24 Julai 2013.
CD39.
Dari CD26 dah kena breast pain dan juga sakit pinggang, sehingga saat ini masih berbaki.
Tarikh-tarikh jangkaan semua dah lepas.
Dari malam tadi perut asyik kembung je, berangin.
Mood pun jadi tak baik, bergaduh emosi dengan hubby.
Lepas sahur, meleleh airmata dalam selimut.
Aku rasa dia tak sayangkan aku.
Mungkin perasaan aku sahaja, tapi kali ni emosi aku betul-betul sensitif.
Pagi ni, sampai je pejabat, kepala jadi pening, mabuk.
Aku bad mood.
Perut memulas, angin menekan-nekan. Dua kali buang air pagi ini sahaja.
Tekak aku kembang loya rasa nak muntah. Tapi ku tahan jebat.
Dua kali buat ujian UPT, sehari selepas CD28 dan kelmarin.
Hati berbolak balik nak telan ubat Duphaston.
Kenapalah mainkan perasaan aku macam ni?
buatlah UPT..hehe..mane tau ada good news..
ReplyDeletebila buat UPT, secara tak langsung akan mempertaruhkan hati dan perasaan. bohonglah tak berharap. tapi bila ada perasaan tu, kena bersedia dengan dua kemungkinan; kecewa atau berita gembira. Hati tak cukup kuat untuk itu.
Deleteya babe.. buat upt.. jgn jd mcm i.. tak buat upt, tau2 miscarriage.
ReplyDeleteInshaAllah, mungkin Yani akan cuba sekali lagi dalam tempoh dua hari. Sebolehnya tak nak makan ubat Duphaston tu.
Deleteyani.. jgn makan ape2 ubat lagi la kot..tggu sehari dua.. mcm sue hri tu, seminggu sebelum period dh sakit cam nak period.. huhu.. tapi mana tahu ade rezeki yani kan.. :) sue dokan yg terbaik
ReplyDeleteMemang sekarang Yani tak usik apa-apa ubat masuk dalam badan, lepas cycle Clomid haritu. Setakat ni usaha dengan susu kambing dan kurma je. Sue dapat tanda2 seminggu sebelum, Yani ni perasan dah beberapa cycle ni, tanda2 nak period 2 minggu sebelum...esok genap dua minggu dah.
Deletejangan makan dusphaton tu lagi...buat UPT lagi kay. simptom2 tu antara dua je. Success atau cuba lagi. Atie aritu seminggu juga alamainya but atie memamg tak buat UPT test. I have my own reason. Yani tunggu la sikit masa lagi kay then buat test UPT sekali lg.
ReplyDeleteInshaAllah, Atie. Nanti Yani cuba usahakan. Tapi tak elok juga biar lama-lama tak period kan?
Delete