18 December 2012

Hari Gaji = CD1

Entri tanpa gambar. Hilang akal nak tempek gambar pad berdarah walaupun sudah jadi macam kemestian pada aku untuk snap setiap pad aku masa datang bulan untuk rujukan aku dan doktor OnG. Gila ok, orang lain snap gambar baby, gambar suami, gambar pemandangan indah-indah...aku? Snap gambar pantyliner dan pad berdarah sendirik.

Hari ni 8 Disember 2012, seperti semua sedia maklum terutamanya pada orang kerajaan, hari gaji dan bonus masuk. Hari ni juga hari pertama kitaran haid aku sejak last period 8 Oktober 2012. Kalau ikutkan, 30 & 31 Oktober 2012 lepas, aku macam datang bulan. Kenapa aku kata macam? Sebab keluar discharge red/brown spotting macam awal-awal period, secalit dua dalam dua hari lepas tu dah takde dah. Jadinya aku tak tahu la nak definisikan that discharge red/brown spotting tu sebenarnya aku datang bulan ke tak.

Kalau tak kira 30, 31 Oktober 2012 tu sebagai period, kitaran period aku yang lepas adalah CD78.
Tapi kalau 30, 31 Oktober 2012 tu valid untuk dianggap sebagai period aku (walaupun secalit dua, tapi breast pain seminggu lebih kena tanggung), kitaran period aku yang lepas adalah CD49. Apa-apa je la, yang penting, alhamdulillah hari ni aku mulakan CD1 aku yang baru.

Ahad lepas, 16 Disember 2012 aku dah mula alami breast pain dan lenguh-lenguh pinggang, ya ampun sakit sangat. Sama sakit macam dua kitaran yang lepas, walaupun tanpa turun darah haid. Sakit dan bengkak selama seminggu sebelum tarikh anggaran turun period tapi bila tiba tarikh tu, sakit dan bengkak hilang automatik tapi takde turun apa-apa. Jadinya, Ahad lepas aku dah mula rasa bengkak, genap seminggu sebelum tarikh anggaran turun haid 24 Disember 2012 ni.

Alhamdulillah berganda bagi aku; gaji, bonus dan CD1...
Sumber Gambar : Google

P/S : Untuk rekod:
1) Sudah CD1 hari ni tapi masih breast pain dan lenguh pinggang. Nasib baik ada minyak Jerslin kat rumah, sedap dan selesa sapu kat perut, ari-ari dan pinggang masa datang bulan. Rasa lancar je period flow dan perut tak sebu sangat. Lagi-lagi kalau encik suami yang tolong sapukan......hik hik hik! In shaa Allah, habis je period kali ni, nak mula makan cuka epal dan madu Wescobee.

2) Kesan ubat Provera ni lebih kurang macam ubat Progyluton, sebab lepas empat (4) hari berhenti, baru turun darah haid. (pengalaman diri aku la, orang lain aku tak tahu). Aku habis makan ubat Provera hari Khamis, Selasa minggu selepas tu baru turun darah haid.

2 comments:

  1. Yani, ce yani tanya Dr. yani nnti kan... Yang brown secalit dua tu dikira sebagai period takkk? Ida teringin nak tahu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eida, dah tanya dan dah tunjuk gambar pada Dr. hari tu masa appointmt, tapi Dr. tak da komen apa-apa. tapi, kalau ikut pemahaman empunya badan, konfem tu darah period sebab fresh red blood walaupun smear-smear je.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)