28 July 2013

Puasa 2013 : Berpuasa Kembali Lepas Period 1 Hari

28 Julai 2013.

Kembali berpuasa hari ini.

Period di sebelah pagi Jumaat kelmarin, beberapa tompok je pada pantyliner. Yang pasti memang fresh blood. Lepas tu kering sampai la ke malam tadi. Terpaksa spare 24 jam untuk tengok kalau-kalau ada keluar darah haid lagi. Lepas maghrib semalam, sms kakak dan adik, double confirmkan dah boleh proceed mandi wajib ke belum. Dapat green light, terus mandi wajib lepas maghrib, sempatlah solat isyak dan qada solat yang tertinggal.

Macam mana nak cakap ye? Period sehari (setengah hari pun tak sampai kalau ikutkan aku). Lepas tu terus senyap. Tapi, breast pain muncul balik, ari-ari kedua-dua belah kerap berdenyut bisa dan perut kembung dan sebu.

Aku risau, aku google pasal masalah period sehari, banyak yang menjurus kepada implantation bleeding dan juga tanda pregnant. Tapi, hati aku takut nak fikir apa-apa. Sms dengan adik bongsu, dia suruh cuba cek semula UPT. Nanti-nantilah......


Updated (28 Julai 2013 : 10.50pagi)

Diberi peluang untuk solat Isyak, qada Maghrib malam tadi dan solat Subuh pagi tadi. Juga bersahur dengan hubby. Lepas solat Subuh, baringkan diri dengan hubby sekejap. Terjaga jam 8.00 pagi, ke tandas untuk buang air kecil. Calit di Miss V, berlumur dengan darah haid. Makanya, terbatallah puasa hari ini.

Terima kasih Miss P sebab beri sedikit harapan dan kegembiraan pada kami suami isteri walaupun seketika malam tadi. Keluar temankan hubby menonton filem mid nite The Wolverine sampai jam 3.30 pagi. Dalam kereta, hubby usap-usap perut, baby talk. Ya Allah, alangkah bahagianya bila hubby tak lepas-lepas letakkan tangan di perut, senyuman penuh makna dan genggaman tangan terasa sangat erat. Tinggi harapan hubby.

Tapi bila pagi tadi tunjuk kesan darah pada hubby, dia peluk dan cium dahi, tenangkan hati aku. "Jangan merungut dengan takdir Allah, kita usaha lagi" ayat yang keluar dari mulut hubby.

8 comments:

  1. Yani, cek upt pleaseeee.. **mode excited**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sad news, lepas sahur pagi tadi, elok je lepas solat subuh, baring sekejap dengan hubby...terjaga dalam pukul 8 pagi, ke toilet nak buang air. Calit skit kat Mis V, berlumur darah haid kat jari. :( So, puasa terbatal la hari ni. Sekarang dua-dua belah rahim berdenyut bisa sangat kerap.

      Delete
    2. Xpe lah yani, belum rezeki la agaknye.. jom kite usaha lg...

      Delete
    3. InshaAllah Sizuka, jom usaha lagi cycle seterusnya....tak terkilan sgt pun cuma biasa la emosi ttc mcm kita ni...

      Delete
  2. ye lagi baik cek upt..mana tau da positif,bole berjaga2..mudah2an ada rezeki tuk yani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi, rasa Yani belum lagi kot. Pagi tadi ada keluar lagi darah haid lepas solat Subuh (yani dah siap sahur dan niat puasa dah). Kira puasa hari ni terbatal la. Ni pun sambung pakai pantyliner nak tgk apa ragam dia sepanjang hari.

      Delete
  3. takpelah kak. inshaallah ade rezeki akak secepat mungkin. jom usaha lagi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Farhah, dah ok dah, down sekejap je. Paling lama pun 2-3 minit, awal-awal kahwin dulu sedih sampai bengkak2 mata menangis. Sekarang ni cepat recovered balik, banyak benda lain lagi nak fikir.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)