Hari ni mood aku ok sangat. Mungkin sebab tak nak rosakkan mood bakal meningkat usia esok hari.
Along ada call aku petang tadi. Selain nak beritahu dia dh masukkan duit belanja mak dalam akaun m2u aku, buat-buat tanya esok ada apa spesel? Aku gelak je. Aku kata tak de apa-apa, sama je macam hari lain. Hari cerah, makin banyak kerja. Heheh....berkias-kias lak Along aku nih. Wish jer la......
Along tanya, dah berapa umur? Aku jawap bakal 26 tahun.
Dia gelak. Dia cakap, "Aku umur 26 dah kawin, siap dah beranak satu dah"....
Cehh....sempat mengenakan adik dia yang sorang ni.
Aku balas balik, "Ayat tu Along kena tujukan pada mak....bukan pada Ida la!"
"Kasi mak lekas-lekas kawinkan ida"
Huhuhuhu.....
Lepas tu, someone dari SSM call hp aku. Tanya pasal emel yang aku hantar pada semua pengguna dalam senarai emel jabatan aku. Owh...aku mula ingat apa hal nyer dia tanya tentang MLM, skim piramid , bla bla bla tu.....sebab mula-mula aku blur gak naper orang SSM sampai call hp aku ni. Jadi, aku terangkanlah kat dia, tujuan aku buat macam tu sebab nak nasihatkan staff gomen tu jangan salahgunakan kemudahan emel rasmi kerajaan untuk kepentingan sendiri, apatah lagi untuk promosi produk2 MLM.
Berbual punye berbual, masa nak tamatkan perbualan tu, dia cakap, "Kemain semangat ye awak berikan penjelasan tadi!"
Aku gelak je. Dah awak bertanya, saya jawap la. Apa yang saya tahu, saya akan sampaikan. Itu je. Pastu dia tanya, dah berapa lama kerja sini? Aku jawap la, baru 6 bulan, encik. Dia balas, "Owh...."
Akhir sekali, dia bagitau nama dia En. Rashidan. Aku kata owh...ok.
Lepas letak gagang, aku cuba google nama dia.
Sekali bila buka laman web SMM, rupenya orang besar dalam organisasi SSM cawangan Melaka.
Huhuhu....
Harap-garap aku beri imej baik untuk jabatan aku pada dia semasa berbual tadi.
Aminnn.....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)