31 December 2012

Big Bad Wolf Versi Aku


Masuk kedai buku Popular, boleh jadi leka dibuatnya. Lagi lagi kalau jumpa buku yang memang dari dulu dah aim nak beli. Buku Minute Motivators For Dieters tu memang best. Aku tak beli, tapi aku layan baca kat celah-celah rak buku.

Lalu depan rak buku bahagian Kehamilan, jadi rambang mata. Buku What To Expect When You're Expecting tu aku pernah nampak ada blogger TTC review. Selak-selak je lepas tu letak balik.


Buku dengan judul yang sama (A Street Cat Named Bob), tapi harga dan saiz cetakan yang berbeza. Beza harga hampir RM13, jadi aku pilih yang sebelah kanan aku. Last kopek kot sebab habis aku ronda rak buku bahagian non-fiction, tak jumpa. Yang aku pegang tu pun yang memang dah ada kat bahagian display, jadi sambar je la. Kalau yang sebelah kiri tu, masih banyak lagi jumlahnya.

Koleksi gambar Bob yang aku kompil dari sumber Google.....so adorable, cair hati dibuatnya!

Buku 3 Steps to Fertility tu boleh dikatakan cinta pandang pertama. Selak, selak nampak menarik.  Harga pun boleh tahan, tebal pun tebal. 


Makanan minda untuk permulaan tahun baru, tahun 2013. Oh, buku A Street Cat Named Bob aku dah habis baca 9 bab. Sangat best!

29 December 2012

Herbalife : Shopping Hujung Tahun 2012


Duit bonus hujung bulan Disember korang belanja apa?
Untuk diri aku, aku dah bahagi dua duit bonus tu, separuh untuk simpanan dan separuh lagi beli barang kesihatan diri.

Alhamdulillah, setakat ni aku masih belum terpengaruh untuk berpoya-poya dengan duit bonus tu beli beg tangan, kasut ataupun baju baru. Belum nampak keperluan ke arah itu lagi. Berbelanja pun setakat stok Herbalife dan dumbel. Itu je.

28 December 2012

Jom Kecikkan Lengan Dengan Dumbel Purple


Ini hasil tangkapan Ahad lepas. Kawan encik suami mms kan gambar senarai harga peralatan dumbel di Fitness Concept, siap ada gambar warna dumbel ikut ukuran berat. Awesome! Berat yang sesuai dengan aku dan warna kegemaran aku....sangat teruja! Harga pun boleh tahan, tak ada la mahal mana pun. Jadi, aku terus setuju nak beli.

Berat dumbel yang aku beli adalah 3lbs bersamaan 1.36kg. Boleh tahan la berat dia.
Herm, dumbel dah ada, cara senaman bakar kalori guna dumbel (Rapi 15 Disember 2012) dah ada....apa lagi? Jom bersenam!!

P/S: Malam tadi cuba-cuba angkat dumbel, tak sampai 20 minit dah lenguh-lenguh tangan..nampak naw tak selalu bersenam kan? Huhuhu...

27 December 2012

Masak-Masak Ikut Resepi Jiran Blog


Minggu lepas, masa tengah datang bulan, asyik jer terliur bila masuk blog orang, review resepi dan gambar macam-macam masakan. Haish....tak boleh jadi ni. Selera orang tengah datang bulan sangat-sangat terlampau. Salin resepi, pastu tunggu hujung minggu, berkuntau di dapur.

2 resepi dapat disalin, satu resepi terung berlada dan satu lagi makaroni cheese. Rasanya tak perlulah letak resepi kat sini, cukup sekadar letak link pemilik resepi yang sedap ni. Kat blog tukang bagi resepi ni, siap ada cara-cara nak sediakan masakan, siap ada gambar langkah demi langkah lagi, kelas ko!

