Aku rasa dah hampir setahun aku tak dail no. hp dia. No. hp dia pun aku dah lama buang. Aku nak lupakan apa yang pernah berlaku antara dia dan aku. Tapi sekali sekala timbul rasa menyesal aku buang terus no. hp dia dari hp aku tu. Mungkin sebab rindu?
Sabtu lalu, lepas tengok midnite kat tv3, aku dah baring-baring sambil melayan mata nak tidur. Dah hampir pukul 3 pagi. Belek-belek phonelist, aku tergerak hati nak tengok senarai no hp yang aku simpan dalam simkad aku. Aku scroll. Tiba-tiba terjumpa no. hp dia. Alhamdulillah, masih tersimpan rapi dalam hp aku. Hati aku berbelah bagi sama ada nak try misscall atau tidak. Aku tak ada niat nak bercakap dengan dia. Cuma nak pastikan sama ada no tu masih wujud atau tidak. Kalau tak wujud lagi, aku delete terus dari simkad aku la. Tak ada kompromi lagi.
Bila aku call, terdengar bunyi deringan tanda masih aktif no. dia. Aku terus cancel call. Hati aku berdebar-debar. Jangan-jangan dia ingat aku masih teringat kat dia. Agghh....sudah!
Tak sampai seminit, no dia muncul kat skrin hp aku. Dia call balik!
Aku terkejut. Nak jawap atau tak? Aku tak pasti sama ada aku perlu jawap atau terus membiarkan hp aku tu berdering? Kalau aku tak jawap, nampak sangat aku kejam. Arghh...lantak la...aku tak pedulik apa yang dia fikir pasal aku lagi.
Aku sambut panggilan dia akhirnya. Bukan tanda aku kalah, tp hati aku meronta nak dengar suara dia. Suara dia tetap sama. Nada pun sama macam dulu. Aku jawap sepatah tiap kali dia melontarkan pertanyaan. Sampai dia tegur...."tak perlulah cakap formal sangat dengan saya".
Tak sampai 2-3 minit berbual, aku putuskan panggilan dia. Begitu sahaja. Aku tak pasti sama ada dia kecil hati dengan tindakan aku atau tidak. Aku tak nak ambik tahu.
Lepas tu, aku hantar mesej kat dia.
" Saya minta maaf, saya rasa tak sepatutnya saya call no awak td dari awal"
Dan dia tak call-call aku lagi untuk hari-hari seterusnya sehinggalah subuh tadi.
Aku tak perasan ada missed call. Dah sampai tempat kerja, aku baru perasan aku no. hp dia di skrin hp aku. Pukul 5.05 pagi.
Saya benci awak, tapi saya rindu awak.
30 June 2009
24 June 2009
Sehari Sebelum Bergelar Si Manis 26
Hari ni mood aku ok sangat. Mungkin sebab tak nak rosakkan mood bakal meningkat usia esok hari.Along ada call aku petang tadi. Selain nak beritahu dia dh masukkan duit belanja mak dalam akaun m2u aku, buat-buat tanya esok ada apa spesel? Aku gelak je. Aku kata tak de apa-apa, sama je macam hari lain. Hari cerah, makin banyak kerja. Heheh....berkias-kias lak Along aku nih. Wish jer la......
Along tanya, dah berapa umur? Aku jawap bakal 26 tahun.
Dia gelak. Dia cakap, "Aku umur 26 dah kawin, siap dah beranak satu dah"....
Cehh....sempat mengenakan adik dia yang sorang ni.
Aku balas balik, "Ayat tu Along kena tujukan pada mak....bukan pada Ida la!"
"Kasi mak lekas-lekas kawinkan ida"
Huhuhuhu.....
