22 Julai 2013.
Stok baru sampai ke tangan hari ini.
Bulan Ramadhan ni beberapa stok Herbalife kami suami isteri laju je habis. Antaranya, F1, F3, Aloe dan Teamix. Tak sampai dua (2) minggu sudah kena order semula pada kawan Herbalife. Apa tak nyer, berbuka dan sahur minum Aloe dan Teamix. Kalau bukan bulan puasa, Aloe tu minum sekali sahaja lepas bangun tidur. Jadinya, stok yang sepatutnya boleh bertahan sebulan, dua minggu lebih dah habis.
Sekarang ni pun, aku tumpang berkongsi stok Aloe hubby. Stok F1 Tropical Fruit aku cukup-cukup tinggal 1 scoop je untuk berbuka petang semalam. Nak tak nak, aku tumpang F1 Dutch Choc hubby, tapi disebabkan tekak dah muak dengan perisa coklat, aku minum shake aku tu laju-laju, takut termuntah balik. Huhuhu....Stok F3 aku dah habis sepenuhnya kelmarin, pun berkongsi stok dengan hubby. Bila letak 1/3 sudu F3 dalam shake, shake rasa cair sedikit dan kurang kenyang, nasib baik diselamatkan dengan 2 sudu oat untuk menu bersahur.
Stok Omega aku pun dah dekat seminggu habis. Aku makan supplemen Omega tak sebanyak orang lain, sekali makan sampai 5-7 biji. Aku berjimat sebab tak kaya, huhuhu. Dos cadangan 7 biji omega aku pecah-pecahkan kepada empat (4) hari: Isnin -2 biji, Rabu - 2 biji, Jumaat - 2 biji dan Ahad -1 biji.
Dapat gaji dan KGT baru hari Khamis ni, dah siap sedia nak asingkan sebahagian duit untuk tambah stok Teamix, Aloe untuk hubby sebab stok dia makin sedikit sebab aku tumpang dua tiga hari ni. Rasa-rasanya untuk persediaan stok bulan Syawal pun kena order awal-awal sebab takut putus bekalan pula.
Awk selalu beli n dapat bekalan dari mane ya?? beli bagi contact org tu tak?? Ada websiter ker? Sebelum ni sy ambik teamix je yg kesegaran badan. Mungkin nak makan 1 set herbalife
ReplyDeleteUmaira, Yani beli pada member opis, Yani dah daftar jadi ahli HL tapi lagi suka beli bawah member tu.
Delete