11 July 2013

Puasa 2013 : Berbuka Dengan Herbalife

10 Julai 2013.

Alhamdulillah, lunas sudah hari pertama berpuasa. Seawal jam 2.00 petang aku dah mula ke dapur, menyiapkan bubur nasi ayam kisar untuk dibawa ke Hospital Melaka untuk mak dan bibik. Bubur ni diminta khas oleh mak, dah mak menyebut, aku lagi suka bila mak selera makan masakan aku walaupun menu mudah. Menu tambahan, aku masak sambal ikan bilis kering dan rebuskan telur asin,  cepat-cepat bungkus dan bersiap nak ke Hospital Melaka. Sampai wad mak tepat jam 5.00 petang.

Kesian mak, beria-ria nak berpuasa, siap bersahur. Tapi mak lupa nak makan ubat darah tinggi lepas sahur. Bila nurse ambik bacaan tekanan darah, bacaan naik sampai 200 lebih, terkejut doktor dan nurse. Terus doktor suruh makan ubat, jadinya tak boleh berpuasa. Bibik pula masih dalam keadaan haid, dua dua tak berpuasa la maksudnya. 

Satu bilik dengan mak tu ada lagi 3 orang, semua tak boleh berpuasa sebab ada yang baru lepas bersalin, ada yang baru lepas operation macam mak, jadi jam 5.00 lebih petang ada nurse round hantar makanan. Masa tu la mak makan bubur nasi yang aku masak tu, bertambah bubur bila dapat makan sambal ikan bilis dan telur asin. 

Jam 6.00 petang mak suruh aku gerak balik,takut aku tak sempat berbuka di rumah, tapi aku awal-awal dah siapkan shake Herbalife aku dalam kereta, lengkap dengan aloe dan teamix. Sesampai di rumah dah jam 7.00 malam. Aku sediakan air aloe dan air teamix yang dicampurkan dengan biji selasih, saje je nak ubah selera...lepas tu jamah buah epal.


Solat maghrib lepas tu terus bersiap nak solat tarawih di surau taman perumahan. Malam ni balik lewat sedikit dari hari pertama tarawih sebab surau dah mulakan aktiviti tahlil. Tak de la lama mana, cuma tambah 20-25 minit je, maksudnya selesai jam 10.25 malam. Ade jemaah yang dah beransur balik sebaik je tahlil bermula, aku stay. Bukan selalu dapat sertai tahlil kan? Sampai je rumah, tengok kereta hubby dah masuk garaj. Ajak hubby ke kedai untuk beli roti mil penuh untuk bersahur esok.

Alas perut dengan baki bubur nasi, sambil temankan hubby tonton tv. Kemas dapur dan siapkan shake Herbalife aku untuk sahur.


4 comments:

  1. yani, nak tanye la.. yani start mengamalkan diet herbalife ni tahun lepas kan? dan shake tu mmg yani buat dgn pelbagai resepi yer? Sbb mase sy amik herbalife hujung tahun lepas, coach sy ckp,shake x perlu campur apa2.. kalau x campur lg cepat turun berat.. tp masa tu sy campur jugak.. campur dgn susu segelas atau nestum... sbb x lalu nk minum kalau x campur apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka, tu bergantung pd nasihat coach masing2. Mcm coach Yani dan yang ada dalam group Herbalife, memang buat shake tambah macam2 bahan untuk ubah selera. Rasanya kalau x tambah apa2 dan pure shake Herbalife mmg boleh cepat turun, turun selera la...hihihi. pd yani, kalau dh tambah macam2 dlm shake tu, makanan waktu senggang dan mkn tengahari kena kurangkan/kawal la...tak susah pun pemakanan Herbalife ni.

      Delete
  2. betul tu, kalau x campur apa2 sudah semestinya turun selera.. tu yg berat cepat turun.. haha.. bila dah campur pelbagai bahan, kena kawal dari segi carb n gula.. chaiyok yani.. yani mmg kuat semangat n rajin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik buat masa ni tak ada org kat rumah, jadi waktu berbuka tu berdisplin skit ambil semua produk Herbalife; aloe, teamix dan shake serta supplemen pil Herbalife yang lain. Tak tahulah kuat mana semangat kalau mak dan bibik dah balik rumah nanti dan masak sedap-sedap, haish....jangan kantoi sudah!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)