31 January 2015

CD2 : Buah Nenas Muda


31 Januari 2015.

Nyumss....balik semalam tak sempat nak potong buah nenas ni, mengantuk dan melayankan sakit pinggang. Pagi ni baru ada kesempatan.


Simpan stok dalam fridge. Takde ler nak habiskan semua dalam satu masa...lidas lidah dibuatnya kang....haish, dah lama tak makan nenas. Period punye pasal, ku telankan juga Jebaaaaattt~

30 January 2015

CD31 : Nenas Muda

30 Januari 2015.

Simptom-simptom nak period memang dah ada tanda sejak CD14, bermula dengan breast pain selama dua minggu. Kalau ikutkan paten kitaran period aku setahun dua ni, kitaran adalah 28 - 32 hari. CD28 jatuh pada 27 Januari 2015, tunggu-tunggu takde pun period muncul. Masa tu breast pain dah mula berkurang, jadi fikiran dah fokus akan period bila-bila masa je. 

Yang aku perasan, dua tiga hari ini sejak breast pain berkurang, dah mula terasa sakit pinggang rasa macam nak patah dibuatnya. Mengeluh bila nak bangun dan duduk. Lepas tu, selera makan membuak-buak, tekak terasa nak makan macam-macam. Satu lagi, aku macam cirit-birit (time nak period selalu cirit-birit).

Yang sebenarnya masa CD28 dan CD29, aku perasan macam ade cebisan darah dalam mangkuk tandas lepas buang air kecil (waktu tengahari nak keluar lunch), halus je sampai terpaksa kecik besar kecik besar kan mata nak tengok. Tapi hari ini (CD31) hati rasa macam confirm period sebab masa buang air kecil (tengahari juga), ada blood clot (lebih kepada cebisan lendir darah period) yang keluar.

Tapi yang buat aku musykil sekarang ni, period tak keluar fresh blood macam selalu ek? Kat pantyliner memang takde secalit pun darah period, cuma time nak buang air kecil je cebisan darah tu keluar. Sebelah pagi takde, malam pun takde. Dia keluar time tengahari je. Tu yang aku jadi was-was betul ke period atau tak masa CD28-29 tu.

Bila google balik blog-blog ttcians yang lain tentang cara nak melancarkan period, aku ada terbaca petua pasal makan nenas muda. Waktu rehat panjang tengahari tadi, aku beli sebiji buah nenas muda kat Family Store. Nak cuba makan dan tengok sama ada boleh bantu lancarkan period kali ni.

27 January 2015

MJ2015 : 3 Miles Powerwalk & Extreme Weight Loss


27 Januari 2015.

Balik dari kerja tadi tertidur keletihan. Shake Herbalife untuk dinner pun suami yang buatkan. Thanks alot darling! Lepas bangun, mandi dan solat. Lepas tu pasang video powerwalk. Niat hati nak buat 2 miles powerwalk je. End up sambung 1 mile powerwalk lagi. Dah alang-alang berpeluh kan?

4.8km untuk 54 minit. Oklah tu hampir sejam bersenam. 

Sehari dua ni dok gigih tengok video-video Extreme Makeover Weight Loss Edition kat Youtube. Ntah macam mana boleh stumble dengan video-video ni masa stay up siapkan kerja opis sampai pukul 3-4 pagi, terus melekat. Sekarang tengah marathon tonton semua video rancangan ni kat Youtube.

Memang kagum tengok setiap episod weight loss tu, perubahan selama 365 hari. Bestnya kalau dapat ikut program macam ni, nak-nak kalau Chris Powell yang jadi trainer. Kui kui kui....setahun pun setahun ler! Tapi kan, latihan kecergasan dia memang tahap ekstrem la...

Extreme Makeover Weight Loss Edition is a motivational show that studies the progress of one individual over the course of months and documents their entire journey- from their work, home, children, and personal battles along the way. This entire weight loss mission takes place in the course of just one hour long episode, allowing the audience to see the progress of each of Chris’ clients and to see the drastic change that occurs in their lives.

