Shake Herbalife yang ditambahkan dengan cincau, minum sejuk-sejuk memang layan! Yummie....
20 Julai 2013.
Minum shake Herbalife sebagai menu berbuka dan bersahur pada aku sangat memudahkan hidup dan berkhasiat. Pengalaman berpuasa dengan dan tanpa Herbalife memang jauh berbeza. Dulu sebelum kenal Herbalife, berbuka dan bersahur makan nasi, memang kenyang dan makan sepuas-puasnya, disulami dengan air manis serta kuih-muih manis bergula. Bila sampai masa nak bertarawih, perut mengah penuh dengan segala macam makanan dan minuman. Aku akui, solat tarawih aku kurang berkualiti disebabkan perkara ini. By the time 9.00 malam, tengah-tengah solat tarawih tu boleh tersenggut-senggut mengantuk, bukan letih badan tapi sebab terlampau kekenyangan.
Bila bersahur pula, macam biasa akan panaskan lauk dan nasi, sumbatlah banyak-banyak dengan harapan boleh bertahan sepanjang hari berpuasa. Tapi being me, tak sampai pukul 10.00 pagi perut dah berbunyi lapar. Tengahari pula, port aku adalah di surau, apa lagi....tidur sebelum atau selepas solat Zuhur. Mengantuk sesangat sampai tahap kalau tak tidur sekejap, aku akan jadi bad mood nak teruskan kerja aku kat opis. Siap ada jemaah tidur pula tu. Huhuhu....Pukul 5.00 - 6.00 petang bila sampai rumah, badan terlepek je kat atas katil.
Tapi sejak kenal Herbalife dan berpengalaman berpuasa serta bersahur dengannya selama 2 tahun, alhamdulillah tak ada lagi dah pengalaman tak best macam kat atas tu. Berbuka dengan aloe, teamix dan shake Herbalife sudah memadai. Tak tergugat langsung walaupun berbuka dengan famili yang mengadap lauk pauk, nasi, kuih muih dan air manis. 400ml aloe, 400ml teamix dan 500ml shake Herbalife (F1+F3+buah-buahan+kurma) dan alhamdulillah kenyang sampai pukul 10 malam lepas solat tarawih. Sementara menunggu pukul 10.00 malam, aku berusaha menghabiskan 2 liter air masak. Lepas pukul 10.00 malam, aku jamah sedikit nasi dan lauk, sebab rasa kenyang berbuka dengan shake masih berbaki. Lepas tu, sambung minum air teamix 2 liter sebelum tidur.
Waktu bersahur pula, lagi senang kerja aku. Shake Herbalife aku suami isteri dah siap blend sebelum tidur. Bangun tidur, kemaskan diri lepas tu terus minum 400ml air aloe, 400ml air teamix dan 500ml shake Herbalife yang aku bancuh dengan susu kambing dan oat. Sementara menunggu habis waktu sahur, aku akan cuba habiskan 1 liter air masak. Alhamdulillah, sepanjang hari bertenaga dan yang seronoknya dah hampir 11 hari dalam bulan Ramadhan, aku belum pernah tidur tengahari atau rasa keletihan melampau. Rasa lapar perut berbunyi masih ada tapi akan muncul dekat-dekat jam 6.00-7.00 malam je. Alhamdulillah tak terasa kering tekak pun sepanjang hari macam sebelum-sebelum ni.
Bonusnya, 9 hari berpuasa tahun ni, berat badan dah turun sebanyak 1.0kg. :) Masih dalam usaha mendapatkan penurunan berat badan yang maksima sepanjang bulan Ramadhan ini, inshaAllah!
Bonusnya, 9 hari berpuasa tahun ni, berat badan dah turun sebanyak 1.0kg. :) Masih dalam usaha mendapatkan penurunan berat badan yang maksima sepanjang bulan Ramadhan ini, inshaAllah!
wahhh...baru je tergerak hati nk tnya pasal pengambilan herbalife bulan puasa ni..hehhe..tgk2 yani dah post dh..tq2..hurm... sedih la..dpt coach yang x amik kisah sgt ..ni blh gak guna as panduan untk bln puasa ni..yani bila makan nasi lps pkul 10 tu,lauk2 n nasi mcm mana ya yani mkn?mksd sy yg jnis kukus saja or mkn mcm biasa
ReplyDeleteYani makan nasi dan lauk yang memang dah siap masak untuk berbuka cuma kurangkan portion nasi. Biasanya satu senduk nasi je dan lebihkan sayuran. Portion ayam/daging/ikan sederhana, cukup sekadar merasa meal yang seimbang.
Deletedlm masa 11 hari strt amik herbalife,berat trun 2kg,tp td gatal g timbang...skali ada kenaikan berat 600grm..huhu...rasa down skit..dok pkir apa yg salah...nk kn ubah cara pgmbilan plain water kot..sy habis kuat bln puasa ni 2liter ja..tgk yani blh habiskn 5 liter bln puasa ni rasa kagum sgt..
Delete4-5 liter ni, masih kurang sebenarnya pengambilan sehari untuk Yani. Sebab Yani pernah cuba minum air masak + teamix sebanyak 8-10 liter sehari, penurunan memang laju. Beberapa bulan sebelum puasa, intake air Yani berkurangan kepada 6-8 liter, nampak la berat lambat nak turun. Jadi bila bulan puasa ni, makin kurang pula intake air....jadi tak expect berat akan turun banyak macam masa intake air 8-10 liter dulu. Tapi, Siti Zulaikha kena pastikan minimum air masak yang kena ambil adalah 3 liter sehari (tak termasuk 400ml aloe + 400ml teamix).
Deletenina dulu penah try amik tea mix tu..mmg kerap gi toilet..bila check ingredient dia, ada caffein..ooo...patutlah...caffein kan duiretik. so nina stop, just concentrate pd 2 L setiap hari + shake pagi n mlm..
ReplyDeleteteamix tu membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita, jadi banyak membantu membakar kalori. Mula-mula dulu rimas juga asyik ke tandas, tp lama-lama dah terbiasa.
Delete