Resepi Terung Berlada : CikJi
Resepi Makaroni Cheese : LeeyanaRadhi dan G.E.D.I.K (Ieda)

Ada nampak perbezaan antara gambar masakan yang aku buat kalau dibandingkan dengan gambar dalam blog tukang bagi resepi, kenapa? Sebab aku derhaka...hihihi. Takpe la, janji sedap dan ada rasa. Yang makaroni cheese aku tu aku tak letak banyak kuah sebab dah berlemak manis dengan 2 keping cheesedale. Cilipadi pun boleh tahan banyak aku masuk, dah macam rasa masak lemak cili pada pulak, tapi encik suami suka, sedaaaaap kata dia (bahana kawin orang nogori, lauk pedas-pedas memang sehati sejiwa dengan tekak dia).

26 December 2012

iSihat : Januari 2013


Isu Utama iSihat Januari 2013 - "Misi Kurangkan Stres 2013"

Macam-macam artikel berkaitan pengurusan stres ada dalam keluaran kali ni termasuklah artikel "30 Teknik Bebas Stress Paling Efektif".

"Dr. Suhaimi Isa : Otai O&G"

Artikel tentang doktor pakar yang berpengalaman selama lebih 15 tahun mengendalikan kes OnG di Hospital Ampang.

"When To Eat What"

Ulasan buku tentang bagaimana cara makan yang betul pada masa yang tepat untuk diet yang ideal.

"Perokok Insan Paling Kejam"

Tajuk yang tak asing dan tak jemu-jemu dipaparkan untuk bacaan semua, terutamanya perokok. Harap-harap insaflah bila baca artikel ni.

24 December 2012

Herbalife : Bacaan Terkini Sebelum Tahun 2013


Pagi tadi, sesi menimbang berat dengan kawan sepejabat. Sebelum tu, dah siap-siap timbang berat di rumah sebaik sahaja bangun tidur. Bacaan yang sebelah atas tu bacaan guna penimbang di rumah (tanpa pakaian). Yang sebelah bawah pula bacaan penimbang Herbalife (dengan pakaian). Perbezaan antara berat penimbang di rumah dan di pejabat (penimbang Herbalife kawan aku) adalah lebih kurang sebanyak 0.5-0.6kg.

Untuk rekod, bacaan timbang pada 6 Disember 2012 tempohari adalah 73.4kg. Bermaksud dalam tempoh dua minggu lebih, ada penurunan sebanyak 1.1kg. Untuk rekod juga, aku masih dalam keadaan datang bulan, which is why aku tak timbang berat minggu lepas. Kena ingat, situasi badan bloated dan hormon tak stabil semasa datang bulan tidak digalakkan mengambil bacaan berat badan kalau tak boleh terima hakikat tengok berat naik atau tak turun banyak)..hihihi. 

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 8.3kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012). In shaa Allah, hari Jumaat ni kalau dah betul-betul suci dari haid, aku nak cuba timbang semula.


Kalau rujuk gambar ni, banyak juga bacaan analisis badan aku yang menunjukkan perubahan lebih positif; contohnya peratusan lemak, musle mass, BMR makin turun. Peratus kandungan air pun dah naik sedikit. 

Rujukan entri bacaan berat terdahulu : sini dan sini.

Semoga misi aku nak tengok angka 60++kg dalam jangka masa terdekat akan tercapai, amin!

P/S :  Temujanji di klinik OnG tahun 2013 adalah pada 4 Januari 2013 ini, which is Jumaat minggu hadapan.

23 December 2012

Mille Crepe @ Nadeje Cake Shop & Chicken Rice Shop

Sumber Gambar : Laman web Nadeje

Waktu rehat tengahari hari jumaat selalu korank buat apa? 
Bagi aku, selalunya aku jarang (read : malas!) nak keluar bershopping waima nak berwindow shopping sekalipun. Aktiviti aku kalau bukan ke pejabat pos, bank atau keluar makan tengahari pastu balik opis awal, aku kadang-kadang pergi dating + lunch dengan encik suami. Oh, sangat best berdating lepas kawin sebenarnya. Feeling dia lebih indah berbanding masa bercouple dulu.