Lepas tu, someone dari SSM call hp aku. Tanya pasal emel yang aku hantar pada semua pengguna dalam senarai emel jabatan aku. Owh...aku mula ingat apa hal nyer dia tanya tentang MLM, skim piramid , bla bla bla tu.....sebab mula-mula aku blur gak naper orang SSM sampai call hp aku ni. Jadi, aku terangkanlah kat dia, tujuan aku buat macam tu sebab nak nasihatkan staff gomen tu jangan salahgunakan kemudahan emel rasmi kerajaan untuk kepentingan sendiri, apatah lagi untuk promosi produk2 MLM.
Berbual punye berbual, masa nak tamatkan perbualan tu, dia cakap, "Kemain semangat ye awak berikan penjelasan tadi!"
Aku gelak je. Dah awak bertanya, saya jawap la. Apa yang saya tahu, saya akan sampaikan. Itu je. Pastu dia tanya, dah berapa lama kerja sini? Aku jawap la, baru 6 bulan, encik. Dia balas, "Owh...."
Akhir sekali, dia bagitau nama dia En. Rashidan. Aku kata owh...ok.
Lepas letak gagang, aku cuba google nama dia.
Sekali bila buka laman web SMM, rupenya orang besar dalam organisasi SSM cawangan Melaka.
Huhuhu....
Harap-garap aku beri imej baik untuk jabatan aku pada dia semasa berbual tadi.
Aminnn.....
23 June 2009
Menginjak Usia 26 Tahun
Lagi 2 hari lagi aku akan berusia 26 tahun. Nak kata teruja nak mengecapi umur 26 tu, ada la juga. Tapi yang pasti, kecelaruan sedang dan masih melanda dalam diri aku. Apa yang aku dah gapai dalam kehidupan aku selama 25 tahun ni? Kejayaan? Kegagalan? Atau tak ada apa-apa yang penting sudah berlaku sepanjang tempoh itu?
Meh aku nak senaraikan apa kejayaan dan kegagalan yang aku dah tempuh selama ni;
Kejayaan:
1) Kerjaya yang stabil (jawapan standard utk org yang dpt kerja gomen mcm aku!)
2) Harta dunia - kereta ( harta aku yang pertama yang tidak dirancang- hasil duit aku sendiri)
3) Berjaya dalam peperiksaan masa belajar dulu (banyak kisah sedih sebelum aku merasa kejayaan, yerla aku bukan nyer bijak pun....cuma tak de la sampai peringkat 'bengap'!)
4) Pengalaman hidup bermula dari bawah (aku bermula dengan pangkat kerani dan bergaji rm750..itu yang membuatkan aku selalu bersyukur dengan jalan hidup yang Allah takdirkan buat aku)
Kegagalan:
1) Dacing dosa aku lebih berat dari dacing pahala aku....herm!
2) Aku masih belum mampu mempunyai 3 bulan gaji dalam akaun simpanan aku ( ni gara-gara selalu menonton rancangan Bijak Wang...uhuks!)
3) Belum berkahwin (sila salahkan pihak yang satu lagi!)
Harapan:
1) Aku nak ada rumah hasil titik peluh aku sendiri
2) Aku nak simpan duit banyak-banyak untuk masa depan
3) Aku nak kawin!
Meh aku nak senaraikan apa kejayaan dan kegagalan yang aku dah tempuh selama ni;
Kejayaan:
1) Kerjaya yang stabil (jawapan standard utk org yang dpt kerja gomen mcm aku!)
2) Harta dunia - kereta ( harta aku yang pertama yang tidak dirancang- hasil duit aku sendiri)
3) Berjaya dalam peperiksaan masa belajar dulu (banyak kisah sedih sebelum aku merasa kejayaan, yerla aku bukan nyer bijak pun....cuma tak de la sampai peringkat 'bengap'!)
4) Pengalaman hidup bermula dari bawah (aku bermula dengan pangkat kerani dan bergaji rm750..itu yang membuatkan aku selalu bersyukur dengan jalan hidup yang Allah takdirkan buat aku)
Kegagalan:
1) Dacing dosa aku lebih berat dari dacing pahala aku....herm!
