua berpuasa kan?

Oh, sebelum terlupa, nak beritahu mak dah keluar dari GH Melaka lewat petang semalam. Pagi semalam masa aku tengah berkursus, mak telefon beritahu doktor dah beri green light untuk balik rumah. Tapi pang pung pang pun urusan diacharge, pukul 6.45 petang juga baru mak boleh keluar, lepas aku jumpa nurse dan doktor untuk appointment tarikh buka jahitan, tarikh ambil darah (setiap dua minggu sekali kena datang GH Melaka sampai bulan September) untuk pantau buah pinggang mak dan tarikh jumpa pakar Nefro.

Terima kasih pada kalian yang banyak mendoakan emak Yani...

12 July 2013

Petikan Ceramah Ustaz Kazim Elias : Kebinasaan Pada Laki-Laki Yang Berkahwin


12 Julai 2013.

Tengahari tak keluar ke mana-mana, mengisi masa senggang dengan mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias di YT. Tajuk kali ini sangat menarik; Kebinasaan Pada Laki-Laki Yang Berkahwin. Aku petik sedikit ayat dalam ceramah Ustaz Kazim, terkesan di hati apatah lagi ustaz sentuh isu zuriat/anak.

"Ada orang seronok dapat anak, tapi dia tak tahu tanggungjawab besar menanti dia, ada orang yang tahu senang beranak, ada orang yang mudah beranak, tapi dia tak tahu susahnya untuk memelihara anak." Orang lelaki kena faham tanggungjawap berat menjadi ayah. Soalan yang awal-awal Allah tanya pada lelaki/suami pada hari kiamat adalah : Isterinya dan Ahli Isi Rumahnya."

Sumber Video : Ustaz Kazim Elias - Kebinasaan Pada Laki-laki Yang Berkahwin

Herbalife : Kehabisan Stok Teamix dan TC Formula

12 Julai 2013.

Pheww...sampai juga stok TC Formula dan Teamix yang aku order dari minggu lepas. Sebetulnya stok TC Formula aku memang dah habis dari pertengahan minggu lepas. Teamix ada lagi berbaki sedikit, cukup-cukup sampai hari ni je. Dengar kata, stok Herbalife kali ni banyak yang delay sebab ada yang mengorder secara besar-besaran dan pukal, sebab tu yang order sikit-sikit dapat lambat.

11 July 2013

Herbalife : Insulated Bag dan Berbuka


11 Julai 2013.

Alhamdulillah, sudah lunas hari kedua berpuasa. Sekejap je kan? Esok dah melangkah hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan. Malam ni dah masuk tarawih yang ketiga. 

Berbuka dengan Herbalife ni, kena lengkap tiga-tiga regim; iaitu Aloe, Teamix dan Shake, barulah lengkap! Hari ni aku dah siap-siap blend shake Herbalife aku untuk diminum semasa berbuka. Lepas sahaja sahur sebelum Subuh, aku blend shake dan masukkan dalam peti sejuk. Sebelum gerak ke tempat kerja, dah masukkan pula ke dalam insulated bag. Apa insulated bag ni? Ni beg yang kedap suhu; contohnya, kalau kita letak air sejuk atau panas, air tu boleh tahan dengan suhu sejuk atau panas untuk beberapa masa yang lama tanpa berubah suhu.

Dah lama dah beli beg ni, masa awal-awal kawin. Beli di Giant, harga dah lupa, tapi tak mahal pun. Berbaloi beli. Sampai je di pejabat, aku alihkan shake ke bahagian atas fridge di pantri pejabat. Bila dah dekat waktu balik, aku masukkan semula shake yang sedia ada sejuk ke dalam insulated bag, lepas tu bergegas ke GH Melaka untuk melawat mak. Aku biarkan sahaja beg ni dalam kereta, shake masih kekal sejuk walaupun lama dalam kereta.

Hari ni sempat singgah bazaar ramadhan di kawasan Bukit Baru, alhamdulillah senang dapat tempat parkir dan lokasi bazaar mudah dijejaki. Mak pesan belikan mee kari dan buah mata kucing untuk mak dan bibik. Alang-alang dah terjumpa murtabak dan kuih muih, aku belikan juga. Lepas ni mudahlah aku nak membeli makanan berbuka dan sahur mak, satu perjalanan dengan kawasan bazaar ramadhan ni.

Oklah, selamat berbuka semua! Nak bersiap-siap untuk ke surau - solat tarawih berjemaah, jom!

CD26 : Breast Pain

11 Julai 2013.

Tak tahu lah nak kata suka ke sedih. CD26, hari ni baru simptom breast pain melanda. Badan jadi panas dedau nak demam, lenguh belikat belakang dan rasa breast berat dan bisa-bisa. Kalau ikut pengalaman dulu, CD 16 atau CD 17 dah mula rasa, lepas dua minggu turun haid. Ni kalau CD26 baru nak mula breast pain, tak kan la kot CD 28 terus turun haid? Mesti dia akan melanda dua minggu, ye tak? Dah tu berganjak la CD aku kali ini. Estimated tarikh baru haid adalah 24hb Julai 2013, lewat 10 hari dari jangkaan awal. Pasrah je la....