Masa aku nak masuk tempat pakir tempat kerja encik suami, aku ternampak banner besar Nadeje Cake Shop ni. Dapat parkir, aku terus sms encik suami beritahu dah sampai dan suruh dia ready keluar makan. Kali ni aku nak ajak dia makan kat Nadeje Cake Shop ni tapi tapau je, sebab aku lapar nasi...hi hi hi! Tapau  kek dan makan kat lokasi dating kitaorunk, Chicken Rice Shop.


Setahu aku Nadeje Cake Shop ni baru saje dibuka di Mahkota Parade ni. Selalu je aku nampak orang dok lepak makan-makan kat beranda Nadeje ni masa aku nak turun parking ke level bawah Mahkota Parade. 

Kali ni tiba-tiba pula rasa nak cuba apa yang best di Nadeje ni. Rupa-rupanya, selain kek, ada juga makanan berat lain yang dijual macam Baba's Curry Udon, Fusion Spring Roll dan lain-lain lagi. Takde la boring sangat masuk situ setakat nak makan kek je, kan?

Sumber Gambar : Laman web Nadeje (kiri), snap sendiri (kanan)

Herm, untuk peringatan, kat label kek ada ditulis sekali sama ada kek mengandungi unsur-unsur alkohol (read : non-alcohol), jadi memudahkan korunk nak pilih kek di cake shelves. Aku pilih kek Mille Crepe : Manggo Yogurt, encik suami pula pilih kek Mille Crepe : Banana Chocolate.   

Harga kek di Nadeje Cake Shop ni boleh tahan juga la, contohnya macam kek yang aku beli ni, jumlahnya sebanyak RM18.50 (Mille Crepe Mango Yogurt RM9.50/potong, Mille Crepe Banana Chocolate RM9.00/potong).


Lepas tu, kami ke Chicken Rice Shop, pesan menu yang biasa kami pesan setiap kali lunch di sini. Agaknya staf CRS dah kenal sangat muka kami ni, setiap bulan boleh kata mesti ada sekali kami datang sini. Habis makan, barulah kami jamah kek Nadeje ni, boleh tahan sedap juga rasa kek ni. Jadi, lepas ni dah ada pilihan alternatif lain kalau nak sambut apa-apa hari istimewa....kalau tak, asyik-asyik Secret Recipe dan Baskin Robbins je....dah muak!!

P/s : Eeeh..perasan tak? Kebelakangan ni entry aku selalu review pasal makanan dan tempat makan? Hehe...aku baru perasan. Dah kenapa aku ni? Nevermind.....diet tetap diet!

22 December 2012

RAPI 15 Disember 2012 : 10 Sebab Gagal Langsing


Sumber Gambar : Snap Majalah RAPI 15 Disember 2012

Majalah RAPI keluaran pertengahan Disember kali ni memberi fokus kepada topik pengurusan stres. Penghias muka depan Majalah RAPI kali ini adalah pelakon baru, Siti Saleha.


Haah, ini topik yang bagus untuk dibaca, Fail Diet : 10 Sebab Gagal Langsing. Baru aku tahu, rupanya ada macam-macam jenis diet yang biasa diamalkan untuk mendapatkan berat badan ideal.  Tapi, kena berhati-hati dengan sepuluh program diet yang dikatakan tidak berhasil atau senang cakap...GAGAL! Contohnya, diet sup kobis, diet makanan bayi, diet air, diet coklat susu, diet rendah karbohidrat, diet paleo, diet haleluya, diet 17 hari, diet mengunyah dan juga diet HCG. Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa 10 program diet tu gagal, kenalah beli majalah RAPI 15 Disember 2012 ni...hihihi!


Selain tu, ada tambahan lima jenis yang berbahaya iaitu diet detoks, diet berlapar, diet gaya Hollywood, diet lemon dan juga diet cookies. Diet ni dikatakan boleh menganggu kesihatan badan kalau diamalkan dengan tujuan nak melangsingkan badan.