2) Aku masih belum mampu mempunyai 3 bulan gaji dalam akaun simpanan aku ( ni gara-gara selalu menonton rancangan Bijak Wang...uhuks!)
3) Belum berkahwin (sila salahkan pihak yang satu lagi!)
Harapan:
1) Aku nak ada rumah hasil titik peluh aku sendiri
2) Aku nak simpan duit banyak-banyak untuk masa depan
3) Aku nak kawin!
18 June 2009
Naib Johan KMK Peringkat Jabatan 2009
Biasa la pagi-pagi sebelum ke meja pendaftaran pertandingan, cam-whoring di ladies.
Menunggu giliran persembahan pembentangan kumpulan kami. Berdebar sungguh!
Itu logo/jata negeri aku. Dan nama jabatan aku.
Akhirnya! Dihadiahkan kedudukan Naib Johan peringkat JKMM.
Kenangan jadi ahli KMK......berbaloi!Kalau kumpulan lain berdoa nak dapat gelaran Johan, sebaliknya yang kumpulan kami harapkan....kami tak nak menang! Kelakar kan? Sebab masing-masing nak tutup buku pasal projek KMK ni......jenuh lak nak ngadap lama-lama lagi. Kerja hakiki berlambak kat opis, tertangguh sebab nak siapkan projek KMK ni.
Sebab tu la berdebar-debar nak tahu sapa yang jadi Naib Johan....bila dengar MC umumkan tempat Naib Johan, kami siap bersorak!! Lawak...lawak....
16 June 2009
Demam KMK 2009
Masih dengan demam KMK yang akan diadakan pada Khamis ini bersamaan 18 Jun 2009.
Hanya berharap yang terbaik untuk persembahan pembentangan kumpulan aku.
Kalau menang peringkat Bahagian, akan ke peringkat Negeri.
Kalau menang peringkat Negeri, akan ke peringkat Kebangsaan.
Tahun lepas peringkat Kebangsaan dibuat di Sabah.
Tahun ini di buat di Perak.
Jadi, hanya berharap yang terbaik.
Kita merancang, hanya Dia yang menentukan segalanya.
08 June 2009
Letih

Ade tak orang yang dengar apa kata hati aku tengah menjerit dan merintih?
Tak ade kan?
Semua benda aku nak tanggung sendiri.
Semua orang punya hati aku nak jaga.
Semua orang punya perasaan aku nak ambik berat.
Tapi hati aku?
Ada orang lain pedulik?
Aku dah penat nak jaga hati semua orang, dah penat nak jaga perasaan orang lain supaya tak terguris.
Dah penat dan terlalu letih.
Sampai aku dah tak ada 'rasa' lagi dalam diri aku ni.
Aku hilang semangat nak hadapi karenah semua orang.
Sampaikan aku pernah menangis teresak-esak seorang diri semasa memandu.
Merintih pada diri sendiri.
Itu adalah tahap aku dah tak boleh tanggung lagi beban dalam diri aku.
Dulu, aku memang jenis cepat memberontak.
Bukan kehendak aku? Aku akan suarakan.
Tak peduli sama ada orang terima atau tidak.
Tapi bila makin dewasa, aku cuba tinggalkan sikap tu.
Aku cuba kawal dan terima jalur kehidupan aku, sama ada baik atau tidak.
Tak semua benda aku boleh kongsi dengan orang lain.
Kadangkala bila aku nak luahkan pada seseorang, ia tersekat dikerongkong.
Sukar nak luahkan bila aku rasa orang itu tak akan faham apa yang aku rasa.
Akhirnya aku telan semula semuanya.
Kalaulah orang tahu apa perasaan aku sekarang.
Tentu airmata aku tak mengalir lagi bersama pedih hati ini.
I wish i am somebody else...
04 June 2009
7 Tahun 7 Bulan
Kalau dah dapat orang yang sekepala dengan aku, mulalah idea gila membuak-buak kuar. Hehehe...geleng pale abang layan perangai aku!
Renung masa depan, ye bang? kui kui kui....