Haid Dan Puasa



10 Julai 2013.

Artikel berkaitan soal jawab isu haid dan hukum berpuasa di bulan Ramadhan. Ditulis dalam ruangan MegaAgama akhbar Utusan bertarikh 9 Julai 2013. Supaya tidak timbul lagi kekeliruan pada kita semua.

P/s : Ternanti-nanti bila bulan nak mengambang bulan ni?

Puasa 2013 : Berbuka Dengan Herbalife

10 Julai 2013.

Alhamdulillah, lunas sudah hari pertama berpuasa. Seawal jam 2.00 petang aku dah mula ke dapur, menyiapkan bubur nasi ayam kisar untuk dibawa ke Hospital Melaka untuk mak dan bibik. Bubur ni diminta khas oleh mak, dah mak menyebut, aku lagi suka bila mak selera makan masakan aku walaupun menu mudah. Menu tambahan, aku masak sambal ikan bilis kering dan rebuskan telur asin,  cepat-cepat bungkus dan bersiap nak ke Hospital Melaka. Sampai wad mak tepat jam 5.00 petang.

Kesian mak, beria-ria nak berpuasa, siap bersahur. Tapi mak lupa nak makan ubat darah tinggi lepas sahur. Bila nurse ambik bacaan tekanan darah, bacaan naik sampai 200 lebih, terkejut doktor dan nurse. Terus doktor suruh makan ubat, jadinya tak boleh berpuasa. Bibik pula masih dalam keadaan haid, dua dua tak berpuasa la maksudnya. 

Satu bilik dengan mak tu ada lagi 3 orang, semua tak boleh berpuasa sebab ada yang baru lepas bersalin, ada yang baru lepas operation macam mak, jadi jam 5.00 lebih petang ada nurse round hantar makanan. Masa tu la mak makan bubur nasi yang aku masak tu, bertambah bubur bila dapat makan sambal ikan bilis dan telur asin. 

Jam 6.00 petang mak suruh aku gerak balik,takut aku tak sempat berbuka di rumah, tapi aku awal-awal dah siapkan shake Herbalife aku dalam kereta, lengkap dengan aloe dan teamix. Sesampai di rumah dah jam 7.00 malam. Aku sediakan air aloe dan air teamix yang dicampurkan dengan biji selasih, saje je nak ubah selera...lepas tu jamah buah epal.


Solat maghrib lepas tu terus bersiap nak solat tarawih di surau taman perumahan. Malam ni balik lewat sedikit dari hari pertama tarawih sebab surau dah mulakan aktiviti tahlil. Tak de la lama mana, cuma tambah 20-25 minit je, maksudnya selesai jam 10.25 malam. Ade jemaah yang dah beransur balik sebaik je tahlil bermula, aku stay. Bukan selalu dapat sertai tahlil kan? Sampai je rumah, tengok kereta hubby dah masuk garaj. Ajak hubby ke kedai untuk beli roti mil penuh untuk bersahur esok.

Alas perut dengan baki bubur nasi, sambil temankan hubby tonton tv. Kemas dapur dan siapkan shake Herbalife aku untuk sahur.


10 July 2013

Puasa 2013 : Sahur dan Tarawih Pertama

10 Julai 2013.

Alhamdulillah, berpeluang bersolat sunat tarawih berjemaah di kariah taman perumahan malam tadi. Segalanya dipermudahkanNya, balik dari melawat mak di hospital Melaka, sampai rumah jam 7.50 malam terus solat Maghrib. Bersihkan badan dan terus bersiap jubah serta telekung.

Sampai di surau taman jam 8.30 malam, dapat salam dua tiga jiran terdekat dan berjaya mendapatkan tempat solat di barisan pertama jemaah wanita. Jelas dapat dengar suara imam dan bilal.

Imam berucap sedikit sebelum solat Isyak, rupanya dalam 100++ buah masjid dan surau di seluruh Melaka, hanya 8 buah sahaja yang menjadikan amalan solat sunat tarawih 20 rakaat. Yang lain, termasuk surau kariah taman perumahan aku hanya buat solat sunat tarawih 8 rakaat dan 3 witir. Almaklumlah, ikutkan kebanyakan warga surau terdiri daripada warga emas. Tak ramai orang muda.

Selesai solat tarawih jam 10.05 malam, aku terus balik. Tak sampai 5 minit, hubby pun sampai depan rumah. Rindu nak solat tarawih berjemaah dengan hubby di surau macam tahun lepas. Hubby punya kerja balik lewat malam dan hanya berkesempatan solat tarawih 4 kali sahaja (offday setiap jumaat).

