13 January 2015

Cuti-Cuti 2015 : Cameron Highlands

13 Januari 2015.

Percutian 3 hari 2 malam yang merupakan percutian santai dengan officemate suami. Penginapan bos suami yang uruskan, kami cuma bawa badan je. Kali ini naik dari exit Simpang Pulai, seingat aku ini kali ketiga naik CH dari exit Simpang Pulai, most of the time memang naik dari exit Tapah walaupun ramai yang cakap jalan  dalam Tapah - CH agak menyeramkan sebab banyak landslides (memang pun! Time kami balik lalu Tapah, lebih dari 20 landslides yang kami jumpa, syukur tak ada apa-apa terjadi).

Menginap di Rose Apartment, betul-betul di belakang Kea Farms. Apartment 4 bilik (3 bilik air) milik seorang doktor. Sampai ke apartment, lepak sekejap lepas tu encik bos suami ajak keluar melepak di Time Tunnel Cafe. Lalu depan Kea Farm takkan pandang je kan? Sure borong macam-macam makanan; kimcam goreng, jagung rebus dan strawberri lepas tu makan kat Time Tunnel Cafe.

Malam pertama sampai, pukul 8 malam aku dah pengsan keletihan bercampur kesejukan tahap beku. Heheh...lagipun takde mende nak buat, masing-masing keletihan duduk lama sangat dalam kereta dan aku tengah period lagi. No activity allowed....hehe.


Bangun pagi Sabtu, bersarapan dengan strawberry dan shake buah-buahan. Lepak dulu sementara tunggu anak officemate belum bangun tidur. Rajin pulak Chinese guy officemate suami turun sampai Brinchang semata-mata pergi beli roti canai pepagi. Yang bestnyer, semua Chinese guy tu termasuk encik bos suami semua jenis kaki makan, tak pernah kenyang...hahaha...kejap-kejap lapar lepas tu beli banyak-banyak suruh kami join makan sama.


Aktiviti bercuti kali ni cukup santai, takde nak kejar-kejar pergi banyak tempat. Konsepnya, pergi setakat cukupkan syarat je. Singgah BOH Tea Centre Sungei Palas, sambung breaklunch...see? Makan lagi. Sempat lalu sekejap dalam kilang teh, dah banyak kali masuk tapi masih ketagih bau daun teh yang sedang diproses.

Berdua denganmu.....indah!


Lepas tu, terus ke Cameron Lavender Garden. Walaupun kali kedua jejak kaki kat sini, terasa geram tengok bunga-bunga yang cantik berkembang. Kat entrance bawah minum aiskrim lavender mixed strawberri, naik bahagian atas....makan yogurt strawberri pula. 

Masing-masing lapar nasi, sanggup turun balik sampai Tanah Rata cari nasi, boleh? Tapi being dah pukul 3-4 petang, mana la ada lagi kedai nasi campur dengan pilihan lauk yang masih banyak. Jadinya kami makan di restoren Marrybrown Tanah Rata sementara tunggu hujan lebat reda. Hujan lebat betul! Putus harapan nak berjogging dengan suami. Agak kuyup kena air hujan, sampai je kat apartment terus pengsan tertidur sampai malam. Nasib baik tak demam walaupun kepala rasa agak berat.

*Nota: Dari awal pagi Sabtu, period dah berhenti. Tetiba je, tak de brownish spotting macam selalu.


Nak balik hari Ahad, kami lalu jalan Tapah pula. Singgah breaklunch sekejap di Cameron Valley, elok je duduk makan, hujan turun selebat-lebatnya. Lepak sampai hujan reda baru kami bergerak turun sampai ke Lata Iskandar.


Kat Lata Iskandar pun kami turun sekejap bergambar di air terjun.Dapat 3 kali snap je, hujan lebat turun lagi. Berlari-lari anak ke gerai makan dengan pakaian hampir kuyup...makan tengahari lepas tu tunggu hujan berhenti sebelum kami berpecah balik ikut destinasi masing-masing. Ada yang balik Felda Palong dulu, macam kami singgah Seremban hantar buah tangan ke rumah mertua sebelum balik ke Melaka.

2 comments:

  1. i kalo bercuti mmg fail bab jaga makan... apatah lagi bersenam... huhuhu...seronok la yani pi cameron...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba displin tapi cuaca tak mengizinkan; sejuk menyebabkan cepat lapar, dan hujan membataskan aktiviti bersenam. Alhamdulillah seronok juga walaupun dah banyak kali pergi CH, tak pernah sekali pun jemu. Belum mampu nak bercuti luar negara mcm orang lain, kita bercuti dalam negara je la dulu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)