Dah lama tak jejak kaki ke Bukit St. Paul ni....last time masa 6-7 tahun lepas. Banyak kenangan tertinggal di sini....
Murtabak maggi untuk abang. 7 tahun 7 bulan bercinta, ni first time aku buat untuk dia. Pening gak nak layan selera orang yang tak makan sayur ngan bawang nih...macam budak2 je!
02 June 2009
Doa Mak Termakbul Jua
Baru kejap tadi, mak aku telefon hp aku. Aku kalau mak aku call mengejut macam ni, aku dah rasa lain macam je, either bad news atau good news.Mak aku beritahu, Anur dapat posting Melaka untuk houseman dia. Alhamdulillah!
Kan aku cakap, doa mak lebih makbul?
Aku tahu, setiap saat mak aku berdoa agar dak Anur ditempatkan di Melaka, supaya dekat dengan mak dan adik beradik lepas belajar ni.
Aku pun faham, orang tua ni kalau dah makin lama, dia nak anak-anak dia dekat dan selalu depan mata dia, sebab masa belajar, masing-masing duduk jauh merantau negeri orang.
Sama la macam kes aku hari tu, masa gi lapor diri kat Putrajaya. Aku berdoa punya la banyak kali, tak terkira. Minta dengan Allah harap-haraplah dapat bekerja di negeri sendiri. Campak mana pun tak kisah la, asalkan dalam Melaka. Bukan pentingkan diri sendiri, tapi aku fikirkan mak duduk sorang kat rumah tak berteman. Kalau sihat walafiat, aku tak kisah sangat nak tinggal-tinggalkan mak tu, tapi kesihatan mak aku tak menentu. Biar sakit pening dia depan mata aku. Aku tak nak terkilan dan menyesal tak sudah kalau mak pergi tanpa aku sempat cium dia. *mata aku dah bergenang ni.....hmm...*
Tapi, terbukti doa seorang mak tu makbul. Allah lebih dengar doa seorang mak yang meminta kebaikan untuk masa depan anak dia.
Ha....Adik aku dah duduk Melaka ni, happy sikit la mak ngan aku. Ade gak kawan aku nak ajak bertekak....kalau dengan adik beradik yang dah berumahtangga ni, payah sikit. Dah makin renggang. Sementara Adik aku tak kawin lagi ni la, aku masih ade peluang nak lenjan dia cukup-cukup. Kan Anur? Muahahahaha......
Apa-apa pun, aku nak ucapkan Tahniah kat adik aku sebab jadi satu-satunyer doktor dalam famili aku. Kebanggaan mak ngan abah aku nih.
p/s: Pssst...Anur, pasni ko boleh la jadi sumber sijil MC aku erk?? kui kui kui
Berita Terkini: Bumbung Stadium Terengganu Runtuh!
Tempat kejadian: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, TerengganuWaktu runtuhan: Sekitar pukul 10 pagi (2 Jun 2009)
Tukang ambik gambar aka mangsa kejadian: Miss Fieza
Aku tengah chatting dengan kawan aku yang keje kat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, tetiba dia idle agak lama....aku ingatkan dia sibuk wat keje dia. Tak berapa lama, dia anta mesej bergambar....gambar bumbung opis dia runtuh!! Perghhh.....nasib baik tak melibatkan kemalangan jiwa.
Ni aku tempekkan gambar yang dia kasi untuk tatapan korunk...quite bad gak lak...
Aku sempat wat lawak dengan dia, aku tanya "Sebelum ko lari, ko sempat tutup YM tak fie? Kang tak pasal2 bos ko pasan ko berYM time keje!"....hehehe
01 June 2009
Kartun Zaman Kecil
Kecik-kecik dulu aku suka dengan kartun atau anak patung ni. Comel sangat. Dulu tak tahu nama, puas surf dalam tenet cari apa nama dia. Rupe-rupenya nama dia Troll. Along aku pernah belikan anak patung ni kat Pasaraya Fajar. Ala, benda yang letak kat belakang pensel tu. Aku suke rambut dia yang panjang dan berwarna warni tu. Siap leh buat tocang lagi.