Rehat sekejap, lepas tu sama-sama masuk dapur dengan hubby. Hubby tolong buatkan shake Herbalife untuk aku, aku pula buatkan sambal goreng ikan bilis dan kentang.


Kunci jam, bangun tepat jam 4.30 pagi. Mulakan dengan minum aloe, teamix dan shake. Aku jamah sekeping roti mil penuh dengan serunding daging + ayam. Makan 2 potong buah lai. Mengah juga nak menghabiskan 1 liter air masak. Hubby makan roti mil penuh, serunding, sambal ikan bilis dan buah lai.

Petang ni nak masak bubur nasi ayam untuk mak dan bibik. Mak cakap bubur nasi yang aku buat tempohari sedap, jadi mak suruh masakkan dan hantar ke hospital untuk menu sahur mak esok pagi.

09 July 2013

Berat Badan Sehari Sebelum Puasa

9 Julai 2013.

Pagi tadi menimbang berat badan berjemaah dengan rakan-rakan opis (sebenarnya aku yang paksa diorunk timbang sekali dengan aku, saje nak dera mental masing-masing, huhuhu!). Inilah berat badan aku pada pagi 9 Julai 2013 sehari sebelum puasa bagi tahun 2013. Bertambah 100gm dari Jumaat lepas, besar kemungkinan akibat makan malam di majlis sambut menantu sepupu encik suami di Shah Alam malam Sabtu lepas.


InshaAllah, sebulan dari sekarang, aku akan cuba timbang semula berat badan, mungkin beberapa hari sebelum bulan Syawal menjelma. Harap-harap ada berita gembira!

Ada sesiapa rakan-rakan TTC yang dah timbang berat badan hari ni? ;)

P/s: Siapa tahu....bila masa sesuai menimbang berat badan pada bulan puasa ni? Yani dah pernah cuba timbang sebelah pagi waktu berpuasa ganti tempohari. Mungkin sebab badan masih bloated dengan air yang diminum masa bersahur, bacaan naik sedikit. Bila timbang pada sebelah petang sekitar jam 5.00 petang, turun la pulak bacaannya.

Puasa dan Herbalife

Sumber Gambar : FB Kawan

9 Julai 2013.

Semalam diumumkan bahawa puasa bagi tahun 2013 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu/esok). Alhamdulillah! Sampai juga saat yang dinanti-nantikan.
Bagi yang mengamalkan pemakanan sihat Herbalife, mungkin ini masa yang terbaik untuk tingkatkan lagi displin regim harian Herbalife di bulan Ramadhan untuk dapatkan kesan yang lebih signifikan.

Bulan puasa agak terhad masa untuk minum air sebanyak 6 hingga 8 liter sehari, tapi inshaAllah sudah setahun dengan Herbalife, minimum 3 liter air untuk keperluan berbuka dan minimum 1 liter air untuk bersahur tiada masalah bagi aku.

Bagi makanan berat tapi bernutrisi sihat yang dicadangkan di ambil selepas tarawih, aku nak cuba displin makan roti mil penuh dan buah-buahan.

Sumber Gambar : Group FB Herbalife


Shake Herbalife yang dah siap diblend dengan Shake N' Take, disejukbeku dalam fridge, sedia untuk di minum untuk penganti makan malam. Rasanya tidak ada masalah untuk aku ikut aturan makan dan minum seperti yang disarankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Shake yang aku buat semalam aku campurkan dengan sebotol air vitagen (125ml / 79kcal) dengan 375ml air sejuk. Shake rasa sangat sedap dan menaikkan selera bila terbau air vitagen anggur.

08 July 2013

CD23 : Rahim Kiri Berdenyut

Sumber Gambar : Google

8 Julai 2013.

Entah apa la pula ragam cycle kali ni. Expected date untuk simptom breast pain dah seminggu berlalu. Bukanlah aku berharap sangat mengalami simptom tu, tapi sekurang-kurangnya kalau datang simptom tu aku dah boleh bersedia fizikal dan mental; sama ada datang bulan atau ada rezeki.

Cumanya, dua tiga hari ni rahim sebelah kiri rancak berdenyut. Tersentak-sentak aku dibuatnya. Bayangkan, aku tengah beratur di kaunter pembayaran, sampai je giliran aku nak bayar, dan-dan masa tu rahim kiri berdenyut bisa sampai aku merengkok kesakitan. Nak kata perut sebu, tak dapat beza dah dengan perut kembung minum air berliter-liter, paham-paham jer la regim Herbalife; pengambilan air harus banyak. Hehe...

Kalau jadi datang bulan, tarikh jangkaan adalah 14hb Julai 2013 bersamaan hari kelima berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi, tanda-tanda tak de pun, macam susah je nak agak bila datang bulan.