The show follows the individuals through their past to study how these people got this way, and analyzes their present situations and relationships. The show even provides a makeover portion at the end where the clients unveil their new look to their friends and family members who have supported them even through their battles with weight. The show is captivating but also extremely motivating for viewers.

26 January 2015

MJ2015 : Powerful Walking Workout


26 Januari 2015.

Melawan perasaan malas dalam diri lebih susah rupanya. Sebenarnya dah hampir beberapa kali skip workout harian sebab selesaikan kerja pejabat yang di bawa balik rumah, hampir 3.00 - 4.00 pagi baru masuk tidur. Letih tak cukup tidur tak dapat diganti, malah sepanjang hari sibuk dengan macam-macam benda nak kena uruskan...akibatnya jadi bad mood dengan diri sendiri. Rasa marah dan asyik salahkan diri sebab tak dapat buat workout.

Owh, sekarang diet memang agak terbabas. Banyak makan titbits masa stress kat pejabat. Siap ada stok titbits dalam laci meja, incase kelaparan masa stress. 

Takpe la, redeem balik rasa bersalah dengan buat 3 fast miles powerwalk malam ni. Add-up dengan weight training guna dumbell. Satu je aku pegang sekarang ni; once kita jatuh, jangan biarkan diri kita jatuh tergolek-golek. Pick-up balik diri kita dan move on. 

"Brisk walking + Strength training = Speed up metabolism"

"...this is the way to get in shape, from top to the bottom..."

" all the different ways we move our body, all the muscles are engage, all the muscles are in motion...a traditional walk doesn't move this much muscle...this is the POWERWALK! This is the way to walk a weight loss, it's a way to walk a good health" 

24 January 2015

MJ2015 : Jalan Kaki & 4 Fast Miles Powerwalk


24 Januari 2015.

Pepagi tadi tak dan nak beriadah sebab sibuk memetik buah belimbing untuk agihkan kepada adik beradik. Lepas tu singgah rumah adik untuk hantar dokumen pejabat tanah dan buah belimbing. Pastu gi pasar kejap beli telur itik untuk masak gulai telur itik lawan dengan belimbing.

Dah lewat petang gagahkan juga suami isteri sarung baju sukan nak beriadah. Alahai..tak sampai 2 km berjalan kaki dah turun hujan renyai. Nak tak nak patah balik rumah. Tapi dah alang-alang lengkap berbaju sukan, kita sambung buat powerwalk kat dalam rumah. Haaa....kuyup berpeluh dibuatnya suami isteri. Berbaloi rasanya....

P/s: Kurang lagi seminggu untuk sampai penghujung bulan Januari....apa perubahan positif kesihatan kita??

22 January 2015

MJ2015 : 3 Miles Powerwalk


21 Januari 2015.

Baru je selesai buat 3 miles powerwalk depan pc dalam bilik tidur selama 46 minit. Letihnye badan walaupun tak guna dumbel kali ini. Berpeluh menitik-nitik. Tapi rasa segar badan lepas berpowerwalk.


Kalau korunk jenis berzumba dengan video Linda Edler, mungkin korunk pernah tengok this lady yang agak berisi, aku baru tahu nama dia Ida Soder (eh, macam nama aku pulak!). Dia selalu join beberapa video zumba Linda Edler, dia kelihatan sangat konfiden dalam video-video zumba tu walaupun dengan saiz badannya yang agak berisi.

Ingat lagi, suami aku dok gelak bila tengok Ida Soder ni berzumba, nak-nak bila tang perut dia bergoyang masa buat steps zumba. Sekali, masa bulan Disember 2014 aritu, Linda Edler ada memuatnaikkan status FB tentang perkembangan terbaru Ida Soder....hambik ko! Dalam masa kurang setahun, dia boleh turunkan berat badan sebanyak 33kg dengan ubah gaya hidup, ubah cara pemakanan dan buat aktiviti bersenam termasuklah berzumba!

Ai is very jeles, ok!!
Tunjuk gambar dia pada suami...suami terdiam terus. Hahahha......

Ini gambar Ida Soder...amacam, nangis tak...nangis tak? Huhuhu....