Ruangan Cabaran Langsing pula hidangkan senaman 12 langkah membakar kalori dengan menggunakan alat dumbel. Haritu, aku ada bagi hint-hint pada encik suami untuk belikan dumbel. Haish..macam tahu-tahu je RAPI ni!


Ruangan Info Nutrisi paparkan maklumat nutrisi bagi pelbagai jenis biskut bagi mengawal keperluan diet harian. Tapi, pada aku, aku lebih suka mengambil roti mil penuh sekiranya terasa lapar berbanding biskut. Sekarang ni aku suka beli roti mil penuh Gardenia untuk stok di rumah. Terpulang pada tekak masing-masing la kot.

Pendek kata, edisi kali ni memang banyak info yang menarik!

21 December 2012

Makan Malam Di Aida Rich Cafe


Pagi dapat gaji, malam dah bawa famili makan malam di luar. Aku pesan bibik dan mak jangan masak apa-apa, takut membazir. Kebetulan sehari sebelum gaji, kawan pejabat cadangkan aku cuba makan di Aida Rich Cafe, di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam. Sebab masa tu, dia perasan aku tengah review pasal menu makanan di Sarpino's Pizzeria. 


Makanan yang kami pesan adalah Spagetti Carbonara (aku), Laksa Nyonya (mak dan bibik), Potato Salad (semua), Prawn Salad (semua) dan Black Pepper Chicken Chop (encik suami). Makanan tu aku round tablekan, biar semua dapat rasa. Konsep makanan yang ada di Aida Rich Cafe ni adalah masakan Barat, Nyonya dan Fusion.


Alhamdulillah, licin! Overall, ok la makanan yang dihidangkan di sini. Cuma mungkin masa kami sampai tu, bahagian dalam Aida Rich Cafe tu ada dua tiga famili makan dan agak bising, dan krew dia tak perasan kami dah duduk di situ hampir 5 minit unattend sampai encik suami kena bangun dah signal krew untuk ambil order. Yang lain so far ok.

20 December 2012

Shake N' Take


Sampai juga Shake N' Take yang aku tempah secara online ni hari Isnin lepas. Alhamdulillah!
Nasib baik hari tu ada terbaca review dalam blog seorang hamba Allah tentang mesin ni. Buka link yang dia letak dalam blog, masuk dalam FB, dan terus tempah dari Kak Ju (Your DIY Project Supplies).


Balik je rumah, terus cuba buat shake F1 guna Shake N' Take ni. Wow! Almost perfect hasil shake F1 aku, cuma buah-buahan dan kurma tak fully 100 % minced, takpe la.....boleh kunyah what? Hehehe...


So, selesai satu masalah aku untuk buat shake F1 semasa pergi bercuti ke mana-mana nanti. Jimat ruang dan tak berat mana pun luggage kan? Yippie!!

19 December 2012

Innalillah...


Berita sedih yang aku terima subuh tadi.
Kak Lang aku keguguran anak ketiganya.
Sedih kakak aku, sedih aku juga.

Kebetulan malam tadi mak ada cerita dengan aku, pasal kakak aku bleeding start hari Sabtu lepas.
Aku cuma berfikiran positif, mengharapkan baby masih boleh diselamatkan, mungkin sebab awal-awal kandungan dan kakak aku pun dah dekat 9 tahun tak mengandung selepas anak buah aku kedua lahir.
Dan aku fikir mungkin doktor ada beri ubat kuatkan rahim macam duphaston dan asid folik.
Berfikiran positif sampailah saat aku terima sms dari adik bongsu aku ni subuh tadi.

Masa tu, aku tunggu mak selesaikan solat subuhnya, baru aku beritahu mak pasal sms adik aku tu. Mak pun terdiam, redha barangkali. Barangkali, kalau baby boleh bertahan, in shaa Allah, bulan Julai tahun depan aku dapat anak buah. Tapi perancangan Allah, kita sebagai manusia tak dapat jangka.

