27 Julai 2013.
Semalam hubby off day, dapatlah pujuk dia ke bank untuk menukar duit raya baru sementara tunggu aku balik kerja dan balik berbuka ke rumah mertua di Seremban. Tahun ni murah rezeki betul dengan sampul raya, rakan Herbalife beri percuma, beli majalah dapat sampul percuma, tukar duit di bank pun dapat sampul raya berlogo Maybank.
Semalam dari pejabat, hubby datang ambil dan terus masuk highway balik ke Seremban. Jam 6.30 petang baru sampai Taman Bukit Chedang, tak sempat tolong masak cuma bantu menghidang makanan. Famili adik beradik ayah mertua dari Shah Alam datang berbuka, jadi ramailah semalam di rumah mertua.
Lauk kampung tapi memang sedaplah. Masak lemak udang dan petai, sambal ikan cili hidup, masak lemak daging salai, paru rebus, sambal belacan tempoyak, ayam masak kicap dan pucuk ubi celur air panas.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, sudah dua kali balik berbuka di rumah mertua di Seremban.
Kesempatan balik ke Seremban hanya pada hari Jumaat, hari offday hubby.
Alang-alang dah balik berbuka, ajak hubby tidur semalam sampai waktu
bersahur. Lepas solat Subuh atau paling lewat pukul 8.00 pagi gerak
balik ke Melaka semula sebab hubby memang bekerja setiap hari Sabtu.
Selera kan dear berbuka reramai cmnih. Maunya bertambah.
ReplyDeleteTime ni ler setan duduk belah kiri bisik suh tambah nasi, diri duduk belah kanan bisik kang naik berkilo2...hahaha, nasib baik dengar yg belah kanan...nasi tak bertambah, cuma meratah sayur pucuk ibu rebus lebih2 sambil colek sambal belacan....huhu!
Deletesalam... bleh mntk smpul herbalife 2 kping jer? ;-)
ReplyDeleteWasalam....inshaAllah, kalau nk mintak 'sampul'...boleh je.... :)
DeleteSampul gempak ada lebih tak? Kalau ada nak mintak.. :D
DeleteSampul gempak hanya ada itu sahaja...hubby yg beli...nnt Yani try tanya hubby kalau nak let go....inshaAllah~
Delete