20 January 2015

MJ2015 : Mula Lambat, 1 Mile Powerwalk


20 Januari 2015.

Malam ni agak lewat mulakan senaman powerwalk sebab mula memasak lauk kat dapur untuk lunch esok pun lambat. Selesai memasak 3 lauk; gulai ayam kentang, sambal telur hancur dan sayur goreng kacang panjang tempe.

Boleh je kalau nak buat 2,3 miles powerwalk tapi masa dah terlalu suntuk. Kang tak pasal-pasal lepas pukul 12 tengah malam pun tak habis bersenam lagi. Alhamdulillah...buat powerwalk 1 mile dalam masa 21 minit pun berpeluh satu badan dibuatnya. Suka sangat bila badan rasa ringan buat senaman walaupun sekejap.

"Am truly inspired by this quote!"

Mak : 37 Tahun

20 Januari 2015.

Malam tadi dah habis sabar dah, tengok jam dinding dah lewat dekat 30 minit. Dah beberapa hari asyik rushing bawa kereta sebab lewat keluar dari rumah. Selongkar almari solek, cari bateri jam bersaiz A3 tu, haaa..nasib baik jumpa.

Minta tolong suami panjat dan tukar bateri lama kepada bateri baru. Yang unik pasal jam ni, arwah mak siap tulis tarikh beli; 22 Julai 1978. Rajin pula arwah mak dan adik beradik menulis tarikh setiap kali menukar bateri...huhuhu. Dah menjangkau usia 37 tahun jam dinding jenama Quatz Clock ni. Lebih banyak usia dia dari aku.



19 January 2015

MJ2015 : 4.82km Powerwalk


19 Januari 2015.

Yeay...Alhamdulillah! Berjaya juga buat 3miles fast powerwalk malam ini dengan my girlfriends aka dumbells (3 pounds each) dalam tempoh 48 minit. Disebabkan suami dah conquer tv di ruang tamu, kita pasang video powerwalk dalam bilik tidur pada pc.

Berbaki 3 minggu lagi sebelum next appointment dengan klinik pakar O&G GH Melaka, kena kuatkan semangat untuk bersenam selalu. Masih berdendam lagi dengan mesin penimbang di klinik pakar O&G itu....Rasa nak lompat meronta-ronta atas mesin penimbang tu sambil jerit "Penipu, penipu!" hahahaha~ 

Agak ngilu jugak bersenam yang melibatkan banyak pergerakan di saat-saat mengalami breast pain, rasa nak bentan demam dibuatnya tapi what to do? Kena lawan rasa sakit tu. Ikutkan dah seminggu kena simptom breast pain, ada lagi baki seminggu sebelum tarikh jangkaan period (ye...good news dan sad news bila dah rasa simptom ni...the good news is boleh jangka bila jangkaan period akan datang, the sad news is no January baby, sob sob!).

17 January 2015

Cekodok Pisang Emas

17 Januari 2015.

Haritukan masa singgah Lata Iskandar, aku ada beli seikat pisang emas untuk campur dalam shake Herbalife. Malam tadi tengok ada baki 4 biji lagi dah masak sangat. Nak buang sayang sebab elok lagi, terus google cari resepi cekodok pisang. 

Jangan gelak ye, aku memang seumur hidup tak pernah buat cekodok pisang. Sebab tu gigih bergoogle bagai cari resepi. Kebetulan semalam blog Kak Azie Kitchen ada kongsikan resepi Kuih Jemput Jemput Pisang (macam tahu-tahu je hajat hati nak buat cekodok pisang, huhu!), bermodalkan 4 biji pisang tu aku adjust bahan-bahannya.

Resepi Cekodok Pisang
Bahan-bahan:
4 biji pisang emas
2 sudu gula pasir
Secubit garam
Sedikit baking powder
Tepung Gandum

Cara Memasak:
1) Lenyekkan pisang, lepas tu campurkan dengan gula dan garam.
2) Masukkan tepung gandum.
3) Masukkan sedikit baking powder
4) Gorengkan dalam minyak yang sederhana panas.