Ikan Selar Bakar Cicah Air Asam


Hari Ahad, hari berseronok-seronok di rumah. Tak keluar ke mana-mana pun. Pukul 10 pagi mak dah tanya nak masak apa hari ni? Oh ibuku, biar betik ibuku! Jam kat dinding pun belum tunjuk pukul 11 pagi mak dah suruh anak mak ni berkuntau dalam dapur ke? Hehehe....

Aku suruh bibik Siti keluarkan ikan, sotong, udang dan ayam dari peti sejuk, nak nyahbeku terlebih dahulu.
Lepas tu, aku minta bibik keluarkan sayur-sayur dan sediakan bahan perencah untuk buat tomyam campur. Sementara aku fokus pada masakan aku, ikan selar bakar cicah kuah air asam.  Jeng-jeng-jeng, inilah masanya nak guna pemanggang ajaib yang baru beli tu. Tak lama pun masak kat dapur bila guna pemanggang ajaib ni. Ikan bakar tu aku balut dengan daun kunyit, bila dah masak, pergh....bau wangi daun kunyit semerbak sampai bibik aku kata tak sabar nak makan.

Gambar sebelum makan? Tak dak. Tak sempat. Masing-masing dah kelaparan. Tinggal tulang-temulang ikan je. Bibik aku punya selera makan, sampai cakap nanti kita buat lagi ye puan? Ewah ewah.....mak aku pun makan sampai bertambah nasi. Overall, semua lauk pedas, tomyam pedas, ikan bakar pedas (aku guna perencah siap Ikan Bakar Adabi).....sempurna untuk kombinasi dengan nasi panas dan perut lapar.

18 December 2012

Hari Gaji = CD1

Entri tanpa gambar. Hilang akal nak tempek gambar pad berdarah walaupun sudah jadi macam kemestian pada aku untuk snap setiap pad aku masa datang bulan untuk rujukan aku dan doktor OnG. Gila ok, orang lain snap gambar baby, gambar suami, gambar pemandangan indah-indah...aku? Snap gambar pantyliner dan pad berdarah sendirik.

Hari ni 8 Disember 2012, seperti semua sedia maklum terutamanya pada orang kerajaan, hari gaji dan bonus masuk. Hari ni juga hari pertama kitaran haid aku sejak last period 8 Oktober 2012. Kalau ikutkan, 30 & 31 Oktober 2012 lepas, aku macam datang bulan. Kenapa aku kata macam? Sebab keluar discharge red/brown spotting macam awal-awal period, secalit dua dalam dua hari lepas tu dah takde dah. Jadinya aku tak tahu la nak definisikan that discharge red/brown spotting tu sebenarnya aku datang bulan ke tak.

Kalau tak kira 30, 31 Oktober 2012 tu sebagai period, kitaran period aku yang lepas adalah CD78.
Tapi kalau 30, 31 Oktober 2012 tu valid untuk dianggap sebagai period aku (walaupun secalit dua, tapi breast pain seminggu lebih kena tanggung), kitaran period aku yang lepas adalah CD49. Apa-apa je la, yang penting, alhamdulillah hari ni aku mulakan CD1 aku yang baru.

Ahad lepas, 16 Disember 2012 aku dah mula alami breast pain dan lenguh-lenguh pinggang, ya ampun sakit sangat. Sama sakit macam dua kitaran yang lepas, walaupun tanpa turun darah haid. Sakit dan bengkak selama seminggu sebelum tarikh anggaran turun period tapi bila tiba tarikh tu, sakit dan bengkak hilang automatik tapi takde turun apa-apa. Jadinya, Ahad lepas aku dah mula rasa bengkak, genap seminggu sebelum tarikh anggaran turun haid 24 Disember 2012 ni.