Yang ke-2 tentulah kartun Jem. Ala, kartun yang menyanyi2 tu. Biasalah budak perempuan, suka kartun perempuan yang bermekap-mekap dan lawa-lawa ni. Siap hafal lagu tema Jem ni, pastu menari bagai nak rak dengan sepupu sepapat atas rumah kayu arwah nenek aku tu, sampai bergegar tiang seri umah tu..heheheh.

Ni lirik lagu Jem and The Holograms - Jem Theme;
Jem
Jem is excitment
ooh ooh jem
Jem is adventure
ooh ooh
glamor and glitter, fashion and fame
Jem
Jem is truly outragous
truly truly truly outragous
whoa Jem
Jem the musics contagious, outragious
Jem is my name no one else is the same
Jem is my...
but we're the misfits
our songs are better
we are the misfits
the misfits
and we're going to get her
but we're the misfits
our songs are better
we are the misfits
the misfits
and we're going to get her
Jem
Jem is truly outragous, contagous
Jem is my name no one else is the same
Jem is my name
Jem!
Yang ketiga, kartun Smurfs. Kartun warna biru dan bertopi putih tu. Minat sebab banyak karektor dan suara dia comel.

Yang ke-2 tentulah kartun Jem. Ala, kartun yang menyanyi2 tu. Biasalah budak perempuan, suka kartun perempuan yang bermekap-mekap dan lawa-lawa ni. Siap hafal lagu tema Jem ni, pastu menari bagai nak rak dengan sepupu sepapat atas rumah kayu arwah nenek aku tu, sampai bergegar tiang seri umah tu..heheheh.
Ni lirik lagu Jem and The Holograms - Jem Theme;Jem
Jem is excitment
ooh ooh jem
Jem is adventure
ooh ooh
glamor and glitter, fashion and fame
Jem
Jem is truly outragous
truly truly truly outragous
whoa Jem
Jem the musics contagious, outragious
Jem is my name no one else is the same
Jem is my...
but we're the misfits
our songs are better
we are the misfits
the misfits
and we're going to get her
but we're the misfits
our songs are better
we are the misfits
the misfits
and we're going to get her
Jem
Jem is truly outragous, contagous
Jem is my name no one else is the same
Jem is my name
Jem!
Yang ketiga, kartun Smurfs. Kartun warna biru dan bertopi putih tu. Minat sebab banyak karektor dan suara dia comel.
Adakah Ia Satu Jenayah?
Semalam aku terfikir tentang isu kaum wanita membawa senjata seperti pisau semasa memandu. Aku tak pasti sama ada wujud suatu akta atau enakmen yang membenarkan kaum wanita membawa senjata di dalam kenderaannya bagi tujuan keselamatan, atau lebih penting, untuk tujuan mempertahankan keselamatan diri sekiranya diserang ketika di atas jalanraya. Ada ke?
Pada sesapa yang lebih arif atau mempunyai sumber yang lebih meyakinkan, sila komen kat post aku ni ye? Aku cuma nakkan kepastian.
Kalau dalam proses mempertahankan diri semasa diganggu tu, tertikam atau terbunuh orang tu dengan senjata kita...adakah kita (kaum wanita) masih boleh dipenjara atau dikenakan hukuman berat? Bukan ke tujuan asal kita untuk mempertahankan diri?
Ye la, bukan apa. Kadangkala aku fikir isu ni wajib kita berikan perhatian yang lebih sikit. Kan sekarang ni banyak kes yang melibatkan kaum wanita disamun, dirogol malah dibunuh oleh kaum yang satu lagi tu. Naik menyampah aku dengan kes jenayah yang berlaku kebelakangan ni....ko dah rompak perempuan tu, dah la..yang sampai nak rogol2 pastu bunuh pehal? Jantan syial betul la syaitan bertopengkan manusia ni. Yang merompak kat rumah orang tu...ko dah kebas semua barang-barang tu sudah la...yang ko pergi rogol + cabul + seks luar tabii depan mata mak bapak @ laki dia buat apa? Ko puas? Memang laknat betul lah manusia jenis ni.
