18 Julai 2013.
Rezeki aku pada hari kesembilan di bulan Ramadhan. Apa-apa pun aku bersyukur tak melibatkan nyawa aku dan nyawa orang yang keretanya aku sodok dari belakang tu. Sudah takdir ketentuan-Nya, punya bawa berhati-hati pun boleh kemalangan. Nasib baik masa tu tak bawa laju, kalau tidak lebih parah aku sodok belakang kereta MYVi tu.
Benda berlaku sekelip mata, syukur juga kereta aku tak jadi macam sandwich disodok dan menyodok kereta belakang dan depan. Kereta Viva belakang aku sempat paut stereng ke kiri jalan. Syukur, syukur dan syukur. Puncanya, kereta yang paling depan tetiba tersentak stop, jadi kereta kedua sodok. Kereta depan aku sempat stop, tapi aku pula yang tak sempat. Slow motion je accident tu, tapi masih mampu mendatangkan kerosakan. Amazingly, kereta aku tak rosak apa pun, calar tak de, kemek takde. Kuat betul Dak Abang aku ni!
Alhamdulillah, pemandu MYVi tu pun tak banyak kerenah, minta selesai di situ je. Estimation kerugian dia bawah RM100, aku terus hulur. Sampai pejabat, tanya kawan berapa anggaran kalau betulkan kerosakan, diorunk pun kata memang bawah RM100. Takpelah, baki tu kire rezeki dia la. Aku memang tak de tawar menawar, dah memang betul aku yang sodok dia dari belakang, rasa tak patut nak tawar menawar harga baiki kerosakan kereta dia tu.
salam ramadhan # 9..pagi td mmg hujan lbt
ReplyDeletesyukur xde pape kan..inilah dugaan di bln ramadhan
tu la Mama3heroo, jalan licin so bila brek, makan masa nak berhenti. Syukur alhamdulillah la dugaan Allah kali ni, tanda Dia suruh kita lebih beringat.
Deleteyani, nasib baik tak de ape2...
ReplyDeleteItulah pasal Nina. Nasib baik tak cedera atau mencederakan orang lain. Tapi serius, mengigil badan masa diskus dengan orang tu, terkejut rasanya.
Deletedugaan kan.. sy tahun lepas, benti kete kat lampu isyarat, moto langgar bumoer.. ekzos kete jatuh.. g betulkan kene rm60..tu belum ganti bumper lg.. huhu.. tp budak tu sy lepaskan gtu jer.. kesian budak U..
ReplyDeleteBenda nak jadi, Sizuka. Redha jer la, mungkin Allah tarik sedikit rezeki kita untuk diganti dengan rezeki lain, insyaAllah, mana tahu kan?
DeleteAlhamdulillah, nothing serious. Nilai-KL pun hujan gak pagi ni. Mujur juga pemandu tu x cerewet. Setengah org tu, x sedar yg namanya pun kemalangan...bukan suka suka nak langgar. And marahnya macam la kereta tu x boleh dibaiki atau x di insurankan... bulan Ramadhan, ujian tu :-)
ReplyDeleteBetul tu, alhamdulillah....pemandu perempuan tu jenis tak nak panjang2kan cerita. Yani nak bagi no HP untuk followup pun dia tak nak. Benda berlaku sekelip mata, rasa macam tak percaya pun iye.
Deletebln puasa ni mmg memacam. nak nak kalo balik kerja. seme pun cam ter gesa gesa..
ReplyDeleteyerp, kalau belah petang, tahap iman masing2 macam senipis kulit bawang. mana yang kejarkan bazar ramadhan, mana yang nak kejar balik rumah nak masak untuk famili....
Delete