15 Julai 2013.
Kad rawatan di klinik OnG aku, bermula dari tarikh pertama kali jejak kaki ke sana.
5 bulan lepas kawin, aku terus pergi check kat doktor OnG.
Tahun 2011, 4 kali rawatan.
Tahun 2012, 3 kali rawatan.
Tahun 2013, sehingga bulan Ogos, baru 3 kali rawatan.
Berkemungkinan bulan Ogos rawatan terakhir rawatan di klinik OnG bagi aku atau ada sekurang-kurangnya satu lagi tarikh rawatan yang aku akan dapat, itu semua bergantung kepada keputusan temujanji dengan doktor pakar OnG Ogos tu nanti.
Untuk tahun 2014, aku sedang berkira-kira untuk dapatkan rawatan di klinik swasta pula.
Di Ayer Keroh, ada satu dua klinik berkaitan kesuburan, aku sedang cari maklumat apa jenis rawatan dan kos yang akan terlibat. Tahun 2014 kena agresif skit usaha TT kami suami isteri. Doakan kami tak mudah putus semangat untuk mendapatkan zuriat kami sendiri, hendaknya.
InsyaAllah yani.. semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteInshaAllah Sizuka...tahun depan dah tak boleh buat sambil lewa, usaha dari segi turunkan berat badan alhamdulillah, pemakanan berkhasiat alhamdulillah...rawatan kesuburan pula selepas ini.
DeleteInsyaAllah, ada rezki adalah tu...yang penting jangan putus asa untuk berdoa dan berusaha...
ReplyDeletemoga dipermudahkan Nya.. selamat berpuasa...
Amin...inshaAllah Bunda, harapnye begitulah hendaknya. Yani masih yakin rezeki Allah yang satu itu masih ada untuk kami berdua, cuma Allah sudah ada perancangan lebih baik untuk kami, mungkin..
Deleteinsyaallah, moga segalanya dipermudahkan...
ReplyDeleteInshaAllah...amin! Terima kasih ye...
Deletejgn patah smngat ...xkirala dimana pon kite buat treatment ok... :)
ReplyDeleteInshaAllah Mag, buat masa sekarang masih belum patah semangat...ingat lepas raya ni nak pergi check semula ujian sperma hubby dan nak bincang dengan doktor OnG apa rawatan selepas 2 cycle clomid ni.
Deletesalam kenal.. kalo dgn gomen mmg banyak prosedur & doctor ambil case sentiasa org lain. kalo dgn swasta mmg puas hati cuma kena bayar lebih la.. yg penting teruskan berusaha
ReplyDeleteAnida, itulah dia...senario klinik OnG kerajaan, nak salahkan pun tak boleh sebab bermula dari klinik kerajaan la Yani dapat tahu Yani ni PCOS dan dirujuk ke klinik OnG GH Melaka, banyak jasa klinik kerajaan ni, dengan tiada bayaran langsung. Tapi rasanya dah sampai masa Yani dan hubby usaha lebih untuk tujuan kehamilan. Duit sudah pastilah akan keluar lebih banyak tapi kita nampak mana arah tujuan duit kita tu mengalir, kan?
Deleteheee... bila tgk kad ni, teringt appointment sue dgn HKL, skang sue stop dgn HKL, sbb x decide lagi nak wat IVF atau tdak..huhuh
ReplyDeleteSue, kalau tgk baris tarikh lawatan tu, masih boleh tulis 8-9 tarikh rawatan lagi...kalau tgk pula purata rawatan setahun (3-4 kali rawatan susulan dgn klinik OnG), kad ni boleh bertahan sampai tahun 2015...huhuhu!Entah la, sempat ke atau tak nak tunggu kad rawatan ni penuh, Yani tengah consider buat rawatan kat swasta pula ni.
Deletesalam...sama2 kita berdoa...saya jugak tngh melalui proses yg sama..cuma saya baru ja bermula awal tahun ni dgn hosptl gomen..skrg usia perkhwinan hampir genap 2 tahun...saya pun disahkan PCOS...n baru ja mula dgn herbalife strt bln puasa ni dan dlm tmpoh 11 hari ni ada la nmpk penurunan 2kg..harap2 berterusan..sbb sy mmg obes n doctr suh sy turunkn berat dlu untk get pregnt..n rezeki saya terjumpa blog yani...tq ye..bnyk manfaat saya dpt dr sini...
ReplyDeleteSiti Zulaika, salam perkenalan dari Yani. Alhamdulillah kalau blog Yani ni dapat membantu awak serba sedikit. Yani pun masih belajar memperbaiki kesihatan diri untuk persediaan mengandung, jadi apa-apa rawatan, ubat-ubatan dan tip kesihatan yg yani dapat kongsikan, insyaAllah Yani usahakan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKalau ikut nasihat coach dan rakan Herbalife Yani, ada dua cara berpuasa dengan Herbalife.
DeleteCara 1:
1) Sahur : 400ml Aloe + 400ml Teamix + 400/500ml Shake (F1+F3+kurma+buah)
2) Berbuka : 400ml Aloe + 400ml Teamix + 400/500ml Shake (F1+F3+kurma+buah)
3) Makan Malam (Lepas Tarawih): Normal Meal
Nota: Selepas berbuka, cuba habiskan 2 liter air masak + 2 liter teamix.
Cara 2:
1) Sahur : 400ml Aloe + 400ml Teamix + 400/500ml Shake (F1+F3+kurma+buah)
2) Berbuka : 400ml Aloe + 400ml Teamix + Normal Meal
3) Makan Malam (Lepas Tarawih) : 400/500ml Shake (F1+F3+kurma+buah)
Nota: Selepas berbuka, cuba habiskan 2 liter air masak + 2 liter teamix.
Cara 1 tu boleh amalkan kalau kita pandai jaga nafsu makan dan kuat semangat. Cara 2 tu biasanya kalau kita berbuka di luar atau dengan famili.
Setakat ni, Yani baru sekali je berbuka dengan makan normal meal masa di rumah mertua, yang lain Yani berbuka dengan shake Herbalife, memang kenyang sampai lepas waktu tarawih, makan malam pun tak banyak.
Lama tu..gigih buat satu tpt yer.. takpe lah Yani as long kita berusaha. Insyaallah..ada rezekinya nati :)
ReplyDeleteAwal-awal buat rawatan tu, tak boleh bayang apa step dan prosedur kena lalui, so serah diri kat klinik OnG kerajaan la. tapi bila dah mula baca pengalaman TTCian yang lain di blog dan forum, baru mula nampak cara rawatan. Yani bersyukur sebenarnya sebab kat klinik kerajaan ni la yang banyak rungkai masalah kehamilan yani ni; masalah period la, masalah tak subur la.
Delete