Bancuhan yang pertama, lepas masak agak lembik....rupanya aku baru tahu, kalau kurang tepung gandum, bancuhan akan jadi lembik dan agak manis. Bancuhan kedua aku tambah tepung gandum lagi beberapa sudu sampai agak likat sedikit lepas tu bila masak baru nampak senonoh sikit bentuk dan rupanya. Manis pun just nice je. Ok, learn by heart!

P/s: Kalau dah abis idea, memang aku buka video Youtube Dapur Bujang tu je....huhuhu! Aritu masa bulan puasa belajar buat bergedil maggi dari Dapur Bujang ler.....sedap!

MJ2015 : A Little Exercise Is Better Than None

17 Januari 2015.

Pagi ni dapat la beriadah sekejap dalam 40 minit sekitar taman perumahan dengan suami, guna trek yang sedia ada cuma tak habiskan sepenuhnya sebab kesuntukan masa. Suami nak pergi kerja, aku pun nak ke pejabat sekejap untuk sambung selesaikan kerja.

Bolehlah daripada tak ada beriadah langsung. Yang bestnya, suami tak lepaskan tangan sepanjang berjalan bersama-sama, seronok dapat berbual hati ke hati dengan suami pasal banyak benda; pasal kucing, anak angkat dan bergurau senda. Esok pagi inshaAllah kami beriadah lagi bersama, habiskan keseluruhan trek 10,000 langkah. Jom dating lagi!

P/s: Hari ini CD18. Stop makan EPO hari ini. Untuk rekod, period berhenti pada  CD10 (9 Januari 2015), breast pain mula terasa pada CD14 (13 Januari 2015).

15 January 2015

MJ2015 : 33 Minit Powerwalk & Dugaan Nafsu


15 Januari 2015.

Hari ni sambung buat 2 miles powerwalk lepas balik kerja. Alhamdulillah, dah boleh catch up stamina dengan workout. Of course, hujung minggu ni kena tambah dengan berjogging dengan suami.


Berhantu betul fridge hari ni. Kebetulan hari ni ada buat jamuan makan-makan meraikan persaraan staf dan peletakan jawatan programmer. Macam-macam makanan dan minuman yang ditempah. Ada nasi, asam pedas tenggiri, masak lemak daging salai, sayur campur, sambal belacan, satay ayam dan daging, kek red velvet dan kek walnut choc chip dari SR, cendol dan air sirap limau. Ada yang tak larat nak makan kat pejabat, aku bawa balik.

2 potong kek red velvet, sebekas cheese tart dan aiskrim cornetto. Gulp! Dugaan ni...dugaan! Takde la kata nak habiskan semua sekali harung. Huhu....esok lusa pun boleh makan.

14 January 2015

MJ2015 : 3.22km Powerwalk


14 Januari 2015.

Bila skip workout sehari dua, nak start balik ya ampun...penyakit M datang menderu. Ni pun setakat cukupkan syarat buat 3.22km (2miles) powerwalk.

Bulan Januari dah hampir masuk minggu ke-3. Janganlah semangat nak bersenam terlalu awal turun merundum.....

Tiada Lagi Restu Bonda Tercinta

13 Januari 2015.

Hari ini genap 6 tahun ulangtahun aku sebagai penjawat awam. 13 Januari 2009 - 13 Januari 2015. Jika sebelum ini, arwah mak akan jadi insan pertama di awal pagi yang mendoakan diri aku, kini semua tinggal kenangan. Tiada lagi doa dan restu dari seorang mak. Berkat doa seorang mak tu sangat kuat, tiada hijab dengan Allah SWT.

Setiap tahun, setiap kali sampai tarikh 13 Januari aku akan bawa arwah mak makan-makan di luar, meraikan kesyukuran bersama-sama. Dah macam tradisi. Tahun ini inshaAllah aku akan sambut secara sederhana dengan adik beradik nanti.

Banyak mana pun gaji kita, tinggi mana pun pangkat yang kita ada sekarang...tapi kalau tak dapat diraikan dan direstui oleh seorang ibu/ayah.....tiada ertinya. Inilah yang aku rasakan saat ini. Sayunya rasa hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu....rindu Mak, rindu Abah!

