25 Julai 2013.
Syukur, alhamdulillah.
Status FB adik aku pagi tadi selepas rawatan susulan mak di GH Melaka awal pagi tadi. Perkhabaran berita gembira buat kami adik beradik.
Kebetulan hari ni juga mak kena ke GH Melaka untuk proses mengambil sampel darah untuk ujian kesihatan buah pinggang mak di blok lama, blok D.
Jika nak dibandingkan kegembiraan mendapat bantuan khas kewangan (BKK) RM500 untuk setiap penjawat awam dan berita mak, aku lebih bersyukur dengan berita kesihatan mak. Setiap hari, adik aku akan datang untuk bersihkan luka mak, tapi hasil rawatan susulan dengan doktor wad 3-1, luka mak masih perlu dijaga lebih rapi sebab masih ada daging yang belum betul-betul kering.
Sebenarnya, sebelum dan selepas operation mak, aku tak pernah tengok tempat kanser mak, aku tak berani, aku takut. Yang pernah tengok pun, adik dan bibik aku sebab banyak terlibat dengan proses membersihkan luka. Cuma beberapa hari lepas, aku baru dapat peluang dan kesempatan membantu adik aku mencuci luka mak, baru aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri. Tak terkata, derita yang mak tanggung belum tentu aku dapat tanggung setabah mak.
alhamdulillah, semoga kesihatan sentiasa mengiringi mak awak. :)
ReplyDeleteInshaAllah azura....setiap malam Yani titipkan doa agar mak diberikan rezeki dapat menghirup udara Ramadhan...
DeleteAlhamdulillah ida.. Mak kiera plak baru je brain op last 2 wks kat HKL because ada tumor kat brain dia.. Doc amik sampel tumor dr brain dia utk lab test to confirm whether it is a cancer cell/not.. dah 2 wks xdpt result lagi.. takut plak.. tapi tulah, time skrg anak2 amat diperlukan oleh parents.. kita kena sentiasa berada di sisi dorang and kuatkan semangat mereka.. kiera doakan mak ida sembuh, inshaAllah..
ReplyDeleteYa Allah, macam-macam dugaan kita sekarang kan Kiera? Ida pun doakan mak Kiera selamat dan cepat sembuh, hopefully bukan kanser.....yup, betul tu, sekarang adalah masa kita untuk tumpukan lebih perhatian pada parent kita.
DeleteAlhamdulillah..dah sihat la tu mak..
ReplyDeleteCuba tnya doktor, boleh consume tak pati delima gulsan tu.. yg masam2 ni elok utk luka dalaman. doktor la kata tu ari kat akak..
KekDa, lepas operation haritu, adik bongsu Yani yang doktor tu pun ade beri mak minum pati delima gulsan tu, more to untuk stabilkan paras gula dalam darah (mak pun diabetik juga). Mungkin adik bongsu beri pati tu untuk tujuan elokkan luka operation rasanya....tg for the info!
DeleteSmg cepat sembuh mak yani... banyak pahala yani n adik beradik jaga mak yg sakit. Smg berkat penjagaan tu, Allah murahkan rezeki yani utk dapat baby pulak...Amin...
ReplyDeleteAmin, InshaAllah dan Alhamdulillah....bila fikir2 balik, banyak dugaan datang bertimpa dalam tempoh masa hampir serentak, buat kami adik beradik lebih rapat dan banyak berdoa dan bertawakal pada Allah untuk kesihatan mak.
Delete