23 July 2013

House Of Mini : Biasa-Biasa Je


23 Julai 2013.

Semalam hubby berkursus di Kuala lumpur sampai ke petang. Dah habis kursus, dia sms kata akan singgah ke tempat kerja lama di The Mines untuk berbuka sementara menunggu kesesakan highway PLUS ke Melaka reda. Aku pun tak ada la nak gesa dia balik sangat, kesian pula kalau dia terpaksa berbuka dalam kereta.


Alang-alang hubby singgah sana, aku teringat nak suruh dia belikan cupcake comel yang aku pernah tengok somewhere di blog ke, tv ke..ntah la dah lupa, yang penting ia ada dijual kat The Mines. Tempat lain aku tak pasti la. Hubby ingat aku nak pesan belikan roti Subway, tapi aku macam dah boring dengan Subway. 

Dekat-dekat waktu berbuka, hubby mms gambar display cupcake tu, memang teruja habis la tengok lawa-lawa design atas cupcake. Aku pesan beli yang saiz kecil je, nak buat rasa jangan tidak. 


Hubby sampai rumah dalam jam 9.40 malam, beberapa minit je lepas aku selesai solat tarawih di rumah. Masa hubby suakan beg plastik cupcake tu aku dah pandang semacam...kecilnyer?? Serius, cupcake tu tersangat kecik lebih kurang saiz duit 20/50sen baru tu. Aising atas cupcake je yang boleh harap besar gedabak. Ni punye saiz, aku susun 3 sederet dalam mulut, sekali ngap je selesaiiii.....

Pendek kata, nothing special la pasal cupcake ni. Setakat nak cuba sekali boleh la, tapi kalau nak jadi betul-betul tarikan, hurmm.....pada aku, tak kot. 

14 comments:

  1. ala..comelnye...
    Cuma cantik jer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dia Umaira, cantik tu memang cantik tapi rasa biasa-biasa je.

      Delete
  2. hohoho...now i get why namanya house of mini... semua size mini eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua saiz mini tapi paling besar pun, tak besar mana....huhu, selain cupcake dia ada jual sekali donut, pun saiz comel2, atas donut tu ada banyak hiasa macam cupcake, konsep macam donut Big Apple tu...

      Delete
  3. Replies
    1. TQ Ema Rie...nanti Yani review testimonial Ema tu...

      Delete
  4. sy kalau g the mines suka beli puff durian... terbaekkk... mmg wajib beli... hehe

    ReplyDelete
  5. comelnya...suri pun teruja tgk nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki, Suri pergi lah jengah kedai ni, The Mines...duk KL ye?

      Delete
  6. hee..yani, dulu sue jual cupcakes..tapi xdela kecik camni..
    cupcakes ni maybe ssuai nak bagi gift ke hantaran ke.. kalau saje2 nak minum ptg, better beli secret recipe ke.. sbb cupcakes ni lbih kpada rupa n bukan rase..tapi mmg supercomel cupcakes ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu Sue, harapkan design dan colourful je, rasa cupcake normal je...

      Delete
  7. eh eh jap jap. ida terbaca kat mane ehh.. rasanya ade blogger name careno yg update pasal mini cupcake kt The Mines ni... ida baru nak pergi cuba.. heyy yaniiiiiiiiiiiiiiiii ade kat The Mines tak bgitahuuuuuuuuuu.. umah ida dekattt jeeeeee .. hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk, Eida ni mesti baca entry Yani ni tak habis ni~~~~~
      Yang singgah The Mines tu hubby Yani, bukan Yani laaaa....huhuhu!
      InshaAllah, kalau Yani singgah The Mines nanti, Yani roger awal2 geng Eida (Eida, Zana dan Zue)....mana tahu ada rezeki boleh high tea sama2, kan?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)