29 July 2013

Jerslin Oil : Bestfriend Kala Datang Bulan


29 Julai 2013.

Setiap kali sengugut, kembung perut dan rasa sebu melanda, ini adalah benda yang wajib ada within reach. Awal-awal period, untuk lancarkan period flow, memang aku suka sapu di perut, ari-ari dan kawasan pinggang. Orang lain aku tak tahu la, tapi kalau badan aku, lepas sapu je minyak ni mesti terasa period turun smooth je, kurang rasa kembung dan sebu. Yang bestnya, bau minyak ni wangi je.

Entah macam mana boleh terlupa nak refil semula botol minyak Jerslin ni period kali ni. Dapatlah guna dua tiga picit, nak tak nak kena pergi beli kat kedai rehat tengahari ni.

Untuk rekod, CD3 semalam period agak behave, period flow agak banyak lancar walaupun aku hanya bergantung dengan penggunaan pantyliner sahaja. Aku lebih selesa guna pantyliner sebab setiap kali buang air kecil, memang aku siap-siap terus tukar pantyliner baru, baru rasa selesa sedikit. Kalau pakai pad, kena tunggu penuh 1 pad baru tukar. Renyah juga terpaksa bertukar pantyliner sampai 5-6 kali sepanjang hari, tapi aku lebih selesa macam tu.

6 comments:

  1. owh abah kak lea belikan khas untuk anak kembar kak lea,sorang tu ada asma.tapi dia tak suka sebab bau macam biskut krim pisang katanya...pulak!wah banyak kegunaan minyak jerslin ni ye...tq..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani suka sangat bau minyak Jerslin ni, sedap je....boleh je nak sapu minyak kapak kat perut, tapi takut menganggu pula hidung org lain kalau kat tempat kerja. Huhuhu....

      Delete
  2. i pun guna jerslin oil dari TTC smpai la dh ade baby ni, sapu kat baby pulak :) mmg mcm2 kebaikan ada kat jerslin oil ni..one of them dia ada Olive Leaf extract..cube u google tgk ape benefit dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga manfaat minyak Jerslin ni erk Jay? Antara kita tahu dan tak tahu je......tq bagi info berguna ni!

      Delete
  3. akk sapu losyen mustajab jer.. sesambil kuruskan perut.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa, Yani dah pernah try losyen mustajab, tapi tak berapa gemor la sebab macam oily sangat (pada Yani la). Yang Jerslin Oil ni macam oily juga tapi cepat menyerap......nanti nak cuba minyak mustajab macam yang KekDa kata bau wangi tu la....huhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)