31 July 2013

Amalan Lailatul Qadar Bagi Perempuan Sedang Haid

Sumber Gambar : Google

31 Julai 2013.

DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ


CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR

1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.


CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Lailatul_Qadar


Sumber Gambar : Google

Kenapa aku hightlight bahagian amalan dan doa malam Lailatul Qadar untuk perempuan sedang berhadas besar tu? Sebab aku masih dalam keadaan datang bulan ketika ini, sedangkan aku nak sangat-sangat merasai sendiri sambutan malam Lailatulqadar tu....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)