Alhamdulillah berganda bagi aku; gaji, bonus dan CD1...
Sumber Gambar : Google

P/S : Untuk rekod:
1) Sudah CD1 hari ni tapi masih breast pain dan lenguh pinggang. Nasib baik ada minyak Jerslin kat rumah, sedap dan selesa sapu kat perut, ari-ari dan pinggang masa datang bulan. Rasa lancar je period flow dan perut tak sebu sangat. Lagi-lagi kalau encik suami yang tolong sapukan......hik hik hik! In shaa Allah, habis je period kali ni, nak mula makan cuka epal dan madu Wescobee.

2) Kesan ubat Provera ni lebih kurang macam ubat Progyluton, sebab lepas empat (4) hari berhenti, baru turun darah haid. (pengalaman diri aku la, orang lain aku tak tahu). Aku habis makan ubat Provera hari Khamis, Selasa minggu selepas tu baru turun darah haid.

Langkah Kanan, Impian Jadi Kenyataan


Pavlova, Durian Crepe, Fruit Tart dan Kek Red Velvet.
Fuhh....balik dari Seremban, semua terhidang atas meja.
Rasa macam nak melompat kegembiraan, sebab yang asyik disebut-sebut, sekelip mata ada di depan mata.
Hasil air tangan Kak Long aku. Semenjak dua menjak ni, dia dah mula belajar buat pastry dan kek.

Apa-apa yang dia buat, dia upload gambar hasil air tangan dia kat FB, jadi kami adik beradik terliur je la dari jauh. Bila dia bagitahu nak balik kampung, kami masing-masing request nak makan makanan-makanan ni. Hehehe...saje dera Kak Long!

Alhamdulillah, sedap!
Tapi macam biasa la, aku ambik small portion bagi setiap makanan tu. Memang tekak rasa sedap je makan dan nak tambah, tapi kuatkan iman, niat untuk merasa je. Encik suami macam merajuk bila aku ajak dia makan semua makanan ni tapi bila makan, ambil sedikit je. Huhu....kena jaga diet la cik abang sayang, awak juga yang nak isteri yang comel loteh dan kurus. Senang nak dukung, betul tak? Kih kih kih.

17 December 2012

Subway I-City Shah Alam


Balik dari i-City Shah Alam, masing-masing perut dah berbunyi tanda minta diisi. Kebetulan masa dalam perjalanan nak ke i-City Shah Alam, aku perasan ada francais Subway berdekatan Wisma Jakel. Jadi, aku ajak kakak ipar, anak buah dan encik suami makan kat situ. Rasanya ini kali kedua aku makan Subway, pertama kali dulu masa jalan-jalan dengan ipar di The Mines. Rasa pun dah ingat-ingat lupa.


Muka kekenyangan bila dapat habiskan 6-inch subway Italian B.M.T. Sumpah, macam kepelik-pelikan nak ambil order, sebab aku memang tak pernah order Subway sendiri, dulu pun kakak ipar yang pilihkan nak makan apa untuk aku.


Roti Subway Italian B.M.T aku sangat healthy ok! Banyak sayur-sayuran dan di apit dengan roti parmesan oregano. Nyum nyum.....walaupun agak mahal, tapi untuk makanan sihat macam ni, berbaloi!


Dalam kalendar tahun baru 2013 Subway ni, ada dipaparkan kejayaan this guy, Jared Fogel yang mengalami masalah berat badan berlebihan, dan dengan mengamalkan pemakanan dan diet yang sihat dengan menukar diet kepada sandwich Subway resepi dia sendiri, berjaya menurunkan berat badan hampir 107kg....menakjubkan betul ye?

16 December 2012

Trick Art Museum, i-City Shah Alam


Orang demam panas punya mood nak berjalan tak boleh dihalang-halang. Huhuhu....dah tahu badan tengah panas sejuk, hidung dok sok sek sok sek, tapi rancangan nak ke Trick Art Museum tetap diteruskan. Kuat betul pengaruh BW ke blog orang lain, sampai pujuk-pujuk encik suami nak ke Trick Art Museum ni. Baik punya plan dengan kakak ipar, nak bawa anak-anak buah pergi jalan-jalan ke Shah Alam.

