Sumber Gambar : Laman web Nadeje
Waktu rehat tengahari hari jumaat selalu korank buat apa?
Bagi aku, selalunya aku jarang (read : malas!) nak keluar bershopping waima nak berwindow shopping sekalipun. Aktiviti aku kalau bukan ke pejabat pos, bank atau keluar makan tengahari pastu balik opis awal, aku kadang-kadang pergi dating + lunch dengan encik suami. Oh, sangat best berdating lepas kawin sebenarnya. Feeling dia lebih indah berbanding masa bercouple dulu.
Masa aku nak masuk tempat pakir tempat kerja encik suami, aku ternampak banner besar Nadeje Cake Shop ni. Dapat parkir, aku terus sms encik suami beritahu dah sampai dan suruh dia ready keluar makan. Kali ni aku nak ajak dia makan kat Nadeje Cake Shop ni tapi tapau je, sebab aku lapar nasi...hi hi hi! Tapau kek dan makan kat lokasi dating kitaorunk, Chicken Rice Shop.
Setahu aku Nadeje Cake Shop ni baru saje dibuka di Mahkota Parade ni. Selalu je aku nampak orang dok lepak makan-makan kat beranda Nadeje ni masa aku nak turun parking ke level bawah Mahkota Parade.
Kali ni tiba-tiba pula rasa nak cuba apa yang best di Nadeje ni. Rupa-rupanya, selain kek, ada juga makanan berat lain yang dijual macam Baba's Curry Udon, Fusion Spring Roll dan lain-lain lagi. Takde la boring sangat masuk situ setakat nak makan kek je, kan?
Sumber Gambar : Laman web Nadeje (kiri), snap sendiri (kanan)
Herm, untuk peringatan, kat label kek ada ditulis sekali sama ada kek mengandungi unsur-unsur alkohol (read : non-alcohol), jadi memudahkan korunk nak pilih kek di cake shelves. Aku pilih kek Mille Crepe : Manggo Yogurt, encik suami pula pilih kek Mille Crepe : Banana Chocolate.
Harga kek di Nadeje Cake Shop ni boleh tahan juga la, contohnya macam kek yang aku beli ni, jumlahnya sebanyak RM18.50 (Mille Crepe Mango Yogurt RM9.50/potong, Mille Crepe Banana Chocolate RM9.00/potong).
Lepas tu, kami ke Chicken Rice Shop, pesan menu yang biasa kami pesan setiap kali lunch di sini. Agaknya staf CRS dah kenal sangat muka kami ni, setiap bulan boleh kata mesti ada sekali kami datang sini. Habis makan, barulah kami jamah kek Nadeje ni, boleh tahan sedap juga rasa kek ni. Jadi, lepas ni dah ada pilihan alternatif lain kalau nak sambut apa-apa hari istimewa....kalau tak, asyik-asyik Secret Recipe dan Baskin Robbins je....dah muak!!
P/s : Eeeh..perasan tak? Kebelakangan ni entry aku selalu review pasal makanan dan tempat makan? Hehe...aku baru perasan. Dah kenapa aku ni? Nevermind.....diet tetap diet!
P/s : Eeeh..perasan tak? Kebelakangan ni entry aku selalu review pasal makanan dan tempat makan? Hehe...aku baru perasan. Dah kenapa aku ni? Nevermind.....diet tetap diet!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)