13 January 2015

Cuti-Cuti 2015 : Cameron Highlands

13 Januari 2015.

Percutian 3 hari 2 malam yang merupakan percutian santai dengan officemate suami. Penginapan bos suami yang uruskan, kami cuma bawa badan je. Kali ini naik dari exit Simpang Pulai, seingat aku ini kali ketiga naik CH dari exit Simpang Pulai, most of the time memang naik dari exit Tapah walaupun ramai yang cakap jalan  dalam Tapah - CH agak menyeramkan sebab banyak landslides (memang pun! Time kami balik lalu Tapah, lebih dari 20 landslides yang kami jumpa, syukur tak ada apa-apa terjadi).

Menginap di Rose Apartment, betul-betul di belakang Kea Farms. Apartment 4 bilik (3 bilik air) milik seorang doktor. Sampai ke apartment, lepak sekejap lepas tu encik bos suami ajak keluar melepak di Time Tunnel Cafe. Lalu depan Kea Farm takkan pandang je kan? Sure borong macam-macam makanan; kimcam goreng, jagung rebus dan strawberri lepas tu makan kat Time Tunnel Cafe.

Malam pertama sampai, pukul 8 malam aku dah pengsan keletihan bercampur kesejukan tahap beku. Heheh...lagipun takde mende nak buat, masing-masing keletihan duduk lama sangat dalam kereta dan aku tengah period lagi. No activity allowed....hehe.


Bangun pagi Sabtu, bersarapan dengan strawberry dan shake buah-buahan. Lepak dulu sementara tunggu anak officemate belum bangun tidur. Rajin pulak Chinese guy officemate suami turun sampai Brinchang semata-mata pergi beli roti canai pepagi. Yang bestnyer, semua Chinese guy tu termasuk encik bos suami semua jenis kaki makan, tak pernah kenyang...hahaha...kejap-kejap lapar lepas tu beli banyak-banyak suruh kami join makan sama.


Aktiviti bercuti kali ni cukup santai, takde nak kejar-kejar pergi banyak tempat. Konsepnya, pergi setakat cukupkan syarat je. Singgah BOH Tea Centre Sungei Palas, sambung breaklunch...see? Makan lagi. Sempat lalu sekejap dalam kilang teh, dah banyak kali masuk tapi masih ketagih bau daun teh yang sedang diproses.

Berdua denganmu.....indah!


Lepas tu, terus ke Cameron Lavender Garden. Walaupun kali kedua jejak kaki kat sini, terasa geram tengok bunga-bunga yang cantik berkembang. Kat entrance bawah minum aiskrim lavender mixed strawberri, naik bahagian atas....makan yogurt strawberri pula. 

Masing-masing lapar nasi, sanggup turun balik sampai Tanah Rata cari nasi, boleh? Tapi being dah pukul 3-4 petang, mana la ada lagi kedai nasi campur dengan pilihan lauk yang masih banyak. Jadinya kami makan di restoren Marrybrown Tanah Rata sementara tunggu hujan lebat reda. Hujan lebat betul! Putus harapan nak berjogging dengan suami. Agak kuyup kena air hujan, sampai je kat apartment terus pengsan tertidur sampai malam. Nasib baik tak demam walaupun kepala rasa agak berat.

*Nota: Dari awal pagi Sabtu, period dah berhenti. Tetiba je, tak de brownish spotting macam selalu.


Nak balik hari Ahad, kami lalu jalan Tapah pula. Singgah breaklunch sekejap di Cameron Valley, elok je duduk makan, hujan turun selebat-lebatnya. Lepak sampai hujan reda baru kami bergerak turun sampai ke Lata Iskandar.


Kat Lata Iskandar pun kami turun sekejap bergambar di air terjun.Dapat 3 kali snap je, hujan lebat turun lagi. Berlari-lari anak ke gerai makan dengan pakaian hampir kuyup...makan tengahari lepas tu tunggu hujan berhenti sebelum kami berpecah balik ikut destinasi masing-masing. Ada yang balik Felda Palong dulu, macam kami singgah Seremban hantar buah tangan ke rumah mertua sebelum balik ke Melaka.