Updated!
Aku terjumpa laman web ni semasa surf internet tadi;
http://www.wanita.us/rogol.php
Banyak info menarik dan berguna untuk kaum wanita. Perenggan ini mungkin boleh membantu menyelesaikan persoalan yang aku ingin rungkaikan seperti di atas...
"Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya."
It's ok to be paranoid if it's the only way to save your life from being harm !
Tadaa !
Tadaa! huhuhu...dapat gak aku sambar benda alah ni. Setelah mengumpul informasi dari kak teh aku, aku pasang strategi gi cari benda ni kat ruang pameran dalam bangunan MITC. Kebetulan minggu ni ada Homedeco '09 kat MITC, jadi banyak la gerai-gerai menjual perhiasan dan barang mainan kat ruang legar tu.Aku beli 2 set. Satu lagi untuk letak dalam kereta Wira (my ex-baby) adik aku. Tunggu dia balik dari kursus Induksi dia 11 Jun nanti. Aku kan kakak mithali yang sangat baik hati,pemurah, chomel,manja ...kan Anur kan?muahahahaha......mesti dak Anur meleleh hingus baca posting ni!
Dak Abang Me'round' Hujung Minggu
Sabtu lepas, ke Felda Bukit Senggeh sebab menghadiri kenduri kawin sedara mak. Guna jalan pintas melalui kampus utama UTEM. Tengok bangunan universiti, tetiba rindu pulak nak sambung belajar. Zaman belajar kat U dan Matrik dululah yang paling aku rindu. Zaman mengenal erti persahabatan, suka duka kehidupan dan zaman merasai benda baru. Nak sambung ijazah, tapi kewangan lak tak stabil lagi. Dapat sambung kat UTEM pun ok juga, buat part-time sabtu dan ahad. Ntah la.....mak dah sound awal-awal, kalau nak sambung belajar lepas ni guna duit sendiri. Tak boleh nak harap duit mak lagi sebab tanggungjawab mak memberi pendidikan dah habis. InsyaAllah, kalau dah niat benda baik, Allah akan permudahkan jalan bagi hamba-Nya. Kan?
On the way balik dari Felda Bukit Senggeh tu, singgah sebentar kat kedai buah-buahan. Ternampak iklan buah-buahan ni. Owh...nama lain bagi buah naga ialah pitaya ye? Baru aku tahu.
Ahad lak, aku konvoi ngan Mak Lang aku gi kenduri kawin sedara kat Petaling Jaya. First time dak Abang (kereta MyVi aku ler) naik KL. Minggu lepas dah berjalan ke Johor. Haa...skang naik KL lak...harap-harap ada rezeki bawak dak Abang gi Pantai Timur lak.....Amin! Kebetulan kawasan perumahan Pakcik Manap (sedara aku) tu dekat dengan kawasan runtuhan pasaraya Jaya Supermarket di Seksyen 14. Kalau ikutkan, memang dekat la kalau ikut jalan sebelah pasaraya tu, tapi since diorunk masih dok kemaskan kawasan tu, jalan tu ditutup. So, kena pusing balik dan masuk ikut depan restoren McD. Sempat gak la snap gambar bangunan tu.
Ni suasana kat tol Sungai Besi area kul 4 petang. Kenderaan nak ke arah selatan banyak, nak balik ke Pusat Bandar pun banyak! Aku pemandu berhemah ok, tak de nyer nak potong-potong queue orang lain. Ko nak potong, pooootttoooonnnggg la. Aku tak kisah. Tapi kalau ko eksiden kat depan tu kang, aku berenti pastu aku gelak kan ko sampai ko mati. Adil tak?
Subscribe to:
Comments (Atom)