Yuran masuk tersangat la murah (pada aku la!). Dewasa atau kanak-kanak, bayaran adalah sama iaitu RM5 per entry. Takde tiket-tiket kertas bagai ni, dah maju skit, pakai kad scan. Kebetulan masa kami masuk, belum ramai umat manusia di dalam muzium ni, tapi tak sampai beberapa minit, berderu-deru pulak yang masuk. Haish.....kenalah berebut-rebut ambil gambar macam-macam aksi dalam ruang muzium yang sekangkang kera tu. Nak-nak pulak, setiap sudut dinding ada lukisan dan siap ditunjukkan gambar contoh macam mana nak beraksi untuk nampak 'real'.


Hehe, masa ni dah tak de malu-malu dah nak beraksi walaupun banyak mata memandang. Kena kreatif bergaya dengan lukisan-lukisan tu, kalau tidak nampak statik je; setakat senyum dan senget-sengetkan badan....duh! Apa pun tak boleh kalau macam tu...huhu! Aku sampai dah tergelak besar bila tengok encik suami ambil mood nak bergambar dengan gaya-gaya pelik dia.



Banyak lagi aksi yang kami ambil, semput nak upload satu-satu nanti. Apa yang ada ni baru sedikit je dari koleksi gambar yang kami ambil sepanjang berada dalam bangunan dua tingkat ni.



Dengan encik suami di hadapan bangunan Trick Art Museum ni. Nasib baik ada gambar berdua, tu pun minta tolong anak buah yang snapkan.


Dah nak gerak balik dah masa ni, kalau ikutkan tempat yang kami pergi ni hanyalah di satu lokasi je kalau nak dibandingkan dengan peta Taman Tema i-City Shah Alam ni. Agaknya kalau nak khatam meronda semua tempat ni, harus kena datang awal pagi sampai ke malam duduk disitu, baru betul-betul berbaloi perjalanan kami yang jauh dari Seremban ni. (Sakit pinggang wooo duduk dalam kereta lama-lama, kalau pregnant ni, memang give up la nak harung perjalanan jauh-jauh ni).


Pose dengan encik suami....sayang encik suami ketat-ketat!

15 December 2012

Mabuk Durian Lenggeng, Mantin!


Balik kampung encik suami di Lenggeng, Mantin dalam keadaan demam panas dan selsema teruk. Bila bapak mertua ajak encik suami balik kampung sekejap, aku terus sound encik suami nak ikut sekali. Meriah sedikit bila anak buah encik suami pun ikut sama.


Gigih encik suami dan pak mertua mencari sekeliling pokok durian buah durian yang jatuh. Aku dan anak-anak buah jadi pembantu kutip dan longgokkan buah durian, manggis, rambutan dan pulasan. Masa ni lama baru kenal pokok manggis dan pulasan...huhu !


Tak sampai sejam di dusun kampung encik suami, dah hampir penuh boot kereta dengan segala macam buah-buahan. Kami yang duduk di kerusi belakang terpaksa la menahan aroma bau durian sepanjang perjalaenan balik ke Rasah, walaupun encik suami siang-siang dah turunkan tingkap kereta seluas-luasnya. Sampai je rumah mertua, masing-masing dah mabuk dek lama sangat menghidu bau durian...huhu!

14 December 2012

Lepas Kempunan Di SDSI


Hajat apa agaknye ni?  Kalah mengidam macam orang mengandung pula kan? Hehehe...punya teringin nak makan kek lapis Sarawak ni sejak dari bulan puasa lepas. Mencari-cari di Melaka, sampai ke Seremban. Jumpa tu memang jumpa tapi kek lapis Sarawak yang biasa-biasa je. Kempunan lagi. 

Tambah kempunan bila kedai kek lapis Sarawak Dayang yang berada di Ayer Keroh, Melaka dah tutup. Satu lagi kedai kek lapis di kawasan rumah kedai Paya Emas tak pernahnya nampak dibuka,tapi promosi ada?