MJ2015 : 35 Minit Zumba & Stok Buah-Buahan


12 Januari 2015.

3 hari tinggalkan aktiviti bersenam. Ewah, nama je bawak tablet berisi video powerwalk, tapi bukak 1 video pun idok. Kemahin dok usung kasut jogging suami isteri, dengan cita-cita nak berjogging masa bercuti nanti...pun tak menjadi jugak plan tu!

Tak bercuti jauh mana pun...office trip suami aka holiday ke Cameron Highlands je. Dah macam balik kampung rasanya. Huhuhu....kebetulan cuaca kat CH kali ini sangat, sangat sejuk apantah lagi hujan sepanjang masa. Wei...sejuk melampau la kali ni. Tidur berstokin 2 lapis, bersweater tebal pun masih mengigil kesejukan. Nak berjogging sebelah petang kat padang rekreasi Tanah Rata pun tak dapat sebab hujan selebat-lebatnya.

3 hari tak bersenam, badan rasa lemau je. Hari ni sambung balik bersenam, buat zumba Linda Edler untuk 35 minit. Haaa...berpeluh-peluh nak catch-up balik stamina.


Owh....happy betul bila dapat penuhkan fridge dengan stok buah-buahan. Borong dua tray besar strawberry dan jagung kat pasar pagi di Pekan Brinchang. Masa singgah di Lata Iskandar, beli buah pisang emas sebab terbayang nak buat shake. Ni la penangannya bila singgah kat RnR Tapah, macam-macam jenis buah diborong....buah ciku, jambu air, dan jambu batu....hurm, yummy!

Balik dari bercuti boleh la kembali kepada regim shake seperti biasa, campur dengan buah-buahan tambah ummp!

08 January 2015

MJ2015 : Powerwalk & Nak Bercuti


8 Januari 2015.

Sepanjang hari hujan lebat. Mencabar keimanan sungguh. Alhamdulillah sebaik sampai rumah dapat juga buat 2 miles atau lebih kurang 3.22 km powerwalk dalam tempoh masa 33 minit. Lepas tu sambung dengan 2-3 set senamrobik rentak dangdut pula.


Esok nak pergi bercuti dengan staf opis suami. Masukkan siap-siap video powerwalk dalam tablet arwah mak. Harap-harap ada peluang nak buat powerwalk masa bercuti. Tak lupa juga masukkan ebook majalah yang baru download, kot la boring dalam perjalanan boleh juga baca artikel yang menarik dan berinfomasi.

P/s: 2-3 hari bercuti ni, harap-harap sentiasa dalam mood happy dan berkasih-sayang, tak nak la gaduh-gaduh dan merajuk bagai. Amin ya rabbal alamin!

CD9 : Period Masih Ada & Minyak Jerslin

8 Januari 2015.

Hari ni dah masuk CD9, period masih on. Petang semalam membawa ke malam nampak macam nak stop (kering). Tapi pagi tadi keluar lagi dan flow makin banyak pulak. Adui. Beritahu suami, dia kata tak mengapa dan jangan mengeluh. Haritu 6 bulan tak period, asyik dok tanya bila nak period. Bila dah dapat period, tanya bila nak stop pula.

Hari ni, lepas makan tengahari tadi ajak suami pergi farmasi beli minyak Jerslin Oil. Lama dah tak ada stok minyak ni kat rumah. Walaupun dah tak ada rasa sangat period cramp, aku beli juga sebab nak sapu kat perut untuk lancarkan period keluar. Boleh je sapu minyak cap kapak, tapi kesian pula suami tidur dengan isteri yang berbau minyak angin. Aku memang tak kisah berbau satu badan dengan minyak cap kapak, aku suka je. Tapi kesian ler kat suami, dah lah lama tak dapat...isteri pula bau minyak angin. Huhuhu!

07 January 2015

Dah 12 Minggu, Tak Sabar Nak Jumpa Kamu!

7 Januari 2015.

Sekejap je dah masuk 12 minggu, means that dah 3 bulan usia kandungan. Nope, bukan aku tapi adik bongsu yang tengah hamil. Tadi dia whatsapp gambar scan baby dalam group WA kami adik beradik. Excitednyer! 

