Sumber Gambar : Google
26 Julai 2013.
Hari ni, CD41. Juga merupakan CD1 aku bagi kitaran bulan ini. Terungkai juga persoalan aku dua minggu ini. Period yang datang menandakan aku belum diizinkan rezeki zuriat, tapi aku tetap panjatkan kesyukuran, sekurang-kurangnya period aku turun juga untuk usaha TTC seterusnya. Terima kasih, ya Allah!
Dua simptom yang aku perasan dua tiga hari ini. Pertama, miss V aku terasa seakan lembab basah macam nak kencing. Kedua, suhu badan naik sedikit macam dedau nak demam. Ketiga, breast pain yang aku alami selama dua minggu lebih, makin berkurangan dan hilang. Aku teringat pagi tadi, aku cakap dengan hubby, aku rasa macam bengkak tetek aku dah surut dan seakan tak sakit lagi. Hati aku dah terdetik, macam nak period je ni.
Beberapa bulan lepas pun simptom breast pain aku lebih kurang macam ini juga, dua minggu bengkak dan sengal, bila dah reda sakit dan bengkak, period pun datang. Cuma bila kitaran ni, baru aku faham karenah badan aku ni.
Dan satu lagi, teori aku yang kitaran normal aku ada di antara 38 - 41 hari, mungkin ada asasnya. Kalau badan aku dimasukkan ubat, kitaran jadi pendek dan lawa, 28hari. Tapi, kalau period secara semulajadi, kitaran aku jadi panjang tapi tempoh jarak tu konsisten; 38 - 41 hari. Jadi, mungkin waktu subur aku bukan dalam CD10 - 16, berkemungkinan CD20 ke atas. Logiknya, hanya CD20 ke atas yang aku perasan miss V ada tanda-tanda creamy dan EWCW.
Rasa sengal di bahagian ari-ari seminggu dua ini juga petanda period. Kebanyakkan denyutan dan sengal di bahagian kiri rahim, sekali sekala sahaja terasa di rahim kanan. Dua tiga hari ni kepala agak dizzy dan tekak rasa nak muntah di awal pagi.
Harapan hamil? Tipulah kalau aku kata aku tak berharap ada nyawa kecil dalam rahim aku sekarang ini. Walaupun hubby beberapa kali sebut kebelakangan ini, dia rasa aku macam dah mengandung, aku tak tahu sama ada nak mempercayai atau menidakkan. Takut nak letak harapan tinggi, takut kecewa. Cuma aku berdoa, sekalipun belum diizinkanNya rezeki zuriat, berilah peluang pada aku mendapat kembali kitaran haid aku yang normal. Aku nak lebih berusaha memperbaiki diri aku, sihatkan badan dulu.
Harapan hamil? Tipulah kalau aku kata aku tak berharap ada nyawa kecil dalam rahim aku sekarang ini. Walaupun hubby beberapa kali sebut kebelakangan ini, dia rasa aku macam dah mengandung, aku tak tahu sama ada nak mempercayai atau menidakkan. Takut nak letak harapan tinggi, takut kecewa. Cuma aku berdoa, sekalipun belum diizinkanNya rezeki zuriat, berilah peluang pada aku mendapat kembali kitaran haid aku yang normal. Aku nak lebih berusaha memperbaiki diri aku, sihatkan badan dulu.
simtom awk sama mcm saya
ReplyDeletekadang2 pikir jugak mengandungkah aku
Semoga kita sama2 diberikan rezeki zurian oleh Allah..
amin
Anim, Yani ni baru setahun dua nak merasa simptom2 period macam perempuan normal lain, sebab dulu period tak teratur, tak ingat sama ada pernah alami simptom2 ni ke tak. Mana tak nya, pernah setahun enam bulan sekali baru period! InshaAllah, ada rezeki kita semua nanti......amin!!
DeleteSaya pnh kena simptom tu.. loya + pening + breast pain + cramp + letih manjanggg.. suspen ingat pregnant, tup2 2 minggu lps tu period lak.. takpelah, at least awk period tiap2 bln kan..usaha lg lps ni ek...
ReplyDeleteHaah la, lupa nak mention, dua tiga hari ni badan rasa lemau semacam, selalu tengahari steady je tak tidur pun (masa bulan puasa ni la), lepas tu, by tengahari perut dah berbunyi macam lapar sedangkan kalau shake waktu sahur, steady je sampai dekat2 waktu berbuka. Betul la, baru perasan tanda-tanda tu bila fikir balik.....sebab tu terdetik juga, macam sign mengandung pun ada juga, tapi macam 50-50 je nak percaya. Nina, kalau CD40 pun boleh kira tiap2 bulan datang bulan ke? langkau lebih 30 hari tu....huhu! InshaAllah, usaha tetap usaha! Nina pun tau!
Deletelama yer..akak tak pernah lewat..mmg tepat2 28hari. lps laps tu ari je terlajak. tu pun 5 hari je. pastu genap 28hari. baik kan period akak. haahahah :D
ReplyDelete*geram sebenarnya..asik tepat je...
Rezeki masing2 KekDa...Yani baru perasan kitaran Yani sepanjang ni....aik,tepat pun geram? huhuhu...
DeleteHai yani...cycle kita kali sama la. 40 hari... simptom2 pun sume sama. Hehe
ReplyDeleteHie Atie, ye ke cycle kita sama? Huhu....alhamdulillah! Bulan lepas cycle Yani sama lebih kurang cylce Sizuka, bulan ni cycle sama dengan Atie pula....huhu!
Deletesaya pon aritu rs mcm awk.kecewa juga bile th lom pregnant.kita ni mgalami false symptom pregnancy.mcm saya cycle terlalu pendek n kitaran pon sll irregular.agak susah nak tahu waktu subur.semoga Allah permudahkn kita same2 untuk pregnant.in shaa Allah :)
ReplyDeleteAwak, inshaAllah....belum dpt rezeki zuriat maknanya Allah masih nak dengar kita berdoa padaNya....
Deletesy nk tnya kwn2 ttc kt cni....mkanan ape ye yg boleh mematangkan telur kite? sbb telur sy kcik2 n x mbesar stiap bln...ada suggestion x mknan ape yg bleh mbantu?
ReplyDeleteTry amalkan susu kambibg setiap hari di samping makanan sunnah yg lain seperti kurma, habbatussauda, madu n delima.. prune juga elok utk diamalkan..
DeleteSebelum ni cycle sy pjg jugak mcm yani.. anggaran 35-40 hari.. waktu subur pulak lebih kurang pd cd18-cd20.. Tp tahun ni period wat hal.. cd49, cd47 n cd39 (kalau x silap).. Tapi skrg, Alhamdulillah dah 2 cycle berturut2 cycle jd makin pendek..
ReplyDeleteSizuka, yang 2 cycle berturut tu jadi pendek, sizuka amalkan makan makanan @ supplemen apa tu? on medicine apa ye masa tu? Yani masa makan clomid je period behave, lepas habis 2 cycle clomid, period jadi haywire balik, jadi cycle panjang2...
DeleteYani, InsyaAllah akan dikongsikan nnt..
DeleteOk, can't wait for that entry kat blog Sizuka...thanks!
Delete