Banyak makanan yang aku teringin nak rasa dah dapat rasa, contohnya macaron, durian crepe. Tapi yang satu memang tak dapat-dapat sampai la aku datang ke SDSI ni. Memang dah pasang niat, mesti cari sampai dapat di booth atau pavillion negeri Sarawak.

Jadinya, bila jumpa je booth yang jual kek lapis ni, seronoknya macam nak buat sujud syukur je depan booth tu...hahaha! Tu yang sampai rambang mata tak tahu mana satu nak pilih sebab macam-macam saiz, corak dan rasa ada dijual. Kesudahnya, aku beli 3 biji kek lapis Sarawak, untuk mak dan mak mertua.

13 December 2012

Sesi Emosi Belum Datang Bulan Lagi


Nampak gambar kat atas tu?
Tu ubat Provera last kopek untuk petang ni, dah nak habis dah ni sebab doktor beri bekalan untuk seminggu saje. Masa jumpa doktor hari Jumaat lepas, dia kata kalau turun period sebelum ubat habis, terus berhenti makan ubat ni. Tapi sampai saat ni, belum ada tanda-tanda nak turun period. Risau pula aku dibuatnya, cuma yang ada hanyalah rasa sebu perut dan kembung perut (ke sebab aku dok teguk air 8 liter sepanjang hari?..Ntah!)

Harap-harap la esok dah turun period sebaik sahaja dah tak ada intake Provera dalam badan ni. Kasi turun habis semua, lepas tu aku nak fokus pada minum Apple Cider Vinegar yang baru beli tu. 

Dalam emo-emo tak turun period lagi, aku pulak mengelitis takut tak sempat manja-manja dengan encik suami sebelum turun period ni. Huhuhu.....macam biasa la, hormon nak manja-manja dengan encik suami terlebih kali ni. Nasib baik baru je balik bercuti walaupun tak jauh mana; Melaka - Seremban - Shah Alam je pun.

Jelajah SDSI 2012

Jelajah program SDSI bagi tahun 2012 yang mana macam dah jadi kemestian bagi aku. Kali ni dapat peluang ke SDSI bersama-sama mak, encik suami dan bibik baru, bibik Siti.

Macam-macam produk makanan,minuman dan barangan dijual di sini. Selain itu, di setiap booth negeri ditempatkan persembahan kebudayaan yang sangat menarik. 

Paling mendapat tumpuan adalah booth negeri Sarawak (ada tarian Sumazau dan lagu Aku Anak Kampung versi alunan alat muzik tradisional), booth negeri Pulau Pinang (ada kumpulan Boria, siap encik suami join menari sekali!), dan booth negeri Kelantan (persembahan dikir barat dan model pakaian Cik Siti Wan Kembang).

Sekitar suasana di pameran SDSI yang meriah dengan kehadiran pengunjung dari seluruh Malaysia.

Tengok la wheelchair mak tu....sarat dengan beg plastik barangan yang dibeli. Huhuhu....seronok tengok mak enjoy pergi SDSI ni, bila bawa mak masuk di booth pameran, boleh dikatakan semua orang beri laluan pada mak dan ajak mak merasa food tester yang sedap-sedap.

Seperti biasa, sesi mencari makanan dari negeri lain selain Melaka, beli Udang Sanggul dari gerai Perak, Mee Bandung Muar dari booth Johor, Nasi Kerabu dari booth Kelantan, Satah dari booth Terengganu dan nasi lauk pauk dari booth Negeri Sembilan ( sungguh patriotik encik suami beli dari booth negeri sendiri..hihi ). 

Banyak juga barang yang kami borong di SDSI ni, kebanyakannya makanan la. Yang bestnya, siap ulang pergi ke sana pada sebelah malam sebab encik suami tak puas meronda dalam booth pameran dan mencuba food tester .....hehehe!


Round kedua ke SDSI pada sebelah malam. Kebetulan ada slot Angah Raja Lawak dan dua orang lagi pelawak yang aku tak ingat nama dia.