Aku siap tanya, dah boleh tahu bebird ke flower yang akan keluar? Ateh jawap 3 bulan belum nampak jantina, kena tunggu 5 bulan nanti. Huhuhu...manalah aku tahu, tak pernah rasa pengalaman scan baby ni. Tumpang excited pengalaman adik beradik je la sekarang ni.

Secretly, aku berdoa biarlah kali ini baby boy aka bebird yang keluar, nanti dapat sepasang anak buah perempuan dan lelaki dari adik bongsu. CikDa dan CikYein dia ni tak sabar nak spoilkan dia dan kak Long Aina dengan macam-macam hadiah/makanan/barang mainan.....huhuhu!

*CikDa = aku

06 January 2015

MJ2015 : 2 Miles Powerwalk Dan CD7


6 Januari 2015.

Stresnyer hari ni. Letih otak, letih fizikal uruskan hal orang lain. Memang tak sabar-sabar nak balik. Nak release stress dengan bersenam. Dapat buat 2 miles powerwalk dan berpeluh, yeay....lega hati!

Hari ni CD7. Period flow dah slow tapi masih belum ada tanda-tanda period nak berhenti. Period cramp dah takde sangat. Harap-harap tak berpanjangan period ni sampai jadi darah istihadhah (darah haid yang keluar lebih dari 14-15 hari). Kalau fikir logik, mungkin period akan drag jadi panjang sebab almaklumlah...aku dah tak period hampir 6 bulan. Lama kena tahan kot?!

05 January 2015

MJ2015 : 3 Fast Miles Powerwalk


5 Januari 2015.

Balik kerja tadi, terus tukar baju dan buat powerwalk 3 fast miles. Alahai, kenapalah badan ni rasa lemau nak bersenam ni? Janganlah mood nak bersenam merudum waktu-waktu macam ni...

Tapi kan...bagus juga jarak tempoh appointment klinik O&G makin dekat, kesedaran untuk jaga tahap kesihatan dan usaha nak turunkan berat badan (atau at least maintain berat badan sedia ada) sentiasa dalam mode "ON". Bila diet dah mula ke laut, sekurang-kurangnya bila teringat tarikh appointment dah tak sampai sebulan lagi...cepat-cepat insaf dan kembali ke jalan yang luruih...huhuhu....

04 January 2015

MJ2015 : Beriadah Berdua


4 Januari 2015.

Macam biasa, beriadah dengan suami di sekitar taman perumahan awal pagi tadi. Apalagi nak buat kan kalau bukan beriadah berdua di hujung minggu macam ni?

03 January 2015

MJ2015 : Mengemas Dapur Luar Arwah Mak


3 Januari 2015.

Hari ni tak bersenam kat luar rumah atau buat powerwalk, kami suami isteri dok berkemas dapur luar arwah mak. Seharian juga la mengemas semua barang dari awal pagi sampai ke tengahari.


Bekas-bekas plastik yang terletak lama di dapur luar banyak yang kena basuh balik sebab berhabuk tebal, lepas tu lap dan susun elok-elok semula kat atas rak dinding.










Barang-barang yang kami dah sort untuk dijual di tempat kitar semula. Nasib baik hari Sabtu tempat kitar semula tu buka.


Oklah kan...? Huhu...lega bila tengok ruang dapur tu dah kemas dan bersih.

02 January 2015

MJ2015 : 2 Miles Powerwalk dan Sakit Pinggang


2 Januari 2015.

Hari ini CD3 period. Dari CD1 sampai ke hari ni dok period cramp dan sakit dan lenguh pinggang. Rasa macam diikat batu besar pada pinggang dan kena heret batu tu waktu berjalan. 6 bulan tak period sempurna, asyik merindu. Bila dapat balik period....ha, hambik!

Tak boleh dilayankan sangat lenguh-lenguh pinggang ni. Kena bersenam juga hari ini, tak banyak sedikit kena buat badan berpeluh. Jadi, aku buat 2 miles powerwalk yang berdurasi lebih kurang 33 minit.

Owh, untuk rekod...aku dah mula makan balik EPO pada CD2 semalam, terlupa nak makan pada CD1 sebab tak jangka period turun secepat ini. Hari ni hari kedua makan EPO.