11 July 2013

Herbalife : Insulated Bag dan Berbuka


11 Julai 2013.

Alhamdulillah, sudah lunas hari kedua berpuasa. Sekejap je kan? Esok dah melangkah hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan. Malam ni dah masuk tarawih yang ketiga. 

Berbuka dengan Herbalife ni, kena lengkap tiga-tiga regim; iaitu Aloe, Teamix dan Shake, barulah lengkap! Hari ni aku dah siap-siap blend shake Herbalife aku untuk diminum semasa berbuka. Lepas sahaja sahur sebelum Subuh, aku blend shake dan masukkan dalam peti sejuk. Sebelum gerak ke tempat kerja, dah masukkan pula ke dalam insulated bag. Apa insulated bag ni? Ni beg yang kedap suhu; contohnya, kalau kita letak air sejuk atau panas, air tu boleh tahan dengan suhu sejuk atau panas untuk beberapa masa yang lama tanpa berubah suhu.

Dah lama dah beli beg ni, masa awal-awal kawin. Beli di Giant, harga dah lupa, tapi tak mahal pun. Berbaloi beli. Sampai je di pejabat, aku alihkan shake ke bahagian atas fridge di pantri pejabat. Bila dah dekat waktu balik, aku masukkan semula shake yang sedia ada sejuk ke dalam insulated bag, lepas tu bergegas ke GH Melaka untuk melawat mak. Aku biarkan sahaja beg ni dalam kereta, shake masih kekal sejuk walaupun lama dalam kereta.

Hari ni sempat singgah bazaar ramadhan di kawasan Bukit Baru, alhamdulillah senang dapat tempat parkir dan lokasi bazaar mudah dijejaki. Mak pesan belikan mee kari dan buah mata kucing untuk mak dan bibik. Alang-alang dah terjumpa murtabak dan kuih muih, aku belikan juga. Lepas ni mudahlah aku nak membeli makanan berbuka dan sahur mak, satu perjalanan dengan kawasan bazaar ramadhan ni.

Oklah, selamat berbuka semua! Nak bersiap-siap untuk ke surau - solat tarawih berjemaah, jom!

2 comments:

  1. dulu nina amik herbalife jgk.. outstation nk bwk mcm2 dgn shake, shaker, teamix, botol air bsr. mcm bwk susu anak lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina..tu la yg dikatakan praktikal sebelum beranak pinak nanti...yani dah biasa bawa beg besar ke mana-mana. Bak kata org...alah bisa tegal biasa dah....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)