Lagi 2 hari lagi aku akan berusia 26 tahun. Nak kata teruja nak mengecapi umur 26 tu, ada la juga. Tapi yang pasti, kecelaruan sedang dan masih melanda dalam diri aku. Apa yang aku dah gapai dalam kehidupan aku selama 25 tahun ni? Kejayaan? Kegagalan? Atau tak ada apa-apa yang penting sudah berlaku sepanjang tempoh itu?
Meh aku nak senaraikan apa kejayaan dan kegagalan yang aku dah tempuh selama ni;
Kejayaan:
1) Kerjaya yang stabil (jawapan standard utk org yang dpt kerja gomen mcm aku!)
2) Harta dunia - kereta ( harta aku yang pertama yang tidak dirancang- hasil duit aku sendiri)
3) Berjaya dalam peperiksaan masa belajar dulu (banyak kisah sedih sebelum aku merasa kejayaan, yerla aku bukan nyer bijak pun....cuma tak de la sampai peringkat 'bengap'!)
4) Pengalaman hidup bermula dari bawah (aku bermula dengan pangkat kerani dan bergaji rm750..itu yang membuatkan aku selalu bersyukur dengan jalan hidup yang Allah takdirkan buat aku)
Kegagalan:
1) Dacing dosa aku lebih berat dari dacing pahala aku....herm!
2) Aku masih belum mampu mempunyai 3 bulan gaji dalam akaun simpanan aku ( ni gara-gara selalu menonton rancangan Bijak Wang...uhuks!)
3) Belum berkahwin (sila salahkan pihak yang satu lagi!)
Harapan:
1) Aku nak ada rumah hasil titik peluh aku sendiri
2) Aku nak simpan duit banyak-banyak untuk masa depan
3) Aku nak kawin!
saya :
ReplyDeleteKejayaan
1)..stabil ke? entah la...
2) masih belum ada, skrang pun pinjam yg mak punya...sejak 8 tahun yg lepas..
3) standart la..saya lagi teruk..abes spm kerja gaji rm400 jer..huhu
kegagalan
1)tak pasti
2)mmg xde..minggu depan nak gi sabah pun..dalam bank cuma ada rm160 jer..huhuhu (dalam ASB xleh cakap..rahsia!!)
3)sama..