25 July 2013

Herbalife : Berat Badan 16 Hari Di Bulan Ramadhan


25 Julai 2013.

Minggu ke-dua di bulan Ramadhan. Masih dengan regim sama, berbuka dengan aloe-teamix-shake. Selepas jam 10.00 malam atau solat sunat tarawih, aku jamah sesenduk kecil nasi, sayuran dan ikan/daging/ayam. Khamis lepas (Ramadhan ke-9), berat badan adalah 65.0kg. Khamis ini (Ramadhan ke-16), berat turun sebanyak 0.4kg kepada 64.6kg. Alhamdulillah walaupun sedikit penurunan. 

Aku rasa badan aku bloated minggu ini, kuat firasat aku mengatakan aku sedang diambang datang bulan. Hormon badan sedang meningkat dan badan aku sudah masuk fasa water retention. InshaAllah, kalau ditakdirkan aku datang bulan minggu ini, aku akan cuba kekalkan intake air sebanyak 6-8 liter air, walaupun ini bermakna aku terpaksa curi-curi minum air di pantri, dalam kereta atau bilik mesyuarat. Huhuhu....

Aku dah rancang pelan pemakanan aku sekiranya aku datang bulan di minggu bekerja. Sarapan pagi dan makan tengahari aku akan consume shake Herbalife, dan jamah nasi dan lauk sedikit semasa famili berbuka puasa di rumah. Aku tak nak jadikan alasan tak jumpa kedai makan orang Islam waktu tengahari dan hanya McD dan KFC jer yang ada drive-thru untuk spoilkan diet aku. Mungkin in between meals, aku boleh makan buah-buahan untuk alas perut. 

Tak sabar nak say 'Hie' pada angka 63 pada minggu hadapan, Insha Allah. Harap azam berdiet secara sihat sepanjang bulan Ramadhan ini mengizinkan aku untuk bertemu angka 62 sebelum Syawal menjelma. Bak kata hubby..."Gambatey sayang!" Hik hik hik..... 

4 comments:

  1. salam sis..adik pompuan kak lea yang tengah study medic,dia pun baru je ambil herbalife.tadi mak beritahu berat dia dah turun 3 kg,dalam seminggu ^^

    ReplyDelete
  2. Wslm, alhamdulillah..maybe sbb baru consume, penurunan tu laju. Mcm Yani dah setahun lebih consume, dah peringkat statik dan tak laju penurunannya...tahniah la pd adik kak aleasara tu ye! :)

    ReplyDelete
  3. camni..fastfood tu kalo buleh elakkan terus.. pastu air manis / direct gula pun elakkan.. pastu nasi tu sket je..lebihkan sayur n buah.. cuba lah.. tkpe..pelan pelan cuba.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang KekDa cakap kat atas ni, dah setahun lebih Yani tinggalkan sejak consume Herbalife. Fastfood jarang bebenor...air manis/air sejuk dah tak sentuh. Nasi makan tengahari macam biasa cuma sesenduk je....inshaAllah Yani cuba displinkan bersenam lepas Ramadhan ni, start awal tahun haritu sekejap lepas tu busy dengan kerja, terus lupa nak sambung bersenam....huhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)