Sumber Gambar : Snap Majalah RAPI 15 Disember 2012
Majalah RAPI keluaran pertengahan Disember kali ni memberi fokus kepada topik pengurusan stres. Penghias muka depan Majalah RAPI kali ini adalah pelakon baru, Siti Saleha.
Haah, ini topik yang bagus untuk dibaca, Fail Diet : 10 Sebab Gagal Langsing. Baru aku tahu, rupanya ada macam-macam jenis diet yang biasa diamalkan untuk mendapatkan berat badan ideal. Tapi, kena berhati-hati dengan sepuluh program diet yang dikatakan tidak berhasil atau senang cakap...GAGAL! Contohnya, diet sup kobis, diet makanan bayi, diet air, diet coklat susu, diet rendah karbohidrat, diet paleo, diet haleluya, diet 17 hari, diet mengunyah dan juga diet HCG. Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa 10 program diet tu gagal, kenalah beli majalah RAPI 15 Disember 2012 ni...hihihi!
Selain tu, ada tambahan lima jenis yang berbahaya iaitu diet detoks, diet berlapar, diet gaya Hollywood, diet lemon dan juga diet cookies. Diet ni dikatakan boleh menganggu kesihatan badan kalau diamalkan dengan tujuan nak melangsingkan badan.
Ruangan Cabaran Langsing pula hidangkan senaman 12 langkah membakar kalori dengan menggunakan alat dumbel. Haritu, aku ada bagi hint-hint pada encik suami untuk belikan dumbel. Haish..macam tahu-tahu je RAPI ni!
Ruangan Info Nutrisi paparkan maklumat nutrisi bagi pelbagai jenis biskut bagi mengawal keperluan diet harian. Tapi, pada aku, aku lebih suka mengambil roti mil penuh sekiranya terasa lapar berbanding biskut. Sekarang ni aku suka beli roti mil penuh Gardenia untuk stok di rumah. Terpulang pada tekak masing-masing la kot.
Pendek kata, edisi kali ni memang banyak info yang menarik!
Sy nak beli jugak la! :)
ReplyDeleteMmg patut beli pun yannie..byk info utk kesihatan badan. Ni pun yani baru lepas beli majalah iSihat Jan 2013.nnt yani review.....lg banyak info best dlm majalah ni!
Delete