09 July 2013

Berat Badan Sehari Sebelum Puasa

9 Julai 2013.

Pagi tadi menimbang berat badan berjemaah dengan rakan-rakan opis (sebenarnya aku yang paksa diorunk timbang sekali dengan aku, saje nak dera mental masing-masing, huhuhu!). Inilah berat badan aku pada pagi 9 Julai 2013 sehari sebelum puasa bagi tahun 2013. Bertambah 100gm dari Jumaat lepas, besar kemungkinan akibat makan malam di majlis sambut menantu sepupu encik suami di Shah Alam malam Sabtu lepas.


InshaAllah, sebulan dari sekarang, aku akan cuba timbang semula berat badan, mungkin beberapa hari sebelum bulan Syawal menjelma. Harap-harap ada berita gembira!

Ada sesiapa rakan-rakan TTC yang dah timbang berat badan hari ni? ;)

P/s: Siapa tahu....bila masa sesuai menimbang berat badan pada bulan puasa ni? Yani dah pernah cuba timbang sebelah pagi waktu berpuasa ganti tempohari. Mungkin sebab badan masih bloated dengan air yang diminum masa bersahur, bacaan naik sedikit. Bila timbang pada sebelah petang sekitar jam 5.00 petang, turun la pulak bacaannya.

10 comments:

  1. huu... sue pun nak kna timbang ni before puasa..nak tgk ade kenaikan ke penurunan... sbb base on before2 punya, semuanya kenaikan je..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbanglah Sue...boleh buat rekod sama ada kenaikan atau penurunan lepas sebulan berpuasa.....jom! :)

      Delete
  2. Takot nak timbang! hahahahah :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau tak timbang, takut terkilan pula...masa tak boleh diundur, Sweet Tooth! At least boleh jadi motivasi kita sepanjang bulan Ramadhan...jom timbang, jom!

      Delete
  3. K timbang... hehe... berat 61.5kg.. harap dpt kurangkan banyak... sama2 kita usaha k? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh....jom2! Harap-harap dapat istiqamah untuk dapatkan penurunan berat badan secara sihat menjelang Syawal nanti...K, raya nanti inshaAllah K boleh dapat angka 50++kg kan? Bestnyer...

      Delete
    2. huhuhU~ harap2 camtu la.. tp, buka posa semalam dh terkantoi.. harap lepas ni dpt istiqamah la... dpt kurang sampai 55kg pun dah jadi dh... :)

      Delete
    3. Wow....55kg? Berat idaman Yani juga tu....ni masih dlm tahap fasa statik di 60+....tgh usaha nak lepasi angka 6 tu....rasa2 sepanjang puasa, berapa maksimum kg kita boleh turunkan ye?

      Delete
  4. thn lepas, last day puasa berat K 57.++kg dari 62 kg.. tu pun rasanya betul2 struggle 2 mgu terakhir puasa.. tp, tulah.. time raya dh lupa daratan.. tak sampai seminggu berat dh naik 62 balik. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang Yani risaukan gak tu...nak turun makan masa, tapi nak naik anytime je. Memang kena kuat semangatlah time beraya di rumah sedara mara. kuih raya kan consist of tepung, gula, garam...nampak je kecik, tapi kalau setiap rumah bantai makan 5-6 ketul,by the end of the day, dah sekilo tepung telan, tu belum campur ketupat pulut dan ketupat nasi, kuah kacang, rendang dan air manis bergas....haihs, sia-sia nanti berdiet time puasa.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)